Bersih Dan Paling Penting Mudah! Ini Pilihan Terbaik Berus Gigi Elektrik Yang Ada Di Malaysia
Dunia moden hari ini dipenuhi dengan teknologi dan inovasi baharu yang menjadikan kehidupan kita lebih mudah. Salah satu inovasi ini ialah berus gigi elektrik, ia adalah kaedah terbaik untuk mengekalkan gigi anda bersih dan sihat tanpa memerlukan pembersihan manual.
Berus gigi elektrik berfungsi lebih baik daripada berus gigi manual kerana ia lebih tepat dalam membuang plak dan bakteria yang terkumpul. Untuk menjamin memberus yang optimum, kebanyakan berus gigi elektrik dilengkapi fungsi pemasa sehingga dua minit, beberapa mod pembersihan dan penderia tekanan. Khas untuk anda yang sedang mencari berus gigi elektrik terbaik yang ada di pasaran sekarang, jom lihat senarai ini.
Darlie Sonic Clean
Jenama Darlie tidak asing dalam masyarakat di Malaysia. Mula dikenali dengan produk ubat gigi, kemudian berus gigi manual dan kini Darlie tidak ketinggalan menghasilkan produk berus gigi elektrik. Darlie Sonic Clean dikatakan mampu memberikan kebersihan terbaik dan kepuasan dalam memberus lebih tinggi kerana ia menggabungkan 24,000 mikro-getaran* seminit dan mengimport bulu lingkaran 0.01mm# untuk memberikan anda 400%^ pembersihan lebih mendalam. Ia juga mempunyai timer selama 2 minit dan kalis air.
Kelebihan Darlie Sonic Clean:
- Kepala berus padat 23mm
- Petunjuk masa 2 minit
- Kalis air
- Tahap bunyi rendah 42dB
Kekurangan Darlie Sonic Clean:
- Design agak boring dan tiada pilihan warna
Spesifikasi Darlie Sonic Clean:
Bateri: | 1x AAA |
---|---|
Harga: | RM 59.90 |
XiaoMi Mijia T100 Sonic
Berus Gigi Elektrik Sonic Xia0Mi Mijia T100 mempunyai motor frekuensi tinggi yang membolehkan pembersihan 360 darjah untuk gigi anda. Dengan cara ini, ubat gigi anda akan berfungsi lebih baik dalam menembusi celah gigi untuk pembersihan yang mendalam. Berus gigi ini mempunyai 2 mod pembersihan yang bagus untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif atau mereka yang ingin menghilangkan kotoran pada gigi anda. Menarik lagi, tempoh masa baterinya sungguh panjang, iaitu sehingga 30 hari selepas pengecasan selama 2-4 jam.
Kelebihan XiaoMi Mijia T100 Sonic:
- Bateri tahan lama sehingga 25-30 hari
- Pembersihan 360 darjah
- 2 pilihan mod pembersihan
- Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
- Dilengkapi USB kabel pengecas
- Kalis air
Kekurangan XiaoMi Mijia T100 Sonic:
- Kepala berus terlalu kecil untuk sesetengah orang
Spesifikasi XiaoMi Mijia T100 Sonic:
Bateri: | 700mAh (boleh charge semula) |
---|---|
Harga: | RM 39 |
Philips Diamond Clean 9000
Walaupun harganya agak tinggi, namun anda pasti tidak menyesal kerana produk ini mampu menghilangkan kotoran permukaan agar anda dapat nikmati senyuman yang lebih putih dengan kepala berus W3 Premium White. Bulu kepala berus yang padat padat direka khas untuk mengatasi kotoran dan ia terbukti secara klinikal dapat menanggalkan sehingga 100% lebih kesan dalam masa tiga hari sahaja. DiamondClean 9000 memberi anda panduan yang anda perlukan untuk menambah baik dan mengekalkan tabiat memberus yang sihat menerusi aplikasi Sonicare.
Kelebihan Philips Diamond Clean 9000:
- Membersihkan sehingga 100% lebih banyak kotoran dalam masa 3 hari sahaja
- Dilengkapi dengan 4 mod pembersihan
- Pengecaman kepala berus pintar
- Sensor tekanan terbina dalam
- Bateri tahan sehingga 2 minggu selepas sekali pengecasan
Kekurangan Philips Diamond Clean 9000:
- Sesetengah mengatakan aplikasi agak mengelirukan
- Harga sangat mahal
Spesifikasi Philips Diamond Clean 9000:
Bateri: | Boleh dicas semula |
---|---|
Harga: | RM 949 |
Oral-B Vitality Precision Clean
Oral-B Vitality Precision bersih terbukti secara klinikal dapat membuang lebih banyak plak daripada berus gigi manual biasa sambil menjadikan keseluruhan mulut anda lebih bersih dengan gusi yang lebih sihat. Apa yang menarik adalah, bulu berbentuk cawan yang bersih dengan ketepatan mencapai jauh di antara gigi untuk membantu menghilangkan plak lebih daripada berus gigi manual biasa.
Kelebihan Oral-B Vitality Precision Clean:
- Disyorkan oleh doktor gigi
- Berus berbentuk cawan bertujuan membantu pembersihan mendalam
- Timer selama 2 minit
- Bateri tahan sehingga 5 hari selepas sekali pengecasan
Kekurangan Oral-B Vitality Precision Clean:
- Tiada pilihan warna
- Harga agak mahal
Spesifikasi Oral-B Vitality Precision Clean:
Bateri: | Boleh dicas semula |
---|---|
Harga: | RM 148 |
Zenyum Sonic
Bagi mereka yang mencari berus gigi yang kelihatan estetik, berus gigi elektrik Zenyum Sonic mungkin menarik perhatian anda. Berusnya diperbuat dengan bulu Dupont lembut yang membentuk bulu tekanan mikro untuk menyasarkan kawasan yang sukar dijangkau sambil lembut pada gusi. Berus gigi elektrik ini mempunyai 3 tetapan yang diperibadikan, dengan 33,000 getaran seminit. Menarik lagi, ia mesra keluarga dan mesra pendakap jadi kanak-kanak dan mereka yang mempunyai pendakap gigi boleh menggunakan berus gigi ini dengan mudah.
Kelebihan Zenyum Sonic:
- 33,000 getaran seminit
- Mudah digunakan
- Mesra pendakap gigi
- 3 mod pembersihan berbeza
- Kalis air
- Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
Kekurangan Zenyum Sonic:
- Harga agak mahal
Spesifikasi Zenyum Sonic:
Bateri: | Boleh dicas semula |
---|---|
Harga: | RM 209 |
Apa yang pasti, setiap berus gigi ini menawarkan sesuatu yang berbeza antara satu sama lain dan merupakan antara produk terbaik di pasaran. Sebagai pengguna bijak, bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap produk sebelum membeli okay. Sesetengahnya dijual pada harga tidak masuk akal, namun didatangkan dengan kualiti dan fungsi tambahan lain.
Ketahan bateri juga perlu diambil kira kerana hari anda pasti murung jika berus gigi anda kehabisan bateri sewaktu mahu menggunakannya. Jika anda seorang yang tidak mahu sentiasa mengecas berus gigi elektrik anda maka anda harus memilih berus gigi yang mempunyai hayat bateri yang lebih lama.