Luangkan Masa Bersama Anak-Anak Dengan Alam Semula Jadi! Kunjungi 5 Tarikan Destinasi ‘Hijau’ Yang Indah Ini

Luangkan Masa Bersama Anak-Anak Dengan Alam Semula Jadi! Kunjungi 5 Tarikan Destinasi ‘Hijau’ Yang Indah Ini
Melancong dan berkhemah


Ada ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah lama berkurung di rumah disebabkan wabak pandemik COVID-19. Ketika kes harian jangkitan COVID-19 di Malaysia semakin menurun, ini lah masa sesuai membawa anak-anak anda berjalan. Mulakan sesi percutian bersama anak-anak dengan meluangkan masa di pesekitaran alam menghijau. Negara kita mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka. Apabila melakukan aktiviti ini, percayalah minda anak akan menjadi lebih terbuka dan fokus.

Lokasi hijau di Malaysia ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan! Risaukan tahap keselamatan? Sebenarnya ada banyak lokasi alam semulajadi yang mesra keluarga di Malaysia, paling penting kalian akan berasa selesa dengan kedamaian dan alam hijau yang tenang. Ini 5 lokasi hijau wajib singgah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bersama anak anda. Ambil peluang dengan mengajak anak-anak mengembara di destinasi alam semulajadi!

Ostrich Wonderland, Semenyih Selangor

Ostrich Wonderland, Semenyih Selangor
Ostrich Wonderland yang bertempat di Semenyih, Selangor antara lokasi popular untuk membawa anak-anak beriadah melihat burung terbesar di dunia. Ladang seluas lima ekar itu mempunyai 60 ekor burung unta yang berasal dari Afrika Selatan dan mula diternak sejak tahun 1997. Menariknya, Ostrich Wonderland bukan hanya menempatkan burung unta tetapi mempunyai pelbagai haiwan lain seperti kambing, kuda padi, lembu, monyet, arnab, itik, angsa dan ayam. Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memberi makan haiwan-haiwan di ladang itu. Di samping itu, boleh juga membeli produk keluaran Ostrich Wonderland Showfarm seperti anak ayam, daging ayam, telur burung unta dan buah-buahan. Persekitaran yang tenang dengan kehijauan kawasan sekeliling membuatkan penerokaan di sini cukup mendamaikan.

Kelebihan produk

  • Setiap pengunjung akan menerima sepaket makanan untuk diberikan kepada haiwan
  • Mempunyai 60 ekor burung unta yang berasal dari Afrika Selatan
  • Ada tarikan pelbagai haiwan lain seperti kambing, kuda padi, lembu, monyet, arnab, itik, angsa dan ayam.
  • Ada menjual telur burung unta

Kekurangan produk

  • Jumlah pengunjung dihadkan ketika pandemik ini.

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.facebook.com/OstrichWonderlands
https://www.instagram.com/ostrichwonderland/
Lokasi Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi Beroperasi bermula 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali tutup pada Isnin.
Tiket/ Bayaran RM20 (Dewasa) & RM15 (Kanak-Kanak untuk 3 tahun-12 tahun)

UK Farm Agro Resort, Batu Pahat Johor

UK Farm Agro Resort, Batu Pahat Johor
UK Farm Agro Resort yang terletak di Batu Pahat, Johor destinasi ideal buat anda sekeluarga yang suka dengan haiwan ternakan. Kepelbagaian pokok buah-buahan di dusun yang luas dan kesuburan sayur-sayuran organik melengkapkan suasana alam mendamaikan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Anak-anak kecil pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam mini zoo di UK Farm Agro Resort seperti kambing, lembu, burung unta, kuda, ayam dan itik.
Bukan setakat bermain dengan haiwan, anda sekeluarga juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan-haiwan ini makan di kawasan ladang. Memandangkan, kawasan ini agak luas untuk diterokai, terdapat kemudahan tram yang disediakan. Jika tidak puas untuk meneroka ladang ini hanya untuk sehari, anda juga boleh memilih untuk menginap di resort yang disediakan.

Kelebihan produk

  • Terdapat resort di dalam ladang untuk penginapan
  • Ada kemudahan tram untuk meneroka ladang
  • Pengunjung dibenarkan mendekati haiwan ternakan dibiarkan bebas
  • Boleh mengenali pelbagai jenis pokok buah-buahan

Kekurangan produk

  • Resort sentiasa penuh. Tempahan perlu dilakukan lebih awal

Spesifikasi produk

Hubungi https://ukfarm.com.my/
https://www.facebook.com/UKAgroResort/
Lokasi Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor
Waktu Operasi Dibuka Isnin hingga Ahad dari jam 9 pagi – 6 petang
Tiket/ Bayaran RM31.80 (Dewasa) RM21.20 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

Air Terjun Pelangi, Sg Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi, Sg Lembing Pahang
Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Pelangi yang bertempat di Sungai Lembing. Air Terjun Pelangi sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah tular di media sosial. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Bawa anak anda untuk menghargai alam dan mereka pasti terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250m dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah. Akses untuk ke air terjun ini, adalah dengan menggunakan kenderaan 4×4 dan kemudian perlu berjalan mengikut laluan trails sekitar 15 ke 20 minit. Anda boleh menjejak Air Terjun Pelangi dengan mengambil pakej daripada operator berdaftar sekitar pekan Sungai Lembing.

