Telefon Pintar Mesra Bajet di Malaysia: 5 Pilihan Paling Berbaloi Bawah RM1500
Telefon pintar kini bukan lagi sekadar alat komunikasi; ia telah menjadi keperluan harian untuk bekerja, belajar, hiburan, dan banyak lagi. Bagi pelajar, graduan baharu, atau sesiapa sahaja yang ingin menukar telefon baharu dengan bajet terhad, pilihan telefon pintar di bawah RM1500 adalah antara yang terbaik di pasaran Malaysia. Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 telefon pintar terbaik bawah RM1500 untuk 2024 yang menawarkan nilai berbaloi dan prestasi hebat tanpa membebankan poket.
Realme 13 Plus (harga dari RM1399)
Realme 13+ adalah antara model terbaru dalam keluarga Realme yang menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan harga sederhana.Model ini dilengkapi dengan cipset Dimensity 7300 Energy 5G yang mampu memberikan prestasi lancar untuk tugas harian, multitasking, dan permainan ringan hingga sederhana. Pengguna boleh menikmati pengalaman yang cepat dan responsif. Dilengkapi dengan bateri 5000mAh, Realme 13+ mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan sederhana. Pengecasan pantas 80W juga membolehkan pengguna mengecas telefon dengan cepat, menjadikannya praktikal bagi mereka yang sentiasa sibuk.
Kelebihan Realme 13 Plus:
- Skrin OLED 6.67-inci beresolusi FHD+
- Reka bentuk premium dan elegan
- Telefon dapat dicas dari 0% hingga 50% dalam masa 19 minit
- Menawarkan penyesuaian fungsi gaming seperti yang ada di telefon Realme GT 6
- Menggunakan Stainles Steel Vapor Chamber sebesar 6050mm2 yang mampu menurunkan suhu sebanyak 19 darjah
Kekurangan Realme 13 Plus:
- Realme 13 Plus mungkin tidak menyokong sepenuhnya teknologi HDR untuk tontonan video
Spesifikasi Realme 13 Plus:
Chipset: | Dimensity 7300 Energy 5G Chipset |
---|---|
Storage: | 12GB + 512GB Maximum Option |
OS: | Android 14, Realme UI 5.0 |
Kamera Utama: | 50 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.95″, PDAF, OIS 2 MP, f/2.4, (depth) Auxiliary lens (flicker sensor) |
Bateri: | 5000 mAh, non-removable |
Berat: | 185 g |
Warna: | Victory Gold, Dark Purple |
Vivo V40 Lite (harga dari RM1119)
Vivo V40 Lite adalah model yang menarik dalam segmen pertengahan dan direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan peranti dengan prestasi yang baik dan reka bentuk menarik tanpa harga yang terlalu tinggi. Ia menawarkan reka bentuk yang tipis dan elegan dengan kemasan belakang yang menarik dan skrin hampir tanpa bingkai. Badan yang ringan dan selesa dipegang ini sangat sesuai bagi mereka yang mengutamakan penampilan dan keselesaan.
Kelebihan Vivo V40 Lite:
- Terdapat ciri Aura Light agar imej potrait lebih jelas
- Sokongan cip Snapdragon 4 Gen 2
- Pengecasan pantas 80W dan port USB-C
- Skrin AMOLED FHD+ (1200nits) 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz
Kekurangan Vivo V40 Lite:
- Cipset yang digunakan dalam Vivo V40 Lite mungkin tidak memadai untuk permainan grafik intensif seperti Genshin Impact atau PUBG pada tetapan tinggi.
Spesifikasi Vivo V40 Lite:
Chipset: | Snapdragon 4 Gen 2 |
---|---|
Storage: | 12GB + 512GB Maximum Option |
OS: | Android 14, Funtouch 14 |
Kamera Utama: | 50 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.95″, 0.8µm, PDAF 8 MP, f/2.2, 120˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm 2 MP, f/2.4, (macro) |
Bateri: | Li-Ion 5500 mAh, non-removable |
Berat: | 188 g |
Warna: | Titanium Silver, Dreamy violet, Dynamic black |
OnePlus Nord CE 4 Lite (harga dari RM1099)
OnePlus terkenal dengan sistem operasi OxygenOS yang minimalis dan ringan, yang hampir menyerupai Android asli. Pengguna akan menikmati pengalaman yang bersih tanpa terlalu banyak aplikasi pra-pasang atau bloatware yang mengganggu. Selain itu, Cipset Snapdragon 695 memberikan prestasi yang cukup baik untuk penggunaan harian, multitasking, dan permainan sederhana. Pengguna boleh menikmati kelancaran dalam kebanyakan aplikasi tanpa masalah lag.
