Dari Gerai Jalanan ke Kafe: Teroka 5 Lokasi Menjamu Selera Jadi Sebutan Ketika Ini Di KL & PJ
Berbekalkan resipi keluarga, menu kreatif, harga murah, atau dekorasi unik, ternyata rezeki akan berpihak kepada pemilik beberapa premis menjamu selera sehingga mendapat sambutan luar biasa. Tidak kira gerai jalanan hingga ke kafe di lokasi urban, rakyat Malaysia sememangnya sangat menyokong dan ‘sporting’ untuk turut sama mencuba beberapa premis makan menarik sehingga menjadi tular. Mana tidaknya, jika sudah menjadi sebutan, ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mencuba menu atau berada di lokasi makan berkenaan.
Di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sendiri mempunyai banyak lokasi tempat makan menarik untuk diteroka. Sebut sahaja menu yang diinginkan baik tempatan mahupun makanan barat, semuanya mudah ditemui. Namun, trend hari ini ialah mengunjungi lokasi makan yang menjadi bualan ramai untuk mencuba sendiri sajian makanan yang diperkatakan bersama teman serta keluarga tersayang. Popular dengan gelaran gerai jalanan atau kafe viral, ini 5 lokasi tempat makan yang menyediakan pelbagai menu baharu yang menarik perhatian. Berikut beberapa port makan popular yang boleh dikunjungi.
‘Akka’ Nasi Lemak @ Seri Kembangan
Nasi Lemak merupakan hidangan sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. ‘Akka’ Nasi Lemak yang terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan berjaya menjadi fenomena dalam komuniti India apabila mendapat perhatian ramai sanggup berdiri sambil beratur panjang berjam-jam lamanya. ‘Akka’ Nasi Lemak menyajikan beberapa seleksi lauk-pauk terdiri daripada telur dadar, telur puyuh, sambal petai, udang bersaiz besar dan lauk ayam. Ia beroperasi seawal jam 7 pagi sehingga habis berhadapan Hong Leong, Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan. Dengan pangkalan pelanggannya yang berkembang dari hari ke hari, pemilik jolokan ‘Akka’ Nasi Lemak iaitu seorang wanita bernama M. Sangeeta memperkenalkan sistem token baharu untuk memastikan tiada pelanggan pulang dengan tangan kosong. ‘Akka’ Nasi Lemak mula memperkenalkan had maksimum lima bungkus sahaja untuk setiap seorang pelanggan mulai 22 April 2023 lalu untuk memastikan pengagihan pembelian nasi lemak yang lebih adil untuk pelanggan lain yang sanggup baratur lama.
Kelebihan ‘Akka’ Nasi Lemak:
- Pelanggan terdiri daripada pelbagai bangsa
- Hidangan setiap nasi lemak dan lauk yang diberikan banyak
- Harga murah dan berpatutan
- Rasa lauk pauk yang menyelerakan
Kekurangan ‘Akka’ Nasi Lemak:
- Masa beratur agak lama
Spesifikasi ‘Akka’ Nasi Lemak:
Info: |
https://www.facebook.com/profile.php?id=100092154765054 https://www.tiktok.com/@akkanasilemak?fbclid=IwAR0Y9ugANOG0qFJwhVEL-fAsVs-ruXKbFVItajXYQFxR6Bkv1J9RtDlQ0FU |
---|---|
Lokasi: | Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan Petaling Jaya, Selangor |
Hubungi: | 010-241 1832 |
Masa Operasi: | Buka setiap Ahad hingga Jumaat. Dari jam 7am hingga habis. Tutup setiap Sabtu |
Gigi Coffee Diner @ The Curve, PJ
Gigi Coffee Diner, restoran vintaj dengan estetika dan dekorasi jubin lantai putih biru ala retro menjadi port lepak terkini terletak di The Curve. Berada di Gigi Coffee Diner mengingatkan pelanggan seakan menonton scene di dalam kaca televisyen di premis makan klasik era 50-an sekitar negara Amerika Syarikat. Gigi Coffee Diner membawa minuman terbaik dari segi nilai dan kualiti dengan 100 peratus biji kopinya yang baru dipanggang dan dikisar. Di sini hanya menggunakan biji kopi berasal daripada Indonesia dan Colombia. Banyak menu minuman menarik yang ada di Gigi Coffee Diner untuk dicuba seperti siri Buttercream Latte, Caramel Macchiato, Green Tea Latte, Monday Blue Cookies Latte, Pink Friday Strawberry Latte, Seasalt Caramel Macchiato, Dark Choco Latte, G-Frappe Chocohip, Mango Lime, G-Fizz Limeade dan Oolong Rose Tea. Terdapat juga pelbagai hidangan kek yang lazat seperti Chocolate Tuxedo, Burnt Cheesecake, Oreo Cheesecake dan Red Velvet Cake. Pilihan pastri dan muffin juga tidak terkecuali untuk di cuba antaranya seperti Potato Curry Puff, Sausage Roll, Salted Egg Croissant dan Double Chocolate Muffin. Untuk hidangan lebih berat, tidak ketinggalan menu Classic Burger dan Udang Cajun Pedas yang pastinya lebih menambat selera.
