Istimewa Ramadan – 5 Pilihan Terbaik Bufet Ramadan di KL dan Selangor (Part 1)

Istimewa Ramadan - 5 Pilihan Terbaik Bufet Ramadan di KL dan Selangor (Part 1)
Gaya hidup


Selain tumpuan utama adalah memperbanyakkan ibadah, keseronokkan berpuasa juga dirasai semua ketika terutama ketika waktu berbuka. Kemeriahan bulan Ramadan di Malaysia bukan sahaja dirasai umat Islam, malah juga mereka yang menganuti agama lain. Lihat sahajalah betapa banyaknya bazar Ramadan dibuka, restoran-restoran menawarkan pakej berbuka puasa dengan harga menarik, malah terdapat lambakkan bufet Ramadan dengan menu yang pelbagai dan lebih eksklusif.

Hidangan yang dihidangkan pada bufet Ramadan adalah berbeza-beza bergantung pada restoran atau hotel yang menawarkannya. Hidangan tradisional Melayu termasuk nasi briyani, rendang, ayam masak merah, dan sate, malah pilihan antarabangsa, seperti sushi, pasta dan daging panggang, mungkin juga tersedia.
Khas untuk anda yang ingin mencuba menu berbuka dengan bufet Ramadan, jom lihat senarai ini.

Istimewa Ramadan 2023 – 5 Pilihan Terbaik Bufet Ramadan di KL dan Selangor (Part 1)

Royale Chulan Kuala Lumpur

Royale Chulan Kuala Lumpur
Nama hotel ini memang tidak memerlukan pengenalan lagi kerana ia sudah bertapak lama dalam industri perhotelan sejak 2009. Kini Royale Chulan menjadi antara hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Konsep bufet Ramadan Citarasa Nusantara masih dikekalkan di Royale Chulan dan ia boleh dikatakan menjadi identiti bufet Ramadan disini. Apa yang menarik adalah pelbagai jenis warung dan meja juadah akan dibuka dengan ratusan pilihan menu menanti anda. Harga buffet ramadhan mereka untuk dewasa RM200 dan bagi warga emas pula RM170 dan kanak kanak RM140 . Tempahan awal dibuka bermula hingga 20 Mac 2023 akan mendapat potongan harga yang sangat berbaloi dimana anda hanya perlu bayar RM150 sahaja untuk seorang.

Kelebihan Royale Chulan Kuala Lumpur

  • Pelbagai jenis warung dan ratusan menu tersedia
  • Harga early bird berpatutan
  • Menu menarik dihidangkan chef berpengalaman

Kekurangan Royale Chulan Kuala Lumpur

  • Tema bufet yang sama seperti tahun sebelumnya

Spesifikasi Royale Chulan Kuala Lumpur

Lokasi 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema Buffet Citarasa Nusantara
Tarikh 21 Mac- 21 April 2023
Harga RM 200 (Dewasa), RM 140 (Kanak-kanak), RM 170 ( Warga emas)

Premiera Hotel Kuala Lumpur

Premiera Hotel Kuala Lumpur
Bufet Selera Orang Kita akan dibuka kepada orang ramai bermula pada 26 Mac dan berakhir pada 21 April 2023 di Premiera Hotel Kuala Lumpur. Anda boleh nikmati hidangan sambil merasa suasana seakan berada di kampung halaman bersama orang tersayang. Antara menu highlight di sini adalah Sup Gearbox 6 Sekawan, Kambing Bakar 30 Hari and Siakap Steam Special. Buffet Ramadhan di Premiera Hotel Kuala Lumpur akan mula dibuka pada jam 6:30 Petang hingga 10:30 Malam. Harga bagi kanak kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun adalah RM64 manakala untuk orang dewasa pula RM128. Mereka yang dikategorikan sebagai warga emas akan dikenakan bayaran sebanyak RM98 sahaja. Harga istimewa Early Bird yang dibuka sehingga 19 Mac 2023 adalah hanya serendah RM 98 seorang!

Kelebihan Premiera Hotel Kuala Lumpur

  • Menu istimewa Sup Gearbox 6 sekawan, Kambing bakar 30 hari, Siakap steam special
  • Solat terawikh dengan imam
  • Persembahan band
  • Harga early bird berpatutan
  • Menu menarik dihidangkan chef berpengalaman

Kekurangan Premiera Hotel Kuala Lumpur

  • Bermula agak lewat iaitu 26 Mac

Spesifikasi Premiera Hotel Kuala Lumpur

Lokasi 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema Buffet Selera Orang Kita
Tarikh 26 Mac- 21 April 2023
Harga RM 128 (Dewasa), RM 64 (Kanak-kanak), RM 98 ( Warga emas)

Eastin Hotel

Eastin Hotel
Nikmati pelbagai hidangan lazat yang disediakan oleh Chef Dennie di Hotel Eastin Kuala Lumpur untuk bufet Ramadan Icip-Icip Kampungku. Lagi konsep kampung, kali ini, hidangan hidangan istimewa yang disediakan oleh Chef Dennie dan pasukannya menampilkan menu seperti nasi arab, sup gear box berempah, nasi lemak kukus daun teratai dan banyak lagi! Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 152 untuk seorang sebelum 15 Mac 2023.

