5 Pencuci Muka Mampu Milik 2023 Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Licin Berseri
Bukan wajah wanita saja, kini semakin ramai lelaki yang mempunyai kulit muka yang mulus dan cerah berseri. Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik, putih, bersih serta bersinar bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka dipercayai amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.
Produk penjagaan diri seperti pencuci muka yang mengandungi pencerah kulit biasanya digunakan pengguna untuk tujuan mencerahkan kulit yang kusam dan pudar. Pertama sekali, sebelum mendapat kulit muka idaman, pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kalian. Tidak semua jenis kulit muka mempunyai kesan dan hasil yang sama setelah menggunakan produk jenama tertentu. Misalnya, jika anda memiliki kulit jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak.
Jika berkulit kering, elakkan pencuci muka berminyak mineral dan alkohol untuk lebih iritasi. Antara 5 pencuci muka untuk kulit wajah lebih cerah dan licin berseri yang dicadangkan seperti berikut. Paling menarik pencuci muka ini adalah daripada jenama dipercayai dan mampu milik 2023.
L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam
L’Oreal Paris jenama penjagaan kecantikan global menawarkan produk kecantikan dan penjagaan diri terbaik khasnya untuk wanita. L’Oreal Paris cukup memahami kehendak para wanita masa kini yang sangat mementingkan wajah cerah dan licin dengan memperkenalkan siri L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam. L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam pencuci wajah tanpa kesan pengelupasan yang teruk terbukti menghilangkan kekusaman agar kulit cerah sekata dengan berkesan. Telah diuji oleh pakar dermatologi, L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam berkesan dan sesuai digunakan pada tona kulit wajah orang Asia. Hadir dengan tekstur buih padat, formulasi gabungan niacinamide (vitamin B3) L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam mampu membersihkan kulit secara mendalam, menghilangkan kekotoran dan kesan solekan secara menyeluruh. L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam menggunakan teknologi inovatif menghasilkan produk yang diperkaya dengan kandungan glycolic acid dan symwhite membantu proses pergantian sel kulit mati dengan sel kulit baru hingga tampak bersinar.
Kelebihan L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam:
- Menghilangkan rona gelap dan kulit kusam
- Diuji oleh pakar dermatologi
- Membantu menghapuskan kesan solekan
- Sesuai dengan tona kulit wajah orang Asia
Kekurangan L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam:
- Memedihkan mata. Elak terkena kontur mata
Spesifikasi L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam:
Saiz: | 100ml |
---|---|
Kandungan: | Aqua/Air, Gliserin, Asid Myristic, Asid Palmitic, Asid Stearic, Potassium Hidroksida, Asid Laurik, Gliseril Distearate, Gliseril Stearat, Parfum/Wangian, Peg-14m, Linalool, Gericolcyl, Fungsional, Linalool, Gericaniol, Filoktim, Glyceryl, Glyceryl Staterat, Limonene, Ascorbyl Guucoside, Ekstrak Akar Paeonia Suffruticosa, Tetrasodium Edta, Guar Hydroxypropyl Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Tourmaline, Citronellol, Hexyl Cnnamal Galcol, Bultyleney. |
Harga: | RM33.70 |
NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash
Rangkaian produk NANOWHITE siri pencerah dan pembersih wajah, NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash diformulasi khas untuk kulit normal, kering dan berminyak, diperkaya dengan Arbutin, yang bertindak mencerah, memudarkan bintik hitam serta membaiki tona kulit. Arbutin merupakan molekul yang diekstrak daripada kandungan buah beri, juga bertindak untuk mencegah pembentukan Melanin, mencerahkan bintik-bintik gelap dan mampu mengurangkan parut jerawat. Pembersih NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash tidak mengganggu minyak asli pada kulit namun dapat membersih secara mendalam sambil mencerahkan kulit sehingga kelihatan licin berseri. Ia turut membantu menanggalkan sel kulit mati disamping membersihkan kekotoran dan lebihan minyak. Bertekstur ringan dan cepat meresap ke dalam kulit, teknologi Nano Enkapsulasi dan kandungan niacinamide pada NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash juga membantu melembapkan, menghidrat, serta mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata.