Kelebihan Gigi Coffee Diner:
- Dekorasi retro menarik
- Bungkusan ala vintaj dan klasik
- Banyak pilihan minuman dan makanan
- Port insta-worthy
Kekurangan Gigi Coffee Diner:
- Kaunter pesanan terhad
Spesifikasi Gigi Coffee Diner:
Info: |
https://www.gigicoffee.com/ https://www.instagram.com/gigicoffeemy/ |
---|---|
Lokasi: | GZF 1-3, The Curve, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor |
Hubungi: | 03-55670099 |
Masa Operasi: | Buka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm |
Roti Kapas Kukus @ Shah Alam
Nama menu Roti Kapas Kukus tiba-tiba menjadi buah mulut sesiapa sahaja yang berada di sekitar Kampung Padang Jawa, Shah Alam. Keunikan makanan sampingan, Roti Kapas Kukus yang mempunyai pelbagai perisa menjadikan menu itu digemari ramai apabila habis terjual dalam masa tiga jam setiap hari. Resepi roti kukus tersebut diinspirasi oleh pemilik ketika melancong ke negara jiran. Dia mengolah sendiri berdasarkan resepi yang disajikan semasa melancong ke Indonesia dengan pelbagaikan manisan iaitu lapan perisa baru dan enam perisa pedas untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli. Antara perisa Roti Kapas Kukus yang ditawarkan kepada pelanggan, perasa ini yang menjadi kegilaan iaitu pandan, mentega, kaya, coklat, strawberi dan cappucino yang dijual pada harga RM6 setiap set. Sementara roti kukus berperisa pedas seperti ayam dan daging berempah dijual RM9. Roti Kapas Kukus juga dalam perancangan membuka sebuah kafe pastri dan restoran bertema tersebut yang sedang dalam proses pembinaan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat termasuklah kunjungan pelanggan dari sekitar Lembah Klang dan negeri sekitar seperti Negeri Sembilan dan Melaka.
Kelebihan Roti Kapas Kukus:
- Ada 8 perisa manis dijual dengan harga RM6
- 6 perisa pedas berintikan ayam dan daging dijual pada harga RM9
- Penyediaan segar setiap hari tanpa stok simpan
- Dijamin Halal
Kekurangan Roti Kapas Kukus:
- Kawasan parkir terhad
Spesifikasi Roti Kapas Kukus:
Info: | https://www.instagram.com/rotikapas.hq/?hl=fb-ha |
---|---|
Lokasi: | Kampung Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor (Waze: Bakso dan Mee Ayam Mamah Dela) |
Hubungi: | 013 7777764 |
Masa Operasi: | Buka setiap Selasa hingga Ahad dari jam 1pm sehingga habis. Isnin tutup. |
Luciano’s Italian Street Food @ Wisma Central
Anda gemarkan makanan Itali di Kuala Lumpur? Luciano’s Italian Street Food, merupakan kafe ‘hidden gem’ berada ditengah-tengan bandaraya di Wisma Central berhampiran dengan Menara ikonik KLCC. Luciano’s Italian Street Food kepunyaan pasangan Muslim Itali-Melayu yang mahir menyediakan menu sajian daripada negara tersebut. Dari pintu masuk, pelanggan akan disambut dengan aroma kopi, roti Itali dan rempah ratus seperti berada di negara asal tersebut. Luciano’s Italian Street Food berkonsep gaya kafe Eropah yang luas dan lapang, dengan dapur terbuka. Di bahagian ini, pelanggan boleh menyaksikan chef Sardinian Kristian Luciano Spera menyediakan piza, pasta dan ciabatta yang menjadi signature dish di sini.
Antara sajian klasik wajib cuba seperti Napoli Slice dengan sos berasaskan tomato, ikan bilis masin dan buah zaitun hitam manakala Parmigiana Fritta mempunyai topping terung dan ricotta yang menyelerakan. Bagi penggemar daging, pilihan Pepperoni Gourmet Slice adalah disyorkan. Jika anda penggemar pasta, terdapat Penne Gorgonzola, Ravioli Ricotta, Beef Lasagna dan banyak lagi untuk dijadikan santapan yang menyeleraka. Jika anda suka berfoto, jangan lepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di setiap sudut sekitar ruang dalaman Luciano’s Italian Street Food.
