Hidangkan Sajian Enak, Berkhasiat & Tidak Rumit Menggunakan ‘Slow Cooker’ Terbaik Di Malaysia

Hidangkan Sajian Enak, Berkhasiat & Tidak Rumit Menggunakan ‘Slow Cooker’ Terbaik Di Malaysia
Peralatan rumah


Slow Cooker atau ‘Periuk Perlahan’ adalah peralatan memasak tidak asing berada di ruang dapur hari ini. Slow cooker digunakan untuk kaedah memasak makanan seperti daging atau ayam dengan cara mereneh masakan pada suhu yang rendah. Slow cooker memudahkan untuk kita memasak tanpa pengawasan selama beberapa jam hidangan yang ingin direbus, dipanggang dalam periuk, sup, stew, dan termasuklah minuman, serta pencuci mulut. Menggunakan slow cooker ini memerlukan masa berjam-jam untuk memasak sesuatu hidangan terbaik dan enak. Prinsip slow cooker adalah memasak makanan menggunakan suhu yang rendah dan stabil. Walaupun memasak menggunakan periuk jenis ini mengamil tempoh yang panjang dan lama tetapi ia sangat memudahkan. Dengan slow cooker, tiada lagi kerja-kerja menumis yang merenyahkan. Pengguna hanya perlu masukkan semua bahan dalam periuk dan tunggu sajian siap masak dengan sempurna. Tidak perlu risau mengawal suhu atau hidangan hangit, terutama selama 30 hari menjalani ibadah puasa ini, pastinya semua buntu untuk memasak menu berbuka puasa.

Menggunakan inovasi dan teknologi dalam masakan sebagai satu cara hidup. Peralatan moden membantu memudahkan proses memasak di dapur. Menggunakan bahan yang dipilih sendiri dan dimasak perlahan menjanjikan penghasilan makanan sihat dan selamat. Menerusi beberapa pilihan slow cooker ini, ia bakal menjadikan cara memasak lebih mudah, berkhasiat dan lebih penting dapat mengekalkan resipi. Dilengkapi sistem memasak pintar, 5 slow cooker ini membolehkan masakan dimasak perlahan, sekali gus mengekalkan nutrisi dan rasa semula jadi bahannya. Memasak kini lebih mudah! Sekali-sekala jom bertukar cara penyediaan menu hidangan kalian agar lebih enak, sihat serta tidak rumit!

Hidangkan Sajian Enak, Berkhasiat & Tidak Rumit Menggunakan 5 ‘Slow Cooker’ Terbaik Di Malaysia

ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033

ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033

Slow cooker jenama ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033 mendapat perhatian ramai kerana warga ungu yang berbeza dengan jenama lain. Lebih istimewa, periuk ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033 diperbuat daripada tanah liat yang membantu untuk mengekalkan nutrisi serta mengekstrak makanan agar rasa sajian tidak berbeza Pot tanah liat akan menghasilkan makanan berkualiti tinggi, sihat dan mudah. ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033 mempunyai tiga tetapan iaitu auto, tetapan rendah dan tetapan tinggi bagi mengawal suhu serta kelembapan setiap resepi makanan yang diinginkan. ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033 juga dilengkapi dengan pemanasan 3D jenis penggantungan mudah untuk memasak secara keseluruhan. Dengan ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033 pengguna tidak perlu menambahkan minyak ke dalam masakan. Minyak semulajadi daripada makanan akan dihasilkan ketika proses masakan perlahan sedang berlangsung.

Kelebihan ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033

  • Periuk diperbuat daripada tanah liat
  • Mempunyai tiga tetapan berbeza
  • Dilengkapi dengan pemanasan 3D

Kekurangan ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033

  • Menggunakan tetapan jenis manual bukan digital

Spesifikasi ELBA Electric Purple Clay Slow Cooker EPCC-J5033

Saiz 5L
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM127.00

Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC

Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC

Jenama Panasonic, jenama digemari dan dipercayai ramai rakyat Malaysia. Panasonic ada mengeluarkan beberapa siri slow cooker tersendiri antaranya Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC. Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC juga hadir dalam beberapa saiz dan antara yang mendapat permintaan adalah saiz normal iaitu 5 liter cukup sempurna untuk memasak stew, sup , bubur dan makanan bayi. Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC memiliki pot seramik mampu memasak makanan secara rata dan masakan dimasak sempurna. Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC mempunyai tiga suhu kawalan yang boleh diselaraskan sehingga 8 jam lamanya. Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC merupakan slow cooker yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

Kelebihan Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC

  • Berkualiti tinggi dan tahan lama
  • Hadir dalam beberapa saiz dan isipadu
  • Pot seramik masakan dimasak sempurna.
  • 3 suhu kawalan yang boleh diselaraskan sehingga 8 jam lamanya

Kekurangan Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC

  • Jaminan hanya 1 tahun sahaja.

