Gajet Bajet! 5 Tablet Untuk Kegunaan Harian Di Malaysia 2022 Bawah RM1,500

Gajet Bajet! 5 Tablet Untuk Kegunaan Harian Di Malaysia 2022 Bawah RM1,500
Peralatan mudah alih dan aksesori


Melihat kepada keperluan semasa pengguna, tablet bukan lagi satu aksesori sebaliknya sudah hampir menjadi peranti wajib untuk kegunaan harian. Tablet merupakan peranti yang sesuai untuk ramai orang memanfaatkan aktiviti mereka di rumah dan semasa dalam perjalanan. Memandangkan lebih ramai orang menggunakan tablet untuk panggilan video, di kelas, dalam talian, permainan dan penstriman, penggunaan tablet pada hari ini bukan saja sebagai salah satu’ trend gaya’ sebaliknya sudah menjadi kemestian memandangkan fungsi mudah alih serta mudah dibawa ke mana saja.

Storan selalunya menjadi ciri utama dalam memilih tablet atau peranti mudah alih. Namun, kebanyakan jenama tablet dengan storan besar dijual pada harga tinggi menjadikan rakyat Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan. Jangan risau, sebenarnya dengan storan yang baik dan skrin yang memuaskan ada banyak tablet dengan harga bajet terdapat di pasaran. Ini cadangan gajet bajet iaitu 5 tablet ditawarkan pada harga bawah RM1,500 dicadangkan untuk kalian.

Realme Pad (LTE)

Realme Pad (LTE)
Realme Pad (LTE) dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan, harga permulaan mampu milik dengan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan lagi storan Realme Pad (LTE). Realme Pad (LTE) dibekalkan dengan cip pemproses Helio G80 serta memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerus slot mikro sd.
Paparan skrin Realme Pad (LTE) sangat sempurna dengan tawaran warna yang cukup vibran serta terang. Skrin berukuran 10.4-inci terdapat di hadapan, jenis LCD dengan resolusi WUXGA+ (2000×1200). Sistem bunyi hebat padanya dihasilkan menerusi empat speaker stereo, menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos.
Kehadiran kamera hadapan berserta mikrofon yang mempunyai ciri pembatalan sudah pasti memudahkan pengguna Realme Pad (LTE) berkomunikasi apabila membuat panggilan video. Bateri Realme Pad (LTE) sebesar 7,100mAh juga menyokong pengecasan pantas. Ia hadir dengan dua warna pilihan, iaitu kelabu dan emas serta menampilkan rekaan nipis dengan tebal hanya 6.9mm juga berat hanya 440g.

Kelebihan Realme Pad (LTE)

  • Skrin besar
  • Pembesar suara yang kuat
  • Reka bentuk nipis dan ringat
  • Jangka hayat bateri yang baik

Kekurangan Realme Pad (LTE)

  • Resolusi kamera belakang sedikit lemah

Spesifikasi Realme Pad (LTE)

Saiz 10.4 inci
Pemproses Cip Pemproses Helio G80
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM719.00

Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2)

Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2)
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2) dengan Google Assistant didatangkan bersama dok pengecas pintar, membolehkan ia berdiri sendiri tanpa dipegang. Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2) dikuasakan cip pemproses Mediatek Helio P22T, bersama RAM LPDDR4x 4GB dan storan dalaman eMMC 64GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan sehingga 256GB. Dua kad sim 4G dalam saiz nano dan mikro boleh dipasang di dalamnya untuk sambungan internet mudah alih.
Paparan Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2) seluas 10.3-inci dari jenis LCD TDDI, dengan resolusi HD Penuh. Tenaga pula disalurkan dari bateri berkapasiti 5,000mAh, dengan kuasa pengecas sehingga 10W melalui USB-C. Hadir dengan pilihan warna Platinum Grey dan Iron Grey, mengambil gambar juga masih boleh dilakukan Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2) menggunakan kamera belakang 8MP atau kamera hadapan 5MP. Sistem operasi Android 9.0 Pie yang lama, masih digunakan pada Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2).

Kelebihan Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2)

  • Kerangka badan menggunakan High-end metal
  • Prestasi mantap
  • Saiz skrin memuaskan untuk kegunaan harian
  • Jangka hayat bateri yang baik

Kekurangan Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2)

  • Bunyi pembesar suara agak pecah

Spesifikasi Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (Gen-2)

Saiz 10.3 inci
Pemproses Cip Pemproses Mediatek Helio P22T
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM789.00

Samsung Galaxy Tab A8

Samsung Galaxy Tab A8
Samsung Galaxy Tab A8 didatangkan dengan saiz skrin yang mengagumkan, kuasa dan prestasi dalam reka bentuk yang tipis serta ringan yang sedia untuk digunakan untuk kegunaan harian. Galaxy Tab A8 mempunyai 3 pilihan warna menarik iaitu grey, silver dan pink rose dilengkapi dengan ciri baharu yang cemerlang untuk membantu pengguna berhubung pada tahap baharu.
Menyentuh aspek spesifikasinya, Galaxy Tab A8 didatangkan dengan skrin 10.5 inci dengan bezel 10.2 milimeter dan pembesar suara kuad dengan teknologi Dolby Atmos memberikan penghasilan audio dengan perincian, kedalaman dan realisme yang tiada bandingan. Unit Pemproses Utama (CPU) dan Unit Pemproses Grafik (GPU) Galaxy Tab A8 ditingkatkan sebanyak 10 peratus untuk memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan.
Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB storan dan ciri kad MikroSD yang boleh ditambah untuk membolehkan pengguna memiliki sehingga 1TB ruang. Bateri 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W memudahkan pengguna menstrim pelbagai kandungan media selama berjam-jam.

