Khas Untuk Peminat ‘Lemonades’, Ini 5 Jenama Jus Lemon Yang Perlu Anda Cuba Sekarang 2023
Lemon mempunyai banyak khasiat. Ia mampu meningkatkan imunisasi, menyegarkan nafas, membantu pencernaan dan pelbagai lagi. Kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus yang lain contohnya seperti buah oren, Ia sering menjadi sebuah konsep pemahaman tipikal yang sangat popular dikalangan mereka yang ingin melangsingkan tubuh badan. Salah satu khasiat yang paling disukai ramai adalah buah lemon dikatakan mampu mengawal berat badan anda. Anda hanya perlu masukkan lemon ke dalam air kosong dan boleh dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun pudina untuk mendapatkan rasa yang lebih segar.
Disebabkan itu, ramai pengguna diluar sana mula beralih arah dengan menjadikan jus lemonade sebagai sebuah alternatif sihat. Untuk minuman yang lebih santai, banyak juga jenama-jenama minuman lokal dan import mengeluarkan produk jus lemonade dengan versi bergas. Rasa-rasa masam yang diseimbangkan dengan rasa manis bergas dari jus lemon ini menjadi tarikan utama buat mereka yang sukakannya. Jadi, khas buat anda yang ingin membasahkan lidah anda dengan keunikan rasa jus lemonade, dibawah ini kami senaraikan 5 jenama jus lemonade yang terdapat di pasaran yang perlu anda cuba.
Bundaberg Traditional Lemonade
Klasik dan autentik, dua perkataan yang boleh menggambarkan jus lemonade keluaran Bundaberg yang berpangkalan di Australia ini. Untuk menampakkan sisi premium bagi jus lemonade ini, ianya diisi di dalam botol kaca elegan yang berkapasiti 375ml. Bertepatan dengan namanya yang menggunakan perkataan Traditional Lemonade, jus lemonade keluaran Bundaberg ini sememangnya dibru dengan cara yang tradisional. Ia dibru selama lebih dari tiga hari menggunakan Australian Eureka Lemon. Untuk mengekalkan rasa lemon yang asli, jus lemonade ini juga mempunyai serat-serat lemon yang tidak ditapis dan dibuang untuk menambahkan rasa dan memberi pengalaman rasa yang baru kepada anda. Selain daripada diminum begitu sahaja, jus lemonade Bundaberg ini juga boleh dijadikan minuman koktel dengan ianya dijadikan perasa asas yang dicampur dengan perasa-perasa lain keluaran jenama Bundaberg untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan unik.
Kelebihan Bundaberg Traditional Lemonade:
- Dibru lebih dari tiga hari untuk mendapatkan rasa lemon yang asli
- Serat yang tidak ditapis menambahkan lagi perasan lemon pada jus lemonade ini.
- Boleh dijadikan minuman koktel
- Bungkusan botol kaca yang elegan
- Menggunakan Australian Eureka Lemon
Kekurangan Bundaberg Traditional Lemonade:
- Tiada variasi dalam pembungkusan, hanya terdapat dalam botol 375ml sahaja
Info Bundaberg Traditional Lemonade:
Nama Minuman: | Bundaberg Traditional Lemonade |
---|---|
Keluaran: | Australia |
Bungkusan: | Botol 375ml |
Harga: | RM 7.50 (Sebotol) RM 27.70 (Empat Botol) |
Laman Web: | https://www.bundaberg.com/brew/traditional-lemonade/ |
Famous Sodaco Pink Lemonade
Minuman jus lemonade tanpa gula dan kalori rendah, tapi masih mempunyai rasa manis. Ini pilihan yang terbaik untuk anda yang sedang dalam usaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Jus lemonade keluaran Australia ini menggunakan sepenuhnya pemanis semulajadi stevia yang lebih sihat daripada gula biasa. Ia mempunyai rasa yang manis yang ketara dan masam yang sederhana. Menggunakan warna merah jambu sebagai warna asas bungkusan, pemilihan warna ini bertepatan dengan sokongan produk ini kepada National Breast Cancer Foundation (NBCF). Setiap pembelian akan disalurkan kepada tabung pertubuhan ini. Selain itu, jus lemonade keluaran Famous Sodaco ini dipanggil pink lemonade kerana produk ini mencampurkan warna merah raspberry dan jus lemonade. Kalori keseluruhan bagi bungkusan botol kaca ialah sekitar 8 kalori manakala bungkusan bertin hanya sekitar 6 sehingga 8 kalori sahaja. Sangat sihat dan menyegarkan.