Kelebihan produk

  • Air terjun sangat cantik dan sukar ditemui di tempat lain
  • Kolam air untuk mandi sangat jernih
  • Pengalaman menaiki kemudahan kenderaan 4×4 penduduk tempatan
  • Percikan aliran air terjun setinggi 250m dihiasi biasan pelangi

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai dikunjungi ketika musim hujan
  • Akses ke Air Terjun Pelangi perlu menggunakan kenderaan 4×4 sahaja

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.facebook.com/Air-Terjun-Pelangi-Sungai-Lembing-1666364886918158/
https://api.whatsapp.com/send?phone=60148282453
Lokasi Sungai Lembing, Pahang
Waktu Operasi Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi
Tiket/ Bayaran Tertakluk kepada pakej

Gopeng Glamping Park, Perak

Gopeng Glamping Park, Perak
Buat anda yang berkeluarga, percutian di Gopeng Glamping Park, Perak sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat yang ingin mencari ketenangan dikelilingi alam semulajadi. Di Gopeng Glamping Park bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda dan anak-anak bermalam di khemah dalam dusun kampung.
Setiap khemah memiliki tilam dan bantal yang empuk. Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitarnya seperti memancing, berbasikal, mandi sungai, meneroka gua, mendaki bukit dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Sambil menghirup udara segar, jika terasa lapar anda juga boleh duduk bersantai menikmati makanan di kafe yang disediakan. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.

Kelebihan produk

  • Banyak aktiviti untuk dilakukan
  • Ada kemudahan kafe
  • BBQ dan duduk mengelilingi unggun api
  • Setiap khemah memiliki tilam dan bantal yang empuk

Kekurangan produk

  • Jumlah pengunjung dihadkan ketika pandemik ini.
  • Tempahan perlu dilakukan lebih awal

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.gopengglampingpark.com/
https://www.facebook.com/gopengglampingpark/
Lokasi Lot 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi Dibuka setiap hari, 24 jam
Tiket/ Bayaran Pakej bermula serendah RM129

Taman Botani Kepong (FRIM), Kuala Lumpur

Taman Botani Kepong (FRIM), Kuala Lumpur
Buat pencinta segala jenis tumbuhan, Taman Botani Kepong (FRIM), Kuala Lumpur adalah lokasi ideal buat kalian. Menjejakkan kaki di sini tidak hanya terasa damai apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan, tetapi pasti kalian teruja dengan susunan landskap perhutanannya yang cantik. Bawa anak-anak anda merentas hutan di Taman Botani Kepong melalui Jambatan Rimba (Forest Skywalk). Namun begitu, jambatan ini hanya dihadkan untuk golongan umur tertentu sahaja dengan bayaran tiket berlainan.
Dari kedudukan tinggi Jambatan Rimba, anda boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian tersebut, selain berpeluang melihat penghuni rimba, anda juga dapat melihat panorama banggunan pencakar langit Kuala Lumpur yang indah, walaupun dari jarak jauh. Bagi yang mencari tempat untuk beriadah, di sini turut menyediakan sebuah kawasan mini air terjun di Sungai Kroh.

Kelebihan produk

  • Susunan landskap perhutanannya yang cantik
  • Tarikan terkini Jambatan Rimba (Forest Skywalk)
  • Boleh lihat panorama bangunan pencakar langit Kuala Lumpur
  • Ada kawasan mini air terjun di Sungai Kroh.

Kekurangan produk

  • Jumlah pengunjung dihadkan ketika pandemik ini.
  • Untuk naik Jambatan Rimba perlu mengikut keadaan cuaca

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.frim.gov.my/ms/tarikan/taman-botani-kepong/
https://www.facebook.com/FRIMKepong
Lokasi Jalan E 4/15, Taman Ehsan, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 petang
Tiket/ Bayaran RM1 (Dewasa) Percuma (Kanak-Kanak bawah 13 tahun)

Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Suasana hijau dengan bunyi kicauan sang burung cukup mengujakan. Keriangan dan keletah anak-anak kecil berlari berkejaran di kawasan sekitar pasti membuatkan ibu dan bapa turut tumpang gembira. Aktiviti pengembaraan hijau bersama anak-anak sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan juga boleh memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda. Lebih memberi manfaat ialah kita juga dapat menjalankan gaya hidup sihat serta meningkatkan stamina diri masing-masing.

Bayangkan satu keluarga yang sedang bergerak ketawa riang, berjalan bersama dikelilingi alam semulajadi, sambil menyentuh dedaunan atau aliran sungai juga menyapa haiwan-haiwan jinak yang comel. Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga terutama anak-anak ketika pandemik. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti melihat alam adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!



Related posts