• HOME
  • New Article
  • Fesyen
  • Jom Follow 5 ‘Insta-famous’ Dan Selebriti Terkenal Di Malaysia Untuk Tips Kecantikan Dan Gaya Terkini

Jom Follow 5 ‘Insta-famous’ Dan Selebriti Terkenal Di Malaysia Untuk Tips Kecantikan Dan Gaya Terkini

Jom Follow 5 ‘Insta-famous’ Dan Selebriti Terkenal Di Malaysia Untuk Tips Kecantikan Dan Gaya Terkini
Fesyen


Akaun Instagram masa kini bukan hanya diakses oleh golongan muda, malah pelbagai peringkat usia. Pelbagai perkongsian ada di platform Instagram ini seperti tip kecantikan, kesihatan, resipi masakan dan banyak lagi.

Jangan tak tahu, ramai yang menjana pendapatan menerusi Instagram ni tau. Apa yang penting, akaun anda perlulah mempunyai pengikut yang ramai, maka berlambaklah peluang untuk review barangan jualan terbuka.

Malangnya, bukan mudah nak menjadi seorang ‘insta-famous’ ni tau. Anda perlu mempunyai ‘content’ yang menarik dan ianya lebih mudah jika anda seorang pelakon atau selebriti terkenal. Khas untuk anda yang mahukan tip kecantikan dan gaya hidup terkini, jom usha 5 insta-famous ni.

Bella Dally – 2.3mil

Bella Dally – 2.3mil
Bella Dally atau nama penuhnya Nabilah Ali Dally merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Bella berasal dari Sabah dan memiliki darah kacukan Melayu-Pakistan dari bapanya, juga Filipina dari ibunya. Bukannya memiliki wajah yang manis, peribadi Bella yang lembut juga disukai peminatnya. Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 2016, namun bercerai pada tahun 2018. Dia kemudiannya berkahwin semula dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 2019.

Antara perkongsian menarik Bella di Instagram adalah tip kesihatan dan cara yang dilakukannya untuk kekal aktif. Bella rajin berkongsi mengenai minatnya kepada aktiviti berbasikal. Bukan itu sahaja, pelbagai fesyen terkini bertudung menjadi tarikan pengikut di instagramnya. Menariknya, Bella turut berkongsi destinasi menarik setiap percutiannya yang pasti boleh dijadikan inspirasi kepada yang lain. Setakat Mei 2022, Bella mempunyai seramai 2.3juta pengikut di instagram.

Link instagram: https://www.instagram.com/belladally/?hl=en

Mawar Rashid – 3.6mil

Mawar Rashid – 3.6mil
Mawar mula dikenali sejak menyertai program Dewi Remaja pada tahun 2014/2015 dan kemudian mengembangkan kerjayanya ke bidang lakonan. Setakat Mei, 2022 , Mawar mempunyai 3.6 juta pengikut di laman instagramnya. Selain berkongsi aktiviti harian bersama keluarga, Mawar juga aktif berkongsi mengenai teknik solekan wajah menerusi video yang menarik. Pelbagai gaya fesyen harian dikongsi untuk menjadi inspirasi kepada pengikutnya.

Sejak bertudung, fesyen dengan gaya hijab terkini menjadi tarikan. Si jelita ini berasal dari Kelantan juga berdarah kacukan Melayu-Siam. Untuk rekod,Mawar pernah menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Link instagram: https://www.instagram.com/mawarashid/

Nur Fazura – 5.7juta

Nur Fazura - 5.7juta
Pelakon, penyanyi, pernah mengacara malah kini seorang usahawan berjaya. Eh, dah macam semua bidang dibolotnya ya? Hiks, itulah dia si cantik Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura. Walaupun pernah menggemparkan Malaysia dengan pernikahan secara privasi bersama Fattah Amin, namun Fazura tetap disayangi peminatnya kerana perwatakannya yang baik dan lembut.