Kelebihan NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash:
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Diperkaya dengan Arbutin, ekstrak daripada buah beri
- Bertekstur ringan dan cepat meresap
- Tidak mengganggu minyak asli pada kulit
Kekurangan NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash:
- Kesan lebih pantas dengan penggunaan set tambahan
Spesifikasi NANOWHITE Double Action Awakening Snow Wash:
Saiz: | 100ml |
---|---|
Kandungan: | Air (Aqua), Gliserin, Asid Myristic, Asid Palmitik, Asid Stearik, Kalium Hidroksida, Natrium Metil Kokoil Taurat, Asid Laurik, PEG-75, Akrilat Kopolimer, Propilena Glikol, Gliseril Stearat, PEG-100 Stearat, Glikol Al Stearat, Cerarat , Cocamidopropyl Betaine, Ascorbyl Glucoside, Vitex Agnus-Castus Extract, Lecithin, Caprylic/Capric Triglyceride, Tocopherol, Cyclodextrin, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Arbutin, Tocopheryl Acetate, Linolenic Acid, Glutathione, Ascorbyl Fraxylhenolcid, Ascorbyl Tetraisopalmitate EDTA, BHT. |
Harga: | RM25.50 |
SENKA Perfect Whip Berry Bright
SENKA jenama produk kecantikan dan penjagaan diri nombor 1 di Jepun. Senka Perfect Whip Berry Bright merupakan pembersih muka bertekstur buih ringan membantu mengembalikan wajah yang sihat dengan kuasa semulajadi seperti buah beri merah. Popular dalam kalangan penduduk Asia, SENKA Perfect Whip Berry Bright menawarkan kesan cerah berseri yang memuaskan pada harga mampu milik seakan jenama premium. SENKA Perfect Whip Berry Bright diformulasi dengan tiga tindakan pantas baharu berfungsi untuk mencapai kesan kulit yang lebih sihat dan cerah pada setiap kali penggunaan. Campuran ekstrak beri merah dan kranberi membantu memberi ‘tenaga’ pada kulit yang letih dan kusam. Manakala kandungan ekstrak Cherry Yoshino Jepun pula membantu membersihkan kulit wajah dengan mendalam selain terbukti menanggalkan bintik hitam, sel kulit mati. Pati khas kepompong sutera khas Senka dan asid hyaluronik berganda yang diadun untuk menghasilkan SENKA Perfect Whip Berry Bright pula ditugaskan memberi kelembapan yang lebih lama. Menekankan falsafah tanpa tujuh bahan bagi amalan kulit sihat, SENKA Perfect Whip Berry Bright bebas wangian tiruan, pewarna tiruan, bahan komedogenik, minyak mineral, alkohol, lanolin dan paraben.
Kelebihan SENKA Perfect Whip Berry Bright
- Bebas minyak mineral, paraben, silicon dan sulfat
- Melembutkan kulit dan membantu nutrien untuk meresap jauh
- Kandungan premium iaitu ekstrak beri merah, Cherry Yoshino Jepun & Pati khas kepompong sutera
- Diformulasi dengan tiga tindakan pantas
Kekurangan SENKA Perfect Whip Berry Bright
- Kandungan mudah rosak jika terdedah secara langsung kepada cahaya matahari atau suhu tinggi
Spesifikasi SENKA Perfect Whip Berry Bright
Saiz: | 100g |
---|---|
Kandungan: | Air (Aqua), Gliserin, Asid Stearik, Asid Myristic, Kalium Hidroksida, Asid Laurik, PEG-8, Gliseril Stearat SE, Natrium Metil Kokoil Taurat, Poliquaternium-7, Pewangi, Kopolimer Akrilat, Disodium EDTA, Natrium Sitrat, Algin, Natrium Benzoat, Natrium Metabisulfit, Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, Chondrus Crispus, Iron Oxides, Sodium Lauryl Sulfate, Kalsium Klorida, Merah 30, PEG/PPG-14/7 Dimetil Eter, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Ekstrak Buah, Butylene Glycol, Seri , Lauryl Glucoside, Potassium Sorbate, Asid Sitrik, Ekstrak Daun Prunus Yedoensis, Natrium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate, Asid Sorbik, Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), Ekstrak Buah Rubus Idaeus (Raspberi) |
Harga: | RM23.90 |
Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam
Y.O.U Beauty merupakan jenama kecantikan global menggabungkan teknologi canggih dengan bahan-bahan semulajadi untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam merupakan siri Radiance White menawarkan produk yang kompetitif dari segi kualiti dan harga. Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam diselitkan dengan tiga ramuan berkuasa dengan manfaat yang terbukti untuk hasil yang menakjubkan, ia dirumus dengan Snow Mushroom, Ekstrak Tremella, Niacinamide, Glycolic Acid (AHA) dan Vitamin C yang akhirnya meningkatkan tekstur dan tona kulit untuk kulit cerah berseri semula jadi. Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam telah dibuktikan secara klinikal oleh SKINPROOF untuk meningkatkan keadaan kulit. Ia direka khusus untuk kesan pantas pencerahan, menyuburkan, menghidrat dan menggalakkan kulit kelihatan sihat. Tambahan pula, pencuci wajah Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam dirumus tanpa paraben, alkohol, dan minyak mineral. Oleh itu, ia selamat untuk semua jenis kulit.
