Jom ‘Getaway’ Dengan Alam Semulajadi: 5 Pilihan Best ‘Staycation’ Di Janda Baik Dengan Bajet Pilihan Anda
Janda baik adalah sebuah destinasi percutian yang sememangnya menarik untuk dilawati. Terletak di tengah-tengah hutan, ia menawarkan suasana yang tenang dan damai, sesuai untuk mereka yang ingin berehat dari kesibukan bandar. Pelbagai tempat lepak semula jadi seperti air terjun, kolam, dan tasik boleh didapati di sini. Anda juga boleh mengadakan aktiviti berkhemah dan berkelah bersama-sama keluarga semasa hujung minggu atau cuti sekolah. Di samping itu, ia juga menjadi pilihan popular untuk staycation di kalangan pasangan yang ingin menghabiskan masa bersama-sama.
Bagi mereka yang ingin mengadakan family trip, Janda baik adalah pilihan yang sempurna. Selain daripada aktiviti-aktiviti semula jadi, terdapat juga pelbagai tarikan pelancongan seperti taman tema dan kebun binatang yang sesuai untuk dilawati bersama-sama keluarga. Anda boleh mengisi masa cuti sekolah atau hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti menarik di sini. Keseluruhannya, Janda baik mempunyai pelbagai pilihan aktiviti yang sesuai untuk pelbagai jenis pengunjung dan pastinya akan memberikan pengalaman percutian yang tidak terlupakan. Jom lihat 5 pilihan menarik untuk ‘staycation’ di Janda Baik.
Klik di sini dan ketahui 10 barang penting yang perlu dibawa untuk ketika ‘staycation’
Canopy Villa Glamping Park
Kalau berkhemah mungkin terlalu mainstream, apa kata anda cuba glamping! Percutian dengan cara ini lebih sesuai untuk anda yang berkeluarga kerana ianya lebih selesa dan berbaloi. Glamping atau ‘glamour camping’ sering menjadi pilihan warga kota yang mahu mencari ketenangan di dalam hutan. Canopy Villa Glamping Park ini merupakan antara tapak glamping mewah yang terletak di Janda Baik, Pahang. Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai mahupun BBQ. Menarik lagi, pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, bantal, selimut dan juga penghawa dingin.
Kelebihan Canopy Villa Glamping Park:
- Dekat dengan flora dan fauna
- Tempat tidur selesa
- Pelbagai aktiviti menarik
- Fasiliti lengkap dan selesa
Kekurangan Canopy Villa Glamping Park:
- Terdedah dengan serangga kerana lokasi di kawasan hutan
Info Canopy Villa Glamping Park:
Alamat: | Sg Lampin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang |
---|---|
Website/social media: | Facebook; Booking.com |
Harga: | RM 280 – RM500 |
Twinkle Villa
Siapa sangka rupanya banyak villa menarik di Janda Baik ni, salah satunya adalah Twinkle Villa. Anda boleh menikmati pemandangan taman dan gunung di samping beristirehat di dalam villa mewah ini. Anda boleh memilih sama ada mahu Rumah Cengal, Rumah Gharu, Rumah Resak mahupun Rumah Meranti. Pelbagai kemudahan seperti bilik yang selesa, dapur, tempat letak kereta percuma di premis, wifi serta kamera keselamatan juga dilengkapkan di lokasi penginapan. Sangat sesuai untuk percutian sekeluarga kerana sesetengah ‘Rumah’ mampu memuatkan sehingga 10 orang.
Kelebihan Twinkle Villa:
- Suhu dingin pada waktu siang dan malam
- Dilengkapi kamera keselamatan
- Boleh muat sehingga 10 orang
- Dekat dengan flora dan fauna
- Tempat tidur selesa
Kekurangan Twinkle Villa:
- Tiada perkhidmatan katering atau makanan
Info Twinkle Villa:
Alamat: | Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang |
---|---|
Website/social media: | Facebook; Agoda |
Harga: | RM 1,900 |
Chengal Hill Retreat
Sekilas pandang memang terasa vibe seperti di zaman Melayu lama dulu. Sama seperti namanya, hampir semua bilik-bilik dan chalet di Chengal Hill Retreat ini diperbuat daripada kayu dan ianya sangat cantik. Terdapat beberapa jenis penginapan di sini antaranya adalah dorm yang mampu memuatkan sehingga 9 orang, water chalet, chalet di tepi sungai serta Apachi yang merupakan sebuah rumah unik. Aktiviti lain seperti glamping juga turut disediakan selain memanah, ATV, berbasikal, meredah hutan dan banyak lagi.
