Hidangan Lebih Sihat & Kurang Minyak. Ini 5 Air Fryer Terbaik Untuk Keluarga Besar Di Malaysia 2022

Peralatan rumah


Memiliki gajet memasak yang canggih selain menjimatkan waktu, kebanyakan peralatan masakan zaman kini direka cipta untuk menghasilkan hidangan yang berkualiti dan berzat demi kesihatan tubuh badan. Antara peralatan memasak yang menjadi keterujaan pada masa kini adalah air fryer (penggoreng udara).

Sukar untuk dinafikan, makanan yang bergoreng dan menggunakan minyak masak pastinya lebih menambat selera. Sejak peningkatan pelbagai barangan dapur di Malaysia yang membebankan, terutamanya Peningkatan harga tersebut didapati melibatkan semua jenis minyak masak botol iaitu daripada satu sehingga lima kg,ramai beralih memilih air fryer sebagai pengganti penggunaan minyak masak untuk menggoreng dan sebagainya kerana penjimatannya antara lebih 70 hingga 80 peratus.

Bukan itu sahaja malah air fryer mampu menyediakan hidangan yang baik untuk kesihatan kerana tidak banyak menggunakan minyak tidak kira samada untuk keluarga kecil atau keluarga besar. Jika anda memiliki ahli keluarga yang ramai dalam sesebuah kediaman, tidak perlu risau dengan kaedah memasak menggunakan air fryer kerana terdapat banyak produk air fryer di pasaran yang ditawarkan dengan kapasiti isipadu yang besar. Antara lima air fryer terbaik untuk dimiliki jika mempunyai keluarga besar di Malaysia 2022 seperti berikut:

Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T)

Riino telah mencipta inovasi bagi memenuhi keperluan memasak lebih sihat dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer. Untuk keluarga yang ramai, Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T) adalah pilihan tepat dengan reka bentuk segi empat menarik, pensijilan global, kualiti tahan lama dan nilai luar biasa yang tiada tandingan.

Menggunakan teknologi pengudaraan pantas, Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T) mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan mencapai suhu sehingga 250 darjah Celcius. Ia membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata. Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T) mempunyai 16 pilihan cara memasak pelbagai menu dengan laras suhu memasak mengikut kehendak pengguna.

Kelebihan Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T)

  • Bersaiz besar dengan kapasiti 12 liter
  • Reka bentuk yang menarik
  • Memasak dengan pantas
  • Tempoh jaminan sehingga 2 tahun

Kekurangan Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T)

  • Terhad di pasaran

Spesifikasi Riino Multi-purpose Digital 16 Preset Menus Air Fryer 12L – (AF510T)

Saiz: 12L
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM649.00

Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L)

Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L) menjadi piihan ramai penggemar vintaj dan dunia kulinari kerana reka bentuk empat seginya dan hadir dengan warna hijau klasik menarik. Dengan saiz sebesar 10 liter, Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L) berupaya bukan sahaja untuk menggoreng makanan dengan cara yang lebih sihat malah membolehkan pengguna menikmati makanan goreng tanpa rasa serba salah. Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L) secara teknikalnya menggunakan kuasa udara panas yang berlegar dalam kebuknya tanpa menggunakan minyak panas untuk menggoreng makanan.

Kawalan masa dan suhu pemasa bersepadunya Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L) membolehkan pengguna menetapkan masa memasak sehingga 90 minit dengan kawalan suhu boleh laras pada 0-200°C. Terdapat banyak menu yang boleh dimasak untuk keluarga besar pengguna Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L) antaranya stik (12 hingga 15 minit sahaja), salmon bakar (kurang 15 minit), donut (5 minit), roti pisang (30 hingga 35 minit),dan kerepek epal 60 minit). Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L) juga mudah dibersihkan setiap kali selepas penyediaan makanan.

Kelebihan Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L)

  • Harga berpatutan
  • Reka bentuk dan warna menarik
  • Masa memasak maksimum 90 minit
  • Suhu boleh laras hingga 200 darjah Celsius
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L)

  • Susah dibersihkan

Spesifikasi Onemoon OA9 Large High-Capacity Air Fryer – Green (10L)

Saiz: 10L
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM359.00

Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L

Lupakan kaedah konvesional menggoreng menggunakan kuali dan minyak masak yang banyak untuk keluarga besar kalian, berubahlah kepada Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L. Hanya dengan sentuhan satu butang, segala-galanya mudah, cepat, lazat dan paling penting berkhasiat. Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L disokong dengan Teknologi Peredaran Udara Berkelajuan Tinggi memasak dengan sedikit minyak untuk hasil yang sama seperti dengan kuali.

Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L hadir dengan ciri paparan digital, fungsi boleh atur cara sensor sentuh (termasuk 6 atur cara yang telah ditetapkan), bakul menggoreng jaring keluli tahan karat, tingkap pandangan telus yang besar, lampu ketuhar dalaman, dan suis pemanas auto. Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L juga memiliki fungsi rotisserie yang membolehkan pengguna memanggang ayam dan daging di atas sumber haba yang sama rata.

Penapis udara terbina di dalam Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5 L memastikan pengguna mendapat pengalaman memasak dalam persekitaran bersih dan tanpa bau. Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L juga mudah dibersihkan kerana disertakan dulang mudah alih dan bakul makanan tidak melekat dan bersalut teflon.

