5 Lokasi Terbaik Di Malaysia Untuk Percutian Hujung Minggu Yang Sempurna Bersama Keluarga

5 Lokasi Terbaik Di Malaysia Untuk Percutian Hujung Minggu Yang Sempurna Bersama Keluarga
Gaya hidup


Seronok penduduk Malaysia, masih berpeluang berjalan-jalan bersama keluarga ke lokasi percutian menarik yang ada di pelbagai negeri. Sebut sahaja hendak ke mana, Malaysia ada segalanya. Ketika cuti hujung, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran tempat tinggal yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti berkaitan alam semulajadi.

Beberapa negeri di Malaysia sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu terutama warga kota seperti di Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan tidak kurang juga menggunakan pengangkutan udara terus ke Kedah. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada urusan harian yang sibuk dan memenatkan. Ini pilihan penginapan menarik yang ada di Malaysia sesuai untuk percutian hujung minggu bersama keluarga. Memang’ best’ bawa anak-anak dan berkumpul bersama famili besar tersayang!

Razif’s Cottage, Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Kedah

Razif's Cottage, Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Kedah
Razif’s Cottage mungkin ramai yang masih tidak berapa familiar mendengar nama tempat penginapan dan percutian ini. Ini kerana Razif’s Cottage yang terletak di Pantai Tanjung Rhu Pulau Langkawi ini baru sahaja beroperasi tidak sampai setahun. Walaupun masih baru, Razif’s Cottage berpontesi menjadi lokasi terbaik dan wajib dikunjungi untuk percutian hujung minggu bersama keluarga.
Razif’s Cottage viral di Tiktok kerana dikatakan lokasi hidden gem yang sangat menarik wujud di negara kita. Di Airbnb sendiri, Razif’s Cottage telah mendapat 4.65 daripada 5 bintang daripada tetamu yang pernah menginap sebelum ini. Mood ketika bercuti di sini sangat menyenangkan dikelilingi pantai yang bersih, lokasi terpencil dengan deretan pokok kelapa, reka dalaman dan luaran yang menawan.

Razif’s Cottage juga terletak berhampiran pantai popular untuk berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga seperti Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Pasir Hitam. Jarak ke dua-dua pantai ini hanya sekitar 3 kilometer sahaja. Namun percayalah, jika anda sudah memilih menginap dan bercuti di Razif’s Cottage, sudah memadai jika ada hanya bersantai disekitar ini sahaja. Segalanya sudah mencukupi!

Kelebihan Razif’s Cottage, Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Kedah

  • Reka dalaman dan luaran yang menarik
  • Lokasi hidden gem
  • Kemudahan basikal dan kerusi di sediakan untuk bersantai di tepi pantai
  • Terdapat kafe dan kedai makan berdekatan

Kekurangan Razif’s Cottage, Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Kedah

  • Tiada WIFI
  • Satu bilik sahaja

Spesifikasi Razif’s Cottage, Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Kedah

Info https://www.airbnb.com/rooms/44382509?source_impression_id=p3_1672143322_tES%2FdrFaflnfd5VB
Lokasi Jalan Ulu Melakaa, Tanjung Rhu, 07000 Langkawi, Kedah
Hubungi 016-206 8476
Harga Pakej Bilik bermula RM284.00 semalam

Tingkat Valley, Ipoh, Perak

Tingkat Valley, Ipoh, Perak
Jika anda mempunyai keluarga yang besar, percutian hujung minggu di Tingkat Valley, Perak adalah dicadangkan. Tingkat Valley, Perak boleh menampung keseluruhan 30 orang tetamu dengan pilihan beberapa pakej penginapan. Tingkat Valley, Perak terletak di sebuah kawasan tanah persendirian yang agak terpencil dan sangat privasi di Taman Meru, Ipoh. Tingkat Valley, Perak dikelilingi dengan alam semulajadi yang indah, sungai yang jernih dan juga ditemani beberapa spesis unggas jinak.

Dekorasi hiasan dalaman dan luaran Tingkat Valley, Perak sangat indah dan berseni dan paling penting menawarkan penginapan percutian yang selesa, mewah dan serba lengkap. Dengan keluasan keseluruhan lokasi percutian ini yang agak besar, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti BBQ, berkaraoke, mandi-manda di sungai berhampiran dan bersiar-siar menikmati alam menghijau. Ada beberapa jenis pilihan penginapan yang disediakan antaranya jenis perkhemahan, bilik 2 orang (Pakej Orkid), bilik 4 orang (Pakej Kemboja), bilik 6 orang (Pakej Keladi), Banglo 6 buah bilik (Pakej Keluarga Kecil -12 pax) dan Banglo 6 buah bilik + 5 khemah + 1 loteng (Pakej Keluarga Besar- 30pax).

