• HOME
  • New Article
  • Fesyen
  • Lebih Inspirasi Fesyen Dan Idea Make Up ‘onz’ Kalau Anda Follow 5 Influencer Selebriti Popular Di Malaysia Ini

Lebih Inspirasi Fesyen Dan Idea Make Up ‘onz’ Kalau Anda Follow 5 Influencer Selebriti Popular Di Malaysia Ini

Lebih Inspirasi Fesyen Dan Idea Make Up ‘onz’ Kalau Anda Follow 5 Influencer Selebriti Popular Di Malaysia Ini
Fesyen


Perasan tak, ‘budak-budak’ sekolah sekarang ni tak sama macam budak sekolah zaman dulu-dulu. Gaya dan penampilan mereka lebih menarik berbanding sesetengah budak sekolah zaman dulu yang tidak begitu mengisahkan fesyen terkini, makeup yang sesuai dan sebagainya. Pernah terfikir tak sebab apa?

Ini kerana zaman kini mereka lebih terdedah dengan media sosial seperti Tiktok, Instagram, Facebook dan Twitter. Kebanyakkan media sosial ini melahirkan pempengaruh atau influencer terkenal dengan follower yang berjuga-juta dek kerana ramai ingin mengetahui tentang kehidupan mereka. Ia termasuklah dari segi pemakaian, penampilan, gaya hidup dan pelbagai lagi.

Influencer yang kebanyakkannya daripada golongan artis ini juga tidak lokek untuk berkongsi tip-tip kecantikan, fesyen yang mereka gayakan seharian. Dan ia akhirnya menjadi inspirasi buat followers mereka untuk juga menjadi cantik seperti influencer tersebut. Khas untuk anda yang meminati bidang kecantikan dan fesyen terkini, ini 5 influencer terkenal di Malaysia yang boleh anda follow untuk lebih tip daripada mereka.

Janna Nick

Janna Nick
Pelakon, pengacara, penyanyi dan kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan ini rasanya tidak perlu dikenalkan lagi. Janna Nick mempunyai sebanyak 6.2 juta pengikut di Instagram serta 1.2 juta pengikut di Tiktok dan dilihat aktif berkongsi mengenai fesyen-fesyen yang digayakan tidak kira sama ada pakaian seharian sehinggalah ke majlis-majlis tertentu.

Janna pernah mencuri perhatian netizen apabila mengayakan fesyen ‘berbungkus’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang lepas. Janna menyarung persalinan warna perak daripada pereka Wanpa dan memakai topeng yang seolah diinspirasikan daripada siri terkenal Netflix iaitu Squid Game. Ada juga yang mengatakan fesyen tersebut seakan meniru gaya selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian ketika Met Gala.

Instagram: https://www.instagram.com/jannanick/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@jannanickofficial?lang=sw

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha
Hanis Zalikha mula mengukir nama dengan menulis blog sehingga dicalonkan untuk kategori Best Celebrity Blog di Nuffnang Asia Pasific Blog Award dan berjaya berada di dalam senarai Top 5. Ibarat memiliki pakej lengkap, berwajah cantik, bentuk badan langsing dan tinggi, Hanis Zalikha semakin mendapat tempat di hati peminatnya apabila semakin aktif dalam dunia perfileman. Antara filem-filem yang pernah dibintanginya adalah filem Momok the Movie dan terbaru The Assistant.

Hanis Zalikha juga dikenali sebagai Keknis mempunyai sebanyak 6.2 juta pengikut di laman Instagram dan 148.3 ribu pengikut di Tiktok. Imej bertudung yang dibawakannya kini sering menjadi inspirasi kerana Hanis gemar berkongsi ootd nya kepada umum. Dari fesyen bersahaja dan santai sehinggalah glam, ianya tidak pernah mengecewakan. Bukan sahaja dirinya, malah fesyen 2 orang anaknya juga sering menjadi perhatian netizen.

Instagram: https://www.instagram.com/haniszalikha/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@haniszalikha?lang=en

Ayda Jebat

Ayda Jebat
Dari bujang sehinggalah kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, nama Ayda Jebat masih relevan di dalam industri muzik tanah air. Penyanyi kecil, comel molek ini berasal dari Melaka ini dilihat sering berkongsi menyenai gaya pakaian, serta solekan yang fresh dan tampak lebih ceria dan muda.

Ayda mula mengukir nama dengan menjadi pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan, kemudian tersingkir namun minatnya dalam dunia lakonan menjadikan namanya terus relevan sehingga kini. Ayda Jebat mempunyai sebanyak 5.4 juta pengikut di Instagram dan 906.2 ribu pengikut di Tiktok. Walaupun sudah menjadi seorang ibu, solekan ceria yang dikongsikannya menjadikan wajahnya tampak lebih muda.

Instagram: https://www.instagram.com/aydajebat/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@aydajebat

Uqasha Senrose

Uqasha Senrose
Sebut nama je dah terbayang wajah jelita Uqasha ni kan? Pelakon terkenal yang sudah pun berkahwin dengan pelakon Kamal Adli ini sering menarik perhatian warganet dengan pelbagai fesyen dan solekan menarik hariannya. Uqasha Senrose sehingga artikel ini ditulis mempunyai sejumlah 5.3 juta pengikut di laman Instagram, dan 853.7 ribu pengikut di Tiktok. Disebabkan popularitinya, Uqasha tidak terlepas membuat review pelbagai produk kecantikan. Antara gambar yang menjadi tarikkan adalah apabila Uqasha mengenakan pakaian berkonsep Bollywood dengan solekan persis Barbie Doll, sungguh mengasyikkan!

Instagram: https://www.instagram.com/uqashasenrose2/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@uqashasenrose92?lang=en

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan
Nama Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta agak besar di dalam industri seni tanah air kita. Che Ta mula dikenali menerusi drama bersiri Diari Ramadan Rafique kemudian kejelitaannya menjadikan dirinya semakin dikenali ramai. Jika anda pergi ke laman instagramnya yang kini sudah memiliki 5.1 juta followers, anda pasti terpesona dengan pelbagai jenis fesyen yang digayakannya. Menariknya, anda bukan sahaja boleh mendapat inspirasi fesyen wanita, malah fesyen untuk seluruh ahli keluarga anda. Che Ta gemar memuat naik gambar bersama keluarga dengan tema pakaian yang pelbagai. Fesyen ketika raya sememangnya menjadi tarikan ramai. Warganet juga sering tertunggu-tunggu fesyen keluarga Che Ta ketika mereka sedang bercuti. Memang onz teruk! Tak percaya, pergi scroll Instagram Che Ta sekarang!

Instagram: https://www.instagram.com/rozitachewan1/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@rozitachewan1

Zaman kini boleh dikatakan kebanyakkan kita menghabiskan lebih masa dengan melayari internet dan media sosial kerana hampir kebanyakkan perkembangan terkini boleh didapati di sana. Sebagai pengguna media sosial, anda harus berhati-hati dalam memilih ‘content’ yang ada kerana tidak semuanya akan memberikan kesan positif kepada diri anda. Pempengaruh ini akan mempamerkan segala tip dan fesyen yang mereka suka setiap hari, namun adakah fesyen tersebut bersesuaian dengan diri anda? Tepuk dada, tanyalah selera.

Kalau bab-bab fesyen muslimah ni, penulis lebih tertarik dengan fesyen yang digayakan Che Ta. Bukan sahaja dapat inspirasi fesyen wanita, dapat pakej fesyen satu keluarga terus tau!



Related posts