Gantikan Anda Dengan 5 Tayar Terbaik Di Malaysia Ini Untuk Pemanduan Yang Lancar Dan Selamat

Gantikan Anda Dengan 5 Tayar Terbaik Di Malaysia Ini Untuk Pemanduan Yang Lancar Dan Selamat
Kereta dan motosikal


Sebelum memulakan perjalanan, terutamanya semasa bercuti semasa cuti sekolah atau hujung minggu panjang, di jalan raya yang jauh, adalah penting untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Pastikan minyak enjin mencukupi dan tayar dalam keadaan baik. Sebaiknya periksa dan tukar tayar jika perlu. Pastikan juga tayar simpanan dalam keadaan baik. Keselamatan adalah yang utama, jadi ambil masa untuk memastikan kenderaan anda bersedia untuk perjalanan jauh ini.

Selain enjin, perkara penting perlu diambil berat dalam penjagaan kereta adalah tayarnya. Orang kata, kalau kereta mahal, tapi pilih tayar yang kurang berkualiti dan kurang sesuai pun tidak guna juga kan. Ramai juga memandang enteng penjagaan tayar sehingga tidak menukarnya hingga bertahun lamanya. Jenis dan kualiti tayar mampu mempengaruhi kualiti pemanduan. Penting untuk anda tahu mengenai kos tayar, ketahanan tayar, prestasi tayar dan bagaimana ia mampu memberi penjimatan kepada bahan api. Yang mana mencari-cari jenis dan jenama tayar apakah yang terbaik, jom lihat senarai ini.

Kereta bersaiz kecil dan sederhana

Michelin Energy XM2+

Michelin Energy XM2+
Siapalah yang tidak kenal dengan brand Michelin ni kan? Michelin Energy XM2+ dihasilkan untuk kereta-kereta penumpang biasa itu kini dibangunkan dengan teknologi material yang sama seperti Primacy 4, menampilkan ketahanan yang lebih lama serta boleh memberhentikan kereta dalam keadaan basah.

Bunga tayar ini dihasilkan dari bahan silika penuh dengan formulasi baharu, yang lebih daya lentur, membolehkan yang bersentuh dengan permukaan jalan dan memastikan cengkaman yang baik walaupun bunganya sudah haus sehingga lapisan yang terakhir.

Menariknya tayar ini juga didakwa mempunyai daya lekatan yang lebih kuat, bagi membolehkan ia lebih tahan lasak, seterusnya meminimakan kehausan dan boleh digunakan dalam jarak yang lebih jauh.

Kelebihan Michelin Energy XM2+:

  • Kekal cengkaman walaupun bunga tayar mulai haus
  • Jarak berhenti dalam keadaan basah 2.6 meter lebih pendek berbanding jenama lain
  • Menjimatkan bahan api
  • Boleh digunakan 25% lebih jauh berbanding tayar jenama lain
  • Rintangan golekan rendah

Kekurangan Michelin Energy XM2+:

  • Hanya untuk kereta bersaiz kecil dan sederhana

Spesifikasi Michelin Energy XM2+:

Sesuai untuk: Perodua Myvi, Perodua Bezza, Perodua Axia, Proton Iriz 1.3, Proton Saga, Honda City, Honda Jazz, Suzuki Swift, Toyota Vios, Toyota Yaris dan lain lain.
Harga: RM 220 – RM 240
Laman web: https://www.michelin.com.my/auto/tyres/michelin-energy-xm2-plus

Continental Comfort Contact CC6

Continental Comfort Contact CC6
Pelbagai ujian ketahanan telah dilalui demi mendapatkan kualiti tayar yang premium. Tayar Continental Generasi 6 ini dikatakan benar-benar dihasilkan berasaskan kajian mendalam mengenai keperluan dan tabiat pemanduan pemandu di rantau Asia Pasifik. Tayar Continental ComfortContact CC6 sememangnya direka sebagai pilihan terbaik buat pemandu yang mementingkan keselesaan dalam pengalaman pemanduan mereka.

Menariknya, bahagian bahagian dalam alur bunga tayar, ciri kebuk khas, iaitu Harmonic Comfort Chamber yang direka berasaskan prinsip resonator Helmholtz berfungsi menyingkirkan frekuensi bunyi bising tayar. Malah, ciri polimer khas dinamakan ‘Kompaun Bisikan’ berupaya beradaptasi dengan permukaan kasar jalan.

Hasilnya, getaran yang menyebabkan tayar bising dapat dikurangkan. Tayar Continental ComfortContact CC6 terdapat dalam diameter rim 13 inci hingga 16 inci.

Kelebihan Continental Comfort Contact CC6:

  • Memberi keselesaan optimum
  • Lebih cengkaman dan tahan lama
  • Tidak terlalu bising
  • Lebih fleksibel dengan bonggol jalanan

Kekurangan Continental Comfort Contact CC6:

  • Prestasi kurang memuaskan ketika jalan basah

Spesifikasi Continental Comfort Contact CC6:

Sesuai untuk: Proton Saga, Perodua Axia, Bezza, Myvi, Honda Jazz, Honda City, Perodua Alza dan lain lain.
Harga: RM 180 – RM 419
Laman web: https://www.continental-tyres.com.my/car/tires/comfortcontactcc6

Kenderaan SUV dan 4×4

Goodyear AT SilentTrac

Goodyear AT SilentTrac
Goodyear mendakwa bahawa tayar baharu mereka telah dibangunkan untuk memenuhi tiga ciri dalam reka bentuk dan teknologi tayar iaitu perjalanan yang tenang, jarak perjalanan yang jauh serta lebih senyap.

