Nikmati Udara Segar Di 5 Tapak Perkhemahan Terbaik Di Malaysia Ini

Nikmati Udara Segar Di 5 Tapak Perkhemahan Terbaik Di Malaysia Ini
Melancong dan berkhemah


Seakan ‘trend’, ramai rakyat di Malaysia ketika ini sedang berjinak-jinak untuk turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan bercuti dengan konsep sebegini. Aktiviti sebegini sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam masa sama boleh memupuk semangat cintakan alam sekitar dan hargai destinasi indah negara. Namun begitu, di Malaysia cuaca kita tidak menentu, sekejap hujan dan sekejap panas. Sebagai langkah keselamatan, sebelum berkhemah ambil tahu langkah yang perlu anda hadapi ketika hari hujan atau cuaca buruk:

  1. Sebelum membeli khemah sendiri, kenalilah jenis, keluasan, material dan apa kegunaan khemah. Untuk menahan cuaca hujan dan kalis air, pilih material jenis PU.
  2. Flysheet merupakan salah satu komponen penting sewaktu berkhemah. Ia biasanya digunakan sebagai tempat berlindung daripada angin, hujan atau cahaya matahari.
  3. Setiap orang mahu khemah berada di kawasan tanah rata untuk keselesaan ketika tidur. Sekiranya hujan, anda perlu tempatkan khemah di kawasan sedikit bercerun kerana lokasi itu sukar membentuk air bertakung. Sebaiknya, elakkan berkhemah di bawah kaki bukit kerana dibimbangi menjadi tempat laluan air.
  4. Pilih lokasi bersesuaian dan senang untuk akses ketika kecemasan. Jika baru berjinak-jinak dengan aktiviti perkhemahan, pilih lokasi perkhemahan tidak jauh dari penempatan penduduk.
  5. Kecederaan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga terutamanya kepada kanak-kanak. Disarankan supaya membawa peti keselamatan bersama ketika berkhemah.
  6. Salah satu barang paling penting ketika berkhemah semasa hujan adalah beg kalis air. Dengan adanya beg ini, anda dapat menyimpan pelbagai barang penting seperti dompet, ubat-ubatan, dan telefon pintar di dalamnya.

Sudah bersedia untuk melakukan aktiviti perkhemahan? Jom nikmati udara segar di lima tapak perkhemahan antara yang terbaik di negara kita, Malaysia.

Denai Kabus Agro Farm & Adventure Resort, Gerik Perak

Denai Kabus Agro Farm & Adventure Resort, Gerik Perak
Denai Kabus Agro Farm & Adventure Resort, menawarkan lokasi tapak perkhemahan terletak dalam kawasan Kampung Pahat, Gerik berhampiran dengan kaki Gunung K2. Keselamatan juga terjamin kerana kawasan ini berpagar. Suhu persekitarannya sangat sejuk dan kabus masih boleh kelihatan sehingga melewati jam 12 tengah hari. Berlatarkan pemandangan gunung, Denai Kabus Agro Farm & Adventure Resort adalah lokasi perkhemahan terbaik untuk merehatkan diri atau mencari ketenangan. Ada pelbagai pilihan tapak perkhemahan dan chalet disediakan di sini dengan harga serendah RM30 hingga RM150 sahaja. Buka sahaja pintu khemah, anda boleh menikmati pemandangan berkabus seolah-olah sedang bercuti di tanah tinggi. Kabus lebih ketara menjelang musim hujan. Pelbagai aktiviti berkonsepkan percutian dalam ladang boleh dilakukan ketika berkhemah di sini seperti berkuda, memberi haiwan ternakan makan, memetik sayur-sayuran, memancing dan berkayak.

