Pilih Dengan Bijak: Panduan Untuk Memilih Kad Kredit Dengan Ganjaran Tunai Terbaik di Malaysia

Pilih Dengan Bijak: Panduan Untuk Memilih Kad Kredit Dengan Ganjaran Tunai Terbaik di Malaysia
Hartanah & Perkhidmatan


Kad kredit dengan ganjaran tunai, adalah sejenis kad kredit yang menawarkan pulangan tunai atau wang kembali kepada pemegang kad sebagai sebahagian daripada belanja mereka. Dalam hal ini, pemegang kad menerima sejumlah wang tunai kembali ke dalam akaun kad kredit mereka berdasarkan belanja yang dilakukan menggunakan kad tersebut.

Ganjaran tunai ini biasanya dikembalikan berdasarkan peratusan daripada jumlah belanja yang dilakukan dengan kad kredit tersebut. Contohnya, jika sebuah kad kredit menawarkan ganjaran tunai sebanyak 1% dan anda membuat pembelian bernilai RM1,000 dengan kad tersebut, anda akan menerima RM10 sebagai pulangan tunai.

Kad kredit dengan ganjaran tunai ini biasanya menjadi pilihan yang popular di kalangan pengguna yang ingin mendapatkan manfaat tambahan daripada penggunaan kad kredit mereka. Pulangan tunai boleh digunakan untuk membayar bil kad kredit, membayar perbelanjaan harian, atau disimpan sebagai wang tambahan.

Pada masa kini, banyak syarikat perbankan memperkenalkan kad kredit yang menawarkan pelbagai jenis ganjaran tunai, termasuk kadar pulangan yang berbeza untuk jenis belanja yang berbeza, seperti makanan, petrol, perjalanan, dan lain-lain. Oleh itu, apabila memilih kad kredit dengan ganjaran tunai terbaik, penting untuk memahami jenis belanja yang sering anda lakukan dan memilih kad yang memberikan pulangan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan kewangan anda. Buat anda yang sedang mencari kad kredit dengan ganjaran tunai yang berbaloi, jom kita lihat senarai lima kad kredit dengan ganjaran tunai terbaik yang ditawarkan untuk anda.

Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Standard Chartered Simply Cash Credit Card
Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash adalah salah satu produk kad kredit yang ditawarkan oleh Standard Chartered Bank. Untuk memohon kad kredit ini, pemohon perlu mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan bersamaan dengan RM 36,000 setahun. Ini adalah syarat minimum pendapatan yang diperlukan untuk memenuhi kelayakan permohonan. Salah satu tawaran menarik pada kad kredit ini adalah ia menawarkan yuran tahunan yang percuma untuk tahun pertama kepada pemegang kad. Ini bermaksud anda tidak perlu membayar yuran tahunan untuk mengguna kad kredit ini selama setahun. Kad kredit ini juga menawarkan ganjaran dan pulangan tunai sebagai sebahagian daripada faedah memiliki kad kredit ini. Kadar yang telah ditetapkan untuk ganjaran tunai adalah sebanyak 15% selama setiap bulan jika anda membelanjakan lebih daripada RM 2,500 keatas. Jika kurang, anda akan menerima 0.5% ganjaran tunai. Selain daripada yuran tahunan percuma dan ganjaran tunai, kad kredit ini mempunyai kelebihan lain seperti diskaun di kedai-kedai tertentu, promosi percutian, dan insurans perjalanan.

Kelebihan Standard Chartered Simply Cash Credit Card:

  • Yuran tahun pertama percuma
  • Kadar ganjaran tunai yang tinggi iaitu 15%
  • Diskaun dan promosi khas buat pemegang kad kredit

Kekurangan Standard Chartered Simply Cash Credit Card:

  • Ganjaran tunai 15% hanya diberi jika anda berbelanja melebihi daripada jumlah yang ditetapkan. Jika kurang, ganjaran tunai juga akan berkurang.

Info Standard Chartered Simply Cash Credit Card:

Syarikat: Standard Chartered
Pendapatan minima pemohon: RM 3,000 bersamaan RM 36,000 setahun
Kadar ganjaran tunai: 15% untuk kegunaan melebihi RM 2,500
Yuran Tahunan: Percuma untuk tahun pertama, seterusnya RM 250 setahun

CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard

CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard
CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard adalah kad kredit yang ditawarkan oleh CIMB Bank. Ia diberi nama “Cash Rebate” kerana menawarkan ganjaran tunai atau diskaun sebagai sebahagian daripada ganjaran penggunaan kad tersebut. CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard memberikan ganjaran tunai kepada pemegang kad setiap kali mereka membuat pembelian. Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak 5% setiap bulan namun ianya bergantung kepada baki di penyata akaun anda. Sekiranya baki anda berjumlah RM 3,000 ke atas maka anda layak untuk menerima 5% tersebut. Sekiranya baki anda dibawah RM 3,000, 2% ganjaran tunai akan diberikan kepada anda. Untuk memohon kad kredit ini, anda perlulah mempunyai pendapatan minima RM 2,000 sebulan bersamaan dengan RM 24,000 setahun. Setiap hari anda layak untuk menerima ganjaran daripada penggunaan kad kredit ini melalui pembelian petrol, membeli tiket wayang, membeli barang-barang runcit, pembayaran bil telefon dan utiliti serta pelbagai lagi. Yang lebih menarik, tiada sebarang caj yang dikenakan untuk yuran tahunan. Pastinya ia sangat berbaloi.

