Ini 5 Syampu Yang Setiap Hijabi Perlukan Untuk Rambut Sihat Dan Cantik

Ini 5 Syampu Yang Setiap Hijabi Perlukan Untuk Rambut Sihat Dan Cantik
Fesyen


Memakai tudung adalah komitmen sepanjang hayat. Sebagai seorang wanita Islam, memakai tudung atau hijab seperti yang dikenali di Malaysia dan negara Islam yang lain bukanlah perkara yang asing. Malah hijab turut menjadi salah satu aspek terpenting dalam industri fesyen tanah air dan kini semakin mendapat tempat di antarabangsa.

Pemakaian hijab dalam tempoh yang lama sehingga 10 jam sehari bagaimanapun akan menyebabkan kulit kepala berpeluh dan rambut menjadi lembab dan akhirnya boleh menyebabkan beberapa masalah seperti bau yang kurang menyenangkan, kulit kepala berminyak dan lebih teruk masalah rambut gugur dan patah akan timbul.

Namun, semua masalah ini dapat dielakkan jika hijabi sekalian tahu penjagaan rambut dan kulit kepala yang betul. Rambut mampu kekal segar walaupun berhijab sepanjang hari jika anda menggunakan produk yang betul. Jom lihat beberapa syampu sesuai untuk wanita berhijab terbaik ada di pasaran:

SimplyO Refreshing Scalp Shampoo – WildFlower

SimplyO Refreshing Scalp Shampoo - WildFlower
Syampu SimpleO Refreshing Scalp adalah produk yang bagus dalam membantu menjadikan kulit kepala anda lebih sihat. Kandungan biotin dan panthenol pada produk ini membekalkan kelembapan dan nutrien kepada kulit kepala, manakala mentol menambah rasa kesegaran yang berpanjangan. Bagusnya, produk ini tidak mengandungi surfaktan sintetik, dan kerana 97% daripada ramuannya adalah semulajadi. Syampu ini membersihkan kulit kepala tanpa kerengsaan dan menyelesaikan masalah seperti kelemumur, sel kulit mati dan masalah kulit.

Kelebihan SimplyO Refreshing Scalp Shampoo – WildFlower:

  • Mengandungi biotin dan panthenol yang meningkatkan tenaga kulit kepala anda
  • Kesegaran mentol pada kulit kepala
  • Hypoallergenic dengan 97% bahan semulajadi
  • Buih yang kaya dan aplikasi lembut
  • Formula selamat tanpa sebarang bahan berbahaya

Kekurangan SimplyO Refreshing Scalp Shampoo – WildFlower:

  • Mengandungi bahan pewangi tambahan

Spesifikasi SimplyO Refreshing Scalp Shampoo – WildFlower:

Isi kandungan: 500ml
Jenis rambut: rambut berminyak dan kelemumur
Negara asal: Korea Selatan
Harga: RM 49.90

Moist Diane Extra Fresh & Hydrate Shampoo

Moist Diane Extra Fresh & Hydrate Shampoo
Produk ini diformulasikan dengan Minyak Argan Moroccan yang sememangnya terkenal dalam penjagaan rambut. Syampu Moist Diane Extra Fresh & Hydrate ini juga mampu mengeluarkan buih yang padat bertujuan untuk menanggalkan kesan minyak dan kotoran secara menyeluruh dari kulit kepala tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi yang ada pada rambut. Kehadiran bahan aktif Salicylic Acid dan o-Cymen-5-ol juga membantu dalam merawat kegatalan dan kelemumur. Asid Salisilik melembutkan keratin dan membuang lebihan pembentukan kepingan kulit yang timbul pada kulit kepala, manakala o-Cymen-5-ol menghalang kerengsaan kulit kepala yang disebabkan oleh peluh dan haba dengan sifat anti-bakteria yang terbukti secara saintifik.

Kelebihan Moist Diane Extra Fresh & Hydrate Shampoo:

  • Membersihkan Kulit Kepala Berminyak secara mendalam
  • Bersifat antibakteria
  • Melegakan kerengsaan kulit kepala
  • Menyediakan kawalan minyak berkekalan
  • Memberi kelembapan terbaik pada rambut
  • Formula selamat tanpa sebarang bahan berbahaya

Kekurangan Moist Diane Extra Fresh & Hydrate Shampoo:

  • Perlu dipakai bersama treatment dan scalp essence untuk lebih berkesan

Spesifikasi Moist Diane Extra Fresh & Hydrate Shampoo:

Isi kandungan: 450ml
Jenis rambut: Rambut berminyak dan berkelemumur
Negara asal: Jepun
Harga: RM 32.90

