Baby Wipes Malaysia 2024: 5 Pilihan Selamat, Lembut dan Tanpa Pewangi yang Boleh Anda Beli Online

Baby Wipes Malaysia 2024: 5 Pilihan Selamat, Lembut dan Tanpa Pewangi yang Boleh Anda Beli Online
Ibu dan anak


Antara barang penting yang perlu ada dalam beg ibu bapa ketika keluar rumah adalah tisu basah pakai buang untuk bayi atau ‘baby wipes’. Ia penting untuk membersihkan kulit bayi semasa menukar lampin, membuang air kencing, dan najis dengan berkesan serta lembut pada kulit yang sensitif. Baby wipes juga memudahkan pembersihan pantas, sama ada di rumah atau semasa dalam perjalanan.
Namun, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum membeli baby wipes, antaranya adalah tahap kelembutan bahan tisu tersebut pada kulit bayi, kebebasannya dari bahan kimia seperti pewangi, kekekalan untuk pembersihan yang efektif, dan kelembapan yang mencukupi untuk membersihkan kotoran bayi anda. Berikut adalah beberapa pilihan tisu basah atau baby wipes yang mungkin membantu ibu bapa yang mencari produk terbaik.

BZU BZU Ultra Gentle Baby Wipes

BZU BZU Ultra Gentle Baby Wipes
BZU BZU Ultra Gentle Baby Wipes direka untuk kulit halus dan pramatang. Dirumus dengan bahan semulajadi seperti Aloe Vera dan air pati Chrysanthemum. Ia membersihkan, menenangkan, menenangkan kulit dengan lembut sambil mengekalkan kelembapan kulit. Produk ini telah diuji dan diluluskan secara dermatologi malah juga sesuai untuk orang dewasa yang mempunyai kulit sensitif.

Kelebihan BZU BZU Ultra Gentle Baby Wipes:

  • Bebas pewangi
  • Tiada alkohol, paraben dan asbestos
  • Ditambah ekstrak aloe vera & chrysanthemum
  • Direka secara klinikal untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dengan kulit sensitif
  • Pakar dermatologi diuji
  • disahkan Halal
  • ISO 9001:2015

Kekurangan BZU BZU Ultra Gentle Baby Wipes:

  • Jenama kurang dikenali

Info BZU BZU Ultra Gentle Baby Wipes:

Nama produk: Bzu Bzu
Bahan kandungan: Air, Ethylhexylglycerin, Ekstrak batang Opuntia Streptacantha, Benzethonium Chloride, Polyamimopropyl Biguanide, Benzalkonium Chloride, Chrysanthemum Indicum Flower Water, Ekstrak Daun Aloe Barbadensis, Phenoxyethanol
Ujian dermatalogi: Telah diuji
Jumlah helaian: 80helai
Harga: RM 12.90

Molfix Wet Wipes

Molfix Wet Wipes
Tisu basah Molfix ini sangat sesuai untuk membersihkan kulit halus bayi dengan lembut. Dengan ekstrak buluh dan kapas semulajadi memberikan sentuhan lembut untuk kulit bayi anda. Molfix Newborn Gentle Baby Wipes membantu anda membersihkan kulit sensitif bayi dengan selamat, tanpa mengandungi bahan-bahan bahaya seperti minyak wangi, alkohol dan paraben. Apa yang penting, tisu basah ini telah diuji secara dermatologi.

Kelebihan Molfix Wet Wipes:

  • Tekstur tisu berbentuk sarang lebah lebar yang boleh diregangkan untuk membersihkan kawasan yang besar dengan mudah
  • Tisu tebal
  • Diperbuat daripada bahan selamat, tiada minyak wangi, alkohol dan paraben
  • Menggunakan serat kapas asli

Kekurangan Molfix Wet Wipes:

  • Jenama kurang dikenali

Info Molfix Wet Wipes:

Nama produk: Molflix
Bahan kandungan: Aqua, Propylene glycol, Phenoxyethanol, Parfum, Minyak Castor terhidrogenasi PEG-40, Natrium klorida, Tetrasodium EDTA, Ethylhexylglycerine, Asid Sitrik, Alpha-isomethyl ionone, Butylphenyl Methylpropional, Cocumarin, Geraniol.
Ujian dermatalogi: Telah diuji
Jumlah helaian: 100 helai
Harga: RM 7.50

RICO Korea Premium Ultra Pure Water Baby Wipes

RICO Korea Premium Ultra Pure Water Baby Wipes
Tisu basah Rico adalah pilihan terbaik untuk membersihkan gigi, lidah, punggung bayi, muka, dan bahagian badan lainnya. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan suhu dan tekanan tinggi untuk pencucian terbaik. Kapas yang digunakan adalah 100% diperakui mengikut Standard Kandungan Organik (OCS), menjamin kapas organik yang selamat dan diproses untuk pasaran antarabangsa. Selain itu, air yang digunakan adalah 100% air ultramurni, bebas dari bahan kimia dan pengawet, menjadikannya pilihan yang selamat untuk anak kecil.

