Tingkatkan Gaya Dengan 5 Pilihan Sneakers Lelaki Terkini Dalam Pelbagai Bajet di Malaysia

main Tingkatkan Gaya Dengan 5 Pilihan Sneakers Lelaki Terkini Dalam Pelbagai Bajet di Malaysia
Fesyen


Untuk lelaki yang sentiasa ingin bergaya dan mengekalkan penampilan yang segar, pemilihan kasut lelaki yang bergaya dan terkini adalah penting. Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan kasut lelaki yang memenuhi keperluan gaya dan bajet yang berbeza. Mulai dari pilihan kasut yang berpatutan hingga yang lebih premium dan layak untuk menjadi pilihan yang diidamkan, pasaran kasut lelaki di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan untuk setiap individu. Bagi mereka yang mementingkan gaya kasual dalam fesyen harian, sneakers menjadi pilihan yang popular.

Sneakers yang reka bentuknya klasik dan warnanya serasi dengan pelbagai pakaian, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk aktiviti harian seperti berjalan, berbelanja, atau outing santai. Dengan reka bentuk yang selesa dan gaya yang bersahaja, sneakers adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya yang santai tetapi tetap ingin kelihatan bergaya. Di tengah-tengah kepelbagaian pilihan kasut lelaki di pasaran Malaysia, mencari gabungan sempurna antara gaya, keselesaan, dan ketepatan bajet menjadi kunci untuk menemui pilihan kasut yang sempurna untuk setiap keperluan harian.

VANS Knu Skool VLT LX

img VANS Knu Skool VLT LX
Vans adalah sebuah jenama kasut yang sangat sinonim dengan sukan papan selaju. Ia adalah di antara jenama yang mengeluarkan ratusan jenis model untuk lelaki dan wanita. Salah satunya Vans Knu Skool VLT LX yang mempunyai lidah kasut yang tebal dan lebar, bentuk yang ikonik dengan kasut papan selaju. Terinspirasi daripada siluet klasik Vans Old Skool, Knu Skool adalah rekaan yang menggabungkan gaya vintage dengan bahagian lidah yang direka dengan strategik untuk keselesaan dan perlindungan tambahan. Versi Vault LX ini juga sedikit lebih lebar dalam bentuknya tetapi masih mengekalkan tapak vulcanized dengan sedikit pengubahsuaian.

Dari segi pemakaian, ianya tidaklah disasarkan sepenuhnya kepada pemain papan selaju kerana kasut ini juga boleh digunakan untuk pemakaian kasual. Oleh itu, tidak hairan lah kasut ini semakin kerap dilihat di jalanan kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, model ini masih belum terkenal berbanding model lain dari siri Old Skool. Vans Knu Skool VLT LX ini mempunyai pilihan warna yang pelbagai seperti Marshmallow White, Suede Black, Grey dan sebagainya. Inginkan sesuatu yang baru? Vans Knu Skool VLT LX ini bakal memberikan kelainan dalam penggayaan kasut anda.

Kelebihan VANS Knu Skool VLT LX:

  • Lidah kasut yang tebal dan lebar
  • Mudah didapati di cawangan Vans dan lain-lain
  • Siluet klasik Vans yang masih dikekalkan
  • zerap dilihat di jalanan kebelakangan ini

Kekurangan VANS Knu Skool VLT LX:

  • Tapak vulcanized yang keras, kerana dikhaskan untuk papan selaju
  • Masih kurang dikenali berbanding model-model vans yang lain

Spesifikasi VANS Knu Skool VLT LX:

Jenama Vans
Model: Knu Skoll VLT LX
Warna: Marshmallow White, Suede Black, Grey dan pelbagai lagi
Harga: Bermula RM 301 sehingga RM 468.50

Air Jordan 4 “Bred Reimagined”

img Air Jordan 4 "Bred Reimagined"
Nike Air Jordan adalah model yang pada awalnya disasarkan untuk sukan bola keranjang, namun kini ia juga menjadi pemakaian kasual dan mempunyai peminat dan pengumpul di serata dunia. Untuk pertama kalinya, AJ4 yang diubahsuai semula ini memperkenalkan corak warna “Bred” yang sangat ikonik dengan material kulit berkualiti tinggi dan pembungkusan baru yang lebih segar. Ia melalui proses penyusunan semula bentuk, ukuran, sambil mengekalkan kembali rasa dan nostalgia spesifikasi asal tahun ’89. Menggabungkan kulit hitam yang kaya dengan sentuhan warna Fire Red dan Cement Grey, ikon yang melalui pengubahsuaian semula ini meraikan ulang tahun ke-35 dan diberi nafas baru untuk generasi baru.