Kelebihan Tingkat Valley, Ipoh, Perak

  • Fasiliti lengkap dan bersih
  • Dikelilingi alam semulajadi
  • Privasi dan mewah
  • Boleh menampung 30 orang dalam satu masa

Kekurangan Tingkat Valley, Ipoh, Perak

  • Tempahan awal beberapa bulan diperlukan.

Spesifikasi Tingkat Valley, Ipoh, Perak

Info https://tingkatvalley.com/
https://www.instagram.com/tingkatvalley/
Lokasi Lot 320064, Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak
Hubungi 012-536 0277
Harga Pakej Bermula RM250.00 hingga RM2,600.00 semalam

Ratu Rening Residency, Batang Kali, Selangor

Ratu Rening Residency, Batang Kali, Selangor
Ratu Rening Residency sebuah lokasi penginapan terbaik untuk percutian keluarga berkonsep kontemporari dilengkapi dengan kemudahan moden. Terletak dalam perimeter hutan simpan di pinggir Banjaran Titiwangsa, di kaki bukit bersempadan Genting Highland. Kawasan ini dikelilingi sungai yang mengalir ke seluruh sempadan tanah kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor.
Terdapat dua jenis lot kawasan yang ditawarkan untuk tetamu iaitu Dusun Raja dan Sekebun Bunga. Dusun Raja menempatkan tiga buah banglo penginapan seperti Rumah Tok Raja, Basa Tok Btara dan Gog Tok Slapik dibina dalam kawasan dusun.

Penginapan di sini dikelilingi pinggir kolam air sungai berwarna hijau serta pohon-pohon buah tropika dan eksotik. Setiap banglo atau rumah boleh menampung hingga lima orang tetamu. Keseluruhan suasana dan idea suasana di sebalik rumah percutian hutan ini diilhamkan oleh legenda Paduka Cik Siti Wan Kembang, bekas Ratu Kelantan yang memerintah sekitar 1585-1660.
Lot Sekebun Bunga pula dihiasi latar semula jadi dalam taman dengan tiga buah bilik yang mampu memuatkan 10 hingga 15 orang tetamu. Sekebun Bunga terletak di sepanjang air jernih Sungai Hijau yang mengalir menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkelah di tepi sungai, memancing, aktiviti luar, makan malam romantic, barbeku, mandi sungai dan berkhemah.

Kelebihan Ratu Rening Residency, Batang Kali, Selangor

  • Berkonsep kontemporari, privasi dan mewah
  • Fasiliti lengkap dan bersih
  • Dikelilingi alam semulajadi
  • Pelbagai aktiviti tersedia seperti mandi sungai, BBQ dan memancing

Kekurangan Ratu Rening Residency, Batang Kali, Selangor

  • Jalan ke lokasi penginapan pada waktu malam agak gelap & sukar

Spesifikasi Ratu Rening Residency, Batang Kali, Selangor

Info http://www.raturening.com/
https://www.facebook.com/RatuRening/
Lokasi Kampung Hulu Rening, 44300 Batang Kali, Selangor
Hubungi 011-2613 3378
Harga Pakej Banglo bermula serendah RM1,500 hingga RM3,000 semalam

Temasek Retreats, Port Dickson, Negeri Sembilan

Temasek Retreats, Port Dickson, Negeri Sembilan
Negeri Sembilan sangat popular dengan destinasi pelancongan pantainya di Port Dickson. Pantai ini cukup popular dalam kalangan warga Kuala Lumpur dan Selangor kerana jaraknya yang agak dekat. Lautan manusia di pantai Port Dickson setiap hujung minggu menunjukkan ia merupakan pantai pilihan dalam kalangan pelancong tempan.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain daripada mandi laut seperti menunggang jetski, menaiki banana boat atau pun mencuba sukan parasailing. Jika mencari penginapan percutian keluarga yang ideal pada hujung minggu, Temasek Retreats adalah lokasi dicadangkan.

