Berpantang Lebih Selesa Dengan 10 Pilihan Pusat Berpantang Terbaik Di Malaysia Ini

Berpantang Lebih Selesa Dengan 10 Pilihan Pusat Berpantang Terbaik Di Malaysia Ini
Ibu dan anak


Proses berpantang adalah satu proses yang sangat penting dan memerlukan keselesaan untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin. Setelah bertarung nyawa berjam-jam menahan kesakitan kontraksi dan melahirkan anak, ibu-ibu memerlukan rehat yang secukupnya. Berpantang di rumah sememangnya sudah menjadi pilihan turun-temurun daripada zaman dahulu terutama sekali perkhidmatan bidan kampung yang sentiasa mendapat permintaan yang sangat tinggi. Namun terdapat juga perkara yang lain yang perlu diambil perhatian seperti kunjungan tetamu secara mengejut dan bila-bila masa. Ini akan menyebabkan ibu-ibu yang baru sahaja bersalin cepat letih dan emosi bakal terganggu.

Amalan berpantang mengambil masa yang lama sehingga 44 hari khususnya untuk masyarakat melayu. Selain daripada menjaga pemakanan, banyak lagi pantang-pantang yang perlu dijaga seperti jenis makanan, cara berjalan, cara duduk, dan lain-lain. Jadi amatlah penting untuk ibu-ibu fokus dalam masa 44 hari ini untuk kembali cergas dan sihat seperti biasa. Bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang serius seperti postpartum ataupun meroyan, ramai ibu-ibu yang telah bersalin menyedari dan memilih pusat-pusat berpantang sebagai pilihan utama untuk melalui proses berpantang dengan selesa.

Berpantang Lebih Selesa Dengan 10 Pilihan Pusat Berpantang Terbaik Di Malaysia Ini 2

Pada zaman kini, terdapat pelbagai pusat-pusat berpantang diwujudkan dan ia menawarkan pakej-pakej menarik. Trend ini sangat disambut baik oleh pasangan yang baru sahaja menerima cahaya mata kerana kesemua rawatan dan pemulihan terkandung dalam pakej tersebut. Ibu-ibu hanya perlu datang dan menjalani proses berpantang tanpa sebarang gangguan emosi. Suasana yang selesa dan fasiliti yang lengkap mempengaruhi mood ibu-ibu dan memulihkan mental dan fizikal mereka dengan lebih mudah dan sempurna. Buat anda yang bakal bergelar ibu dalam masa terdekat, mari kita lihat senarai 10 pusat berpantang terbaik di Malaysia khas untuk keselesaan anda selepas bersalin.

Golden Moon Postnatal Centre

Golden Moon Postnatal Centre
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Golden Moon ialah pusat berpantang mewah yang menyediakan pengalaman penjagaan kontemporari yang diinspirasikan oleh Zen. Ibu yang baru menimang cahaya mata pertama jangan risau kerana pasukan pengasuh berpantang di sini bertauliah kerana mereka berpengalaman dan profesional dalam menyediakan penjagaan dan sokongan yang berkualiti untuk ibu baru semasa tempoh pemulihan selepas bersalin. Apa yang menarik di sini adalah, kemudahan akses yang selamat untuk ahli keluarga yang ingin datang melawat serta mereka juga mementingkan aspek kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi dengan pengawasan keselamatan selama 24 jam.

Kelebihan Golden Moon Postnatal Centre:

  • Pengawasan dan keselamatan 24 jam tanpa gangguan
  • Kakitangan yang mencukupi di pusat dengan kepakaran yang diperlukan, pengalaman industri dan akses kepada pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menjaga ibu dan anak secara profesional
  • Kemudahan akses selamat untuk ahli keluarga
  • Sokongan pakar pemakanan, pakar penjagaan berpantang dan tukang masak professional
  • Proses daftar masuk yang menyeluruh untuk pelawat bagi meminimumkan risiko jangkitan COVID-19

Kekurangan Golden Moon Postnatal Centre:

  • Harga permulaan agak mahal

Info Golden Moon Postnatal Centre:

Hubungi: 011 2188 8661
Alamat: Golden Moon Postnatal Centre, 318, Jln Pudu, Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM 10,888

Joie Confinement Centre

Joie Confinement Centre
Joie Confinement Centre adalah tempat percutian selepas bersalin yang eksklusif di mana ibu boleh mendapatkan tempat percutian sambil dijaga rapi oleh pasukan perubatan profesional. Pasukan mereka terdiri daripada doktor perubatan dalaman, doktor TCM berlesen, jururawat terlatih yang berkelayakan dan tukang masak profesional. Para ibu akan dihidangkan dengan 5 daging berkhasiat yang sihat, sup tonik yang disesuaikan setiap hari dan minuman herba secara free flow, bermakna anda boleh meminumnya bila-bila anda mahu. Mereka juga akan memantau dan penjagaan kesihatan profesional oleh doktor dan jururawat dalaman untuk penjagaan luka profesional. Menarik lagi, ibu baru akan diajar dan dibimbing melalui latihan penyusuan dan sokongan dengan mudah dalam suasana yang selesa.

