5 Lokasi Terbaik Untuk Baiki Dan Servis Gitar Anda Di Sekitar Lembah Klang
Penjagaan alatan muzik seperti gitar tidak boleh dipandang enteng. Jika betul cara penjagaannya, gitar mampu bertahan untuk satu tempoh yang agak lama. Cara penyimpanan yang betul seperti menyimpan di dalam hardcase yang sesuai mampu memberi perlindungan dan sokongan pada gitar tersebut.
Anda juga perlu membersihkan tali gitar dan segala debu yang melekat pada fretboard agar segala debu peluh atau minyak yang melekat dapat dibuang. Selain itu, gitar juga tidak elok dibiarkan terlalu lama di dalam kereta dengan suhu panas melampau. Ia mampu menyebabkan catnya rosak, neck bengkok, inlay rosak dan truss rod untuk membengkok.
Sama seperti kenderaan, gitar juga perlu dihantar servis oleh professional untuk meningkatkan prestasi gitar anda. Jom lihat, antara lokasi yang memberikan servis gitar profesional terbaik untuk gitar anda;
The Guitar Hospital
Khas untuk anda yang mahukan servis terbaik, The Guitar Hospital adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan. Ia bertempat di Desa Aman, Cheras KL dan menyediakan pelbagai keperluan untuk gitar anda. Perkhidmatannya adalah daripada professional yang mempu membaiki, mengubahsuai gitar anda menjadi gitar baru. Kayu yang digunakan adalah berkualiti tinggi diimport khas dari Adrika, Kanada, Kalimantan dan China. Peralatan yang digunakan juga ditempah khas dari Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Kelebihan
- Perkhidmatan professional
- Menggunakan barangan berkualiti tinggi
- Pelbagai jenis perkhidmatan ditawarkan
Kekurangan
- Harga servis agak mahal berbanding tempat lain
Spesifikasi
Lokasi | 11, Jalan Desa Aman 9, Taman Desa Aman,Cheras, Malaysia Kuala Lumpur 56100 |
---|---|
Waktu operasi | 9 pagi- 6 petang |
Nombor telefon | +60123636317 |
IG/FB | https://www.facebook.com/theguitarhospital/ |
Music Bliss Guitar Service & Repair Department
Music Bliss menawarkan pelbagai perkhidmatan & keperluan pembaikan gitar kepada pelanggan dengan juruteknik pengalaman dalaman untuk menyelesaikan masalah yang ada pada gitar kesayangan anda. Mempunyai 3 pakej utama seperti restring, full guitar setup, Pickup Installation & Electronic Part Replacement dan Modification dengan harga bermula serendah RM 15.
Kelebihan
- Perkhidmatan pembersihan fretboard dengan minyak lemon
- Menggunakan barangan berkualiti tinggi
- Pakej lengkap dari pembersihan sehinggalah kepada modifikasi
- Tidak hanya terhad kepada gitar malah pelbagai alatan muzik lain
Kekurangan
- Tempat parking yang kurang
Spesifikasi
Lokasi | 5-G & 5-1 & 5-2 & 5-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor. |
---|---|
Waktu operasi | 10 pagi- 7 petang |
Nombor telefon | 03-77733372 |
IG/FB | https://www.instagram.com/music_bliss/?hl=en |
Website | https://www.musicbliss.com.my/ |
The Guitar Store
The guitar store menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan pembaikan alat muzik seperti gitar, amplifier, dram dan percussion dan juga keyboards. Juruteknik perkhidmatannya adalah berpengalaman dan komited untuk sebarang masalah seperti kerosakan produk, alatan yang perlu diservis atau dibaiki. Perkhidmatan am kami termasuk Restring dan Pembersihan Am, Refret, Pickup dan Pemasangan Elektronik.
Kelebihan
- Servis penghantaran
- Menggunakan barangan berkualiti tinggi
- Terdapat promosi tertentu dengan harga lebih murah
- Tidak hanya terhad kepada gitar malah pelbagai alatan muzik lain
Kekurangan
- Tutup pada hari Isnin
Spesifikasi
Lokasi | The Guitar Store (M) Sdn Bhd, 33, Jalan Manis 3, Taman Segar 56100, Cheras, Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi | 10 pagi- 7 petang |
Nombor telefon | 0182304358 |
IG/FB | https://www.instagram.com/theguitarstore/?hl=en |
Website | https://www.theguitarstore.com.my/ |
Jovis Music
Jovis Music menawarkan perkhidmatan memperbaiki serta servis gitar dengan perkakasan terbaik yang diimport dari Jepun. Mereka juga menawarkan alat ganti dan aksesori gitar berkualiti. Terdapat juga gitar handcrafted yang disediakan atas permintaan pelanggan. Ianya beroperasi pada Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga ke 7 malam dan 6 malam pada hari Sabtu.
Kelebihan
- Menggunakan barangan berkualiti tinggi dari Jepun
- Memperbaiki dan servis gitar
- Menggunakan alat ganti dan aksesori terbaik
Kekurangan
- Kurang promosi di media sosial
Spesifikasi
Lokasi | 1-6, PV 128 Jalan Genting Klang Setapak, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi | 10 pagi- 7 petang |
Nombor telefon | 018-378 5334 |
IG/FB | https://www.facebook.com/jovismusicservice/ |
Website | http://ww1.jovismusic.co/ |
The John Lau Guitar Repair Center
The John Lau Guitar Repair Center bersedia membantu dan mengesyorkan persediaan terbaik untuk gitar anda. Mereka mempunyai krew yang berkebolehan untuk memastikan gitar anda dapat memberikan prestasi terbaik sepanjang masa. Menawarkan perkhidmatan sewa sambil beli gitar dengan 100% loan tanpa kredit.
Kelebihan
- Memperbaiki dan servis gitar
- Menggunakan alat ganti dan aksesori terbaik
- Perkhidmatan sewa beli
Kekurangan
- Waktu operasi agak pendek
Spesifikasi
Lokasi | 10-2, Jalan 1/47b, Jalan ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi | 1 tengahri – 7 petang |
Nombor telefon | 012-3333185 |
IG/FB | https://www.facebook.com/guitarservices/ |
Website | http://ww1.jovismusic.co/ |
Terdapat banyak pusat servis dan membaiki alatan muzik di sekitar Lembah Klang yang boleh anda pergi. Setiap lokasi ini pastinya menawarkan perkhidmatan dengan cara tersendiri dan harga yang berbeza. Diharapkan senarai ini dapat membantu anda.
Jika anda mengabaikan lampu amaran pada papan pemuka kereta anda, lambat laun anda akan mendapati bil pembaikan yang besar di tangan anda. Sama dengan instrumen seperti gitar, penjagaan dan servis secara berkala akan membantu.