Kerja Menggosok Baju Lebih Mudah: 5 Pilihan Steam Iron Terbaik, Kedutan Hilang Tanpa Renyah

Kerja Menggosok Baju Lebih Mudah: 5 Pilihan Steam Iron Terbaik, Kedutan Hilang Tanpa Renyah
Peralatan rumah


Kedutan pada baju boleh mendatangkan ketidakselesaan pada mata terutama sekali buat mereka yang mementingkan pemakaian dan kesempurnaan. Pelbagai cara digunakan bagi menghilangkan kedutan degil ini, salah satunya adalah dengan menggosok baju menggunakan “starch”. Namun baju akan mudah rosak jika anda sentiasa menggosoknya menggunakan spray kanji ini. Jika kedutan kecil dan mudah digosok, ianya tidak akan menimbulkan masalah kerana mudah untuk dihilangkan, tetapi bagaimana dengan kedutan yang besar dan degil? Pasti memakan masa yang lama untuk menggosok baju.

Tugasan menggosok baju sinonim dengan mereka yang bergelar suri rumah. Bayangkan longgokan baju kerja suami dan baju sekolah anak-anak yang perlu dipakai untuk seminggu. Pasti memakan masa yang lebih lama. Disebabkan ini, kewujudan seterika berwap di pasaran adalah solusi terbaik bagi masalah ini. Seterika berwap adalah sebuah seterika yang didatangkan dengan teknologi wap untuk menghilangkan kedutan dengan lebih pantas. Sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa, kepanasan seterika beserta wap lebih mudah untuk melembutkan kedutan-kedutan yang degil dan besar. Anda tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih dengan menekan seterika terlalu kuat ketika menggosok baju.

Selain itu, ia selamat untuk digunakan pada material-material yang lembut seperti kain satin, sutera, poliester, dan pakaian jersi. Buat anda yang tercari-cari model seterika berwap untuk memudahkan urusan menggosok baju, jom kita lihat lima pilihan steam iron terbaik yang ada di pasaran Malaysia.

Philips EasySpeed Plus Steam Iron

Philips EasySpeed Plus Steam Iron
Jimatkan masa menggosok baju anda dengan menggunakan seterika berwap Phillips EasySpeed Plus. Ia mempunyai kelebihan dari segi penghasilan wap mengikut jenis pakaian yang anda gosok dan pastinya wap yang dihasilkan sangat kuat, cepat dan banyak sehingga 30g per minit tanpa henti untuk menghilangkan kedutan-kedutan degil pada pakaian anda dengan lebih cepat. Apabila anda menggosok pakaian yang keras, anda hanya perlu tekan pada butang yang disediakan untuk mengeluarkan lebih wap melalui steam boost yang menghasilkan wap sehingga 110g. Selain itu, kerja menggosok baju tidak akan memenatkan jika anda menggunakan seterika berwap ini. Ini kerana ia mempunyai plat tapak yang bermaterialkan seramik bagi memudahkan seterika anda meluncur dengan cepat di atas semua jenis fabrik. Jadi, tiada banyak tenaga yang digunakan ketika menggosok. Seterika ini mempunyai tangki air yang boleh memuatkan sehingga 270 ml air dalam satu masa. Kerisauan paling ketara tentang seterika berwap ini adalah kemungkinan kebocoran air berlaku yang akan menyebabkan pakaian anda bertompok dan rosak. Anda tidak perlu risau dengan Phillips EasySpeed Plus ini kerana sistem drip-stop pada seterika ini menghalang sebarang kebocoran dengan sangat sistematik bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Dan sekiranya anda terlupa menutup seterika ini selepas selesai kerja menggosok, anda tidak perlu takut kerana ia juga dilengkapi dengan sistem auto-off. Seterika akan tertutup secara automatik apabila tidak digunakan dalam tempoh tertentu.