Kelebihan OnePlus Nord CE 4 Lite:
- Bateri besar 5000mAh dengan pengecasan pantas
- Prestasi lancar dengan Cipset Snapdragon 695
- Paparan besar dengan Refresh Rate 120Hz
- Storan boleh diperluaskan lagi 2TB dengan kad mikro-SD
- Paparan AMOLED 6.67-inci
Kekurangan OnePlus Nord CE 4 Lite:
- Reka bentuk yang agak standard dan kurang menonjol
Spesifikasi OnePlus Nord CE 4 Lite:
Chipset: | Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G |
---|---|
Storage: | 128GB 8GB RAM |
OS: | OxygenOS 14.0 based on Android™ 14 |
Kamera Utama: | Wide (main): 50 MP, f/1.8, 25mm, 1/1.95″, 0.8µm, PDAF, OIS; Depth: 2 MP, f/2.4. |
Bateri: | 5,500 mAh (non-removable) 80W SUPERVOOC |
Berat: | 191 g |
Warna: | Mega Blue, Super Silver |
Samsung Galaxy A25 (harga dari RM949)
Samsung Galaxy A25 adalah antara model kelas pertengahan yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan prestasi baik dan ciri serba boleh pada harga yang berpatutan. Ia dilengkapi dengan skrin Super AMOLED 6.5 inci FHD+ yang terkenal dengan warna yang terang, hitam yang lebih pekat, dan kejelasan yang baik walaupun di bawah cahaya matahari. Paparan ini sangat sesuai untuk menonton video, bermain permainan, dan melayari media sosial.
Kelebihan Samsung Galaxy A25:
- Skrin Super AMOLED 6.5 inci FHD+
- Menyokong pengecasan pantas 25W
- 5nm Octa-core Processor
- Cipset menawarkan prestasi yang stabil untuk kegunaan harian, multitasking
Kekurangan Samsung Galaxy A25
- Jenama dengan keluaran model agak banyak di pasaran agak mengelirukan
Spesifikasi Samsung Galaxy A25:
Chipset: | Exynos 1280 (5 nm) |
---|---|
Storage: | 128GB 6GB RAM |
OS: | Android 14, up to 4 major Android upgrades, One UI 6.1 |
Kamera Utama: | 50 MP, f/1.8, 27mm (wide), 1/2.76″, 0.64µm, PDAF, OIS, 8 MP, f/2.2, 120˚ (ultrawide), 1/4″, 1.12µm, 2 MP, f/2.4, (macro) |
Bateri: | 5000 mAh, non-removable |
Berat: | 197 g |
Warna: | Bule, Blue black, Yellow |
Oppo Reno 11F (harga dari RM1399)
Oppo Reno 11F tampil dengan reka bentuk yang anggun dan elegan. Ia mempunyai badan yang nipis, ringan, dan kelihatan premium dengan kemasan belakang berkilauan. Ini menjadikannya menarik untuk pengguna yang mengutamakan estetika. Khas untuk anda yang sibuk, telefon ini menyokong pengecasan pantas 67W, mampu mengecas dari 0 ke 100% dalam masa 48 minit. Selain itu, telefon ini juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65.
Kelebihan Oppo Reno 11F:
- Ringan, memudahkan pergerakkan dan tidak menyakitkan pergelangan tangan ketika penggunaan
- Skrin AMOLED 120Hz tanpa sempadan
- IP65 Tahan Air dan Debu
- 3 minit ujian waterjet dan 60 min ujian hujan
- Video Ultra-Jelas 4k
Kekurangan Oppo Reno 11F:
- Speaker di Reno 11F hanya mono dan ia tiada jek audio
Spesifikasi Oppo Reno 11F:
Chipset: | Mediatek Dimensity 7050 (6 nm) |
---|---|
Storage: | 8GB + 256GB |
OS: | Android 14, ColorOS 14 |
Kamera Utama: | 64MP; f/1.7; FOV 81°; 6P lens; AF supported; OIS not supported, Wide: 8MP; f/2.2; FOV 112°; 5P lens; fixed focus,Macro: 2MP; f/2.4; FOV 89°; 3P+IR lens; fixed focus |
Bateri: | 5000 mAh, non-removable |
Berat: | 177 g |
Warna: | Ocean Blue, Palm Green |
Pasaran telefon pintar mesra bajet di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan yang mampu memenuhi keperluan pengguna tanpa membebankan bajet. Dengan senarai 5 telefon pintar di bawah RM1500 ini, anda kini mempunyai panduan yang lebih jelas dalam memilih peranti yang sesuai mengikut ciri, prestasi, dan reka bentuk yang diinginkan.
Sama ada anda mencari telefon dengan kamera berkualiti, prestasi lancar, atau daya tahan bateri yang tinggi, terdapat pilihan yang berbaloi untuk setiap kategori. Pilihan yang tepat bukan sahaja akan memaksimumkan nilai wang anda, tetapi juga memastikan anda menikmati pengalaman peranti yang memuaskan dan memenuhi gaya hidup anda.