Staycation Lebih Menarik Dengan 5 Pilihan Hotel Dan Site Glamping Di Cameron Highlands

Staycation Lebih Menarik Dengan 5 Pilihan Hotel Dan Site Glamping Di Cameron Highlands
Melancong dan berkhemah


Cameron Highlands adalah salah satu daripada destinasi yang menjadi pilihan pelancong pelbagai peringkat usia di negara ini. Selain suhu persekitaran sejuk, suasana menghijau ladang teh di lereng bukit, panorama indah menjadikan lokasi ini tidak jemu untuk dikunjungi.

Bab-bab bercuti ni, perkara paling asas yang tak boleh ‘spoil’ adalah tempat penginapan. Makanan lambat sampai, lokasi lawatan ramai orang, boleh dimaafkan lagi. Namun jika tempat kita nak berehat, tidur malam dan membersihkan diri tak best, ia mampu merosakkan mood seluruh percutian kita.

Yang mana bercadang nak ke Cameron Highlands, anda wajib baca artikel ni! Kami senaraikan 5 pilihan hotel dan glamping site paling menarik untuk percutian hebat anda!

The Smokehouse Hotel

The Smokehouse Hotel
Mengapa perlu sampai ke luar negara jika segalanya ada di Malaysia? Ha, yang mana teringin sangat merasai pengalaman bermalam di English Cottage, anda wajib ke The Smokehouse Hotel ni. Lokasi hotel ini hanya beberapa minit sahaja jika anda memandu ke pekan Brinchang.

Dengan suasana dingin di Cameron, ditambah seni bina unik The Smokehouse ini, anda pasti berasa seakan berada di negara barat. Pengaruh British bukan sahaja pada seni binanya, malah menu makanan yang disajikan juga memberi peranan. Antara menu wajib cuba adalah scones mereka yang popular.

Kelebihan

  • Berdekatan pasar malam di Golden Hill
  • Dekorasi bilik klasik
  • Konsep British
  • Suasana lebih senyap dan aman
  • Sesuai untuk honeymoon atau keluarga

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Info

Alamat Bersebelahan The Golf Course, 39000 Tanah Rata
Tel 05-4911215
Facebook/Instagram https://www.instagram.com/smokehousehotel/

The Lakehouse Hotel

The Lakehouse Hotel
Sesuai untuk anda yang mahukan hotel untuk honeymoon dan jauh dari sesak pekan di Cameron Highlands,The Lakehouse Hotel adalah pilihan terbaik. Ini kerana ia adalah antara hotel romantik dan ikonik dengan suntikan gaya kolonial British.
Kawasan sekitarnya juga cantik dan romantik sesuailah untuk anda yang mahu mengabadikan gambar kenangan di sini. Namun, disebabkan kedudukannya jauh sedikit ke dalam, ianya kurang sesuai untuk anda yang mahu explore Cameron kerana perlu memandu agak jauh ke sana. Lokasinya tersorok di atas bukit dan ia menawarkan bilik bersiling kayu dan katil empat tiang yang romantik. Suasana biliknya seakan anda dibawa balik ke zaman silam kerana ia dilengkapi perabot kayu antik.

Kelebihan

  • Konsep kolonial British
  • Suasana lebih senyap dan aman
  • Sesuai untuk honeymoon
  • Pemandangan indah dan sesuai bergambar

Kekurangan

  • Lokasi agak jauh ke dalam
  • Harga bilik mahal

Info

Alamat 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang
Tel 05- 495 6152
Facebook/Instagram https://www.instagram.com/thelakehousecameronhighlands/?hl=en

Cameron Highlands Resort

Cameron Highlands Resort
Cameron Highlands Resort menjanjikan keindahan dan nostalgia dengan rekaan uniknya yang tidak pernah menghampakan pengunjung. Ia boleh dikatakan antara hotel termewah yang ada di Cameron Highlands Resort dengan bertaraf 5 bintang.

