Cepat & Pastinya Lazat! Ini 5 Jenama Air Fryer Terbaik Untuk Persediaan Juadah Sahur Anda

Cepat & Pastinya Lazat! Ini 5 Jenama Air Fryer Terbaik Untuk Persediaan Juadah Sahur Anda
Peralatan rumah


Air Fryer adalah satu alat memasak canggih yang berfungsi untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak. Ia kedengaran seperti mustahil namun cara kerja Air Fryer ini sangat unik. Ia memasak menggunakan udara panas berkecepatan tinggi yang mengelilingi makanan. Udara panas tersebut datang dari kipas mekanik yang dilengkapi dalam sesebuah Air Fryer. Suhu panas yang tinggi akan membuat kandungan air dalam makanan menguap sehingga mematangkan sekaligus menghasilkan tekstur renyah pada masakan anda.

Jika dilihat pada trend semasa, boleh dikatakan penggunaan Air Fryer di rumah semakin mendapat sambutan. Seiring dengan kesedaran orang ramai tentang kesihatan diri, ia mendorong mereka untuk lebih peka terhadap apa jua kebaikan yang boleh diperolehi dari sesuatu produk. Memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, Air Fryer seharusnya menjadi alternatif untuk kerja menggoreng anda ketika sahur. Anda hanya perlu menekan butang dan biarkan sehingga ia selesai memasak. Mudah bukan? Selain daripada bebas minyak, makanan anda lebih cepat disediakan. Di sini kami senaraikan 5 jenama Air Fryer terbaik untuk persediaan juadah sahur anda.

Gaabor Air Fryer Multi Cooker Air Fryer Oven GA-M35A

Gaabor Air Fryer Multi Cooker Air Fryer Oven GA-M35A
Berprestasi tinggi dengan harga mampu milik, serta tampak eksklusif. Inilah dia Gaabor Air Fryer Multi Cooker Air Fryer Oven GA-M35A. Dengan kapasiti 3.5 L, ia mampu menyediakan makanan untuk keluarga anda. Jadi tidak perlu lagi anda mengulang kerja-kerja menggoreng yang renyah terutama sekali untuk waktu sahur yang singkat. Dengan aliran udara panas tiga dimensi 360 darjah, memudahkan Air Fryer ini untuk memasak dengan lebih cepat dan sekata. Selain daripada itu, dari segi penggunaan ianya juga sangat praktikal kerana anda hanya perlu memusingkan tombol yang telah ditetapkan suhu dan masa bergantung kepada menu yang anda ingin sediakan. Material dalamannya pula tidak mudah lekat, menjadikan ia lebih mudah untuk dicuci selepas setiap kali penggunaan.

Air Fryer ini juga dicipta dengan ciri-ciri keselamatan dimana ia akan ditutup secara auto selepas digunakan, ini merupakan salah satu elemen yang sangat baik pada Air Fryer ini dimana ia juga membantu penjimatan penggunaan elektrik yang berlebihan. Untuk anda yang suka memasak, anda juga mampu untuk menjadi chef dengan memiliki Air Fryer ini. Terdapat enam tetapan juadah yang anda boleh sediakan seperti popcorn chicken, tart telur, ayam panggang dan lain-lain. Jangan disangkal lagi, untuk anda yang ingin mencari Air Fryer, jadikan Gaabor Air Fryer Multi Cooker Air Fryer Oven GA-M35A sebagai salah satu jenama pilihan anda.

Kelebihan

  • 360 darjah tiga dimensi aliran udara panas
  • Material tidak mudah lekat
  • Mod tutup auto
  • Harga mampu milik
  • Mudah alih

Kekurangan

  • Pilihan warna yang terhad
  • Kapasiti kecil 3.5 L
  • Jenama yang kurang terkenal di Malaysia
  • Tidak mudah didapati secara fizikal di kedai

Spesifikasi

Harga RM 105 – RM 145
Kapasiti 3.5 L
Penggunaan kuasa 1000 W
Voltan input 220 – 240 v
Berat 2750 g
Dimensi 228 x 289 x 282 mm
Warna Hitam

