Maskara Terbaik Untuk Bulu Mata Sempurna. Lebih Panjang, Lentik & Menawan!

Maskara Terbaik Untuk Bulu Mata Sempurna. Lebih Panjang, Lentik & Menawan!
Kesihatan dan kecantikan


Keindahan mata membuatkan seseorang perempuan itu tidak kira umur kelihatan cantik. Bulu mata yang lentik dan panjang pula akan membuatkan penampilan dikawasan mata bertambah anggun. Helaian bulu mata merupakan aset penting dalam penampilan. Sama seperti rambut yang menjadi mahkota wanita, setelah dirapikan dengan baik, bulu mata juga akan memberikan hasil penampilan yang menakjubkan. Namun, tidak semua memiliki bulu mata yang lentik, lebat dan panjang secara semula jadi. Salah satu cara bagi mendapatkan gaya mata menawan adalah dengan membuat tambahan pada solekan wajah.

Jika tiada sebarang maskara pada wajah, maka tidak sempurnalah solekan anda! Maskara mampu untuk menjadikan mata anda lebih galak dan seksi mengikut bentuk garisan yang dihasilkan. Sebatang maskara menjadi antara kemestian bagi solekan nipis atau tebal di wajah. Maskara berfungsi menutup kekurangan diri serta memberikan kelebihan pada penampilan anda. Dengan pemakaian maskara pada bulu mata, mata anda menjadi lebih galak, lentik, menawan, lirikan mata lebih indah, dan menarik. Ingin memiliki bulu mata sempurna? Ini 5 maskara terbaik dicadangkan untuk kalian.

5 Maskara Terbaik Untuk Bulu Mata Sempurna. Lebih Panjang, Lentik & Menawan!

Maybelline Lash Sensational Mascara

Maybelline Lash Sensational Mascara
Maybelline memang terkenal dengan rangkaian maskaranya, dan siri Maybelline Lash Sensational Maskara ini sesuai untuk anda yang sukakan efek bulu mata panjang dan dakwatnya tidak bergumpal. Jika anda berkulit sensitif dan memakai kanta sentuh, maskara ini dijamin selamat kerana telah diuji oleh pakar dermatologi dan mata. Maybelline Lash Sensational Mascara sesuai untuk wanita yang ingin bulu mata terbentuk cantik selain kelihatan lebih panjang daripada bulu mata sebenar. Berusnya dicipta khusus untuk memastikan setiap sapuan meliputi setiap bulu mata di setiap sudut walaupun tersembunyi. Seperti maskara lain dengan formula kalis air, Maybelline Lash Sensational Mascara mempunyai kesan yang lebih istimewa iaitu bulu mata akan kelihatan lebih 9 kali gandar lenturan yang unik dan sensasi! Ini menjadikan bulu mata tampak asli dan menawan. Jika mahu mencari maskara yang bagus dan harganya mesra poket, Maybelline Lash Sensational Mascara adalah jawapannya.

Kelebihan produk

  • Kalis Air
  • Serasi dengan penggunaan kanta sentuh
  • Sesuai untuk berkulit sensitif
  • Memanjangkan bulu mata dengan penyediaan 9 kali volum

Kekurangan produk

  • Reka bentuk seakan sama dengan beberapa jenama maskara lain

Spesifikasi produk

Saiz 10ml
Jangka Hayat 3 Tahun
Harga RM40.49

M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara

M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara
M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara bertekstur ringan, tahan peluh, kelembapan dan diformulasikan dengan karbon kalis serpihan meningkatkan panjang untuk menentukan bulu mata. Diuji oleh pakar oftalmologi, ia bebas pewangi, paraben, sulfat dan minyak sesuai untuk individu yang mempunyai kawasan mata sensitif. Mempunyai berus jenis langsing yang unik, M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara dapat mencapai dan mencengkam bulu mata terkecil dengan formula pengangkatan lanjutan.

M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara kekal lentik dan panjang sehingga 16 jam tanpa meninggalkan kesan comot walaupun terdedah dengan pelbagai jenis cuaca. M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara mempunyai kuasa volume dengan kalis comot dan tompokan selain mudah dibersihkan dengan air suam. Maskara yang mudah dibersihkan ini juga menjadi bonus untuk wanita yang gemar bermekap tetapi mampu menjaga wajah pada masa yang sama. Teknologi sensitif haba yang inovatif sudah cukup memudahkan untuk pembersihan yang sempurna tanpa perlu menggosok untuk mengeluarkan saki-baki M.A.C Extended Play Gigablack Lash Mascara yang melekat pada bulu mata.

Kelebihan produk

  • Bertekstur ringan, tahan peluh, kelembapan
  • Bebas pewangi, paraben, sulfat dan minyak sesuai untuk individu yang mempunyai kawasan mata sensitif
  • Kekal lentik dan panjang sehingga 16 jam
  • Mudah dibersihkan dengan air suam

Kekurangan produk

  • Dijadikan sasaran produk tiruan
  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Saiz 5.7g
Jangka Hayat Tidak dinyatakan
Harga RM122.00

Rimmel Wonder’full Waterproof Mascara with Argan Oil

Rimmel Wonder'full Waterproof Mascara with Argan Oil
Rimmel Wonder’full Waterproof Mascara with Argan Oil, maskara yang diperkaya dengan Vitamin E yang mampu memberi kelembapan terbaik pada kawasan sekitar bulu mata. Di samping itu dapat mengekalkan kedudukan bulu mata kelihatan kemas, cantic, lebih bermaya, panjang dan lentik. Diperkaya dengan minyak Argan semulajadi, maskara ini sememangnya hadir untuk memberi hasil bulu mata yang tampak lebih menarik dan sihat. Sekaligus dapat meningkatkan kesihatan dan menguatkan bulu mata dan masalah bulu mata gugur.