Terdapat juga butiran-butiran yang masih dikekalkan seperti netting pada bahagian sisi, dan logo Nike Air pada helaian tumit. Di bahagian lidah, tag yang disulam memaparkan logo Jumpman merah jambu. Kasut ini juga mempunyai midsole dengan material poliuretana ringan, dilengkapi dengan teknologi penyerapan udara yang terkapsul di bahagian depan kaki dan satu unit udara yang terdedah di bahagian tumit yang memberikan keselesaan penuh. Di bahagian tapaknya pula, ia mempunyai corak cengkaman herringbone untuk daya cengkaman yang lebih baik.

Kelebihan Air Jordan 4 “Bred Reimagined”:

  • Kasut ikonik Nike yang diberi nafas baru dengan mengekalkan beberapa elemen
  • Midsole poliuretana ringan
  • Teknologi penyerapan udara
  • Tapak getah cengkaman herringbone

Kekurangan Air Jordan 4 “Bred Reimagined”:

  • Harga agak mahal
  • Sukar didapati secara meluas di pasaran

Spesifikasi Air Jordan 4 “Bred Reimagined”:

Jenama Nike
Model: Air Jordan 4 “Bred Reimagined”
Warna: Fire Red dan Cement Grey
Harga: Bermula RM 949

Asics GEL-QUANTUM 360 VIII

img Asics GEL-QUANTUM 360 VIII
Sejak kebelakangan ini, jenama Asics telah mula dikenali melalui beberapa siri model kasut sukan dan kasual. Salah satunya ialah Asics GEL-QUANTUM 360 VII. Sneaker yang dicipta bersama dengan Institut Sains Sukan Asics ini diinspirasikan daripada bentuk semulajadi dengan struktur bersilang. Materialnya telah diubahsuai semula dengan memasukkan butiran cetakan 5D yang menyerupai bentuk ergonomik yang terdapat dalam alam semula jadi. Sementara itu, teknologi TRUSSTIC™ yang canggih membantu mencipta kestabilan yang lebih baik dan penampilan yang lebih dinamik.

Mengutamakan keselesaan pengguna, Midsole kasut ini juga telah diubahsuai semula dengan menggunakan teknologi DIVISION GEL™ yang membantu memberikan lebih banyak penampanan dan berat yang lebih ringan. Sementara itu, penampanan FF BLAST™ ECO mempunyai kandungan biomassa sekurang-kurangnya 20% yang diekstrak dari tebu. Ini membantu mencipta lebih banyak daya pulih dan keselesaan di bawah tapak kaki. Buat anda yang suka dengan kasut yang “sporty” dan sesuai dipakai secara kasual serta mementingkan keselesaan kaki, Asics GEL-QUANTUM 360 VII ini pastinya pilihan yang paling tepat.

Kelebihan Asics GEL-QUANTUM 360 VIII:

  • Kasut yang selesa
  • Teknologi TRUSSTIC™ membantu mencipta estetika dinamik dan kestabilan yang lebih baik.
  • Penampanan FF BLAST™ ECO untuk keselesaan maksimum
  • Teknologi DIVISION GEL™ meningkatkan penyerapan hentakan dan memberikan rasa yang lebih lembut pada hentakan kaki.

Kekurangan Asics GEL-QUANTUM 360 VIII:

  • Harga agak mahal
  • Jenama dikenali tetapi pemakaian masih belum meluas

Spesifikasi Asics GEL-QUANTUM 360 VIII:

Jenama Nike
Model: Air Jordan 4 “Bred Reimagined”
Warna: Night sky / illuminate green, white / glacier grey, white / black dan lain lain
Harga: Bermula RM 639 sehingga RM 922

Air Jordan 3 “Green Glow”

img Air Jordan 3 "Green Glow"
Bakal dilancarkan kembali pada bulan March 20234 ini, Air Jordan mengembalikan semula tema warna “Green Glow” untuk tahun 2024. Kombinasi warna ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013, dan kini ia membuat ‘comeback”. Versi Air Jordan 3 ini akan menampilkan kombinasi warna yang elegan antara hitam, hijau dan kelabu. Kasut ini menampilkan tapak getah berwarna kelabu dengan sentuhan menarik gabungan warna Green Glow di logo sulaman jumpman pada lidah kasut. Pastinya pilihan warna Green Glow yang terang ini akan menjadi tarikan utama bagi mata-mata yang memandangnya. Selain itu, Ianya juga mempunyai sentuhan khas “elephant print” pada bahagian hujung, eyestay, dan tumit kasut yang dicetak.