Dekorasi biliknya pasti tidak mengecewakan, sungguh elegan berkonsepkan kolonial. Ianya sungguh luas dan selesa dengan pemandangan menarik padang golf. Yang mana merancang nak berbulan madu di sini, bolehlah tempah Signature Picnic Experience yang ditawarkan. Pengalaman berkelah di kaki bukit sambil menikmati panorama lembah teh yang terbentang luas.

Kelebihan

  • Jarak ke pasar hanya lebih kurang 800 meter
  • Sesuai untuk honeymoon dan berkeluarga
  • Layanan terbaik
  • Hotel bertaraf 5 bintang
  • Boleh tempah Signature Picnic Experience

Kekurangan

  • Harga bilik mahal

Info

Alamat Bersebelahan The Golf Course, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
Tel 0 5 491 1100
Facebook/Instagram https://www.cameronhighlandsresort.com/pages/our-story.html

Cozy Leisure Farm Bertam Valley

Cozy Leisure Farm Bertam Valley
Dikelilingi oleh taman menghijau yang menghadap ke Lembah Bertam yang indah, Cozy Leisure Farm mempunyai tapak perkhemahan yang diselenggara dengan baik yang dilengkapi dengan tandas bersih, bilik mandi, kawasan BBQ dan ya, Wi-Fi!
Terdapat dua jenis perkhemahan iaitu luaran dan dalaman yang ditawarkan, untuk disesuaikan dengan setiap gaya yang anda mahukan. Apa yang pasti harga yang ditawarkan tidak mampu ditandingkan dengan pengalaman melihat matahari terbit di situ.

Kelebihan

  • Dilengkapi peralatan memasak
  • Pemandangan menarik
  • Dilengkapi Wi-Fi
  • Mempunyai tandas dan bilik mandi

Kekurangan

  • Kurang sesuai jika cuaca hujan

Info

Alamat Cozy Leisure Farm, Jalan Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands
Tel 019- 552 7057
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/Cozy-Leisure-farm-Bertam-Valley-108191937347699/

Stellar GoldenHill Cameron

Stellar GoldenHill Cameron
Jarang-jarang ada di Malaysia! Stellar GoldenHill Cameron menyediakan kemudahan menginap di dalam caravan malah juga terdapat tapak perkhemahan serta glamping. Menarik ke tidak?

Destinasi ini dibuka pada Jun tahun ini dan pelbagai ‘teaser’ atau gambaran awal dikongsikan sebagai tarikan pengunjung ke sana. Apa yang menarik, anda berpeluang untuk merasai pengalaman tidur di dalam caravan yang disediakan. Mungkin ia tampak kecil, namun sekali-sekala beralih arah dari hotel je kan?

Walaupun agak kecil, namun ia terlihat selesa dengan kemudahan lengkap seperti bilik tidur, tandas, bilik mandi, ruang tamu juga dapur kecil untuk memasak. Banyak juga aktiviti boleh dilakukan di sini seperti menonton wayang terbuka, BBQ dan menyalakan unggun api.

Kelebihan

  • Pengalaman menarik tidur di dalam caravan
  • Pelbagai aktiviti menarik
  • Dilengkapi tandas, ruang tamu, dan dapur kecil

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar

Info

Alamat Tanah Rata, Cameron Highland.
Tel 018-216 9331
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/stellarcampsite/

Apa je yang tiada di Cameron Highlands kan? Dari ladang teh, tanaman strawberi, lokasi menarik dan penginapan yang selesa, segalanya tersedia di sana. Khas untuk anda yang merancang bercuti bersama keluarga, bolehlah buat itenary siap-siap. Barulah lebih tersusun dan teratur percutian anda nanti.

Untuk mengelakkan daripada hampa dengan bilik hotel yang penuh, apa kata book awal lokasi penginapan yang anda mahukan seminggu atau sebulan sebelum tarikh percutian.



Related posts