5 Pilihan Power Bank Popular Di Malaysia Dan Berbaloi Beli

5 Pilihan Power Bank Popular Di Malaysia Dan Berbaloi Beli
Peralatan mudah alih dan aksesori


Pada zaman kini, telefon pintar merupakan sebuah peranti yang mempunyai pelbagai kegunaan. Daripada hanya mampu menghubungkan manusia, ianya berevolusi mengikut peredaran zaman sehingga pengguna mampu melakukan urusan seharian seperti membayar bil, membeli barangan bahkan memesan makanan. Disebabkan itu, kadar penggunaan telefon bagi seseorang pengguna kian bertambah dari hari ke hari.

Penggunaan yang kerap inilah membawa kepada penciptaan Power Bank iaitu sebuah alat mengecas bateri mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja. Boleh dikatakan Power Bank adalah keperluan semasa bagi pengguna telefon pintar. Tiada lagi masalah ‘low bat’ atau terputus hubungan telefon hanya kerana masalah beteri habis. Jadi, mari kita lihat lima pilihan Power Bank popular di Malaysia bagi tahun 2022.

Huawei CP12S SuperCharge Power Bank

Huawei CP12S SuperCharge Power Bank
Datang dengan bentuk yang kompak dan elegan, Huawei CP12S SuperCharge Power Bank adalah pilihan tepat bagi anda yang inginkan kepantasan lebih-lebih lagi jika anda merupakan pengguna telefon pintar berjenama Huawei. Bayangkan, dengan sistem Huawei Patented Supercharge 66w dan 40w, ia mampu mengecas sehingga tahap 70 peratus hanya dalam masa 30 minit. Sesuai buat anda yang kerap menggunakan telefon bimbit dalam jangka masa yang lama. Untuk 40w, selama 2 jam 18 minit diperlukan untuk pengecasan penuh manakala 1.8 jam diperlukan untuk pengecasan penuh bagi versi 60w. Selain itu, power bank ini juga boleh digunakan untuk mengecas komputer riba anda dimana anda tidak perlu lagi risau untuk mencari plug jika anda ingin menggunakan komputer riba anda di kedai makan mahupun cafe.

Lebih menarik, ianya turut universal dimana anda juga boleh mengecas peranti-peranti daripada jenama lain dengan hanya melakukan auto adjusting mengikut kapasiti yang diperlukan peranti-peranti tersebut. Tidak perlu risau dengan keselamatan penggunaan power bank ini kerana ianya diperakui selamat dengan TÜV Rheinland certified yang diberikan selaku bukti ianya produk yang selamat digunakan. Menggunakan bateri berkualiti premium Lithium Cobalt Oxide, power bank ini lebih ringan, nipis dan tahan lama khas buat anda yang menggunakannya dengan kerap.

Kelebihan

  • Ringan, nipis dan tahan lama
  • Waktu pengecasan yang cepat
  • Bentuk yang kompak dan elegan
  • Boleh digunakan untuk mengecas komputer riba
  • Universal

Kekurangan

  • Lebih efektif dengan peranti berjenama Huawei sahaja

Spesifikasi

Jenama Huawei CP12S SuperCharge Power Bank
Kapasiti Bateri 3920*3/44.9 Wh (Min)
Warna Putih (66w) dan Biru (40w)
Berat 235g (66w) / 225.5g (40w)
Input port Type C (66W & 40w)
Output port USB Type-A + Type-C (66W) / Type A & Type C (40w)
Pengecasan pantas Ya
Harga RM 168 – RM 239

Baseus 20000mAh Power Bank

Baseus 20000mAh Power Bank
Baseus 20000mAh Power Bank juga tidak kurang hebatnya. Datang dengan varian warna putih dan hitam, ianya tampak elegan jika diletakkan bersebelahan dengan telefon pintar anda. Bahkan, kuasa pengecasannya juga setanding dengan jenama-jenama Power Bank popular yang lain dengan output 45w. Selain itu, ia turut menyokong Huawei 5A super charging dan universal untuk mengecas pelbagai jenama telefon pintar, tablet bahkan komputer riba anda. Berbentuk kecil dan kompak, tidak ada masalah untuk anda menggenggam dalam tangan anda ketika mengecas dan anda juga tidak perlu risau ianya akan jatuh.