Temasek Retreats sebuah banglo indah dengan pilihan 6 bilik tidur terletak di atas sebuah bukit menghadap laut. Semua bilik dan kemudahan di Temasek Retreats sangat selesa serta boleh memuatkan hampir 23 orang tetamu untuk satu masa. Selain reka bentuk banglo yang mewah dan luas, kemudahan kolam renang infinitinya paling digemari ramai.
Tersedia juga kawasan jakuzi dan kolam untuk kanak-kanak, selain ruang makan berhampiran kawasan kolam sesuai untuk barbeku. Ruang parkir kenderaan juga sangat luas boleh memuatkan hampir 10 kenderaan pelbagai saiz sesuai untuk acara hari keluarga atau perkumpulan keluarga.

Kelebihan Temasek Retreats, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pemandangan laut yang indah
  • Selesa dan bersih
  • Kolam renang infiniti
  • Kemudahan BBQ dan karaoke

Kekurangan Temasek Retreats, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Tutup sepanjang Januari 2023

Spesifikasi Temasek Retreats, Port Dickson, Negeri Sembilan

Info https://temasekretreats.com/
https://www.facebook.com/temasek.retreat/
Lokasi 475, Jalan Pantai, Batu 2, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi 019-668 6821
Harga Pakej Bermula RM4,400.00 semalam

Aman Rimba Private Estate, Janda Baik, Pahang

Aman Rimba Private Estate, Janda Baik, Pahang
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Terletak di kawasan tanah persendirian daerah Bentong di Janda Baik, Pahang, Aman Rimba Private Estate hanya 50 minit dari Lembah Klang. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, 6 buah vila percutian keluarga yang tersedia ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih. Aman Rimba Private Estate terletak di atas tiga ekar tanah boleh memuatkan 20 sehingga 35 orang tetamu pada satu masa. Di sini juga tersedia kemudahan untuk menjamu selera diketuai oleh chef berpengalaman menawarkan pelbagai hidangan masakan Melayu. Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan pesona yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali.

Kemudahan kolam renang yang disediakan di Aman Rimba Private Estate memberikan anda dan keluarga peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar. Lokasi percutian terbaik untuk hujung minggu ini dikelilingi dengan kehijauan tropika, udara sejuk di cerun bukit, dan merupakan kanvas yang sempurna untuk merehatkan minda. Aman Rimba Private Estate terletak di atas tiga ekar tanah boleh memuatkan 20 sehingga 35 orang tetamu pada satu masa. Di sini juga tersedia kemudahan untuk menjamu selera diketuai oleh chef berpengalaman menawarkan pelbagai hidangan masakan Melayu.

Kelebihan Aman Rimba Private Estate, Janda Baik, Pahang

  • Konsep penginapan yang indah
  • Penginapan ekslusif dan premium
  • Kolam renang berkosep alam
  • Dikelilingi landskap hijau yang bersih dan nyaman
  • Makan dan minum termasuk dalam pakej percutian

Kekurangan Aman Rimba Private Estate, Janda Baik, Pahang

  • Harga penginapan agak tinggi

Spesifikasi Aman Rimba Private Estate, Janda Baik, Pahang

Info https://amanrimba.com/
https://www.facebook.com/AmanRimbaPrivateEstate/
Lokasi Lot 5487, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang
Hubungi 010-566 2757
Harga Pakej Bermula RM3,850.00 semalam

Jika anda dan keluarga mahu berehat seketika hujung minggu, apa kata anda lapangkan dada dan merancang untuk ke beberapa tempat menarik di seluruh Malaysia. Memandu sahaja ke mana destinasi sekali pun, paling jauh hanya lebih kurang 500km sahaja dari Kuala Lumpur. Bukannya jauh kan! Sudah pasti ia tidak memerlukan kos yang tinggi sebagaimana percutiaan ke luar negara. Tetapi faham-faham sajalah, barangkali kalian mungkin terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang teruk. Biasanya, laluan keluar lebuhraya sangat sesak setiap kali hujung minggu. Namun dengan perancangan yang rapi dengan menempah tempat penginapan lebih awal, keluar rumah lebih awal dan segala persiapan dibuat lebih awal, anda boleh mengelakkan kekecewaan dan betul-betul menikmati percutian bersama keluarga tersayang di setiap negeri yang ada di negara kita yang tercinta.

Peningkatan jumlah pelancong dan pengunjung tempatan setiap hari dan ketika musim cuti merupakan satu khabar gembira buat kerajaan Malaysia yang sedang berusaha keras memulihkan industri ini. Ini kerana industry pealncongan merupakan antara penyumbang utama ekonomi negara dan subsektor kulinari dilihat antara faktor utama kemasukan pelancong ke negara. Jom cuti-cuti Malaysia!



Related posts