Anyeong! Cuba Sekarang Restoran Terbaik Untuk Korean Fried Chicken Di Sekitar Lembah Klang

Anyeong! Cuba Sekarang Restoran Terbaik Untuk Korean Fried Chicken Di Sekitar Lembah Klang
Makanan dan minuman


Perasan tak, kalau dulu boleh kira berapa lah sangat restoran makanan Korea di Malaysia. Namun kini, banyak pilihannya sehinggakan rambang mata nak buat pilihan. Selain kimchi, ayam goreng Korea juga menjadi kegilaan ramai.

Tekstur garingnya, disaluti sos istimewa sungguh menggiurkan! Artikel kali ini memang dikhaskan untuk anda penggemar Korean fried chicken yang tak tahu nak makanan di mana. Tak perlu travel sehingga ke Korea, di Lembah Klang pun ada!

Anyeong! Cuba Sekarang 5 Pilihan Restoran Terbaik Untuk Korean Fried Chicken Di Sekitar Lembah Klang

KyoChon 1991

KyoChon 1991
KyoChon ini antara restoran makanan korea terawal ada dibuka di Malaysia. Jangan terkejut ya jika anda berkesempatan ke Korea nanti, kerana di sana juga terdapat lambakkan franchise KyoChon dan boleh dikatakan ianya salah satu ayam goreng terbaik di Korea. Ia menggunakan teknik double fry dengan sos istimewa dan paling penting, ayam yang digunakan hanyalah ayam segar dan berkualiti tinggi.

Kelebihan

  • Pilihan menu ayam pelbagai antaranya soya bawang putih dan cili merah
  • Ramuan istimewa dari Korea
  • Banyak cawangan di Malaysia
  • Terkenal di Korea dan Malaysia

Kekurangan

  • Sesetengah saiz ayam kecil

Spesifikasi

Lokasi 28 cawangan di sekitar Lembah Klang
Waktu operasi 10 pagi – 10 malam (berbeza mengikut lokasi)
Website https://www.kyochon.com.my/
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/mykyochon/

K Fry Urban Korean

K Fry Urban Korean
Viralnya ayam K Fry ini adalah dek kerana cheese tariknya. Sesiapa yang pernah berkunjung ke restoran ini pasti tahu dan pernah merasai pengalaman melihat cheese tarik yang dipersembahkan oleh pekerja mereka sendiri. Nama menu ini adalah cheesy fried chicken bumbuk! Bagi memastikan pengunjungnya menikmati hidangan dengan kualiti terbaik, cheese tersebut dipanaskan dan disalut dengan ayam pelbagai perisa di meja setiap pelanggannya. Setiap pekerja atau pelayan restoran ini memang pro lah bab tarik-tarik cheese ni. Dan, jarang tak penuh tau K-Fry ni kebanyakkan pelanggan terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran mereka.

Kelebihan

  • Istimewa cheese dipanaskan dan dihidangkan di atas meja pelanggan
  • Menu menarik bukan hanya ayam
  • Ramuan istimewa dari Korea
  • Banyak cawangan di Malaysia

Kekurangan

  • Selalu penuh dan terpaksa beratur menunggu giliran

Spesifikasi

Lokasi 6 cawangan di sekitar Lembah Klang
Waktu operasi 11 pagi – 10 malam
Website https://www.kfry.my/
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/kfrymy/?hl=en

4Fingers

4Fingers
4Fingers adalah francais restoran dari Singapura dan kini membuka beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang, bukan sahaja di mall malah juga di sekitar taman perumahan anda. Ayamnya cukup rangup dan disalut dengan sos bawang putih atau sos pedas yang diperbuat daripada ramuan semulajadi tanpa penggunaan MSG. Anda juga boleh memesan nasi untuk dimakan bersama ayam. Menu lain seperti Burger dan makanan laut yang digoreng tepung seperti sotong dan udang juga menjadi tarikan utama pelanggan ke sini.

Kelebihan

  • Perisa ayam bawang putih dan sos pedas istimewa
  • Menu menarik lain
  • Tiada penggunaan MSG
  • Banyak cawangan di Malaysia

Kekurangan

  • Kurang enak dimakan ketika sudah sejuk

Spesifikasi

Lokasi 28 cawangan di sekitar Lembah Klang
Waktu operasi 10 pagi – 10 malam
Website https://www.4fingers.com.my/
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/4fingersmalaysia/

Sweetree

Sweetree
Bukan sahaja terkenal dengan menu makanan Korea yang lazat-lazat, di sini juga ada ditawarkan ayam goreng Korea. Anda pilih sahaja, mahu yang mempunyai rasa manis atau mahu pedas. Yang penting tekstur ayamnya di luar rangup di dalamnya lembut pasti membuatkan anda puas. Sebut sahaja apa yang anda teringin nak makan, semuanya ada di sini. Hidangan dengan keju cair pun ada! Antara menu makanan Korea lain adalah seperti kalbi, kimbab, toppokki, bibimbap dan macam-macam lagi. Bukan Korea je tau, makanan berkonsepkan western dan pencuci mulut bingsoo serta aneka kek pun ada. Memang rugi kalau tak cuba!

Kelebihan

  • Menu tidak terhad kepada ayam
  • Perisa ayam manis dan pedas istimewa
  • Mempunyai hidangan bersama cheese

Kekurangan

  • Tidak mempunyai franchise
  • Kurang dikenali

Spesifikasi

Lokasi Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi 11 pagi – 12 malam
Website https://sweetree.net/ala-carte
Instagram/Facebook https://www.instagram.com/sweetreerestaurant/

Nanda Chicken

Nanda Chicken
Gabungan cheese dan ayam pastinya menarik! Itulah dihidangkan di Nanda Chicken ini. Istimewa cheese di sini adalah konsep snow cheese chicken yang tiada di tempat lain. Ia merupakan ayam goreng ‘boneless’ yang dihidangkan dengan keju leleh. Spicy fried chicken dan crispy soy sauce chicken juga sering mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan. Kalau ke sini jangan pergi sendirian tau, bawalah sekali rakan atau ahli keluarga kerana portion yang dihidangkan agak besar dan sesuai untuk dikongsi bersama.

Kelebihan

  • Portion makanan besar
  • Menu terkenal Snow cheese chicken
  • Pelbagai jenis ayam goreng menarik untuk dicuba

Kekurangan

  • Restoran selalu penuh

Spesifikasi

Lokasi 11, Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi 11 pagi – 11.30 malam
Website
Instagram/Facebook https://www.facebook.com/pages/Nanda-Chicken/1133678939998500

Yang mana dah terliur dengan ayam-ayam korea ni, tunggu apa lagi? Dengan senarai ni, anda boleh buat pilihan terbaik mengikut selera anda, ataupun, nak try setiap kedai pun tiada masalah. Jangan lupa cuba menu hidangan korea lain tau, barulah mashisoyo!

Khas untuk anda yang beragama Islam, bolehlah buat semakan latar belakang sama ada restoran yang anda pilih ini mempunyai status halal atau tidak okay!



Related posts