Elemen utama yang menjanjikan kelainan pada Power Bank ini ialah Mulight Digital Display. Anda hanya perlu melihat pada skrin digital kecil pada Power Bank ini bagi mengetahui peratus bateri dan juga kadar penggunaan voltage ketika mengecas, jadi anda akan lebih bersedia untuk mengecas Power Bank anda. Lebih menarik, ianya turut dilengkapi dengan cip pintar yang mampu menyeimbangkan kadar voltan elektrik mengikut kepada tetapan peranti yang dicas. Untuk menjamin keselamatan pengguna, Baseus 20000mAh Power Bank ini juga dilindungi dengan built in multiple safety protection security, ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti meletup atau terbakar ketika mengecas. Jadi, jika anda mahukan Power Bank yang cepat, efektif dan selamat, Baseus 20000mAh Power Bank ada kesemua ciri-ciri ini.

Kelebihan

  • Ringan dan ergonomik
  • Waktu pengecasan yang cepat
  • Mulight Digital Display
  • Boleh digunakan untuk mengecas komputer riba
  • Built-in Intelligent Chip
  • Built-in multiple safety protection security
  • 3 Input dan 3 Output

Kekurangan

  • Jenama yang kurang popular dibandingkan dengan jenama lain

Spesifikasi

Jenama Baseus 20000mAh Power Bank
Bateri Li-polymer Battery
Warna Putih dan Hitam
Input port Micro Input: 5V/2A, 9V/2A Max
Type C Input: 5V/3A, 5.5V/3A, 9V/2A Max
Input for iP: 5V/2A, 9V/2A Max
Output port USB 1 Output: 4.5V/5A, 5V/4.5A, 5V/3A, 9V/2A, 12V/1.5A Max
USB 2 Output: 4.5V/5A, 5V/4.5A, 5V/3A, 9V/2A, 12V/1.5A Max
Type C Output: 5V/3A, 9V/2A, 12V/1.5A Max
Type C + USB 1 Output: 5V/3A Max
Type C + USB 2 Output: 5V/3A Max
USB 1 + USB 2 Output: 5V/3A Max
Type C + USB 1 + USB 2 Output: 5V/3A Max
Pengecasan pantas Ya
Harga RM 130 – RM 150

Remax RPP-159 Suchy Series

Remax RPP-159 Suchy Series
Jika anda menggunakan telefon pintar dengan kadar sederhana, jarang mengecas dan hanya memerlukan Power Bank ketika kecemasan sahaja, Remax RPP-159 Suchy Series sememangnya pilihan yang tepat dan tidak boleh disangkal lagi. Datang dengan rekabentuk yang nipis, ringan namun tahan lasak, ia sesuai untuk disimpan dan digunakan bila-bila masa sahaja. Dengan kapasiti bateri 1000 mAh, ia dilengkapi dengan 2.1 A dwi USB output dimana anda boleh mengecas dua peranti pada masa yang sama.

Selain itu, ia juga universal dimana anda boleh mengecas pelbagai jenama telefon pintar yang berada di pasaran. Selain ciri-ciri pengecasan yang menarik, ia juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mampu mengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Dengan harga yang berpatutan kurang daripada RM 100, ia mempunyai intelligent voltage recognition chip yang mampu mengesan kadar penggunaan voltan bagi mengelakkan berlakunya pengecasan yang berlebihan. Kesemua ciri-ciri asas pada Power Bank ini menjadikan ianya juga setanding dengan jenama-jenama lain.

Kelebihan

  • Ringan, nipis dan tahan lasak
  • Universal
  • Ciri-ciri keselamatan yang baik
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Waktu pengecasan lambat
  • Kapasiti bateri yang kecil

Spesifikasi

Jenama Remax RPP-159 Suchy Series
Kapasiti Bateri 10000mAh
Warna Putih dan hitam
Berat 200g
Input port Micro USB / Type-C DC 5V 2A
Output port DC 5V 2.1A
Pengecasan pantas Tidak
Harga RM 80 – RM 90

Pineng Power Bank PN-939

Pineng Power Bank PN-939
Tidak boleh disangkal lagi, Pineng adalah jenama yang sudah lama sinonim dengan Power Bank. Boleh dikatakan Pineng adalah jenama pilihan pengguna dan tidak boleh disangkal dari segi kualitinya. Pineng Power Bank PN-939 didatangkan dengan warna tipikal hitam dan putih. Saiznya nipis, kecil dan mudah dibawa, ia memudahkan urusan anda untuk mengecas dimana sahaja anda berada. Saiz kapasiti bateri Power Bank ini adalah 1001 – 2000 mAh, membolehkan anda mengecas tiga peranti sekaligus. Terdapat tiga input iaitu Micro USB, Type C dan lightning manakala dua USB output turut disertakan untuk mengecas.