Philips Viva Collection Airfryer XXL HD9630/99

Philips Viva Collection Airfryer XXL HD9630/99
Philips bukan lagi satu jenama asing dalam menawarkan barangan-barangan elektrik berkualiti tinggi. Jenama ini turut menawarkan Air Fryer dalam kategori dan kelasnya yang tersendiri. Jika anda mempunyai bajet yang lebih dan inginkan Air Fryer dengan teknologi yang hebat, maka Philips Viva Collection Airfryer XXL HD9630/99 adalah solusinya. Dengan kapasiti XXL dan 1.4 kg, Air Fryer ini mampu menyediakan makanan untuk keluarga besar dan tetamu anda ketika sahur. Bayangkan, ianya boleh memuatkan seekor ayam atau 1.4 kg kentang goreng untuk satu kali masakan. Sesuatu perkara menarik yang menjadi fokus utama tentang Air Fryer ini adalah Fat Removal Technology, iaitu teknologi yang boleh menyingkirkan lemak-lemak berlebihan pada makanan yang dimasak, ini memberikan rasa yang maksimum dengan kandungan lemak yang minimum pada makanan anda.

Selain itu, ia juga mampu menggoreng, memanggang, membakar malah memanaskan makanan anda yang telah sejuk. Untuk merangupkan sesetengah masakan anda, Air Fryer ini juga didatangkan dengan tujuh kali ganda aliran udara panas melalui Rapid Air Technology menjadikan ia 1.5 kali ganda lebih pantas daripada menggunakan ketuhar. Jangan risau jika anda tidak pandai memasak, beribu-ribu resepi melalui aplikasi turut diberi untuk rujukan anda. Dan dari segi keselamatan, kesemua aksesori pada Air Fryer ini mudah, cepat dan selamat untuk dibasuh menggunakan sabun pencuci. Menarik kan? Pelaburan yang besar untuk Air Fryer ini bukan lah satu masalah jika dinilai daripada kualitinya.

Kelebihan

  • Fat Removal Technology
  • Kapasiti besar bersaiz XXL
  • Rapid Air Technology
  • Beribu-ribu resepi dari aplikasinya
  • Lebih pantas daripada menggunakan ketuhar

Kekurangan

  • Pilihan warna yang terhad
  • Harga yang mahal
  • Berat

Spesifikasi

Harga RM 873 – RM 1699
Kapasiti 1.4 Kg
Penggunaan kuasa 2225 W
Berat 7.93 KG
Dimensi 322 x 433 x 316 mm
Warna Hitam

Corvan Air Fryer F50 XXL Full Size 5L

Corvan Air Fryer F50 XXL Full Size 5L
Untuk kapasiti makanan daripada 2 ke 8 orang, Corvan Air Fryer F50 XXL Full size 5L akan memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Bentuknya yang elegan dan moden bukan kosmetik semata-mata, ia melambangkan tahap efisien Air Fryer ini. 360 darjah aliran udara panas pada Air Fryer ini membolehkan makanan anda dimasak dengan sekata dan seragam, semestinya tidak akan ada mana-mana bahagian dalam makanan anda yang kurang rasanya. Anda tidak perlu menunggu untuk memanaskan makanan anda, mod instant heating pada Air Fryer ini menjadikan ianya lebih cepat 50% daripada menggunakan ketuhar biasa. Ini dapat menjimatkan masa anda untuk menyediakan makanan pada waktu sahur. Dengan butang digitalnya yang tampak moden, terdapat 8 program masakan yang telah dipra-setkan pada Air Fryer ini.

Buat anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat, Air Fryer ini juga mempunyai Excess Fat Removal Technology yang boleh mengeringkan dan mengasingkan lemak-lemak makanan terus ke trivet yang berada di bahagian bawah. Dari segi keselamatan pula, Air Fryer ini akan tertutup secara automatik selepas selesai memasak, ini merupakan salah satu ciri-ciri terpenting bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Jangan risau jika anda perlu membawa Air Fryer ini ke merata-rata tempat, kerana ianya tidaklah terlalu berat. Hanya 4.2 Kg sahaja. Pilihan yang bijak sekiranya anda memiliki Air Fryer ini kerana kesemua ciri-ciri ini didatangkan dengan harga yang mampu milik untuk anda.

Kelebihan

  • Fat Removal Technology
  • Kapasiti XXL dan 5L, boleh menyediakan makanan untuk 2 hingga 8 orang dengan sekali masakan.
  • 360 darjah aliran udara panas
  • Harga mampu milik
  • Mudah alih

Kekurangan

  • Pilihan warna yang terhad
  • Jenama kurang dikenali
  • Tidak mudah didapati secara fizikal di kedai

Spesifikasi

Harga RM 298 – RM 338
Kapasiti 5L
Penggunaan kuasa 1500 W
Berat 4.2 KG
Dimensi 310 x 260 x 340 mm
Warna Hitam