Kelebihan produk

  • Bersuhu sejuk
  • Harga berpatutan
  • Terdapat kemudahan kafe untuk menjamu selera
  • Ada aktiviti berkonsepkan percutian dalam ladang

Kekurangan produk

  • Jumlah tetamu adalah terhad
  • Tempahan pada cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu sukar ditempah

Spesifikasi produk

Lokasi Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, Gerik, Perak
Kemudahan Surau, tandas, bilik air, kafe, aktiviti air, kawasan berpagar
Harga RM30.00 – RM150.00

Untuk maklumat lanjut, layari website laman web atau Facebook

Polumpong Melangkap View Campsite, Kota Belud Sabah

Polumpong Melangkap View Campsite, Kota Belud Sabah
Nak layan perkhemahan bertemankan bintang di langit dan berlatar belakangkan pemandangan indah? Polumpong Melangkap View Camp Site yang terletak di Kota Belud, Sbah adalah lokasi perkhemahan terbaik dicadangkan. Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung juga boleh bermandi-manda di Sungai Melangkap berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang. Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah untuk disewa, termasuk kemudahan barbeku, dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja. Ketika pandemik ini, pengunjung hanya terhad untuk 100 orang sahaja sehari. Harga untuk bermalam untuk dewasa RM6 dan kanak-kanak atas 7 tahun hanya RM4 seorang. Warga emas dan orang kurang upaya tidak dikenakan sebarang bayaran.

Kelebihan produk

  • Bersuhu sejuk
  • Harga berpatutan
  • Panorama indah dan ‘mahal’ berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
  • Ada pakej sewa khemah berserta kemudahan barbeku

Kekurangan produk

  • Jumlah tetamu adalah terhad
  • Kos tambahan untuk penerbangan daripada semanjung Malaysia

Spesifikasi produk

Lokasi Sabah Kg. Melangkap Baru, Kota Belud, Sabah
Kemudahan Tandas, tempat barbeku, dapur arang dan sewa khemah
Harga RM4.00 – RM10.00 per pax

Untuk maklumat lanjut, layari website laman web atau Facebook

Kenaboi Adventure Camp, Jelebu Negeri Sembilan

Kenaboi Adventure Camp, Jelebu Negeri Sembilan
Kenaboi Adventure Camp terletak di Jelebu, Negeri Sembilan mempunyai lokasi tapak perkhemahan yang tidak kurang menarik. Terletak betul-betul berdekatan dengan sungai, lokasi ini juga tersedia dengan kemudahan plug point, surau dan juga tandas yang selesa. Selain itu, tempat meletak kereta juga berdekatan sahaja dengan kawasan perkhemahan, memudahkan urusan anda memunggah atau menyimpam kelengkapan perkhemahan. Terdapat beberapa jenis tapak perkhemahan yang boleh dipilih iaitu tapak tepi sungai dan juga tapak biasa. Selain itu, terdapat juga rumah kayu, rumah buluh dan rumah playwood untuk ditempah. Harga bagi tapak khemah ialah mengikut saiz dan lokasi iaitu antara RM70 hingga RM180. Terdapat juga sewaan untuk beberapa peralatan lain seperti BBQ Pit dan beberapa kelengkapan lain. Kemudahan lampu kem menggunakan genset pada malam hari akan mula dipasang pada jam 7 petang hingga 6 pagi.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Berdekatan sungai
  • Ada kemudahan plug point, surau dan juga tandas yang selesa
  • Kemudahan lampu kem menggunakan genset pada malam hari

Kekurangan produk

  • Jumlah tetamu dan pengunjung adalah terhad

Spesifikasi produk

Lokasi Kg Chennah, Jln Ulu Kenaboi, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan
Kemudahan Surau, tandas, aktiviti air, chalet
Harga RM70.00 – RM180.00