Kelebihan Joie Confinement Centre:

  • Bilik bayi sentiasa disterilkan dengan pensteril UV dan dilengkapi dengan pembersih udara
  • Minuman herba aliran percuma
  • Kelas dan aktiviti akan diadakan secara berkala untuk membantu ibu bapa baharu dalam mengendalikan ahli keluarga baharu mereka dan kesihatan mereka sendiri dengan lebih baik
  • Sup tonik berpantang disesuaikan oleh doktor TCM kami mengikut keadaan badan
  • Pakaian harian dan lampin disediakan, produk bayi organik akan digunakan untuk meminimumkan kerengsaan kulit
  • Pemantauan 24 jam

Kekurangan Joie Confinement Centre:

  • Harga perkhidmatan sangat mahal

Info Joie Confinement Centre:

Hubungi: 010-945 9415
Alamat: Taman Metropolitan, 23a, Persiaran Perdana, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM 17,800

Kabo Confinement Centre

Kabo Confinement Centre
Kabo Confinement Centre ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk, dan merupakan sebuah pusat penjagaan profesional selepas bersalin untuk ibu bapa baru dan bayi mereka yang baru lahir. Di sini, kedua-dua kaedah tradisional dan moden telah digunakan dan digabungkan untuk memastikan ibu-ibu baru mendapat penjagaan yang paling berkesan untuk pemulihan mereka. Apa yang penting, diet berpantangnya diselaraskan pada setiap peringkat untuk memenuhi keperluan nutrien ibu baru. Bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan bayi berada pada tahap terbaik, sesi mingguan dengan doktor bertauliah atau doktor perubatan tradisional Cina disediakan.

Kelebihan Kabo Confinement Centre:

  • Pasukan kejururawatan profesional untuk menjaga dan membantu anda
  • Diet berpantang diselaraskan pada setiap peringkat untuk memenuhi keperluan nutrien ibu baru
  • Menyediakan sesi ‘Ceramah Kesihatan Bayi’ untuk membantu anda menjadi ibu baru kepada bayi anda yang baru lahir
  • Sesi mingguan dengan doktor bertauliah dan/atau doktor perubatan tradisional Cina disediakan
  • Sesi memanjakan rawatan urutan selepas bersalin daripada tukang urut
  • Pemantauan 24 jam

Kekurangan Kabo Confinement Centre:

  • Perlukan tempahan awal

Info Kabo Confinement Centre:

Hubungi: 017-431 1108
Alamat: 32, Jalan Prima Pelangi 3, Bukit Prima Pelangi, 51200 Kuala Lumpur
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM 11,259 – RM 13,750

Muzi Confinement Centre

Muzi Confinement Centre
Di sini, pasukan profesional akan membantu meringankan kebimbangan anda dan membolehkan pemulihan optimum untuk khas buat ibu baru dari segi kesihatan fizikal, mental dan emosi. Anda tidak perlu risau kerana mereka menyediakan penjagaan bayi yang serba lengkap dengan pengawasan sepanjang masa. Bilik yang terdapat di sini adalah selesa dan berhawa dingin sepenuhnya dengan atau tanpa balkoni untuk privasi terbaik untuk penyusuan dan masa lapang peribadi anda. Mereka juga menyediakan makanan secara tradisional termasuk tonik penambah tenaga.

Kelebihan Muzi Confinement Centre:

  • Penjagaan bayi yang serba lengkap dengan pengawasan sepanjang masa
  • Bilik perundingan dan latihan
  • Unit kedai 3 tingkat yang baru dibina
  • Ruang parking yang luas disediakan untuk pengunjung
  • Dasar keselamatan yang ketat dengan pemantauan CCTV dan persediaan penggera
  • Bilik selesa berhawa dingin sepenuhnya (dengan atau tanpa balkoni) untuk privasi terbaik untuk penyusuan dan masa lapang peribadi anda
  • Penjagaan profesional 24 jam oleh pengasuh berpengalaman

Kekurangan Muzi Confinement Centre:

  • Hanya ada di Johor Bharu
  • Perlukan tempahan awal

Info Muzi Confinement Centre:

Hubungi: 010 – 769 0338
Alamat: No. 38 Jalan Eko Botani 3/3, Taman Eko Botani, Iskandar puteri 79100 Johor Bahru
Laman Web/Media Sosial: Website; Facebook
Harga pakej:

YuYu Confinement Centre

YuYu Confinement Centre
YuYu Confinement diasaskan oleh ibu berpengalaman yang memahami apa yang anda mahukan. Mereka menyediakan penjagaan berpantang selepas kehamilan untuk membantu mengimbangi diet anda, memulihkan kesihatan anda, dan untuk memberikan bimbingan profesional tentang mengasuh si comel. Mentor berpantang mereka akan membimbing anda dalam keperluan ibu bapa seperti penyusuan susu ibu dan senaman, juga menyediakan beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk menghiburkan anda sepanjang tempoh berpantang.

Kelebihan YuYu Confinement Centre:

  • Kursus keibubapaan
  • Penilaian badan secara berkala oleh Pengamal Perubatan Tradisional Cina
  • Pemulihan & aktiviti selepas bersalin
  • Semaian yang luas dan bersih, pensterilan UV berkala
  • Aktiviti harian dan pemantauan keadaan bayi (Pemeriksaan Suhu, Rekod Berat Badan, Pemantauan Tahap Jaundis, Pergerakan Usus & Rekod Kencing)
  • Sistem pemantauan bayi (CCTV) 24 jam
  • Lawatan mingguan pakar pediatrik

Kekurangan YuYu Confinement Centre:

  • Kurang sesuai untuk beragama Islam kerana hidangan berunsurkan daging babi disajikan

Info YuYu Confinement Centre:

Hubungi : 019-309 9901
Alamat: No.60, PJU5/20D, The Strand Kota Damansara 47810, Petaling Jaya
Laman Web/Media Sosial: Website; Facebook
Harga pakej: Harga bermula RM 2,852

Paramount Postpartum Care – Melaka Confinement Centre

Paramount Postpartum Care - Melaka Confinement Centre
Pusat berpantang 24 jam yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka ini mempunyai 27 buah bilik yang terbahagi kepada tiga jenis suite iaitu Daisy suite, Lillies suite dan Primrose suite bergantung kepada pakej. Kesemua suite ini mempunyai fasiliti menarik seperti tandas tersendiri, wifi berkelajuan tinggi dan Smart TV. Selain itu, terdapat juga fasiliti seperti nursery yang dilengkapi CCTV, urutan tanamera selepas bersalin, salon rambut dan juga bilik aktiviti untuk keselesaan ibu-ibu. Pusat Berpantang ini menyediakan program berpantang secara penuh selama 28 hari yang menggabungkan rawatan moden dan juga tradisional melayu. Bayi dan ibu akan dijaga oleh doktor dan jururawat yang bertauliah dan makanan-makanan pantang akan dimasak oleh chef profesional. Selain itu, untuk memberi ilmu penyusuan khususnya kepada ibu-ibu dan pasangan muda, pusat berpantang ini juga menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang lebih menarik, pemandu juga disediakan untuk mengambil anda dari rumah ke pusat berpantang.

Kelebihan Paramount Postpartum Care – Melaka Confinement Centre:

  • Bilik suite yang sangat selesa dan lengkap
  • Fasiliti lengkap seperti bilik nursery, salon dan khidmat urutan tanamera
  • Program berpantang penuh selama 28 hari untuk penyembuhan sempurna
  • Gabungan rawatan moden dan tradisional
  • Khidmat kaunseling penyusuan
  • Makanan dimasak chef profesional
  • Pemantauan 24 jam

Kekurangan Paramount Postpartum Care – Melaka Confinement Centre:

  • Lokasi agak jauh dari Lembah Klang
  • Harga perkhidmatan sangat mahal

Info Paramount Postpartum Care – Melaka Confinement Centre:

Hubungi: 013-888 9603
Alamat: 246-249, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Laman Web/Media Sosial: Website; Facebook
Harga pakej: Harga bermula RM 11000