Kelebihan Samsung Galaxy Tab A8

  • Menyokong pengecasan pantas 15W
  • Mempunyai slot kad MicroSD khusus
  • Saiz skrin 10.5 inci yang mengagumkan
  • GPU dan CPU ditingkatkan 10 peratus agar bekerja lebih pantas

Kekurangan Samsung Galaxy Tab A8

  • Pembesar suara berbunyi nyaring pada volum yang lebih tinggi

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8

Saiz 10.5 inci
Pemproses Octa Core 2GHz
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM999.00

Huawei MatePad 10.4 LTE

Huawei MatePad 10.4 LTE
Huawei MatePad 10.4 LTE hadir dengan storan paling besar iaitu 128GB bagi membolehkan pengguna menyimpan pelbagai data dan memuat turun semua aplikasi kegemaran. Ia juga menyokong storan luaran 512GB, justeru pengguna tidak perlu lagi memadam gambar, video atau fail secara kerap untuk memberi ruang kepada fail baharu.
Huawei MatePad 10.4 LTE dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 7250mAh menawarkan penggunaan sehingga 12 jam tontonan video dan 65 jam mainan muzik. Menampilkan paparan 10.4 inci 2K FullView Display dengan 84 peratus nisbah paparan, Huawei MatePad 10.4 LTE memberi jaminan kepuasan skrinnya. Ia juga dilengkapi skrin diperakui TÜV Rheinland yang memberikan keselesaan pada mata sambil mengurangkan cahaya biru berbahaya.
Huawei MatePad 10.4 LT juga memiliki mod eBook yang menawarkan keselesaan dan perlindungan mata bagi menjadikan sesi membaca lebih menyeronokkan. Dengan HUAWEI MeeTime pula, pengguna dapat berhubung dengan mereka yang tersayang melalui panggilan video berkualiti tinggi.

Kelebihan Huawei MatePad 10.4 LTE

  • Sambungan pantas dan stabil
  • Jangka hayat bateri tahan lama
  • Skrin seluas 10.4 inci FullView Display
  • Storan besar

Kekurangan Huawei MatePad 10.4 LTE

  • Ia tidak menyokong perkhidmatan google

Spesifikasi Huawei MatePad 10.4 LTE

Saiz 10.4 inci
Pemproses HUAWEI Kirin 810 AI Chipset
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM1,399.00 **(RM1,099.00 promosi sehingga 30 September 2022 sahaja)

Xiaomi Mi Pad 5

Xiaomi Mi Pad 5
Hadir dengan pilihan warna Cosmic Grey dan Pearl White, Xiaomi Mi Pad 5 berkuasa tinggi ini diperkasa oleh cip Snapdragon 860, RAM LPDDR4X 6GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Skrinnya jenis LCD 120hz, berukuran 11-inci dengan resolusi tinggi 2K WQHD+ (2560×1600) serta menyokong Dolby Vision.
Bateri bagi Xiaomi Mi Pad 5 agak besar, berkapasiti 8,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Prestasi Xiaomi Mi Pad 5 ditambah lagi dengan empat speaker stereo yang dikuasakan teknologi Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih baik. Xiaomi Mi Pad 5 ada dua kamera iaitu kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP.
Kamera hadapannya terletak di atas bingkai, menjadikan skrin bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang. Xiaomi Mi Pad 5 datang dalam versi WiFi sahaja, tiada sambungan internet mudah alih LTE atau 5G. Walau bagaimanapun, Xiaomi Mi Pad 5 dibawakan dengan pelbagai ciri yang cukup menarik bersama rekaan yang premium.

Kelebihan Xiaomi Mi Pad 5

  • Paparan skrin yang baik
  • Prestasi lancar
  • Audio yang bagus
  • Hayat penggunaan bateri yang panjang

Kekurangan Xiaomi Mi Pad 5

  • Tiada sambungan internet mudah alih LTE atau 5G

Spesifikasi Xiaomi Mi Pad 5

Saiz 11 inci
Pemproses Qualcomm Snapdragon™ 860
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM1,449.00

Ekosistem yang ditawarkan oleh sesebuah peranti atau jenama seperti tablet sebenarnya banyak mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli atau tidak. Ada banyak jenis tablet dipasaran, dan terkini untuk kegunaan isi rumah, kerjaya atau pendidikan ramai memilih untuk memiliki tablet pada harga bajet. Masa depan dunia pada hari ini lebih terarah kepada keupayaan teknologi semasa, penggunaan gajet dan fakta itu tidak boleh dinafikan, malah sudah menjadi keperluan semasa. Melihat kepada skala yang lebih besar penggunaan gajet, kebanyakan industri besar bertaraf lima bintang juga sudah mula menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam menyusun atur, sekali gus menjadikan setiap aliran tugasan itu lebih sistematik

Penggunaan peranti pintar seperti tablet mampu untuk memberi nilai tambah kepada landskap baharu kehidupan harian yang lebih menarik serta interaktif untuk menarik minat semua peringkat golongan. Tepuk dada tanya poket, kini ada pelbagai tablet yang dijual pada harga bajet untuk dijadikan pilihan setiap daripada kita. Pengguna boleh memilih bermula dari tablet ringan sesuai untuk mengambil nota ketika di dalam kelas atau mesyuarat sehinggalah tablet dengan grafik terbaik bagi menonton filem atau permainan video.



Related posts