Kelebihan Eastin Hotel

  • Menu istimewa Kampung panggang, Nasi Briyani, Sup Gearbox berempah dan Nasi ulam daun teratai
  • Potongan harga untuk early bird
  • Mempunyai pakej staycation dengan sahur juga berbuka puasa
  • Makanan kampung yang pelbagai
  • Dimasak chef berpengalaman

Kekurangan Eastin Hotel

  • Tiada harga istimewa untuk kanak-kanak dan warga emas

Spesifikasi Eastin Hotel

Lokasi Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Tema Buffet Icip-Icip Kampungku
Tarikh 24 Mac- 20 April 2023
Harga RM 190 (Dewasa & Kanak-kanak)

Mardhiyyah Hotel & Suites

Mardhiyyah Hotel & Suites
Mardhiyyah Hotel & Suites teruja untuk mengalu-alukan anda dalam menyambut Ramadan tahun ini dengan bufet istimewanya. Menu bufet “Nostalgia Ramadan” termasuk hidangan dari semua negeri Malaysia serta masakan antarabangsa, memenuhi citarasa orang ramai. Anda boleh memilih berbuka di 3 bufet restoran berbeza iaitu, Restoran Royale Songket, Restoran Chinese Tung Yuen dan Borak Borak Café & Lounge. Menarik lagi, harga early bird untuk restoran Royale Songket hanyalah serendah RM 125 sahaja dan harga ini sah sehingga 19 Mac 2023.

Kelebihan Mardhiyyah Hotel & Suites

  • 3 bufet berbeza ; Restoran Royale Songket, Restoran Chinese Tung Yuen , Borak Borak Café & Lounge
  • Solat terawikh dengan imam
  • Harga early bird berpatutan
  • Menu menarik dihidangkan chef berpengalaman

Kekurangan Mardhiyyah Hotel & Suites

  • Harga early bird hanya untuk Restoran Royale Songket sahaja

Spesifikasi Mardhiyyah Hotel & Suites

Lokasi No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Tema Buffet Nostalgia Ramadan
Tarikh 24 Mac- 20 April 2023
Harga Restoran Royale Songket -RM 155 (Dewasa), RM 100 (Kanak-kanak), RM 120 ( Warga emas)

Restoran Rebung Chef Ismail

Restoran Rebung Chef Ismail
Selain hotel-hotel, banyak juga restoran terkenal daripada chef-chef ternama seperti Chef Ismail yang menawarkan menu bufet Ramadan yang menarik. Penduduk di Kuala Lumpur pasti pernah dengar Restoran Rebung Chef Ismail ni kan? Chef selebriti ini sememangnya terkenal di Malaysia dan menu-menu masakan kampung yang disediakan sungguh menarik perhatian. Mereka tampil dengan tema ‘Santapan Di Raja’ bagi memberikan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM 99 untuk dewasa dan RM 69 untuk kanak-kanak

Kelebihan Restoran Rebung Chef Ismail

  • Chef selebriti terkenal
  • Menu yang menarik dan pelbagai
  • Restoran rebung terkenal dengan menu hidangan tradisional melayu
  • Harga berpatutan

Kekurangan Restoran Rebung Chef Ismail

  • Tiada harga early bird

Spesifikasi Restoran Rebung Chef Ismail

Lokasi 5-2Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur
Tema Buffet ‘Santapan Di Raja’
Tarikh 23 Mac- 20 April 2023
Harga RM 99 (Dewasa), RM 69 (Kanak-kanak)

Tempah awal tak kalut nanti kan? Bukan apa, untung tempah awal ni kerana kebanyakkan tempat menawarkan harga early bird yang sungguh berbaloi dan jauh lebih murah dari harga sebenar. Mengapa bayar lebih kalau ada promosi murah kan?

Dalam kita seronok mencari lokasi menarik untuk berbuka, jangan leka untuk mengamati tujuan sebenar kita berpuasa di bulan Ramadan. Selamat berpuasa dan selamat beramal.



Related posts