Kelebihan RICO Korea Premium Ultra Pure Water Baby Wipes:

  • Dihasilkan dengan suhu tinggi dan tekanan tinggi disterilkan untuk membunuh sebarang kuman atau bakteria
  • 100% Kapas Diperakui OCS
  • 100% air Ultratulen
  • Tiada bahan kimia & Tiada pengawet
  • Diperbuat dari bahan semulajadi

Kekurangan RICO Korea Premium Ultra Pure Water Baby Wipes

  • Harga sedikit mahal berbanding jenama lain

Info RICO Korea Premium Ultra Pure Water Baby Wipes

Nama produk: RICO
Bahan kandungan: Calendula organik, Aloevera, Chamomile, Lavender, Pokok teh, Eucalyptus, Centella, Portulaca, dan teh hijau
Ujian dermatalogi: Telah diuji
Jumlah helaian: 70 helai
Harga: RM 15.90

Offspring Plant-Based Wipe

Offspring Plant-Based Wipe
Jenama ini agak popular dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia. Ia terkenal bukan sahaja dengan produk tisu basah pakai buang, namun juga beberapa produk penjagaan harian bayi yang lain. Tisu basah dari Offspring ini sangat lembut namun tebal dan mampan ketika digunakan. Ianya 100% bebas dari plastik dan tidak merosakkan alam sekitar. Ia dibuat tanpa komponen polister (plastik) & 100% selulosa tumbuhan terbiodegradasi dari Austria dengan pensijilan pilihan berasaskan Bio. Ia tidak mengandungi sebarang pewangi, alkohol, phthalates, methylisothiazolione, fenol, pemprosesan klorin, paraben, SLS atau bahan kimia berbahaya yang lain. Ia juga selamat untuk pembersihan mulut bayi.

Kelebihan Offspring Plant-Based Wipe:

  • Mendapat pensijilan alergi Australia
  • Bahan lembut yang mewah
  • 100% bebas plastik
  • Hypoallergenic
  • Tanpa pewangi, alkohol, phthalates, methylisothiazolione, fenol, pemprosesan klorin, paraben, SLS atau bahan kimia berbahaya yang lain
  • Selamat untuk pembersihan mulut

Kekurangan Offspring Plant-Based Wipe:

  • Harga sedikit mahal berbanding jenama lain

Info Offspring Plant-Based Wipe

Nama produk: Offspring
Bahan kandungan: Aqua (Air), Natrium Benzoat, Hydroxyacetophenone, Gluconolactone, Ethylhexylglycerin, Decyl Glucoside, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Ekstrak Daun*, Chamomilla Recutita (Matricaria) Ekstrak Bunga*, Calendula Officinalis (Calendula) Bunga Ekstrak, Olea Fruitea Minyak, Asid Sitrik. (*Bahan organik yang disahkan)
Ujian dermatalogi: Telah diuji
Jumlah helaian: 80 helai
Harga: RM15

DIAPEX Soft Baby Wipes

DIAPEX Soft Baby Wipes
Diapex merupakan salah satu produk penjagaan bayi yang agak dikenali di Malaysia, dan salah satu produk keluarannya adalah tisu basah pakai buang ini. Tisu bayi ini adalah hypoallergenic, bebas alkohol & pewangi dengan sentuhan aloe & vitamin E. setiap helaian bukan sahaj berfungsi membersihkan kulit bayi, namun juga memberikan kelembapan yang selesa kepada bayi.

Kelebihan DIAPEX Soft Baby Wipes:

  • Mudah didapati di pasaraya juga
  • Jenama dikenali
  • Hypoallergenic
  • Bebas alkohol, bebas pewangi, bebas paraben
  • Mengandungi Vitamin E & Aloe Vera

Kekurangan DIAPEX Soft Baby Wipes:

  • Tidak dinyatakan ujian dermatologi

Info DIAPEX Soft Baby Wipes:

Nama produk: Diapex
Bahan kandungan: Air (Aqua), Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Tetrasodium EDTA, Ekstrak Aloe Barbadensis, Gliserin, Polysorbate 20, Lauryl Glucoside, Tocopheryl Acetate & Citric Acid.
Ujian dermatalogi: Tidak dinyatakan
Jumlah helaian: 80 helai
Harga: RM 10.90

Simpan tisu basah anda ditempat yang kering dan elakkan terdedah kepada suhu panas atau cahaya matahari kerana ia boleh menyebabkan proses penyejatan cecair pada tisu basah tersebut. Apa yang penting, para ibu dan ayah perlu tahu bahawa penggunaan tisu basah hanyalah ketika berada di luar rumah atau langkah pertama pembersihan bayi. Cucian menggunakan air bersih dan sabun pencuci perlu dilakukan untuk menjamin kebersihan terbaik.

Pastikan anda membaca label dan kandungan setiap produk sebelum membelinya. Ini kerana produk yang mengandungi bahan bahaya seperti pewangi, paraben dan alkohol mampu membuatkan kulit bayi menjadi lebih sensitif, memberi risiko kepada kanser kulit dan gangguan endokrin.



Related posts