Kelebihan Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L

  • Harga berpatutan
  • Disokong dengan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi
  • Fungsi boleh atur cara sensor sentuh
  • Memasak dalam persekitaran bersih dan tanpa bau

Kekurangan Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi Khind Air Fryer Oven ARF9500- 9.5L

Saiz: 9.5L
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM356.00

PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860

Bagi memenuhi kehendak semasa, Philips, peneraju teknologi kesihatan global melancarkan PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860 yang dilengkapi dengan teknologi Smart Sensing. Inovasi terkini itu merupakan satu-satunya penggoreng udara yang memiliki teknologi penghapusan lemak yang memisahkan dan menangkap lemak berlebihan.

Hadir dengan kemasan warna hitam keemasan, PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860 tampak mewah dan premium. Ia sangat istimewa kerana selain boleh menggoreng, ia juga berfungsi untuk membakar, memanggang dan memanaskan makanan. PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860 juga secara automatik dapat menyesuaikan waktu dan suhu semasa proses memasak supaya setiap hidangan dimasak dengan sempurna seperti tukang masak profesional.

Untuk penggoreng bersaiz jumbo ini, pada satu-satu masa, pengguna boleh memanggang seekor ayam bersaiz besar, berbelas kek cawan, seekor ikan siakap, empat keping ikan salmon, kambing bakar dan lebih sekilogram kentang goreng. Untuk memasak brownies atau mufin, PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860 ini juga menjalankan tugasnya dengan baik.

Kelebihan PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860

  • Mudah dibersihkan
  • Fungsi Smart Sensing technology & Fat Removal technology
  • Masa memasak dapat dipendekkan
  • Kurang berbau masakan

Kekurangan PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi PHILIPS 7.3L Air Fryer XXL Smart Sensing HD9860

Saiz: 7.3L
Tempoh Jaminan: 2 Tahun
Harga: RM1549.00

COSORI Smart Air Fryer Toaster Oven (CS100-AO)

Jenama air fryer No.1 terlaris di dunia terutamanya di Amerika, COSORI Smart Air Fryer Toaster Oven (CS100-AO) terbaru menawarkan kepelbagaian masakan yang membantu anda menyediakan makanan yang sihat dan lazat untuk setiap hidangan sepanjang hari. Dengan 12 fungsi memasak yang unik dan termasuk buku masakan, memaparkan resipi asal daripada Chef Cosori, anda akan mempunyai semua yang diperlukan untuk memenuhi sebarang keinginan pada bila-bila masa.

Kawalan pintar membantu melaraskan suhu dan masa memasak, semak imbas resipi, pantau kemajuan memasak, sambung ke kawalan suara dan banyak lagi, semuanya melalui apl VeSync.

Kelebihan COSORI Smart Air Fryer Toaster Oven (CS100-AO)

  • 12 fungsi memasak, termasuk panaskan semula, goreng, bakar, roti bakar, panggang, piza, masak perlahan dan lain-lain.
  • Kapasiti besar, boleh muat sehingga 4 keping roti bakar atau piza 12 inci.
  • Teknologi peredaran haba pantas
  • Kualiti premium

Kekurangan COSORI Smart Air Fryer Toaster Oven (CS100-AO)

  • Ia bukan air fryer yang paling senyap

Spesifikasi COSORI Smart Air Fryer Toaster Oven (CS100-AO)

Saiz: 25L
Tempoh Jaminan: 2 Tahun
Harga: RM668.36

Sudah tiba masa kita bukan sahaja mengurangkan penggunaan minyak masak tetapi pada masa mencari alternatif makanan bergoreng. Cuba bertukar memasak dengan menggunakan air fryer kerana proses memasak tidak menggunakan minyak, jika perlu pun hanya untuk kuantiti yang sedikit sahaja. Air fryer memasak makanan dengan cara mengalirkan udara panas pada kelajuan tinggi menggunakan kipas mekanikal.

Aliran udara panas menghasilkan lapisan rangup pada makanan melalui tindak balas Maillard yang turut menyebabkan makanan berwarna coklat dan mempunyai rasa tersendiri. Kebanyakan air fryer direka dengan tombol yang boleh menyelaraskan masa dan suhu sesuai untuk pemasakan lebih terperinci.

Makanan yang ingin digoreng diletakkan dalam bakul di atas dulang tadahan. Bakul serta isinya digoncang agar minyak diagihkan dengan sekata sama ada secara automatik ketika penggorengan mahupun secara manual. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan minyak, pada masa sama dapat memastikan pola pemakanan lebih sihat.

Tahukah anda, jika berterusan menggunakan minyak masak dengan kadar yang tinggi untuk menyediakan hidangan boleh menyebabkan kandungan protein di dalam badan berkurangan. Kesan lain adalah boleh menyebabkan penyakit dan serangan jantung, strok, radang sendi atau arthritis serta penyakit yang dikaitkan dengan sistem saraf sekali gus menyebabkan kanser. Oleh itu bertukarlah kepada cara penyediaan makanan yang lebih sihat dan kurangkan penggunaan minyak masak, gula dan garam dalam kehidupan.



Related posts