Sunsilk Hijab Recharge Segar Berhijab

Sunsilk Hijab Recharge Segar Berhijab
Jenama Sunsilk ini agak popular di Malaysia kerana pelbagai rangkaian produknya di pasaran tempatan. Syampu ini menggunakan teknologi terbaharu iaitu fragrance release pearl yang memberi kesegaran dan keharuman rambut yang berpanjangan sehingga 48 jam. Sunsilk Hijab Recharge adalah produk pertama di pasaran tempatan yang menggunakan teknologi fragrance release pearl ini. Teknologi ini bertindak menerusi geseran untuk menghasilkan haruman yang tersimpan dan terus kekal dalam rambut. Ini bermaksud, lebih banyak geseran antara tudung dan rambut, lebih kuat wangian akan dihasilkan. Sebenarnya ada tiga rangkaian Sunsilk Hijab Recharge untuk penjagaan rambut wanita berhijab, iaitu syampu segar berhijab, anti rambut gugur dan anti kelemumur yang menggunakan ramuan semula jadi seperti pati buah tin, ekstrak akar ginseng serta pati buah sitrus.

Kelebihan Sunsilk Hijab Recharge Segar Berhijab:

  • Wangian rambut bertahan sehingga 48 jam
  • Buah ara adalah bahan semulajadi yang mengandungi antioksidan yang kuat
  • Sesuai untuk rambut berpeluh dan kulit kepala berminyak
  • Menjadikan rambut lebih sihat dan cantik
  • Dikhaskan untuk wanita berhijab

Kekurangan Sunsilk Hijab Recharge Segar Berhijab:

  • Kurang berkesan untuk masalah rambut terlalu serius

Spesifikasi Sunsilk Hijab Recharge Segar Berhijab:

Isi kandungan: 320ml
Jenis rambut: Kulit kepala cepat berpeluh dan berminyak
Negara asal: United Kingdom
Harga: RM 13.60

SAFI Shayla Fresh & Bounce

SAFI Shayla Fresh & Bounce
Rambut yang ditutup dengan aliran udara yang terhad adalah punca masalah keguguran rambut yang dihadapi oleh wanita berhijab. Ini dirumus dengan Habbatus Sauda dan diperkaya dengan Protein untuk menguatkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut sehingga 80%*. Syampu SAFI Shayla Fresh & Bounce dirumus dengan Teknologi Biotik Kulit Kepala yang membantuk menyihatkan rambut dari akar umbi. Produk ini juga dirumuskan dengan Nano Lipid Enhancer bertujuan melembapkan, melicinkan dan melindungi rambut berasa lebih bertenaga pada penghujung hari walaupun selepas menanggalkan hijab anda.

Kelebihan SAFI Shayla Fresh & Bounce:

  • Wangian rambut bertahan sehingga 72 jam*
  • Dirumus dengan Habbatus Sauda
  • Sesuai untuk rambut berpeluh dan kulit kepala berminyak
  • Menjadikan rambut lebih sihat dan cantik
  • Dikhaskan untuk wanita berhijab

Kekurangan SAFI Shayla Fresh & Bounce:

  • Kurang berkesan untuk masalah rambut terlalu serius

Spesifikasi SAFI Shayla Fresh & Bounce:

Isi kandungan: 520ml
Jenis rambut: Rambut gugur, kulit kepala cepat berpeluh, berminyak, tidak bermaya
Negara asal: Malaysia
Harga: RM 20.90

Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo

Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo
Memakai hijab kadang-kala memerlukan anda membersihkan rambut hampir setiap hari. Namun tidak dapat dinafikan, akan adanya hari di mana anda berasa terlalu penat, atau kesuntukan masa atau anda dalam perjalanan yang jauh, rambut tidak dapat dicuci dengan sempurna. Di sinilah, kegunaan dry shampoo ini kerana ianya mudah, tanpa perlu dibilas, rambut menjadi segar dan kembali wangi. Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo ini mampu menyerap minyak dan sangat sesuai untuk anda yang sibuk dan kerap travel.

Kelebihan Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo:

  • Menyegarkan kulit kepala dan rambut
  • Sesuai untuk travel
  • Tidak perlu membasahkan rambut
  • Sesuai untuk kulit berminyak

Kekurangan Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo:

  • Tidak sesuai digunakan setiap hari
  • Harga agak mahal

Spesifikasi Percy & Reed Radiance Revealing Invisible Dry Shampoo:

Isi kandungan: 150ml
Jenis rambut: Berminyak dan cepat berbau
Negara asal: United Kingdom
Harga: RM 107

Walaupun mencuci dan membasuh rambut anda adalah kunci dalam penjagaan rambut, namun apabila memakai tudung, ada langkah tambahan yang perlu anda lakukan dalam membantu memastikan rambut anda kekal sihat sepanjang masa. Pastikan anda menggunakan pelembab setiap kali selepas mencuci rambut agar rambut kekal terhidrat dan lebih sihat.

Tidak dinafikan apabila kulit kepala anda berada dalam keadaan baik, rambut anda akan tumbuh dengan lebih baik dan kuat. Daripada pelbagai produk yang terjual di pasaran ini, pilihlah yang bersesuai dengan kondisi kulit kepala dan rambut anda sendiri. Apa yang penting, walaupun berhijab, rambut juga perlu dijaga dengan sebaiknya.



Related posts