Kelebihan Chengal Hill Retreat
- Keunikan setiap chalet
- Banyak aktiviti menarik
- Terdapat sungai berhampiran
- Sesuai untuk kunjungan keluarga dan rakan-rakan
Kekurangan Chengal Hill Retreat:
- Sesetengah chalet tiada toilet di dalamnya
Info Chengal Hill Retreat:
Alamat: | Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang |
---|---|
Website/social media: | |
Harga: | RM 250 – RM 1,300 |
Enderong Resort
Enderong Resort adalah tempat percutian di kawasan tanah tinggi yang dinamakan sempena aliran gunung yang dipanggil Sungei Enderong. Resort ini terletak 2000 kaki di atas paras laut di Tanarimba, sebuah projek hijau yang memenangi anugerah di Janda Baik, Pahang, Malaysia. Enderong Resort menawarkan beberapa jenis penginapan dan salah satunya adalah Enderong House yang merupakan sebuah rumah 3 tingkat yang diperbuat daripada kayu-kayan yang bersatu dengan cermin yang luas, rumah ini membolehkan anda yang menginap menikmati keindahan flora yang tiada tandingannya.Terasa seperti di hotel mewah, namun bezanya ianya terletak di dalam kawasan dipenuhi pokok-pokok dan gunung. Pelbagai jenis aktiviti boleh dilakukan antaranya jungle trekking, memanah dan pelbagai lagi.
Kelebihan Enderong Resort:
- Dilengkapi swimming pool
- Pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, memanah, bird watching
- Sesuai untuk majlis perkahwinan
- 22 bilik
Kekurangan Enderong Resort:
- Tidak boleh memasak dan tidak boleh membawa makanan luar
Info Enderong Resort:
Alamat: | C21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang |
---|---|
Website/social media: | Facebook; Tripadvisor |
Harga: | RM 550 – RM 4,800 |
Tiarasa Escapes Glamping Resort
Masih lagi dengan konsep ‘glamping’, kali ini kita ke Tiarasa Escapes Glamping Resort pula. Hanya lebih kurang 30-40 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, anda boleh menikmati pengalaman percutian berbeza dari sebelumnya. Tiarasa Escapes Glamping Resort memiliki 20 khemah mewah dengan pelbagai konsep gaya safari serta 5 rumah pokok yang unik. Jangan tidak tahu, resort ini pernah memenangi 3 Anugerah Malaysian Landscape Awards tau! Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini antaranya adalah bird watching, berkelah di tepi sungai,moonlight cinema dan pelbagai lagi.
Kelebihan Tiarasa Escapes Glamping Resort:
- Pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, memanah, bird watching
- Pernah memenangi 3 anugerah Malaysian Landscape Awards
- Pengalaman bercuti sambil mendekatkan diri dengan flora fauna
- Sesuai untuk majlis-majlis istimewa
Kekurangan Tiarasa Escapes Glamping Resort:
- Harga agak mahal
Info Tiarasa Escapes Glamping Resort:
Alamat: | Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang |
---|---|
Website/social media: | Facebook; Tripadvisor |
Harga: | RM 990 – RM 3,200 |
Mencari destinasi percutian keluarga yang sempurna semasa cuti panjang? Jangan cari lagi! Nikmati penginapan hotel dan glamping kami yang cadangkan di Cameron Highlands yang menarik.
Selain bercuti, banyak aktiviti menarik boleh anda lakukan di Janda Baik kan? Sesetengah lokasi penginapan yang disenaraikan ini menyediakan pakej aktiviti menarik seperti memanah, ATV dan banyak lagi. Hujung minggu dan waktu cuti anda pasti lebih bermakna dengan percutian singkat ini.
Lokasi Janda Baik yang dilengkapi pokok, gunung dan sungai menjadikannya istimewa berbanding tempat percutian lain. Namun untuk anda yang mempunyai anak kecil atau kulit sensitif dengan gigitan serangga, bawalah bekalan ubat-ubatan atau alat penyembur serangga sebagai persiapan awal.