Meriahkan Tahun 2023 Dengan ‘Chill’ Di 5 Kafe Instagramable di KL Dan Selangor Ini

Meriahkan Tahun 2023 Dengan ‘Chill’ Di 5 Kafe Instagramable di KL Dan Selangor Ini
Gaya hidup


Perasan tak, elemen estetika ni cukup penting untuk bagi nilai tambah sesuatu tempat terutamanya. Ianya juga penting untuk lokasi kita bersantai-santai atau lepak seperti di kafe. Kebanyakkan kafe kini juga tidak tampil bosan dengan dekorasi kerana mereka tahu ia mampu menjadi tarikan buat pengunjung yang hadir. Memasuki tahun baru 2023 ni, jom lihat beberapa senarai ‘Instagrammable Café’ yang ada di sekitar KL dan Selangor ini.

Ra Ra Coffee

Ra Ra Coffee
Khas untuk anda yang berada di sekitar Bandar Utama, Ra Ra Coffee adalah lokasi wajib anda cuba. Kafe ini menawarkan suasana santai dengan cahaya semula jadi yang mencukupi melalui dinding tingkapnya. Terasa tenang, tidak sesak kerana ruangan tempat duduk luaran dan dalaman yang luas. Boleh lepak bersama tersayang dengan selesa sambil menikmati hidangan istimewa mereka seperti burger salmon, burger ayam rangup dan sandwich wafel ayam. Pelbagai jenis kopi juga dihidangkan seperti trio latte iaitu gabungan matcha, coklat dan espresso dengan susu.

Kelebihan Ra Ra Coffee

  • Menu istimewa unik
  • Pelbagai jenis kopi boleh dicuba
  • Konsep dekorasi simple and elegant

Kekurangan Ra Ra Coffee

  • Sukar mendapat parking di waktu sibuk

Info Ra Ra Coffee

Alamat 1-1, BU4 Oasis, Jalan Changkat Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya
Waktu Operasi 11 pagi- 10 malam (Tutup pada Isnin)
Instagram/Facebook/ Website https://www.instagram.com/ra_ra_coffee/

MareMaris Pâtisserie

MareMaris Pâtisserie
Sesuai untuk anda yang gemarkan suasana santai di hujung minggu sambil minum petang dan nikmati pelbagai jenis pastri yang enak-enak belaka, ini adalah lokasi terbaik. MareMaris Pâtisserie ini terletak di Ara Damansara merupakan kafe yang baru dibuka. Menu istimewa di kafe ini adalah kek serta pastri fresh from the oven, dengan resipi tersendiri. Mereka mempunyai lebih 250 item pada menu dan kesemuanya dibakar segar setiap hari. Anda yang berkunjung juga pastri tidak mahu ketinggalan untuk merakamkan kenangan dengan dekorasi seakan berada di kafe luar negara ini.

Kelebihan MareMaris Pâtisserie

  • Kek dan pastri dibakar setiap hari
  • Boleh menempah kek dengan pelbagai dekorasi cantik
  • Menghidangkan pastri dan kopi yang pelbagai

Kekurangan MareMaris Pâtisserie

  • Tutup pada hari Isnin dan Selasa

Info MareMaris Pâtisserie

Alamat DG-29, Medalla @ Oasis Corporate Park, 2, Jalan PJU 1a/2, Ara Damansara
Waktu Operasi 10 pagi- 7 malam (Tutup pada Isnin, Selasa)
Instagram/Facebook/ Website https://www.instagram.com/maremaris.my/?hl=en

No Nonsense Coffee

No Nonsense Coffee
No Nonsense Coffee ialah kafe terbaharu yang terletak di dalam kedai utama Atmos baharu di Sunway Pyramid. Dengan motif dekorasi kayunya, kafe ini menggabungkan estetika minimalis Jepun dengan budaya “otaku” yang mempamerkan semua jenis item edisi terhad yang patung-patung popular. Banyak edisi terhad BE@BRICKS, manga, model Lego dan vinil di sini untuk pengunjung menjamu mata mereka. Sambil-sambil tu, boleh lah ambil gambar sekeping dua untuk dijadikan kenangan. Menu yang dihidangkan juga sangat unik dengan minuman jenis kopi dan coklat dan matcha. No Nonsense juga menawarkan minuman yang dipilih secara khusus seperti Mont Blanc (bancuhan sejuk, oleo kopi, air tonik, krim) dan Kumori (yuzu, calpico, air soda, sirap herba).