Kelebihan Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam:
- Tekstur berkrim yang ringan meresap jauh ke liang pori
- Memiliki pensijilan Halal
- Menanggalkan kekotoran dan sisa solekan
- Terbukti secara klinikal oleh SKINPROOF
Kekurangan Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam:
- Pasaran terhad
Spesifikasi Y.O.U The Radiance White Purifying Facial Foam:
Saiz: | 100g |
---|---|
Kandungan: | Air, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Acrylates Copolymer, Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Chloride, Glycol Distearate, PEG-150 Distearate, Sodium Benzoate, Phenoxyethanol, Cocamide Mea, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Parfum, Disodium Hydrogenated Glycolic Acid, Citric Acid, 3-o-Ethyl Ascorbic Acid, Niacinamide, Hyaluronic Acid, Hexylene Glycol, Tremella Fuciformis Polysaccharide, Gold. |
Harga: | RM19.90 |
SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam
SKIN1004 jenama produk kecantikan dan penjagaan wajah popular berasal dari Korea Selatan. SKIN1004 Madagascar Centella merupakan siri pencerah kulit wajah secara semula jadi. Untuk pembersih wajah, SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam dengan tekstur gel pekat merupakan pilihan yang dicadangkan. SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam mengandungi ekstrak Centella Asiatica, ekstrak Betik, Anggur, Epal, Plum, 3-O Etil Askorbik Asid serta Derivatif Vitamin C yang merangsang kulit lebih sihat, bersinar, membaiki tona kulit dan menghapus tona hitam dengan berkesan. SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam mengurangkan kesan rengsa dan pengelupasan ketara kerana bebas pewangi tiruan juga pewana tiruan. Tidak hanya pantas membaiki kulit, SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam juga membantu menanggalkan solekan, kotoran dan sel kulit mati dengan mudah pada setiap kali rutin cucian kulit wajah dilakukan
Kelebihan SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam:
- Mengandungi campuran ekstrak semula jadi
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Mengurangkan kesan rengsa dan pengelupasan ketara
- Membantu menanggalkan solekan
Kekurangan SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam:
- Pasaran terhad. Produk mudah diperolehi secara atas talian
Spesifikasi SKIN1004 Madagascar Centella Tone Brightening Cleansing Gel Foam:
Saiz: | 125ml |
---|---|
Kandungan: | Ekstrak Centella Asiatica(41%), Air, Lauryl Hydroxysultaine, Gliserin, Disodium Cocoamphodiacetate, Potassium Cocoyl Glycinate, Sodium Chloride, Potassium Cocoate, Sodium Lauroyl Glutamate, Vitis Vinifera (Anggur) Ekstrak Buah, Ekstrak Buah Betik Pyrus Malus (Epal), Carica (Betik) Ekstrak Buah, Ekstrak Buah Prunus Mume, Madecassoside, 1,2-Hexanediol, Xylitylglucoside, Anhydroxylitol, Xylitol, Niacinamide, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Butylene Glycose, Trehalose , Ekstrak Daun Tequilana Agave, Glukosa, Trigliserida Kaprilik/Kaprik, Hexylene Glycol, Pentylene Glycol, Asid Sitrik, Kalium Benzoat, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA. |
Harga: | RM37.88 |
Obses untuk mendapatkan kulit lebih cerah dan licin berseri menyebabkan ramai pengguna terpedaya. Keinginan itu memberi dorongan kepada individu di luar sana tertarik dengan produk kecantikan dan penjagaan diri menjanjikan kesan segera. Jangan begitu ya, sebelum memilih pencuci muka, pastikan anda menyemak kandungannya terlebih dahulu. Lebih selamat jika menggunakan pencuci muka daripada jenama yang dipercayai. Tidak dapat dinafikan ada setengah-setengah jenis pencuci muka pencerah kulit yang boleh mendatangkan masalah terutama produk yang membabitkan campuran palsu racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin. Pastikan produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin hanya boleh digunakan atas nasihat dan pemantauan ahli profesional kesihatan.
Wajah sepatutnya menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Ini kerana tangan kita menyentuh pelbagai permukaan dan tidak ramai yang mengamalkan untuk mencuci tangan sekerap mungkin. Jadi setiap kali anda mahu menyentuh muka, cucilah tangan dengan bersih