Pemanduan Pintar: Perkenalkan 5 Kereta Elektrik (EV) Dengan Nilai Terbaik Dan Popular Di Malaysia 2024

main Pemanduan Pintar: Perkenalkan 5 Kereta Elektrik (EV) Dengan Nilai Terbaik Dan Popular Di Malaysia 2024
Kereta dan motosikal


Pada suatu ketika dahulu, pengenalan penggunaan kereta elektrik (EV) dianggap janggal dan dikatakan tidak mampu bersaing dengan kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel. Namun, stigma ini berjaya diubah secara berperingkat dengan terlihatnya peningkatan pengguna-pengguna EV di jalan raya ketika ini. Boleh dikatakan, kenderaan EV ini sentiasa kelihatan di jalan raya.

Umum mengetahui Tesla sebagai sebuah jenama kenderaan EV yang membuka jalan kepada pengeluar lain untuk turut menghasilkan kereta elektrik. Hasilnya, banyak pengeluar kenderaan EV mula berani mempertaruhkan kereta elektrik untuk turut bersaing di dalam pasaran yang sama dengan Tesla. Ia bukan sahaja melibatkan jenama-jenama baru, namun gelombang ini turut diikuti jenama-jenama kenderaan terkenal yang sebelum ini hanya menghasilkan kenderaan petrol dan diesel sahaja.
Buat anda yang berkira-kira ingin bertukar kepada kereta elektrik, perkenalkan 5 kereta elektrik dengan nilai terbaik dan popular di Malaysia pada tahun 2024.

BYD SEAL

img BYD SEAL
BYD SEAL adalah model kereta elektrik sedan dengan teknologi terkini yang ditawarkan pada harga bermula RM 179,800. Kenderaan EV ini dicipta dan direka bentuk dengan menjadikan keselesaan dan kecekapan sebagai elemen utama, dengan ruang yang luas untuk keselesaan individu dan keluarga.

Asas kepada pembinaan kereta elektrik ini ialah e-platform 3.0 yang canggih dimana ia adalah model kereta elektrik pertama yang dilengkapi dengan teknologi CTB (Sel Pada Badan) yang menyepadukan dengan sempurna bateri bilah ke dalam struktur kenderaan untuk memastikan kestabilan dan keselamatan dalam apa jua keadaan.

img 2 BYD SEAL

Menggunakan teknologi itac, ia membantu kereta elektrik ini dalam mengurangkan dan mengelakkan gelinciran di samping memanfaatkan sepenuhnya kuasa kenderaan. BYD SEAL adalah model pertama kereta elektrik yang menggunakan pacuan roda belakang, salah satu nilai tambah yang unik dan menjadikan ianya berlainan dengan kereta elektrik yang lain.

Dan ianya dikuasakan dengan enjin pacuan kuasa elektrik lapan dalam satu yang mengoptimalkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga. BYD SEAL ditawarkan dengan dua varian iaitu Premium AWD pada harga RM179,800 dan Performance AWD berharga RM199,800 dalam empat pilihan warna iaitu Biru Artik, Cosmos Black, Atlantis Grey dan Aurora White.

Kelebihan BYD SEAL:

  • E-platform 3.0 yang canggih
  • Model pertama kereta elektrik yang menggunakan pacuan roda belakang
  • Mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.8 saat dan menempuh 650 km dengan satu cas penuh.
  • Empat pilihan warna iaitu Biru Artik, Cosmos Black, Atlantis Grey dan Aurora White.
  • Model sedan

Kekurangan BYD SEAL:

  • Kereta ini dikatakan agak berat untuk sebuah model sedan

Spesifikasi BYD SEAL:

Jenama BYD
Model: BYD SEAL
Varian: Premium AWD dan Performance AWD
Warna: Biru Artik, Cosmos Black, Atlantis Grey dan Aurora White.
Harga: RM 179,800 dan RM 199,800

BMW iX M60

img BMW iX M60
BMW menawarkan model BMW iX M60, yang merupakan varian keempat bagi Sports Activity Vehicle (SAV) selepas xDrive40, xDrive40 Sport, dan xDrive50 Sport. Secara umumnya, dengan reka bentuk dan saiznya yang besar, kenderaan EV ini mempunyai berat hampir 2.5 tan. Namun, kelajuan kereta elektrik ini mampu mencapai dari 0-100km hanya dalam masa 3.8 saat sahaja.

Pada kelajuan maksimum, kereta elektrik ini mampu mencapai kelajuan puncak sehingga 250 km/j. Dari segi pengecasan pula, M60 adalah EV BMW pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan pengecas AC onboard 22 kW (Jenis 2) berbanding dengan model BMW yang lain iaitu 11 kW. Oleh itu, pengecasan AC adalah lebih cepat berbanding dengan cas penuh dari 0-100% mengambil masa 5.5 jam berbanding sekitar 11 jam.

img 2 BMW iX M60

Kereta elektrik ini menyokong penggunaan kedua-dua Android Auto dan Apple Carplay. Hiasan dalamannya sangat mewah dengan tempat duduk kulit ditawarkan dalam dua reka bentuk iaitu Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Hitam, atau Interior Design Suite dalam warna Amido atau Castanea.

