Solekan Lebih Segar Dan Tampak Lebih Natural Dengan 5 Pilihan ‘Bronzer’ Paling Best Ini!

Solekan Lebih Segar Dan Tampak Lebih Natural Dengan 5 Pilihan ‘Bronzer’ Paling Best Ini!
Kesihatan dan kecantikan


Jika disebut teknik contouring pasti ramai terbayang solekan dengan ilusi wajah kurus dan ianya adalah idaman kebanyakan wanita. Tapi bila disebut tentang bronzing, ramai yang garu kepala malah, mungkin ada yang menganggap keduanya adalah sama sahaja. Eh, nampak sama, tapi berbeza tau!

Teknik contouring ni dilakukan dengan mencipta bayangan gelap pada bahagian rahang, dahi, tepi hidung dan bawah tulang pipi agar wajah tampak runcing, hidung kurang mancung pun boleh jadi mancung. Bronzing pula adalah untuk menyerlahkan warna kulit supaya kelihatan lebih sihat, dan berkilau secara semulajadi. Ia adalah tambahan sedikit warna coklat berkilau untuk menaikkan seri wajah. Orang ‘putih’ kata lebih glowing.

Untuk anda yang gemarkan solekkan, dan sedang mencari-cari bronzer yang best, jom lihat senarai ini:

Hoola Matte Bronzer

Hoola Matte Bronzer
Bronzer jenama Hoola ni pernah memenangi anugerah Bronzer Terbaik dari Sephora (2008). Ia mempunyai tekstur lembut dan matte. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata dan pemerah pipi. Set ini disertakan dengan berus mini dengan bulu semulajadi yang lembut memudahkan sapuan pada wajah. Ianya berpigmen dengan baik, anda hanya memerlukan satu atau dua sapuan untuk efek yang ‘wow’.

Kelebihan

  • Warna sesuai digunakan pada hari-hari biasa
  • Kesan matte
  • Tahan lama pada wajah
  • Berpigmen
  • Sesuai untuk kulit berminyak

Kekurangan

  • Perlu disimpan baik kerana pembungkusan tidak tahan lama
  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenama Benefit cosmetics
Saiz 8g
Jenis Bedak compact
Harga RM 158

Shiseido Synchro Skin Cushion Compact Bronzer

Shiseido Synchro Skin Cushion Compact Bronzer
Bronzer keluaran Shiseido ini diperkenalkan pada tahun 2018 dan dapat membantu menutup pori-pori besar dan kedutan halus. Ianya melembapkan dan sesuai untuk kegunaan kontur. Teksturnya ringan dan warnanya sesuai untuk kulit wajah wanita Asia. Produk ini mudah digunakan dan sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Kelebihan

  • Melembabkan wajah
  • Pori-pori dan kedutan kelihatan samar
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Warna coklat semulajadi
  • Mampu mengawal minyak berlebihan pada wajah

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenama Shiseido
Saiz 12g
Jenis cushion compact
Harga RM 181- RM 268

Fenty Beauty Cheeks Out Freestyle Cream Bronzer

Fenty Beauty Cheeks Out Freestyle Cream Bronzer
Cheeks Out Freestyle Cream Bronzer menyerlahkan tulang pipi anda yang terbaik dan memberikan warna bronzer yang kelihatan semula jadi. Mudah disapu dan ia mempunyai formula ringan seperti tidak memakai produk di wajah. Ianya juga kalis air tanpa mengganggu solekan sedia ada. Bronzer ini dihasilkan dengan lapisan untuk membina pigmen seperti yang dikehendaki. Untuk kontur yang lembut, sapukan pada celah pipi, garis rahang, pelipis dan sisi hidung anda.

Kelebihan

  • Bekas yang cantik
  • Mudah disapu
  • Warna coklat semulajadi
  • Berpigmen penuh
  • Boleh digunakan sebagai kontur
  • 7 pilihan warna menarik

Kekurangan

  • Mudah pecah jika terjatuh

Spesifikasi

Jenama Fenty Beauty
Saiz 5.23g
Jenis cushion compact
Harga RM 158

Tantour Contour & Bronzer Cream

Tantour Contour & Bronzer Cream
Bronzer berpigmen keluaran Huda Beauty ini mampu mencipta warna bronzer semula jadi atau kontur dramatik mengikut cara sapuan anda. Formula unik menggabungkan keseimbangan pembayang dan warna coklat matte yang sesuai digunakan sepanjang hari. Bronzer ini didatangkan dengan 5 tona warna cantik dan kalis air serta peluh.

Kelebihan

  • 5 tona warna menarik
  • Mudah disapu
  • Beri efek semulajadi
  • Berpigmen penuh
  • Boleh digunakan sebagai kontur
  • Kalis air

Kekurangan

  • Formula cream kurang sesuai untuk kulit berminyak

Spesifikasi

Jenama Huda Beauty
Saiz 11g
Jenis Krim
Harga RM 135

Tarte Amazonian Clay Bronzer – Park Ave Princess™

Tarte Amazonian Clay Bronzer - Park Ave Princess™
Tarte Mineral Powder Bronzer adalah bronzer bebas minyak yang menggabungkan mineral dengan bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi untuk kemasan yang sungguh asli. Ia mengandungi bahan Skinvigorating™ seperti vitamin A dan E, yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan kerosakan radikal bebas, dan ia diselitkan dengan pigmen mineral yang terkenal dengan sifat menenangkan dan melembutkan kulit.

Kelebihan

  • Mengandungi Vitamin A dan E
  • Bebas minyak
  • Mudah disapu
  • Beri efek semulajadi
  • Bekas yang cantik

Kekurangan

  • Mudah pecah jika terjatuh

Spesifikasi

Jenama Tarte
Saiz 9g
Jenis Pressed powder
Harga RM 130

Untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia solekan, pastikan anda belajar dahulu teknik solekan menggunakan bronzer. Pemakaian bronzer tidak perlu banyak, walau sedikit ianya cukup memberikan impak pada wajah anda. Selamat mencuba!

Jika anda berkulit kering, pilih bronzer dengan tekstur berkrim dan mempunyai kesan lembapan pada kulit. Jika berminyak bronzer jenis bedak dengan kemasan matte adalah lebih sesuai.



Related posts