Untuk maklumat lanjut, layari website laman web atau Facebook

Hammocks By The River, Hulu Langat Selangor

Hammocks By The River, Hulu Langat Selangor
Hammocks By The River terletak di Hulu Langat, menjadi pilihan ramai yang inginkan tapak perkhemahan bersih dan betul-betul berada di sebelah sungai. Hammocks By The River dikelilingi rimbunan pokok yang cantik menambahkan lagi ‘vibe’ untuk berkhemah. Di sini juga menyediakan kawasan tandas bersih, bilik mandi selesa, ruang barbeku, port memancing, pondok teduhan hujan, dan parkir berpagar. Paling menarik, jika anda tiada kelengkapan untuk berkhemah, Hammocks By The River ada menyediakan kemudahan tersebut dengan harga pakej bermula RM140. Khemah telah siap dipasang, tetamu hanya perlu datang membawa kelengkapan diri dan makanan sahaja. Jika anda hanya ingin menyewa tapak perkhemahan sahaja juga ada disediakan dengan harga berpatutan iaitu RM25 untuk 2 orang. Lokasi Hammocks By The River sangat cantik dan terdapat beberapa spot instagrammable untuk pengunjung ambil gambar.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Berdekatan sungai
  • Port instagrammable
  • Ada menyediakan pakej berkhemah pasang siap

Kekurangan produk

  • Jumlah tetamu dan pengunjung adalah terhad

Spesifikasi produk

Lokasi 617 Jalan Sungai Makau, Hulu Langat, Selangor
Kemudahan Tandas, bilik mandi, ruang barbeku, port memancing, pondok teduhan hujan, parkir berpagar
Harga RM25.00 – RM220.00

Untuk maklumat lanjut, layari website laman web atau Facebook

Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik Pahang

Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik Pahang
Jika anda ingin keselesaan ketika berkhemah, pilihlah bermalam cara glamping di Canopy Villa Glamping Park terletak di Janda Baik, Pahang. Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan dan keselamatan. Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Jom alami suasana segar dengan pemandangan hijau dengan memilih beberapa jenis khemah yang disediakan iaitu Long House Tent (2 katil Single), Safari Tent (2 katil Single), Safari Tent (1 katil Queen), Emperor Tent (6 pax), dan Bell Tent (4pax). Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup indah percutian perkhemahan kalian.

Kelebihan produk

  • Keselesaan dan tahap keselamatan terjamin
  • Ada 5 jenis khemah disediakan mengikut kapasiti
  • Aktiviti yang boleh dilakukan seperti memanah, memancing, berbasikal, dan mandi sungai
  • Pada malam hari boleh BBQ dan duduk mengelilingi unggun api

Kekurangan produk

  • Harga tinggi
  • Jumlah tetamu dan pengunjung adalah terhad

Spesifikasi produk

Lokasi Sg Lampin, Janda Baik, Bentong, Pahang
Kemudahan Ruang berpagar, kafe, tandas, bilik air, kawasan barbeku, sewa basikal, aktiviti memanah, port memancing, plug point
Harga RM250.00 – RM450.00

Untuk maklumat lanjut, layari website laman web atau Facebook

Berkhemah bersama keluarga dan rakan di lokasi perkhemahan di negara ini sesuatu yang cukup menarik. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti berkhemah ini juga menjadi alternatif percutian keluarga dan teman-teman. Memang tiada katil empuk, pendingin hawa, bilik air selesa dan televisyen yang menayangkan rancangan menarik, tetapi kedamaian, ketenangan dan keakraban saat bercuti bersama keluarga menerusi aktiviti perkhemahan sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Sebelum memulakan aktiviti perkhemahan, anda perlu kenalpasti dahulu tempat perkemahan dan kemudahan prasarana yang disediakan. Ini akan memudahkan anda untuk menyediakan peralatan yang perlu dibawa semasa berkhemah. Jangan lupa kongsikan maklumat aktiviti perkhemahan dengan individu terdekat. Maklumat seperti lokasi, tarikh dan masa masuk dan keluar perlu dikongsikan dengan individu yang rapat dengan anda. Jika anda tidak menghubungi mereka lebih dari tarikh dan masa anda sepatutnya keluar sekurang-kurangnya mereka mengetahui anda berdepan masalah.



Related posts