Serenity Confinement Centre

Serenity Confinement Centre
Terletak di Sri Petaling dan Puchong, pusat berpantang yang mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun ini merupakan pusat berpantang pertama di Malaysia yang mempunyai pasukan medik sendiri. Menawarkan gabungan rawatan moden dan tradisional cina, pusat berpantang ini mempunyai kakitangan yang sentiasa bersedia selama 24 jam. Terdapat banyak kelebihan untuk ibu-ibu yang mengambil pakej di pusat berpantang ini. Selain daripada aktiviti berpantang biasa, terdapat juga program-program tambahan seperti konsultasi penyusuan bayi, tutorial mandian bayi, kelas CPR untuk bayi, kelas urutan bayi yang sangat bermanfaat khusus untuk ibu-ibu dan pasangan muda. Untuk penjagaan bayi pula, pusat berpantang ini memantau bayi anda selama 24 jam melalui CCTV. Anda juga tidak perlu risau tentang pakaian, lampin dan juga susu bayi kerana semuanya disediakan untuk program berpantang selama 28 hari. Untuk kesihatan ibu pula, makanan-makanan sihat dan tradisional akan disediakan setiap hari selama program berpantang seperti sarang burung, pati ayam kampung, mandia herba serta bekalan-bekalan biskut.

Kelebihan Serenity Confinement Centre:

  • Mempunyai pasukan medik sendiri
  • Gabungan rawatan moden dan tradisional cina
  • Program tambahan seperti konsultasi penyusuan bayi, tutorial mandian bayi, kelas CPR untuk bayi dan kelas urutan bayi
  • Bayi dipantau selama 24 jam melalui CCTV
  • Pakaian, lampin dan susu bayi disediakan selama 28 hari program
  • Makanan sihat dan tradisional disediakan selama 28 hari program

Kekurangan Serenity Confinement Centre:

  • Harga perkhidmatan sangat mahal

Info Serenity Confinement Centre:

Hubungi: 016-321 1311 (Puchong), 010-215 8831 (Sri Petaling),
Alamat: No. 32-1, 32-2, 32-3, Jalan Puteri 2/6, Bandar Puteri, 47100 Puchong
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM 9,888 – RM 13,000

Little Precious Postnatal Care

Little Precious Postnatal Care
Suite persendirian di Little Precious Postnatal Care ini pasti akan memberikan keselesaan dan ketenangan minda buat ibu-ibu yang baru bersalin. Dengan nuansa yang tidak ubah seperti hotel yang mewah, pusat berpantang ini menawarkan perkhidmatan profesional melalui kakitangannya yang bertauliah. Jika anda bersalin secara ceaser, anda akan diberikan perhatian dan rawatan yang teliti. Ini juga termasuk dengan pakej-pakej lain seperti kaunseling bagi mengelakkan postpartum, kaunseling penyusuan bayi, pemeriksaan kesihatan dan kesemua ini dilakukan secara perseorangan di dalam suite anda. Selain itu, anda juga akan menerima khidmat urutan dari ahli fisioterapi yang akan memberikan konsultasi terlebih dahulu. Ubat-ubatan tradisional cina termasuk herba juga diletakkan di dalam pelan diet untuk mempertingkatkan imunisasi dan memperkayakan nutrisi di dalam darah. Lebih menarik lagi, jururawat akan menemani anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala sepanjang anda berpantang ini. Untuk penjagaan bayi anda, anda tidak perlu risau kerana jururawat akan menjaga dan memantau bayi anda selama 24 jam termasuk memeriksa tahap perkembangan bayi anda.

Kelebihan Little Precious Postnatal Care:

  • Suite persendirian mewah untuk keselesaan dan ketenangan
  • Rawatan dan pemerhatian teliti untuk yang bersalin secara ceaser
  • Kaunseling mengelakkan postpartum, kaunseling penyusuan bayi, pemeriksaan kesihatan dan kesemua ini dilakukan secara one to one
  • Urutan dari ahli fisioterapi
  • Ubat-ubatan dan herba tradisional cina
  • Jururawat menemani anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.
  • Bayi dijaga dan dipantau 24 jam

Kekurangan Little Precious Postnatal Care:

  • Harga perkhidmatan sangat mahal

Info Little Precious Postnatal Care:

Hubungi: 017-302 7933
Alamat: ​​Levels 6, 7, 8 & 9, Boutique Office 3 (B03D), Menara 3A, KL Eco City, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM 28, 888

Mom Retreat Home Confinement Stay

Mom Retreat Home Confinement Stay
Sebuah pusat berpantang yang berkonsepkan rumah serta menawarkan pakej berpantang. Untuk pakej berpantang penuh, terdapat dua jenis bilik yang lengkap dengan pelbagai fasiliti iaitu bilik premium dan deluxe. Menariknya, suami juga boleh menemani kedua isteri dan bayi serta tinggal bersama sepanjang tempoh berpantang dalam pakej ini. Untuk kemudahan ibu dan bayi, servis membasuh pakaian mereka juga disediakan. Anda dan bayi anda akan diberi perhatian oleh jururawat yang bertauliah selama 24 jam dimana anda akan diberikan makanan-makanan pantang yang sihat sebanyak 5 kali sehari termasuk sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam. Dari segi rawatan pula, anda dan bayi anda akan menjalani beberapa sesi urutan dan terapi seperti urutan selepas bersalin, terapi infra merah dan urutan batu panas. Selain daripada rawatan moden, anda juga akan menjalani rawatan melayu tradisional seperti bertangas. Untuk anda yang kurang selesa berpantang di tempat lain selain daripada rumah sendiri, Mom Retreat Home juga menyediakan servis ke rumah mengikut jam dan harian sesuai dengan bajet anda.