Hamilton Beach 6L Digital Air Fryer 35075

Hamilton Beach 6L Digital Air Fryer 35075
Menggunakan material stainless steel dibahagian luarnya, Air Fryer ini nampak sangat elegan dan lasak jika diletakkan dimana-mana bahagian ruang dapur anda. Berkapasiti 6L, ia mampu menyediakan makanan untuk 4 hingga 6 orang untuk sekali masakan. Mudah untuk anda sediakan makanan untuk bersahur. Selain itu, Air Fryer ini multifungsi dimana selain daripada memanaskan masakan, ia juga turut mampu menggoreng, membakar bahkan memanggang pelbagai jenis makanan daripada kentang goreng sejuk beku, ayam dan juga sayur-sayur segar. Dengan penggunaan kuasa 1700W, aliran udara panas dikeluarkan dengan sekata dan menjadikan makanan anda lebih cepat dimasak jika dibandingkan dengan menggunakan ketuhar biasa. Cara penggunaannya juga mudah, anda hanya perlu menekan butang digital yang mempunyai 8 program masakan yang telah dipra-setkan pada Air Fryer ini. Mudah, ringkas dan cepat. Jika anda sukakan sesuatu yang minimalis, maka Air Fryer ini wajib jadi pilihan anda.

Kelebihan

  • Kapasiti 6L untuk masakan dari 4 hingga 6 orang dengan sekali masakan
  • 8 Program masakan yang telah dipra-set
  • Aliran udara panas yang sekata
  • Mudah alih

Kekurangan

  • Terlalu ringkas
  • Harga yang agak mahal untuk fungsi yang tidak terlalu banyak
  • Timer dan manual diset secara manual

Spesifikasi

Harga RM 499 – RM 599
Kapasiti 6L
Penggunaan kuasa 1700 W
Dimensi 365 x 339 x 339 mm
Warna Kelabu

Khind Air Fryer Oven ARF9500

Khind Air Fryer Oven ARF9500
Ada sedikit kelainan pada rupa dan ciri-ciri Air Fryer ini yang menjadikan ianya unik. Khind Air Fryer Oven ARF9500 menampilkan elemen-elemen yang ada pada ketuhar biasa dan digabungkan dengan Air Fryer. Salah satu elemen menarik adalah cermin telus yang luas dan lampu di dalam Air Fryer yang memudahkan anda untuk melihat makanan anda yang sedang dimasak lebih-lebih lagi dalam keadaan anda mengantuk kerana perlu bangun awal untuk menyediakan juadah sahur. Berkapasiti 9.5 L, semestinya ianya lebih dari cukup untuk menyediakan makanan buat seisi keluarga anda. Selain itu, Air Fryer ini juga turut didatangkan dengan teknologi high speed air circulation khusus untuk makanan yang sihat dan kurang minyak. Dari segi penggunaannya, anda hanya perlu menekan butang-butang digital yang mempunyai 6 program masakan yang telah dipra-setkan. Yang lebih menarik, anda hanya perlu menekan satu butang untuk mengaktifkan mod rotisserie, iaitu teknologi yang memusingkan daging atau ayam sama seperti anda memanggang menggunakan ketuhar. Ini adalah ciri-ciri yang sangat menarik. Selain itu, bakul yang digunakan untuk menggoreng diperbuat daripada stainless steel dan ianya anti karat. Jadi anda tidak perlu risau dengan tahap kualiti makanan anda.

Kelebihan

  • Cermin telus dan lampu di dalam Air Fryer
  • Kapasiti 9.5L
  • High speed air circulation
  • Mod Rotisserie
  • Bakul gorengan bermaterialkan stainless steel

Kekurangan

  • Berat
  • Tiada pilihan warna lain

Spesifikasi

Harga RM 320 – RM 469
Kapasiti 9.5 L
Penggunaan kuasa 1400 – 1650 W
Voltan input 220-240V ~ 50/60Hz
Berat 7 kg
Dimensi 369x360x410mm
Warna Hitam

Waktu sahur adalah waktu yang sangat singkat dan anda perlu bangun lebih awal untuk menyediakan makanan. Dengan Air Fryer, segalanya akan lebih mudah dan cepat. Boleh dikatakan ia juga telah menjadi salah satu barangan elektrik yang perlu dimiliki bagi setiap buah rumah.

Selain daripada menjimatkan masa, ia juga turut memberi manfaat kepada kesihatan anda melalui makanan-makanan sihat yang dimasak tanpa minyak dan lemak. Kesimpulannya, pelaburan untuk memiliki Air Fryer adalah pelaburan yang sangat berbaloi.



Related posts