Sejak mula bertudung, Fazura dilihat kerap berkongsi fesyen terkini berhijab yang sungguh sopan. Selain lakonan, dia juga aktif dengan bidang perniagaan produk kesihatan, kecantikan dan terkini tudung yang viral kerana dijual dengan harga mampu milik. Fazura juga rajin berkongsi mengenai perkembangan terbaru anaknya di Instagram dan ternyata ramai seperti tertunggu-tunggu mahu melihat aksi si comelnya. Sehingga Mei 2022, Fazura mempunyai sebanyak 5.7 juta pengikut di laman instagramnya.

Link instagram: https://www.instagram.com/missfazura/?hl=en

Nora Danish – 7.4 juta

Nora Danish – 7.4 juta
Tagline terkenalnya, ‘yang penting, kita enjoy!’ menerusi drama komedi Puteri menjadikannya semakin dikenali dalam dunia seni tanah air. Kerjayanya bermula dengan iklan Gadis Misteri Hotlink kemudian diperluaskan dengan pelbagai drama serta filem antaranya, Gila-Gila Pengantin Popular. Nora Danish pernah berkahwin dengan ahli perniagaan pada tahun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki namun perkahwinannya berakhir pada tahun 2008. Nora kemudiannya berkahwin dengan Nedim Nazri dan dikurniakan anak kedua yang juga seorang lelaki.

Ramai seakan terkejut apabila mengetahui umur sebenar Nora Danish sudah mencecah 40 tahun kerana penampilan dan wajahnya seakan tidak makan dek usia. Orang kata, makin berumur makin jelita! Nora juga rajin berkongsi mengenai fesyen terkininya untuk dijadikan inspirasi kepada pengikut. Ramai juga yang suka melihat perkongsian mengenai aktiviti hariannya bersama keluarga. Setakat Mei 2022, jumlah pengikut Nora di Instagram adalah sebanyak 7.4 juta.

Link Instagram: https://www.instagram.com/noradanish/

Neelofa – 8.7 juta

Neelofa - 8.7 juta
Siapalah tak kenal dengan selebriti popular yang merupakan seorang pelakon, pengacara juga duta produk-produk terkenal antarabangsa, Neelofa. Namanya dalam industri seni tanahair seakan tidak pernah lari dengan pelbagai kontroversi, namun caranya berhadapan dengan setiap kontroversi tersebut dilihat agak professional. Neelofa terus melakar nama sebagai usahawan berjaya dengan rangkaian tudungnya yang popular.

Sejak mula bertudung, Neelofa dilihat rajin berkongsi pelbagai fesyen berhijab terkini hingga ke luar negara menerusi pelbagai majlis pertunjukkan fesyen daripada brand terkenal antarabangsa. Satu Malaysia dikejutkan dengan keputusan drastik Neelofa untuk berniqab secara tiba-tiba sebelum dia berkahwin dengan pendakwah Haris.
Malah, hingga ke hari ini masih ada yang berkata-kata mengenai penghijrahannya untuk berniqab ketika kemuncak kariernya. Walaupun berniqab, Neelofa berjaya membuktikan dirinya juga mampu terus berkarya dengan fesyen niqab terkini.

Terbaru perkongsiannya di Instagram menjadi perhatian ramai kerana Neelofa masih membawa nama brand terkenal seperti Prada. Perkongsian mengenai bayinya bernama Bilal juga menjadi perhatian ramai kerana hingga ke waktu ini, wajah anaknya masih belum didedahkan kepada umum. Setakat artikel ini ditulis, Neelofa mempunyai pengikut sebanyak 8.7juta di laman instagramnya. Antara selebriti dengan pengikut paling ramai di Malaysia!

Link instagram: https://www.instagram.com/neelofa/?hl=en

List ini adalah antara mereka yang aktif dengan pelbagai perkongsian mengenai hal kecantikan, fesyen terkini juga gaya hidup masing-masing. Yang mana berminat, silakan follow.
Bukan senang nak jadi seorang influencer atau insta-famous ni tau. Nak kena memikirkan posting atau ‘content’ apa yang bersesuaian dan kenalah up to date dengan isu semasa. Bukan itu sahaja, setiap apa yang dilakukan juga menjadi perhatian peminat. Jadi bersiap sedia juga untuk menerima kecaman ya.



Related posts