Kelebihan Famous Sodaco Pink Lemonade:
- Kalori rendah
- Menggunakan pemanis semula jadi stevia
- Sokongan kepada National Breast Cancer Foundation (NBCF)
- Campuran Raspberry dan jus lemonade
Kekurangan Famous Sodaco Pink Lemonade:
- Sukar didapati di pasaran Malaysia samada fizikal atau online
Info Famous Sodaco Pink Lemonade:
Nama Minuman: | Famous Sodaco Pink Lemonade |
---|---|
Keluaran: | Australia |
Bungkusan: | Botol 330ml, Tin 330ml & 250ml |
Harga: | A$32.99 untuk 12 Tin 330ml |
Laman Web: | https://www.famoussodaco.com/products/pink-lemonade |
Spindrift Strawberry Lemonade
Campuran strawberi dan jus lemonade, kombinasi rasa masam dan manis yang mewujudkan sensasi rasa yang terbaik. Selain daripada keunikan campuran kedua perasa ini, Spindrift Strawberry Lemonade turut menekankan ciri-ciri kesihatan dengan menggunakan stevia sebagai pemanis sekaligus merendahkan kalori jus lemonade ini kepada 7 kalori sahaja. Selain daripada strawberi dan jus lemonade, minuman ini juga turut dicampur dengan air berkarbonat dan sedikit jus limau untuk menghasilkan sebuah rasa masam yang unik dan asli sama seperti anda meminum jus lemonade tradisional tanpa menenggelamkan rasa manis pada masa yang sama. Pendek kata, sebuah rasa unik yang tak mungkin anda lupakan. Didatangkan dalam bungkusan tin berkapasiti 355ml, minuman jus lemonade ini juga turut boleh dijadikan koktel dengan campuran perasa dan bahan-bahan lain mengikut kreativiti anda.
Kelebihan Spindrift Strawberry Lemonade:
- Kalori rendah, hanya 7 kalori sahaj bagi tin 355ml
- Menggunakan pemanis semula jadi stevia
- Campuran empat bahan iaitu air berkarbonat, strawberi, limau dan lemon.
- Boleh dijadikan koktel
Kekurangan Spindrift Strawberry Lemonade:
- Hanya boleh didapati secara online dan bukannya fizikal
Info Spindrift Strawberry Lemonade:
Nama Minuman: | Spindrift Strawberry Lemonade |
---|---|
Keluaran: | Amerika Syarikat |
Bungkusan: | Tin 355ml |
Harga: | RM 275 untuk campuran 20 pek / Tin |
Laman Web: | https://drinkspindrift.com/products/strawberry-lemonade-sparkling-water |
M&S Diet Sparkling Cloudy Lemonade
Selain daripada produknya yang pelbagai, jenama Marks and Spencer dari United Kingdom ini juga turut tidak ketinggalan dalam menawarkan sebuah produk jus lemonade yang diberi nama M&S Diet Sparkling Cloudy Lemonade. Perkataan diet yang ada pada jenama ini sudah cukup menggambarkan bahawa ia adalah sebuah produk jus lemonade yang sihat dan berkalori rendah. Menggunakan jus lemon semulajadi sebagai bahan asas, jus lemonade berkategori sparkling ini juga turut menggunakan gula berasaskan tumbuhan tanpa sebarang gula artifisial, juga tanpa sebarang pewarna dan perasa tiruan menjadikan ianya sangat sesuai buat mereka yang sedang diet dan juga vegetarian. Untuk kepuasan dan rasa lemon asli yang berganda, cukup sekadar diminum begitu sahaja dalam keadaan yang sejuk dan berais, namun anda juga boleh mencampurkan dengan perasa-perasa lain mengikut selera anda. Buat penggemar air manis, anda perlu berterima kasih kepada formula dietnya kerana anda boleh meminum jus lemonade ini tanpa perlu menghiraukan perihal rasa manis dan kalorinya.