Spesifikasi Panasonic 5L Slow Cooker NF-N50AGC

Saiz 5L
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM243.00

Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601

Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601

Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601 periuk tekanan serba boleh membantu pengguna menyediakan hidangan lazat untuk seisi keluarga dengan mudah. Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker menampilkan 15 program pra-tetap antaranya slow cooker untuk menghasilkan hidangan seperti bubur, stew daging, sup dan resipi istimewa seperti renehan sos abalon. Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601 mempunyai dua fungsi khas tambahan membolehkan pengguna melaraskan masa dan suhu memasak, agar hidangan lebih kreatif. Paling menarik Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601 juga mempunyai program memekatkan sos untuk sup,stew dan sos masakan! Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601 menawarkan keselamatan optimum dengan memiliki 12 ciri keselamatan dan dilengkapi dengan fungsi pemasa simpan panas dan pra-tetap automatik, kedua-duanya sehingga tempoh 24 jam. Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601 adalah periuk mesra keluarga mempunyai reka bentuk dan aksesori yang boleh tanggal selain mudah dibersihkan.

Kelebihan Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601

  • Berkapasiti besar
  • Menampilkan 15 program pra-tetap
  • Ada 2 fungsi khas tambahan melaraskan masa dan suhu
  • Memiliki 12 ciri keselamatan

Kekurangan Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601

  • Agak berat

Spesifikasi Tefal 6L Home Chef Smart Multicooker CY601

Saiz 6L
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM345.00

Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18

Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18

Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18 slow cooker mesra travel kerana bersaiz kecil dan ringan seberat 2.9kg untuk di bawa ke mana sahaja. Periuk ini sangat ideal jika anda mempunyai bayi kecil untuk penyediaan makanan lembut seperti bubur. Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18 memiliki 3 tetapan tahap haba, oleh itu makanan dapat dimasak dengan lebih sekata dengan pengurangan kehilangan nutrien. Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti pemegang kalis haba pada sarung luarnya manakala periuk dalamannya dilengkapi dengan pemegang yang memastikan pengendalian mudah semasa meletakkan makanan panas ke dalam pinggan atau mangkuk.

Kelebihan Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18

  • Mesra travel
  • Ringat seberat 2.9kg
  • Memiliki 3 tetapan tahap haba
  • Dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti pemegang kalis haba

Kekurangan Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18

  • Saiz dan isipadu kecil

Spesifikasi Midea Slow Cooker (1.8 L) MSCK-TH18

Saiz 1.8L
Tempoh Jaminan
Harga RM55.90

Breville the Fast Slow Cooker BPR650

Breville the Fast Slow Cooker BPR650

Sekali lihat periuk berinovasi dan berteknologi jenama Breville the Fast Slow Cooker BPR650 seakan periuk tekanan biasa yang banyak dijual dipasaran. Namun jika mempunyai peluang memiliki Breville the Fast Slow Cooker BPR650 baru anda menyedari sebenarnya ia berbeza dengan periuk tekanan biasa. Breville the Fast Slow Cooker BPR650 khas untuk memasak sajian perlahan dan juga singkat. Ia dirangkumkan dengan 3 tetapan boleh laras masa, suhu, tekanan untuk memasak cepat dan perlahan secara automatik iaitu pilihan suhu rendah, medium dan tinggi. Jika memilih tetapan masa perlahan, anda boleh memilih tempoh masa sehingga 6 ke 8 jam. Breville the Fast Slow Cooker BPR650 mempunyai sistem keselamatan 3 hala termasuk butang pelepasan wap yang diperakui. Hadir dengan warna hitam mewah, Breville the Fast Slow Cooker BPR650 memiliki panel digital dengan kemasan periuk keluli tahan karat berkualiti.

Kelebihan Breville the Fast Slow Cooker BPR650

  • Kemasan periuk keluli tahan karat berkualiti
  • Ada 3 tetapan boleh laras masa, suhu, dan tekanan
  • Tempoh masa sajian perlahan sehingga 6 ke 8 jam
  • Mempunyai sistem keselamatan 3 hala

Kekurangan Breville the Fast Slow Cooker BPR650

  • Harga tinggi dipasaran

Spesifikasi Breville the Fast Slow Cooker BPR650:

Saiz 6L
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM699.00

Slow cooker memasak secara perlahan dan lebih lama pada suhu yang rendah. Kelebihan jika memasak dengan periuk ini adalah ia mengekalkan khasiat pada makanan yang di masak sambil menjadikan makanan yang dimasak mempunyai rasa sebenar yang lazat. Pengguna slow cooker juga boleh memasak dengan pengawasan minimum dan tidak perlu risau seperti mana memasak cara menggoreng, menumis atau merebus. Slow cooker boleh menyediakan pelbagai hidangan istimewa antaranya stew, sup, bubur nasi atau makanan bayi. Memang memudahkan kerana anda perlu masukkan segala bahan ke dalam periuk, set masa dan biarkan sahaja hidangan masak sendiri. Sementara menunggu sajian sedia untuk di makan, anda mungkin boleh rehat, menghantar anak ke sekolah atau ke pejabat menyelesaikan tugas hakiki.

Menggunakan slow cooker memang memudahkan kerja memasak di dapur. Namun diingatkan, tidak semua makanan sesuai dimasak menggunakan slow cooker. Sekiranya periuk nasi anda rosak, adalah lebih baik masak nasi dengan menggunakan dapur gas atau microwave sahaja. Masak nasi dengan slow cooker adalah satu ‘kesalahan besar’ kerana nasi tidak akan masak sempurna melainkan anda ingin menikmati hidangan bubur nasi atau makanan lembut bayi sahaja. Sebelum memilih slow cooker idaman, pastikan mendapat penjelasan serta maklumat terkini daripada jurujual bertauliah terlebih dahulu.



Related posts