Kelebihan CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard

  • Yuran tahun percuma
  • Pemohon dengan pendapatan minima rendah boleh memohon
  • Diskaun dan promosi khas buat pemegang kad kredit

Kekurangan CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard:

  • Ganjaran tunai yang rendah, hanya 5%

Info CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard:

Syarikat: CIMB Bank
Pendapatan minima pemohon: RM 2,000 bersamaan RM 24,000 setahun
Kadar ganjaran tunai: 5% untuk baki penyata melebihi RM 3,000 ke atas
Yuran Tahunan: Percuma

UOB ONE Card

UOB ONE Card
UOB ONE Card adalah kad kredit yang ditawarkan oleh United Overseas Bank (UOB). Kad kredit ini dikenali dengan konsep “UOB ONE Account,” yang membolehkan pemegang kad mendapatkan pulangan tunai dan diskaun dengan cara yang unik. UOB ONE Card menawarkan pulangan tunai sebagai ganjaran utama. Ganjaran ini dikenali sebagai “UOB Cash Rebate,” dan ia diberikan kepada pemegang kad berdasarkan jumlah belanja bulanan mereka. Kadar pulangan tunai bagi kad kredit ini adalah sebanyak 10% berdasarkan penggunaan. Pemegang kad akan dihubungkan dengan akaun UOB ONE Account, di mana pulangan tunai akan didepositkan. Untuk mendapatkan pulangan maksimum, pemegang kad perlu memenuhi syarat-syarat tertentu, seperti mencapai belanjaan bulanan minimum dalam kategori yang ditentukan. Untuk memohon kad kredit ini, pemohon perlulah berumur 21 tahun dan keatas dengan pendapatan minima sebanyak RM 2,000 sebulan bersamaan dengan RM 24,000 setahun. Tiada yuran tahunan dikenakan untuk pemegang kad kredit ini. UOB ONE Card mempunyai kategori belanja tertentu yang menawarkan pulangan tunai yang lebih tinggi. Contohnya, kategori seperti makanan, perbelanjaan harian, dan pembayaran bil utiliti mungkin memberikan pulangan tunai yang lebih besar daripada kategori lain.

Kelebihan UOB ONE Card:

  • Yuran tahun percuma
  • Pemohon dengan pendapatan minima rendah boleh memohon
  • Ganjaran tunai akan didepositkan ke UOB One Account
  • Diskaun dan promosi khas buat pemegang kad kredit

Kekurangan UOB ONE Card:

  • Ganjaran tunai yang rendah, hanya 10%

Info UOB ONE Card:

Syarikat: United Overseas Bank (UOB)
Pendapatan minima pemohon: RM 2,000 bersamaan RM 24,000 setahun
Kadar ganjaran tunai: 10%
Yuran Tahunan: Percuma

Maybank Shopee Visa Platinum

Maybank Shopee Visa Platinum
Suka berbelanja di Shopee? Maybank Shopee Visa Platinum adalah sebuah kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank dengan kerjasama Shopee, aplikasi perbelanjaan dalam talian yang sangat popular di Malaysia. Kad kredit ini menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang berkaitan dengan pembelian di Shopee dan lain-lain. Kad kredit ini menawarkan pulangan tunai secara unik iaitu pulangan tunai khas untuk pembelian di Shopee. Anda boleh mendapatkan pulangan tunai dalam bentuk Shopee Coins yang boleh digunakan untuk membuat pembelian tambahan di platform Shopee. Contohnya, apabila anda telah mengaktifkan kad kredit ini, anda secara automatik layak untuk menerima 5000 shopee coins dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM 300 secara terkumpul untuk dua bulan pertama, 2 shopee coins untuk RM 1.00 bagi perbelanjaan hari biasa, 5 shopee coins untuk RM 1.00 bagi perbelanjaan hari istimewa tertentu dan pelbagai lagi. Selain daripada pulangan tunai, Maybank Shopee Visa Platinum juga menawarkan diskaun dan promosi eksklusif untuk pengguna kad ini di Shopee. Ini boleh merangkumi potongan harga, penawaran istimewa, atau mata ganjaran tambahan. Untuk syarat permohonan, anda perlulah berumur 21 tahun ke 65 tahun dengan pendapatan minima RM 2,000 sebulan bersamaan dengan RM 24,000 setahun. Yang paling menarik, tiada sebarang yuran tahunan dikenakan untuk memiliki kad kredit ini. Buat anda yang suka berbelanja di platform shopee, kad kredit ini sangat berbaloi untuk anda miliki.