Kelebihan Mom Retreat Home Confinement Stay:

  • Bilik dengan fasiliti yang sangat lengkap
  • Suami boleh tinggal bersama isteri dan bayi sepanjang berpantang
  • Servis membasuh pakaian ibu dan bayi
  • Makan 5 kali sehari
  • Ibu dan bayi dijaga dan dipantau 24 jam sehari
  • Sesi urutan dan terapi
  • Rawatan tradisional melayu

Kekurangan Mom Retreat Home Confinement Stay:

  • Harga perkhidmatan sangat mahal

Info Mom Retreat Home Confinement Stay:

Hubungi: 012-287 8212
Alamat: No 16, Jalan Permatang Pasir, Off Jalan Teluk Gadong, Batu 3.5, Jalan Klang Lama 58100 Kuala Lumpur
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM 3, 888 – RM 15,000

Nejlika

Nejlika
Nejlika adalah pusat pemulihan selepas bersalin bintang 5 di Kuala Lumpur yang menawarkan kaedah Cina dan Barat dalam penjagaan selepas bersalin. Ia terkenal sebagai salah satu pusat pemulihan terbesar dengan 7 bilik yang berbeza untuk dipilih.
Ibu-ibu akan diberikan perundingan penyusuan susu 1 hingga 1 untuk memastikan mereka dapat menyusukan bayi dengan mudah. Selain itu, seorang pakar pediatrik akan mengawasi bayi secara berkala, manakala pakar Perubatan Cina Tradisional juga akan memberi khidmat nasihat kepada ibu-ibu setiap minggu. Makanan pemulihan yang dihasilkan khas oleh pakar-pakar akan diberikan sehingga 5 kali sehari. Seminar-seminar kesihatan dan pengasuhan juga diadakan secara berkala untuk memastikan setiap ibu mendapat pendidikan yang mencukupi.

Kelebihan Nejlika:

  • Ruang kamar selesa dan mewah
  • Pengudaraan yang sangat baik
  • Mempunyai ruang isolate bayi agar bayi yang sihat dan kurang sihat tidak bercampur
  • Menawarkan pakej bayaran ansuran mudah perbankan

Kekurangan Nejlika:

  • Kurang promosi pakej

Info Nejlika:

Hubungi: 011-5678 7493
Alamat: ​​1 Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana Cheras, 1, Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana, 56100 Ampang Jaya
Laman Web/Media Sosial: Website; Instagram
Harga pakej: Harga bermula RM12,888

Menjalani rawatan berpantang di pusat berpantang khususnya semakin diterima di kalangan masyarakat. Jika dahulu ianya lebih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat cina apabila diperkenalkan, kini ia juga mula diterima oleh bangsa melayu dan yang lain-lain. Mengambil kira kepentingan kesihatan mental dan fizikal ibu-ibu yang baru sahaja bersalin, sememangnya pusat berpantang adalah satu platform yang terbaik kerana ia berperanan sebagai ‘one stop centre’ yang mempermudahkan lagi urusan berpantang disamping persekitaran dan suasana yang tenang sangat mempengaruhi perkembangan positif mereka. Buat yang bakal bergelar bapa, memilih pusat berpantang untuk proses berpantang isteri dan anak anda juga boleh dikira sebagai “hadiah” atau penghargaan buat isteri yang bertarung nyawa melahirkan bayi anda.

Untuk memilih pusat berpantang, anda perlu rajin melakukan carian dengan merujuk kepada ulasan-ulasan dan juga komen yang ditinggalkan di laman-laman media sosial. Selain daripada pilihan-pilihan di atas, terdapat pelbagai artikel-artikel lain yang turut menampilkan senarai pusat-pusat berpantang yang ada di seluruh Malaysia. Yang penting, anda perlu pastikan ianya diiktiraf, beroperasi dengan kakitangan yang terlatih dan diakui serta mendapat respon positif daripada orang ramai.



Related posts