Kelebihan Luciano’s Italian Street Food:
- Menggunakan bahan mentah terpilih
- Dekorasi kafe yang menarik
- Harga menu berpatutan
- Lokasi sesuai untuk instagramable
Kekurangan Luciano’s Italian Street Food:
- Lokasi agak tersorok
Spesifikasi Luciano’s Italian Street Food:
Info: |
https://www.facebook.com/lucianos.kl22/ https://www.instagram.com/lucianos.kl/ |
---|---|
Lokasi: | Lot 1.145A & 1.72B, Ground Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Hubungi: | 010-244 0771 |
Masa Operasi: | Buka setiap Selasa hingga Ahad. Dari jam 11am hingga 8pm. Isnin tutup |
Siput Moci @ Dataran Sunway
Negeri Sabah bukan sahaja terkenal sebagai lokasi ekopelancongan menarik untuk seisi keluarga malah ia juga popular dengan pelbagai destinasi untuk menjamu selera. Sesuai dengan kedudukan geografinya yang terletak berhampiran Laut China Selatan (Pantai Barat Sabah), Laut Sulu (Timur Laut Sabah), dan Laut Sulawesi (bahagian Selatan Sabah) juadah utama yang sering menjadi buruan pengunjung ke kawasan berkenaan semestinya makanan laut. Namun, jika berada di Semenanjung pasti ada yang ‘mengidam’ untuk merasai kelazatan makanan laut Sabah. Popular di TIktok, Siput Moci yang terletak di Sunway Giza Mall, Dataran Sunway menjadi destinasi menjamu selera terbaru yang menjadi sebutan untuk diterokai. Namanya sahaja sudah kedegaran unik, Siput Moci restoran makanan laut yang menjual makanan laut yang dimasak serta makanan laut segar, diterbangkan melalui udara terus dari Sabah. Pelbagai hidangan enak boleh dicuba dan semuanya daripada hidupan laut segar. Ada juga hidangan seperti Latok, Ramis, dan Sarang Burung Laut yang sukar diperoleh di tempat lain. Selain itu, jangan ketinggalan untuk merasai sendiri keunikan hidangan pelbagai menu masakan daripada ikan jenis Kerapu Merah, Ketambak Putih, Sulit, Basung Bulat, Pisang-Pisang, Ikan Putih, Sunuh, Sotong Manis, Ketam Bakau dan Udang Kuning.
Kelebihan Siput Moci:
- Makanan laut segar
- Bahan mentah terus dari Sabah
- Pelanggan pilih sendiri saiz dan jenis makanan laut sebelum di masak
- Ada diskaun 10% untuk mereka yang berasal daripada negeri Sabah
Kekurangan Siput Moci:
- Tiada pilihan makanan laut segar dalam akuarium (Pilihan sejuk beku sahaja)
Spesifikasi Siput Moci:
Info: |
https://www.facebook.com/siputmoci/ https://www.instagram.com/siputmoci/ |
---|---|
Lokasi: | Sunway Giza Mall, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Hubungi: | 016-230 7877 |
Masa Operasi: | Buka setiap hari dari jam 11am hingga 10pm |
Budaya makanan Malaysia semakin dikenali dengan Lembah Klang terutama di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menjadi satu daripada syurga makanan terpilih di negara kita. Kota besar yang pesat membangun ini mempunyai beberapa sajian masakan terbaik dan sangat terkenal dengan campuran dan kepelbagaian budaya masakan tidak kira di premis makan jalanan, kafe hipster sehingga restoran mewah. Dengan isyarat yang begitu positif dalam peluang perniagaan dan ekonomi yang begitu baik, banyak gerai berlesen, restoran dan outlet makanan tumbuh dan berkembang berikutan permintaan pengguna dikendalikan generasi baharu semakin meningkat.
Kawasan premis makan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menawarkan kepelbagaian, untuk harga yang murah secara perbandingan. Kunjungi gerai di tepi jalan, anda akan benar-benar merasakan masakan rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan. Sesetengah kedai kopi juga menawarkan peluang menikmati makanan dengan mewujudkan satu gaya tersendiri menikmati makanan sambil bersantai. Jika ada ‘sesuatu’ yang menarik, semestinya premis makanan tersebut akan dikenali ramai dan menjadi tumpuan setiap masa.