Bagi menjamin keselamatan secara menyeluruh, kereta elektrik ini mempunyai pakej Driving Assistant Professional yang mempunyai pelbagai kawalan keselamatan seperti pembantu kawalan stereng dan lorong, pembantu had kelajuan automatik, pembantu pertukaran lorong dan pelbagai lagi. Terdapat sembilan warna yang ditawarkan untuk M60, iaitu Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan kesan Brilliant, Phytonic Blue Metallic, Blue Ridge Mountain Metallic, Individual Storm Bay Metallic, dan Aventurine Red Metallic.

Kelebihan BMW iX M60:

  • Mampu mencapai dari 0-100km hanya dalam masa 3.8 saat sahaja.
  • Cas penuh dari 0-100% mengambil masa 5.5 jam
  • Menyokong penggunaan kedua-dua Android Auto dan Apple Carplay.
  • Hiasan dalaman sangat mewah
  • Dilengkapi pakej Driving Assistant Professional untuk keselamatan

Kekurangan BMW iX M60:

  • Harga agak mahal

Spesifikasi BMW iX M60:

Jenama BMW
Model: iX M60
Varian:
Warna: Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan kesan Brilliant, Phytonic Blue Metallic, Blue Ridge Mountain Metallic, Individual Storm Bay Metallic, dan Aventurine Red Metallic.
Harga: Bermula RM 612,430 sehingga RM 630,800

Chery Omoda E5

img Chery Omoda E5
Chery adalah sebuah jenama kenderaan daripada China yang dikenali tetapi sukar mendapat sambutan hangat melalui kenderaan-kenderaan petrol dan dieselnya. Namun, kehadiran Chery Omoda E5 tidak boleh dipandang ringan kerana ianya mampu berdiri setanding dengan jenama-jenama lain. Hanya dengan harga RM 146,800 on the road tanpa insurans, anda boleh memiliki sebuah SUV elektrik ini.

Mempunyai satu varian dan satu kuasa pemanduan, ia dikuasakan dengan motor elektrik yang dipasang di hadapan dengan 204 PS (150 kW) dan 340 Nm tork, yang membantu kelajuan dari 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat sahaja. Kelajuan maksimum bagi SUV elektrik ini adalah 172 km/j. Untuk pengecasan, ‘e-Future Ranger’ mampu mengecas bateri dari 30% hingga 80% dalam masa 28 minit. Apa yang menarik lagi, hiasan dalaman kereta elektrik menggambarkan minimalis tetapi pada masa yang sama sangat mewah. Apa yang menarik adalah skrin infotainmen 24.6 inci 2K HD yang berada di tengah panel dalam ruangan kabin. Ianya sangat luas dan sangat futuristik dan turut menyokong kedua-dua penggunaan Android Auto dan Apple Car Play.

Dari segi keselamatan pula, SUV elektrik ini mempunyai kamera 360 darjah, amaran perlanggaran hadapan, amaran dan pencegahan keluar lorong, bantuan mengekalkan lorong, amaran lalu lintas silang belakang, dan sistem pemantauan tekanan tayar yang dikenali sebagai ADAS 2.5.

Kelebihan Chery Omoda E5:

  • Harga RM 146,800 on the road tanpa insurans
  • E-Future Ranger’ mampu mengecas bateri dari 30% hingga 80% dalam masa 28 minit.
  • Skrin infotainmen 24.6 inci 2K HD sangat luas dan futuristik
  • Sistem keselamatan yang baik
  • Hiasan dalaman minimalis dan mewah

Kekurangan Chery Omoda E5:

  • Kelajuan maksimum bagi SUV elektrik ini hanya 172 km/j.
  • Kelajuan dari 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat, agak perlahan berbanding EV lain

Spesifikasi Chery Omoda E5:

Jenama Chery
Model: Omoda E5
Varian:
Warna: Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey and Dark Black.
Harga: Bermula RM 146,800

Toyota bZ4X

img Toyota bZ4X
Toyota juga turut tidak melepaskan peluang mengeluarkan varian kereta elektrik yang dinamakan Toyota bZ4X. Ia masih belum dilancarkan di Malaysia tetapi sudah mula dijual meluas di pasaran Indonesia dan Thailand. Dari segi spesifikasi, bZ4X ini dilengkapi dengan bateri lithium-ion 71.4 kWh yang memberikan kuasa perjalanan sehingga hingga 500 km mengikut piawaian WLTP dengan motor elektrik 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan 266 Nm tork. Untuk pengecasan, bZ4X menyokong input AC maksimum (Jenis 2) sehingga 6.6 kW serta pengecasan cepat DC (CCS2) sehingga 150 kW. Ia mengecas bateri dari 0-80% hanya dalam masa 30 minit.

