Jom ‘Me-Time’! Manjakan Diri Di 5 Pilihan Terbaik Salun Muslimah Di KL Dan Selangor 2022

Jom ‘Me-Time’! Manjakan Diri Di 5 Pilihan Terbaik Salun Muslimah Di KL Dan Selangor 2022
Fesyen


Hey, siapa kata wanita bertudung tidak perlu ke salun rambut, mendandan rambut seperti wanita moden lain! Setiap wanita berhak untuk berasa cantik dan menggayakan diri mereka tanpa perlu berasa segan atau malu. Malah ianya lebih mudah kerana kini kesedaran tersebut mula dirasai oleh masyarakat secara umumnya.

Jika dahulu sesetengah wanita bertudung mungkin agak ‘struggle’ untuk mencari salun yang tersorok atau khas untuk wanita sahaja, namun kini terdapat lambakan salun yang dikhaskan untuk wanita berhijab. Malah sesetengah salun juga menyediakan bilik khas untuk wanita berhijab yang tertutup dan lebih selesa. Jika anda sedang mencari salun terbaik di KL dan Selangor and mesra wuduk untuk wanita berhijab, jom lihat senarai ini.

Capello by Nina, Shah Alam

Capello by Nina, Shah Alam
Salun mesra muslimah ini dimiliki oleh Datin Nina Ismail Sabri dan mempunya beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Shah Alam, Bangi dan Ampang. Capello by Nina adalah salun khusus untuk wanita dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti rawatan kulit kepala dan rambut. Bukan itu sahaja, perkhidmatan seperti rawatan kecantikan kuku juga disediakan. Menariknya lagi, terdapat ruangan solat untuk pelanggan memudahkan urusan ibadat anda kerana kadang-kala rawatan rambut mengambil masa sehingga berjam lamanya.

Kelebihan Capello by Nina, Shah Alam

  • Khusus untuk wanita
  • Beberapa perkhidmatan lain selain rawatan rambut
  • Ada ruang solat
  • Ruangan kanak-kanak di beberapa lokasi

Kekurangan Capello by Nina, Shah Alam

  • Perlu book masa untuk elak salun penuh

Info Capello by Nina, Shah Alam

Waktu operasi Setiap hari kecuali Isnin (10.30am pagi – 8 malam)
Alamat 7A, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/capellobynina/?hl=en

COCOdry, Bangsar

COCOdry, Bangsar
COCOdry ialah salun rambut muslimah yang menawarkan pelbagai rawatan dan perkhidmatan berkaitan rambut. Sama ada anda sedang mencari gaya rambut terbaru, atau hanya ingin berehat dengan memanjakan diri, perkhidmatan terbaik COCOdry akan membuatkan anda ingin kembali lagi dan lagi! Menarik lagi, COCOdry juga menawarkan perkhidmatan penggayaan Hijab untuk wanita muslimah!

Kelebihan COCOdry, Bangsar

  • Produk penjagaan rambut semulajadi
  • Pelbagai jenis rawatan rambut disediakan
  • Lokasi strategik di bandar
  • Menyediakan rawatan sesuai untuk ibu mengandung
  • Perkhidmatan urut kepala, leher dan bahu

Kekurangan COCOdry, Bangsar

  • Kesukaran untuk parking
  • Perlu book untuk rawatan

Info COCOdry, Bangsar

Waktu operasi 10 pagi – 7 malam
Alamat No. 8, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/cocodry.co/?hl=en

El Rahah, Bangi

El Rahah, Bangi
Ibarat one stop centre untuk memanjakan diri, salun El Rahah yang terletak di Bangi menjadi salun kegemaran ramai wanita muslimah. Pelbagai perkhidmatan disediakan daripada potongan rambut, rawatan rambut yang pelbagai, malah juga terdapat perkhidmatan tambahan seperti rawatan wajah, kecantikan kuku, sauna dan urutan badan.

Kelebihan El Rahah, Bangi

  • Rawatan rambut yang pelbagai
  • Perkhidmatan tambahan seperti urutan, sauna dan rawatan kuku
  • Lokasi strategik di bandar
  • Salun tertutup sesuai untuk wanita muslimah

Kekurangan El Rahah, Bangi

  • Perlu book untuk rawatan

Info El Rahah, Bangi

Waktu operasi Setiap hari kecuali Isnin, 10 pagi – 7 malam
Alamat No.55, Jalan 8/35, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Facebook/ Instagram https://www.facebook.com/elrahahhq/

Aurora Muslimah Spa & Salon, Shah Alam

Aurora Muslimah Spa & Salon, Shah Alam
Namanya sahaja sudah menunjukkan bahawa salun ini sememangnya direka khas untuk kaum muslimah tanpa perlu risau akan menampakkan aurat wanita. Anda beruntung jika berada di Shah Alam, kerana di situlah terletaknya salun ini. Sesuai dengan namanya, pelbagai rawatan disediakan selain rambut seperti urutan aromaterapi, urutan badan, kaki, lulur badan, mandian herba dan pelbagai lagi.

Kelebihan Aurora Muslimah Spa & Salon, Shah Alam

  • Dikhususkan untuk kaum wanita
  • Terdapat tawaran menarik mengikut musim
  • Perkhidmatan spa selain rawatan rambut
  • Pakej bersalin
  • Salun tertutup sesuai untuk wanita muslimah

Kekurangan Aurora Muslimah Spa & Salon, Shah Alam

  • Kurang dikenali

Info Aurora Muslimah Spa & Salon, Shah Alam

Waktu operasi Setiap hari kecuali Isnin (10am-10pm)
Alamat 44G, Jalan Sungai Burung Y32/Y, Bukit Rimau, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/auroramuslimahspa/?hl=en

Karva, Salon For Ladies by Nora Danish, KL

Karva, Salon For Ladies by Nora Danish, KL
Ha, dengan nama salun pun mesti dah boleh agak milik siapakah salun ini kan? Karva ini dimiliki oleh pelakon terkenal cantik molek Nora Danish. Karva mempunyai cawangan di Singapura sebelum di Malaysia. Salun ini dihias cantik malah sangat sesuai untuk wanita muslim. Ruangan rawatan rambut ditempatkan di bahagian dalam agar terlindung dari pandangan luar terutama kaum lelaki. Selain pelbagai rawatan rambut, Karva juga menyediakan rawatan kecantikan kuku dan anda boleh memesan minuman semasa menerima rawatan kecantikan.

Kelebihan Karva, Salon For Ladies by Nora Danish, KL

  • Ruangan rawatan terlindung di bahagian dalam salun
  • Dekorasi menarik dan cantik
  • Pelbagai rawatan kecantikan rambut dan kuku

Kekurangan Karva, Salon For Ladies by Nora Danish, KL

  • Parking berbayar

Info Karva, Salon For Ladies by Nora Danish, KL

Waktu operasi 10.30 pagi – 8 malam
Alamat G Village, Lot F-11, No. 35 Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/karvamy/?hl=en

Terdapat banyak pilihan salun rambut muslimah di sekitar KL dan Selangor untuk dipilih jika anda sedang mencari salun rambut baru. Kebanyakkan salun menawarkan perkhidmatan berbeza dan memenuhi keperluan berbeza. Kaji dahulu setiap rawatan yang ada sebelum memilih okay.

Selain keselesaan salun, perkara penting perlu diambil kira adalah produk rambut yang digunakan salun tersebut. Jika anda tidak kisah akan produk apa yang digunakan tidak mengapa. Namun jika rambut dan kulit kepala anda memerlukan penjagaan rapi, pastikan anda ambil tahu jenis dan jenama produk sebelum ia digunakan kepada anda.



Related posts