Jika diperhatikan bahagian tengah kawasan bunga tayar ini menggunakan blok-blok kasar untuk cengkaman terbaik semasa dipermukaan yang tidak diturap. Ia juga menjadikan tayar ini lebih lasak. Selain dari itu, teknologi DuraWall yang dikemaskini memberikan dinding tayar (sidewall) yang lebih tebal dan lebih kukuh untuk tahan lebih bagus untuk ketahanan batu atau kayu tajam ketika memandu di laluan sukar.

Kelebihan Goodyear AT SilentTrac:

  • Prestasi lebih senyap
  • Lebih cengkaman dan tahan lama
  • Tahan lasak
  • Jarak pemanduan lebih jauh

Kekurangan Goodyear AT SilentTrac:

  • Kurang prestasi pada jalan basah

Spesifikasi Goodyear AT SilentTrac:

Sesuai untuk: Mitsubishi Pajero, Ford Ranger Old Model, Toyota Hilux, Nissan Navara,
Toyota Land Cruiser, Mitsubishi L200, Mitsubishi Triton, Toyota Fortuner dan lain lain.
Harga: RM 550 – RM 600
Laman web: https://www.goodyear.com.my/tyres/goodyear-wrangler-at-silenttrac

Dunlop Max Grip AT5

Dunlop Max Grip AT5
Tayar ini adalah yang terbaik untuk pemilik kenderaan SUV dan pikap kerana ianya lebih tahan lama dan selamat. Ini kerana tayar ini dicipta khusus untuk keadaan jalan raya Malaysia. Dunlop MaxGrip AT5 menawarkan perbatuan yang luar biasa sambil mengekalkan ketahanan di dalam dan di luar jalan dengan kedalaman tapak yang lebih baik.

Blade block dengan bentuk “zig-zag” tayar ini direka untuk hasil gelek yang licin dan cengkaman pada pelbagai permukaan, memberikan cengkaman yang lebih tinggi pada semua jenis rupa bumi. Selain itu, ia mempunyai mekanisme pelepasan lumpur dan batu yang cepat. Kebanyakkan pengguna menyukai AT5 kerana tayar ini mempunyai cengkaman yang baik dan berfungsi secara senyap dalam keadaan basah dan kering.

Kelebihan Dunlop Max Grip AT5:

  • Sesuai untuk pelbagai jenis permukaan
  • Prestasi lebih senyap
  • Lebih cengkaman dan tahan lama
  • Tahan lasak

Kekurangan Dunlop Max Grip AT5:

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Dunlop Max Grip AT5:

Sesuai untuk: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Pajero, Toyota Land Cruiser, Mitsubishi Triton, Nissan Frontier, Ford Ranger dan lain lain.
Harga: RM 426 – RM 700
Laman web: https://www.dunloptyres.com.my/products/4×4-4wd-tyres/maxgrip-at5/

Bridgestone Dueler A/T 697

Bridgestone Dueler A/T 697
Jika anda memandu Toyota, ini adalah pilihan yang bagus. Tayar 4WD direka untuk pelbagai keadaan bentuk rupa bumi dan memudahkan pemandu mengendalikan kenderaan walau dalam keadaan permukaan yang sukar. Tayar ini juga lebih tahan lasak dan tidak mudah haus sekaligus menjadikannya bertahan lebih lama. Apa yang menarik adalah, tayar ini kurang mengeluarkan bunyi yang bising dan sangat sesuai untuk mereka yang gemar pengembaraan offroad. Tayar ini mampu memberikan prestasi terbaik ketika memandu di jalan kering namun ada yang mengatakan ianya tidak mencengkam dengan baik pada kelajuan tinggi semasa hujan, tetapi ia masih baik di bawah 60mph.

Kelebihan Bridgestone Dueler A/T 697:

  • Sesuai untuk perjalanan offroad
  • Prestasi lebih senyap
  • Lebih cengkaman dan tahan lama
  • Tahan lasak

Kekurangan Bridgestone Dueler A/T 697:

  • Kurang prestasi pada jalan basah

Spesifikasi Bridgestone Dueler A/T 697:

Sesuai untuk: Toyota Fortuner, Toyota Hilux dan lain lain.
Harga: RM 518
Laman web: https://www.bridgestonetyre.com.my/en/tyre/dueler-at-697

Seperti barang lain, tayar juga mempunyai “shelf life” yang tersendiri. Tayar juga akan menjadi rosak jika tidak diselengara dan dijaga dengan baik. Bukan bermakna kurang digunakan ianya akan tahan lama tau. Kualiti tayar sebenarnya akan merosot sebaik dipasang pada kenderaan walaupun anda jarang memandu kenderaan tersebut.

Ini adalah disebabkan faktor pendedahan cahaya matahari, hujan serta suhu panas. Jadi sentiasalah periksa keadaan tayar sebelum pemanduan demi keselamatan perjalanan anda.

Walau semahal mana pun tayar atau daripada jenama terkenal apa pun tayar tersebut, ia juga terdedah kepada risiko untuk pancit. Sebagai pemandu atau pengguna jalan raya, pastikan anda mempunyai sedikit ilmu untuk menukar tayar di saat kecemasan.



Related posts