Aksesori yang terdapat dalam unit kereta elektrik ini ialah lampu LED di bahagian luarannya, tayar bersaiz 20 inci, skrin sesentuh infotainment 12.3 inci, pengecas telefon tanpa wayar dan sistem keselamatan Toyota Safety Sense. Sebagai rujukan, bZ4X AWD dijual pada harga 1.836 juta baht (RM243,427) di Thailand, manakala di Indonesia, bZ4X FWD dijual pada harga 1.19 bilion rupiah (RM361,729). Namun, harga Toyota bZ4x Baru 2023 di Malaysia masih belum diumumkan dan menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh peminat kereta elektrik di Malaysia ini. Berdasarkan harga dari pasaran luar, dianggarkan harga Toyota bZ4X di Malaysia diantara RM350,000 hingga RM380,000.

Kelebihan Toyota bZ4X:

  • Kenderaan EV pertama dari Toyota di Malaysia
  • Batero dengan kuasa perjalanan sehingga 500 km
  • Mengecas dari 0 – 80% dalam masa 30 minit
  • Sistem keselamatan Toyota Safety Sense

Kekurangan Toyota bZ4X:

  • Harga agak mahal berdasarkan harga di pasaran luar
  • Masih belum dilancarkan di pasaran Malaysia

Spesifikasi Toyota bZ4X:

Jenama Toyota
Model: bZ4X
Varian:
Warna: Masih belum dilancarkan
Harga: Masih belum dilancarkan

Volvo C40

img Volvo C40
Volvo yang telah pun lama bertapak dalam industri automotif turut mengambil inisiatif melancarkan varian kereta elektrik yang dinamakan C40. Dengan satu pengecasan, kereta elektrik ini dijangkakan mampu bergerak sejauh 450 km dengan bateri ion litium 78 kWh yang memacu sepasang motor elektrik, satu untuk setiap gandar dengan keluaran sistem keseluruhan sebanyak 408 PS (402 hp atau 300 kW) dan 660 Nm tork. Pergerakan dari 0-100 km pula mengambil masa hanya 4.7 saat. Dari segi pengecasan pula, C40 mengambil kira-kira 7.5 jam untuk cas penuh dengan input AC (sambungan Jenis 2) 11 kW. Terdapat juga cas pantas DC sehingga 150 kW dengan sambungan CCS2, di mana masa untuk cas (SoC) dari 0-80% dicapai dalam hanya 28 minit.

img 2 Volvo C40

Harga C40 adalah RM288,888 on the road tanpa insurans. Aksesori-aksesori yang terdapat pada kereta elektrik ini ialah lampu depan LED, rim besi 19 inci, interior mewah dengan tapak kain bermaterialkan baldu / suede. Kawalan iklim dua zon dengan penapis udara PM2.5 dan belakang saliran, sistem hiburan Android Automotive OS yang dikuasakan oleh Google dengan perkhidmatan Google terbina di dalamnya, sistem bunyi Harman Kardon 600 watt dengan 14 pembesar suara dan pengecas telefon tanpa wayar.

Volvo sangat menitikberatkan sistem keselamatan dan bantuan pemandu yang merangkumi pengesanan pejalan kaki, basikal, dan haiwan besar.
Amaran dan sokongan pengurangan kemalangan hadapan dan belakang, Kawalan Awas Pemandu, Bantuan Penjagaan Laluan, Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dengan Amaran Laluan Melintang (CTA) serta Brek Auto. Terdapat lima pilihan warna untuk C40 ini iaitu Fjord Blue, Black Stone, Silver Dawn, Crystal White, dan Sage Green.

Kelebihan Volvo C40:

  • Bergerak dengan jarak sejauh 450 km sekali pengecasa
  • Pergerakan dari 0-100 km pula mengambil masa hanya 4.7 saat.
  • Aksesori-aksesori yang menarik
  • Sistem keselamatan yang baik
  • Jenama yang dipercayai

Kekurangan Volvo C40:

  • Harga agak mahal
  • Tidak menyokong penyambungan dari apple car play

Spesifikasi Volvo C40:

Jenama Volvo
Model: C40
Varian:
Warna: Fjord Blue, Black Stone, Silver Dawn, Crystal White, dan Sage Green.
Harga: RM 288,888

Dalam memilih kereta elektrik, beberapa faktor perlu dipertimbangkan untuk anda membuat keputusan yang tepat. Amat penting untuk anda mengutamakan jarak perjalanan kereta elektrik tersebut dalam satu pengecasan penuh dan kebolehannya untuk memenuhi keperluan penggunaan harian anda. Dan amat penting juga untuk anda mengambil kira kuasa pengecasan kerana semakin cepat kereta boleh dicas semula, semakin mudah untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Anda juga perlu meneliti harga dan kos penggunaan bagi sesebuah kereta elektrik seperti memahami kos keseluruhan pemilikan termasuk harga belian, kos pengecasan dan insurans. Perlu diambil kira juga jaminan dan perkhidmatan yang diberikan selepas anda memiliki kereta elektrik supaya anda tidak mempunyai sebarang masalah selepas memilikinya nanti.

Walaupun kereta elektrik dan petrol adalah dua jenis kenderaan yang berbeza, isu keselamatan sentiasa perlu dititikberatkan. Buatlah pilihan dengan menjadikan keselamatan sebagai salah satu ciri utama di dalam memilih kenderaan EV anda.



Related posts