Kelebihan Maybank Shopee Visa Platinum:

  • Yuran tahun percuma
  • Pemohon dengan pendapatan minima rendah boleh memohon
  • Ganjaran shopee coins yang sangat berbaloi
  • Diskaun dan promosi khas buat pemegang kad kredit di platform shopee

Kekurangan Maybank Shopee Visa Platinum:

  • Hanya memfokuskan kepada pengguna platform shopee sahaja

Info Maybank Shopee Visa Platinum:

Syarikat: Maybank
Pendapatan minima pemohon: RM 2,000 bersamaan RM 24,000 setahun
Kadar ganjaran tunai: Shopee Coins didepositkan ke akaun shopee
Yuran Tahunan: Percuma

RHB Shell Visa Credit Card

RHB Shell Visa Credit Card
Anda suka isi minyak di Shell? Tahukah anda banyak ganjaran menarik jika anda mengisi minyak kenderaan menggunakan kad kredit ini? Kad Kredit RHB Shell Visa adalah sebuah produk kad kredit yang ditawarkan oleh RHB Bank dengan kolaborasi Shell, syarikat minyak dan gas terkenal. Kad kredit ini menawarkan pulangan tunai atau ganjaran balik dalam bentuk mata ganjaran (RHB Reward Points) yang boleh ditebus untuk minyak Shell. Ini membolehkan pemegang kad mendapatkan diskaun atau membayar minyak dengan mata ganjaran mereka di mana-mana stesen minyak Shell. Setiap isian minyak petrol berjumlah RM 50, pengguna kad kredit ini layak untuk menerima 12% ganjaran tunai. Selain daripada pulangan tunai dan ganjaran balik, kad kredit ini juga boleh digunakan untuk perbelanjaan harian dan bil utiliti. Kad kredit ini menawarkan yuran tahunan percuma pada tahun pertama dan RM 195 bagi tahun-tahun seterusnya. Sebagai pemegang eksklusif kad kredit ini, anda layak untuk mendapatkan promosi khas atau diskaun di stesen minyak Shell yang mengambil bahagian dalam program ini. Ini boleh merangkumi penawaran seperti diskaun pada minyak, makanan, minuman, dan produk lain di Shell. Untuk memohon, anda perlulah berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan minima RM 2,000 sebulan bersamaan dengan RM 24,000 setahun.

Kelebihan RHB Shell Visa Credit Card:

  • Pemohon dengan pendapatan minima rendah boleh memohon
  • Ganjaran tunai yang tinggi iaitu 12% untuk isian minyak RM50
  • Diskaun dan promosi khas buat pemegang kad kredit di stesen minyak Shell

Kekurangan RHB Shell Visa Credit Card:

  • Hanya memfokuskan kepada pengguna Shell sahaja
  • Yuran tahunan percuma hanya untuk tahun pertama

Info RHB Shell Visa Credit Card:

Syarikat: RHB
Pendapatan minima pemohon: RM 2,000 bersamaan RM 24,000 setahun
Kadar ganjaran tunai: 12%
Yuran Tahunan: Percuma untuk tahun pertama, RM 195 untuk tahun seterusnya

Memilih kad kredit dengan ganjaran tunai harus disesuaikan dengan keperluan, gaya hidup, dan matlamat kewangan individu. Anda harus tentukan keperluan anda sebelum membuat permohonan, fikirkan dengan jelas mengapa anda memerlukan kad kredit. Selain daripada ganjaran tunai, adakah anda memerlukannya untuk hal-hal lain seperti perjalanan, beli-belah, atau tujuan lain? Seeloknya anda membaca ulasan kad kredit dari pelanggan lain dan bandingkan kad-kad kredit yang berpotensi dengan menggunakan laman web perbandingan kad kredit. Untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas sebelum membuat permohonan, anda juga boleh menyenaraikan kelebihan dan kekurangan kad kredit dengan ganjaran tunai pilihan anda. Ini akan membantu anda untuk membuat pertimbangan dengan lebih baik. Apa yang penting, anda perlu memastikan kemampuan kewangan anda adalah seiring dengan jumlah maksimum yang boleh digunakan. Ganjaran tunai adalah satu tawaran atau promosi menarik bagi sesebuah kad kredit, namun anda perlu pastikan yang anda berdisiplin untuk menyelesaikan bayaran kad kredit mengikut tempoh yang ditetapkan.



Related posts