Kelebihan M&S Diet Sparkling Cloudy Lemonade:
- Menggunakan jus lemon semulajadi
- Menggunakan gula berasaskan tumbuhan
- Tiada gula, pewarna dan perasa tiruan
- Sesuai untuk mereka yang berdiet dan vegetarian
Kekurangan M&S Diet Sparkling Cloudy Lemonade:
- Bungkusan hanya terdapat dalam bentuk botol plastik dan kaca sahaja, tiada dalam versi tin.
- Harga mahal
Info M&S Diet Sparkling Cloudy Lemonade:
Nama Minuman: | M&S Diet Sparkling Cloudy Lemonade |
---|---|
Keluaran: | England |
Bungkusan: | Botol Plastik 1L, Botol Kaca 750ml |
Harga: | RM 11.93 untuk sebotol 1L |
Laman Web: | tiada |
Fentimans Rose Lemonade
Fentimans Rose Lemonda adalah sebuah produk jus lemonade artisan yang ikonik dengan campuran pati minyak bunga ros Otto yang diambil dari Rose Valley terkenal di dunia terletak di Kazanlak, Bulgaria. Minyak bunga ros ini dikatakan sangat bernilai dan sering digunakan di dalam campuran pewangi-pewangi berjenama terkenal di pasaran. Syarikat dari England sangat terkenal dengan menawarkan kesegaran botanikal yang dibotolkan dengan dengan menggabungkan minyak bunga ros bersama dengan jus lemonade untuk menghasilkan rasa unik, sedap dan tiada tandingan. Mempunyai variasi bungkusan yang pelbagai saiz, botol kaca berbentuk premium dan elegan menjadi tarikan utama pada jus lemonade ini. Ia menampakkan sisi mewah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada botol kaca 200ml, ia juga turut dibotolkan dengan kapasiti 275 ml, 750ml, tin 150ml serta 250ml.
Kelebihan Fentimans Rose Lemonade:
- Campuran minyak bunga ros dan jus lemonade
- Produk artisan dan premium
- Mempunyai variasi bungkusan yang pelbagai
- Rasa unik, sedap dan tersendiri
Kekurangan Fentimans Rose Lemonade
- Harga mahal
- Lebih mudah didapati secara online daripada fizikal
Info Fentimans Rose Lemonade:
Nama Minuman: | Fentimans Rose Lemonade |
---|---|
Keluaran: | England |
Bungkusan: | Botol kaca 200ml, 275ml dan 750ml, tin 150ml serta 250ml |
Harga: | RM 24.65 untuk sebotol 750ml |
Laman Web: | https://www.fentimans.com/drinks/soft-drinks/rose-lemonade |
Terdapat pelbagai jenama lokal dan import di pasaran yang menawarkan jus lemonade dalam pelbagai versi dan bungkusan mengikut sasaran pembeli masing-masing. Dengan kesedaran terhadap kesihatan yang semakin meningkat khususnya kesihatan tubuh badan, ramai yang sudah beralih ke kehidupan yang lebih sihat dengan mencari alternatif yang lebih baik. Disebabkan jus lemonade mempunyai khasiat yang pelbagai, ianya juga turut mendapat tempias dari segi permintaan yang tinggi.
Namun, apa-apa makanan dan minuman yang diambil secara berlebihan juga akan memudaratkan tubuh badan. Umum mengetahui lemon adalah masam dan mempunyai kandungan asid yang tinggi, jadi kawal pengambilan anda lebih-lebih lagi buat anda yang mempunyai masalah perut yang sensitif.