Jom Buka Puasa! 5 Bufet Ramadan 2022 Di Kuala Lumpur & Selangor (Part 2)

Jom Buka Puasa! 5 Bufet Ramadan 2022 Di Kuala Lumpur & Selangor (Part 2)
Gaya hidup


Selain berbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang, ke bazar Ramadan atau berbuka puasa di bufet Ramadan juga antara keterujaan yang ditunggu-tunggu ramai. Lihat sahajalah kemeriahan bazar-bazar Ramadan yang ada. Antara menu wajib ada di bazar seperti murtabak, ayam golek, roti john dan banyak lagi.

Malah, bufet Ramadan dengan pelbagai promosi serta tema menu menarik juga dinantikan ramai. Menariknya, konsep di bufet Ramadan ini, bayaran dan tempahan perlu dibuat awal dan pelanggan boleh makan seberapa banyak makanan yang mereka mahukan di sana. Kebanyakkan makanan di bufet ini dimasak oleh chef berpengalaman di hotel-hotel atau lokasi terpilih. Sekali sekala tukar angin kan, apa salahnya. Yang mana masih mencari bufet Ramadan untuk berbuka puasa nanti, jom lihat senarai ini;

Marriott Putrajaya

Marriott Putrajaya
Nikmati bulan Ramadan yang mulia dengan hidangan bufet gastronomi di Hotel Marriott Putrajaya. Lebih 100 hidangan tradisional Melayu dan Asia Tenggara dihidangkan termasuk juadah berbuka puasa daripada pelbagai jenis lauk kawah yang dipadankan dengan nasi berperisa aromatik bersama ulam-ulaman dan sambal belacan, kambing panggang istimewa dihidangkan bersama roti Arab hangat. Tidak lupa juga makanan kegemaran ramai seperti satay Kajang, warung mi, dan banyak lagi. Penggemar durian juga tidak ketinggalan, kerana terdapat pelbagai jenis pencuci mulut berasaskan durian seperti cendol durian, serawa durian, kek durian cheese, durian swiss roll dan banyak lagi.

Kelebihan

  • Pelbagai jenis juadah
  • Pencuci mulut berasaskan durian
  • Hotel berdekatan IOI City Mall
  • Harga early bird RM148
  • Kanak-kanak sehingga 5 tahun percuma

Kekurangan

  • Harga sebenar agak mahal

Spesifikasi

Lokasi IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tema Buffet Pentas Citarasa
Tarikh 4 April- 2 May 2022
Harga RM 188 (Dewasa), RM 94 (Kanak-kanak)
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/MarriottPutrajaya/

MTREE Hotel Puchong

MTREE Hotel Puchong
Khas untuk orang ‘bandar’ yang mungkin sudah lama merindui masakan ibu di kampung, ini adalah lokasi terbaik. Bufet Ramadhan di MTREE Hotel kali ini bertemakan Rasa Kampungku. Juadah yang dihidangkan pastinya mampu menggamit memori anda ketika di kampung malah mungkin ia merupakan pengalaman baru untuk mereka yang tidak pernah merasai menu masakan kampung. Menariknya, kanak-kanak bawah 5 tahun dapat berbuka dengan percuma. Manakala harga untuk warga emas adalah 50% dari harga dewasa.

Kelebihan

  • Potongan harga 50% untuk warga emas
  • Percuma untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun
  • Konsep makanan kampung
  • Harga berbaloi

Kekurangan

  • Kurang dikenali
  • Hanya menu masakan kampung

Spesifikasi

Lokasi 6, Jalan Kenari 12, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Tema Buffet Rasa Kampungku
Tarikh Bermula 7 April 2022
Harga RM 128 (Dewasa), potongan 30% (Kanak-kanak)
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/

Eastin Hotel Kuala Lumpur

Eastin Hotel Kuala Lumpur
Lagi konsep kampung, kali ini di Eastin Hotel Kuala Lumpur dengan temanya ‘Icip-Icip Kampungku’. Hidangan hidangan istimewa yang disediakan oleh Chef Dennie dan pasukannya yang menampilkan menu seperti nasi arab, sup gear box berempah, nasi lemak kukus daun teratai dan banyak lagi! Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 125 untuk seorang sebelum 3 April 2022.

Kelebihan

  • Potongan harga untuk early bird
  • Mempunyai pakej staycation dengan sahur juga berbuka puasa
  • Makanan kampung yang pelbagai
  • Dimasak chef berpengalaman

Kekurangan

  • Tiada harga istimewa untuk kanak-kanak

Spesifikasi

Lokasi Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Tema Buffet Icip-Icip Kampungku
Tarikh 6 April- 30 April 2022
Harga RM 165 (Dewasa & Kanak-kanak)
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/eastinhotelkl/photos/a.699135956797011/4989493757761188/

The Westin KL

Hidangan enak disediakan oleh Chef berpengalaman seperti Chef Hamid dengan menu Kari Kepala Ikan pastinya tidak mengecewakan. The Westin Bazaar merupakan konsep untuk bufet pada kali ini. Pakej berbuka dianjurkan bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Menariknya pihak hotel menawarkan pakej promosi serendah RM 128 bermula dari 4 Mac sehingga 5 April 2022. Kalau berminat bolehlah tempah segera okay!

Kelebihan

  • Potongan harga untuk early bird
  • Menu Kari Kepala Ikan istimewa
  • Mempunyai pakej Stay & Makan yang berbaloi
  • Dimasak oleh chef berpengalaman

Kekurangan

  • Tiada harga istimewa untuk kanak-kanak

Spesifikasi

Lokasi 199 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tema Buffet The Westin Bazaar
Tarikh 6 April- 30 April 2022
Harga RM 128 Dewasa & Kanak-kanak
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/westinkl/photos/a.2589181917765901/5643246392359423/

De.Wan 1958 by Chef Wan

De.Wan 1958 by Chef Wan
Siapalah yang tak kenal dengan Chef nombor 1 di Malaysia, Chef Wan kita ni kan? Untuk anda yang teringin sangat nak rasa menu-menu di restoran De.Wan 1958 by Chef Wan, boleh lah book tarikh sesuai untuk berbuka puasa nanti. Dengar kata, tahun lepas asik full house je tau! Jika sempat, lekas lakukan tempahan awal untuk dapatkan harga sekadar RM 135 untuk dewasa, RM 110 untuk warga emas dan RM 62 untuk kanak-kanak. Harga ini terhad sehingg 5 April sahaja.

Kelebihan

  • Chef Wan merupakan Chef terkenal di Malaysia dan luar negara
  • Menu masakan menarik
  • Terdapat harga istimewa untuk early bird
  • Kualiti makanan terbaik

Kekurangan

  • Tempahan selalu penuh

Spesifikasi

Lokasi The Linc, 360, Jln Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema Buffet Berbuka Puasa With Chef Wan
Tarikh 6 April – 1 Mei 2022
Harga RM 168 Dewasa, RM 110 warga emas, RM 78 Kanak-kanak
Facebook/Instagram https://dewan.space/

Sebenarnya banyak lagi destinasi bufet Ramadan yang ada di sekitar Lembah Klang ni. Namun ini adalah antara lokasi yang boleh dipertimbangkan dengan harga yang berbaloi iaitu di bawah RM 200.

Ha, ada yang sudah tidak sabar nampaknya! Jika sudah ada destinasi pilihan, adalah lebih baik untuk anda membuat tempahan awal kerana ianya lebih berbaloi. Sesetengah tempat menawarkan harga promosi ‘early bird’ yang jauh lebih murah daripada harga sebenar. Tempah awal tak kalut nanti kan? Selamat berpuasa!



Related posts