Rimmel Wonder’full Waterproof Mascara with Argan Oil memberikan hasil bulu mata rupa yang panjang dan lebat serta tahan lama dalam pelbagai sistuasi dan cuaca. Berus Ultra-Fleksibelnya sangat lembut dan fleksibel berupaya menyaluti setiap bulu mata dengan sempurna daripada akar ke hujung. Dengan harga yang sangat berpatutan, Rimmel Wonder’full Waterproof Mascara with Argan Oil diformulasi dari bahan smudge-proof dan kalis air. Efeknya yang natural, sesuai untuk kegunaan harian.

Kelebihan produk

  • Memberi kelembapan terbaik pada kawasan sekitar bulu mata
  • Meningkatkan kesihatan dan menguatkan bulu mata
  • Berus Ultra-Fleksibel sangat lembut dan fleksibel
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Sukar ditemui dipasaran biasa

Spesifikasi produk

Saiz 11ml
Jangka Hayat Tidak Dinyatakan
Harga RM32.90

L’Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Instant Volume & Waterproof Mascara

L'Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Instant Volume & Waterproof Mascara
L’Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Instant Volume & Waterproof Mascara boleh dianggap sebagai maskara ajaib kerana mampu memberikan kesan seperti memakai bulu mata palsu. Orang Asia terkenal dengan bulu mata halus, namun dengan menggunakan L’Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Instant Volume & Waterproof Mascara dilengkapi dengan aplikator ultra lembut dan 200+ bulu beralun lembut dapat menangkap setiap bulu mata untuk kesan volum dramatik. L’Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Instant Volume & Waterproof Mascara bakal membuatkan si pemakai memberikan lirikan mata yang seksi dan impak bersinar pada bulu mata. Ia telah terbukti kehebatannya dalam memberi efek panjang, lentikan dan ketebalan hanya dengan beberapa sapuan. Maskara kalis air ini juga memberikan kesan ‘smoky’ pada mata dengan jumlah pigmen yang tinggi. Berus maskara dapat menembusi hingga ke akar bulu mata untuk memastikan bulu mata anda disaluti dengan maskara memberi volume dan kesan pemanjangan bulu mata maksimum. Meskipun berharga mesra poket, L’Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Instant Volume & Waterproof Mascara sebenarnya adalah di antara jenama solekan yang boleh tahan daya kehebatannya.

Kelebihan produk

  • Dilengkapi dengan aplikator ultra lembut dan 200+ bulu beralun lembut
  • Efek panjang, lentikan dan ketebalan hanya dengan beberapa sapuan.
  • Berus maskara dapat menembusi hingga ke akar bulu mata
  • Kesan seperti memakai bulu mata palsu.
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Jangka hayat sekitar 3 ke 6 bulan sahaja

Spesifikasi produk

Saiz 7.6ml
Jangka Hayat 3-6 Bulan
Harga RM46.91

Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara

Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara
Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara sangat serasi dengan wanita mempunyai kulit dan mata sensitif kerana ia bebas pewangi, bebas minyak, bebas paraben dan anti-oksidan. Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara mempunyai kemasan sikat yang dapat menjangkau seluruh bahagian bulu mata hingga ke akarnya. Hasilnya, bulu mata akan terlihat lebih tebal, lentik dan terurus. Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara hadir dalam dua warna edisi terhad direka untuk memberikan rupa bulu mata penuh seperti selebriti terkenal dunia Rihanna. Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara memiliki formula kalis air yang tahan lebih lama walaupun mata terkena rembesan air, minyak mahupun peluh. Sesuai dipakai pada waktu panas kerana maskara ini tidak mudah menanggalkan kesan hitam atau smudge pada mata. Dilengkapi dengan ciri berus maskara yang berinovatif, Fenty Beauty Full Frontal Volume, Lift & Curl Mascara akan memastikan bulu mata anda kekal melentik hingga berjam-jam lamanya.

Kelebihan produk

  • Sesuai untuk berkulit sensitif dan memakai kanta lekap
  • Kemasan sikat menjangkau bulu mata hingga ke akarnya
  • Hadir dalam dua warna edisi terhad
  • Kalis air

Kekurangan produk

  • Sukar ditemui dipasaran biasa

Spesifikasi produk

Saiz 12.5ml
Jangka Hayat 1 Tahun
Harga RM68.00

Maskara merupakan antara bahan solekan utama untuk menjadikan solekan di wajah tampak sempurna. Pelbagai jenis maskara dijual di pasaran yang memiliki fungsi yang berbeza seperti melebatkan bulu mata dan juga kali air. Oleh itu, sebagai seorang wanita, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya sebatang maskara bagi memperoleh bulu mata yang panjang, lebat dan lentik. Untuk mendapatkan cara pemakaian yang betul, mulakan dari akar ke hadapan. Cara ini akan membuatkan maskara mengikut aluran bulu mata. Alurkan berus dari kiri ke kanan, pergerakan ini untuk membuatkan semua bulu mata kita dicover oleh maskara.

Ramai wanita ingin mendapatkan bulu mata yang lentik dan panjang dengan menggunakan pelbagai jenama maskara. Ada yang mahal ada juga yang murah, namun adalah lebih baik sekiranya kalian mendapatkan maklumat daripada pakar atau jurujual berpengalaman sebelum memilih maskara terbaik bagi mengelak daripada masalah radang terutama mereka yang memiliki kulit sensitif. Untuk mendapatkan bulu mata lebih menyerlah setelah menggunakan maskara, alat penyepit bulu mata mungkin akan membantu.



Related posts