Selain itu ia menggunakan bateri lithium polymer yang sering digunakan untuk Power Bank yang nipis tetapi berkuasa tinggi. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu risau untuk mengecas apa sahaja jenama peranti anda kerana ia universal. Dari segi keselamatan pula, ianya terjamin kerana Power Bank ini dilengkapi dengan intelligent voltage recognition chip yang mampu mengesan kadar penggunaan voltan elektrik.

Baterinya juga dilindungi cip pintar yang mampu mengelakkan daripada pengecasan berlebihan dan pengecasan lemah yang membawa kepada litar pintas. Turut memudahkan urusan anda adalah light indicator yang membolehkan anda mengetahui samada Power Bank anda sudah siap dicas atau belum. Walaupun pelbagai jenama lain datang dengan variasi Power Bank yang pelbagai, namun Pineng Power Bank PN-939 tetap berdiri dalam kelasnya yang tersendiri.

Kelebihan

  • Kecil, nipis dan tahan lasak
  • Universal
  • Ciri-ciri keselamatan yang baik
  • Harga mampu milik
  • Light Indicator
  • Jenama yang popular

Kekurangan

  • Waktu pengecasan yang lambat
  • Walaupun kecil, ianya lebih berat berbanding jenama lain

Spesifikasi

Jenama Pineng Power Bank PN-939
Kapasiti Bateri 10001 – 20000mAh 74Wh
Warna Putih dan hitam
Berat 420g
Input port 5V-2A
Output port 5V-2.1A
Pengecasan pantas Tidak
Harga RM 49 – RM 79

Yoobao YB-20W 20000mAh Power Bank

Yoobao YB-20W 20000mAh Power Bank
Jika sekali imbas, Yoobao YB-20W 20000mAh Powerbank ini kelihatan seperti telefon pintar. Namun, Power Bank ini juga tidak kurang hebatnya. Selain warna tipikal putih dan hitam, Power Bank ini turut didatangkan dengan warna biru khas buat mereka yang menggemari warna tersebut. Dengan kapasiti bateri sebanyak 2000 mAh, Power Bank ini mampu mengecas dengan cepat. Sesuai untuk anda yang sentiasa menggunakan telefon pintar untuk urusan seharian anda.

Dilengkapi dengan tiga input, anda boleh mengecas Power Bank ini menggunakan Micro USB, Type C dan Apple Lighting Cable. Dua peranti boleh dicas pada masa yang sama melalui powerbank ini, lebih mudah dan cepat untuk anda yang mempunyai lebih dari satu peranti. Selain telefon pintar, ia juga boleh mengecas tablet daripada pelbagai jenama. Apa yang menarik perhatian pada Power Bank ini adalah led digitalnya yang lebih luas, hampir suku daripada saiz Power Bank menjadikan pengguna lebih mudah untuk melihat peratus bateri yang tinggal.

Kelebihan

  • Kecil, nipis dan tahan lasak
  • Universal
  • Harga mampu milik
  • Led Display

Kekurangan

  • Kecil tetapi sedikit berat
  • Ciri keselamatan dan perlindungan yang minimum

Spesifikasi

Jenama Yoobao YB-20W 20000mAh Power Bank
Kapasiti Bateri 20000mAh
Warna Putih, hitam dan biru
Berat 422g
Input port Type-C+Micro USB + Lightning
Output port USB
Pengecasan pantas Ya
Harga RM 69.90 – RM 139.90

Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini, boleh dikatakan penggunaan telefon pintar amat penting dan lebih kerap, terutama sekali untuk mengimbas kod QR MySejahtera, mengetahui tarikh temujanji vaksinasi selain daripada kegunaan harian anda. Jadi, sudah menjadi satu keperluan untuk anda mempunyai Power Bank yang boleh disimpan dan digunakan pada waktu kecemasan.

Pelbagai jenis Power Bank daripada pelbagai jenama dan harga ada di pasaran. Jadi disarankan untuk setiap seorang mempunyai sekurang-kurangnya satu Power Bank di dalam simpanan untuk kegunaan anda. Buatlah pilihan yang bijak untuk kesenangan anda.



Related posts