Di bahagian dalaman dan bawah kasut ini pula terletaknya midsole getah yang dicampur dengan teknologi Air dari Nike untuk keselesaan ekstra. Tapak kasut yang berwarna kelabu pula diliputi dengan rangkaian bintang-bintang kecil, sebagaimana kebanyakan barisan Air Jordan. Kesemua ini dilengkapi dengan sebuah kotak kasut khas premium yang telah direka secara eksklusif untuk pelancaran kasut ini.

Kelebihan Air Jordan 3 “Green Glow”:

  • Kombinasi warna yang menarik
  • Sentuhan khas “Elephant Print”
  • Model ikonik dari Nike

Kekurangan Air Jordan 3 “Green Glow”:

  • Harga agak mahal
  • Tiada ciri-ciri tambahan yang banyak dari versi asal

Spesifikasi Air Jordan 3 “Green Glow”:

Jenama Nike
Model: Air Jordan 4 “Green Glow”
Warna: Kelabu, Hitam dan Green Glow
Harga: Bermula RM 941

Adidas A.E. 1 LOW TRAINERS

img Adidas A.E. 1 LOW TRAINERS
Selain Nike, Adidas juga mempunyai barisan koleksi kasut-kasut bola keranjang yang tidak kurang popularnya. Salah satunya ialah model A.E. 1 Low Trainers, kasut yang berinisialkan Anthony Edwards ini memberi tumpuan kepada kelajuan dan kecekapan serta dibina dengan bahagian atas knit yang fleksibel dan rekaan lidah yang terbahagi secara unik. Satu lapisan TPU inovatif diperkenalkan untuk meningkatkan pergerakan ke serata arah. Kasut ini juga memastikan lebih banyak sirkulasi udara dan mempunyai sistem penampanan BOOST yang sememangnya sinonim dengan Adidas untuk keselesaan tambahan. Untuk menjamin cengkaman yang lebih hebat di gelanggang, kasut ini juga dilengkapi dengan tapak berbentuk herringbone. Lapisan dalam dan siluet kasut ini menampilkan llapisan seperti stokin sebagai sebahagian daripada rekaan kasut. Tandatangan AE milik Edwards juga terdapat pada label lidah melambangkan sentuhan peribadi miliknya.

Kelebihan Adidas A.E. 1 LOW TRAINERS:

  • Kombinasi warna yang menarik
  • Lapisan TPU inovatif untuk pergerakan ke serata arah
  • Penampanan BOOST yang sangat selesa
  • Cengkaman hebat di gelanggang
  • Harga mampu milik

Kekurangan Adidas A.E. 1 LOW TRAINERS:

  • Rekabentuk kurang menarik
  • Kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan Air Jordan

Spesifikasi Adidas A.E. 1 LOW TRAINERS:

Jenama Adidas
Model: AE 1 Low Trainers
Warna: Acid Orange, Core Black, Acid Red
Harga: RM 559

Pemilihan kasut lelaki perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting untuk memastikan keselesaan, gaya, dan prestasi yang diinginkan. Anda perlu tahu sama ada kasut itu akan digunakan untuk aktiviti sukan, rekreasi, atau gaya harian. Kesalahan memilih kasut akan memberi kesan yang tidak baik pada kaki anda. Selain itu, pilih rekaan dan gaya yang sesuai dengan keperluan peribadi dan pakaian sehari-hari. Dari segi pemilihan tapak pula, anda perlu memastikan kasut anda mempunyai tapak yang sesuai untuk aktiviti yang dijalankan lebih-lebih lagi pada cengkamannya. Dan amatlah penting untuk anda mengetahui saiz yang betul serta memberi perhatian kepada bentuk kaki anda, pemilihan kasut perlu disesuaikan dengan bentuk kaki untuk mengelakkan ketidakselesaan anda.

Pemilihan kasut yang baik tidak hanya memberikan keselesaan, tetapi juga melengkapkan gaya dan aktiviti harian anda. Jadi amatlah penting untuk anda mengambil kira teknologi penampanan seperti gel, busa atau sistem penampanan khas yang boleh meningkatkan keselesaan dan prestasi.



Related posts