Kelebihan No Nonsense Coffee

  • Dekorasi unik
  • Gabungan minimalis Jepun dengan budaya ‘otaku’
  • Banyak ‘port’ untuk bergambar

Kekurangan No Nonsense Coffee

  • Menu tidak pelbagai

Info No Nonsense Coffee

Alamat LG 1.33 LG 1.35 – LG 1.37, Lower Ground One, Sunway Pyramid
Waktu Operasi 11 pagi- 7 malam
Instagram/Facebook/ Website https://www.instagram.com/nononsense_coffee/

Limone

Limone
Menambah kepada senarai ini ialah Limone. Mengambil inspirasi daripada keindahan taman Itali, Limone ialah kafe berinspirasikan Eropah yang terletak di Plaza Zurich, Bukit Damansara. Dimewahkan dengan rona kuning terang dan sentuhan hijau bumi, kafe ini menawarkan suasana yang indah untuk tangkapan gambar menarik buat Instagram anda. Menunya dihasilkan dengan penuh kasih sayang oleh pengasas bersama/ketua chef Tee Jiunn Hoong. Ia juga menawarkan pencuci mulut Perancis artisanal daripada kek petit gateau kepada pastri yang menyelerakan. Jangan lupa untuk memesan minuman aromatik mereka yang unik. Untuk hidangan utama, kafe ini juga menyajikan hidangan kegemaran tengah hari yang lazat dan makanan panas, seperti telur salmon salai Benediktus, ayam percik dan pasta Aglio olio pedas.

Kelebihan Limone

  • Tema dekorasi kuning
  • Menu menarik dan pelbagai
  • Ada makanan berat untuk tengahari

Kekurangan Limone

  • Ditutup awal pada jam 6 petang

Info Limone

Alamat Lot G01-03, Plaza Zúrich, Bukit Damansara
Waktu Operasi 9 pagi- 6 petang (Tutup pada Isnin)
Instagram/Facebook/ Website https://www.instagram.com/limone.my/?hl=en

Olea

Olea
Kafe ini terletak di salah satu tempat paling ikonik di KL, The Row KL. Anggun dan minimum, restoran ini menawarkan rasa tenang dengan reka bentuk perindustrian desa. Menunya berkonsepkan Mediterranean, dan antara tarikan menu klasik Olea adalah seperti feta goreng rangup dengan buah tin dan za’atar dan Melitzanosalata Antara tarikan lain, termasuk ayam panggang perlahan, sesungut sotong bakar arang dan daging kambing yang menyelerakan. Bagi pencuci mulut, anda dicadangkan mencuba gelato pistachio mereka.

Kelebihan Olea

  • Dekorasi perindustrian desa
  • Menu menarik Mediterranean
  • Suasana lebih menarik pada waktu malam

Kekurangan Olea

  • Kawasan agak sibuk di tengah kota

Info Olea

Alamat Ground Floor of No, 32, Jalan Doraisamy, Chow Kit, Kuala Lumpur
Waktu Operasi 12 tengah hari – 10-.30 malam ( Tutup pada Selasa)
Instagram/Facebook/ Website https://letsumai.com/widget/Olea-Dining

Sambil chill lepak di kafe, anda juga secara tidak langsung berjaya mengeratkan hubungan bersama yang tersayang. Ha, siapa kata lepak-lepak ni tiada faedah? Asalkan ianya berpada-pada, tiada salahnya. Sambil menikmati hidangan makanan yang disediakan, anda boleh berborak dengan rakan atau ahli keluarga sambil menunggu makanan tiba. Untuk tujuan ini, konsep kafe yang santai dan selesa adalah pilihan terbaik. Dekorasi menarik juga mampu menenangkan mata serta jiwa pengunjung.

Sebelum menjamu selera, khas untuk yang beragama Islam, teliti dan periksa terlebih dahulu status halal setiap kafe ini ya. Selamat menjamu selera!



Related posts