Kelebihan Philips EasySpeed Plus Steam Iron:

  • Penghasilan wap tanpa henti sebanyak 30g per minit.
  • Penghasilan wap melalui steam boost sehingga 110g
  • Plat tapak seramik untuk peluncuran efisyen
  • Tangki air berkapasiti 270 ml
  • Sistem anti-drip
  • Auto-off untuk keselamatan

Kekurangan Philips EasySpeed Plus Steam Iron:

  • Kabel power cord pendek

Info Philips EasySpeed Plus Steam Iron:

Kuasa : 2100 w
Kapasiti penghasilan wap: 30g per minit
Wap tambahan (Boost): 110g
Plat tapak: Seramik
Kapasiti tangki air: 270ml
Harga: RM 187.00

Tefal Express Steam Iron FV2843

Tefal Express Steam Iron FV2843
Tefal juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan seterika berwap melalui model Tefal Express Steam Iron FV2843. Dengan janakuasa sehingga 2600 w dan 5 tetapan wap mengikut jenis material kain, seterika ini lebih cepat panas dan menjimatkan masa menggosok anda dengan sangat efisien. Ia sesuai digunakan diatas segala jenis fabrik kerana mempunyai plat tapak seramik yang lebih licin dan tidak akan tersangkut. Penghasilan wap bagi seterika ini adalah sehingga 45g per minit untuk menggosok kedutan-kedutan biasa. Namun untuk kedutan-kedutan degil dan besar, seterika ini mempunyai wap tambahan (steam boost) sehingga 210g per minit. Penghasilan wap pada seterika ini lebih sekata untuk kerja menggosok yang lebih mudah melalui lubang-lubang pada plat seramik yang ergonomik. Dengan tangki air berkapasiti 270ml, seterika ini juga dilengkapi dengan butang semburan air untuk melembapkan jenis-jenis kedutan yang degil jika perlu. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran air yang akan menyebabkan kerosakan pada pakaian anda kerana sistem anti-drip pada seterika ini menghalang daripada sebarang kebocoran. Semua kelebihan ini boleh didapati dengan harga semurah RM 159.00. Pastinya ia sebuah pembelian berbaloi untuk anda.

Kelebihan Tefal Express Steam Iron FV2843:

  • Penghasilan wap tanpa henti sebanyak 45g per minit.
  • Penghasilan wap melalui steam boost sehingga 210g
  • Plat tapak seramik untuk peluncuran efisyen
  • Penghasilan wap sekata yang ergonomik
  • Janakuasa 2600w untuk kepanasan yang cepat
  • Sistem anti-drip

Kekurangan Tefal Express Steam Iron FV2843:

  • Tiada auto-off
  • Kabel power cord pendek

Info Tefal Express Steam Iron FV2843:

Kuasa : 2600 w
Kapasiti penghasilan wap: 45g per minit
Wap tambahan (Boost): 210g
Plat tapak: Seramik
Kapasiti tangki air: 270ml
Harga: RM 159.00

Panasonic 1550W Cordless Steam Iron NI-WL30VSK

Panasonic 1550W Cordless Steam Iron NI-WL30VSK
Panasonic 1550W Cordless Steam Iron NI-WL30VSK ini adalah sebuah seterika tanpa wayar yang bebas dan mudah digunakan. Anda boleh menggerakkannya ke pelbagai arah tanpa perlu memikirkan tentang wayarnya. Tapak platnya mempunyai bentuk tirus pada kedua-dua arah hujungnya dan berbentuk simetri, jadi pergerakan seterika ini tidak terbatas dan lebih efisyen dalam menggosok pakaian anda melalui beberapa sudut yang sukar untuk dilakukan oleh model seterika lain. Seterika ini juga di rekabentuk dengan aspek keselamatan dan kestabilan, ia hanya perlu diletakkan pada tapak asasnya yang lebih stabil apabila tidak digunakan. Ini akan mengurangkan risiko daripada seterika terkena kulit atau tubuh anda, serta jatuh daripada papan menggosok. Ianya lebih selamat jika dibandingkan dengan reka bentuk konvensional. Selain daripada penggunaan di atas papan menggosok, seterika ini juga boleh digunakan secara menegak. Anda hanya perlu menekan butang yang disediakan untuk menghasilkan wap tambahan (steam boost) bagi mengurangkan kedutan-kedutan yang degil. Tangki air bagi seterika berkapasiti 120ml sahaja tetapi ianya dibuka dan dipasang. Dengan sistem anti-drip, pastinya tidak akan ada sebarang kebocoran pada seterika ini.

Kelebihan Panasonic 1550W Cordless Steam Iron NI-WL30VSK:

  • Tanpa wayar
  • Tapak plat berbentuk tirus dan simetri untuk pergerakan tanpa batas
  • Mempunyai tapak asas
  • Boleh digunakan secara menegak
  • Tangki air mudah alih
  • Sistem anti-drip

Kekurangan Panasonic 1550W Cordless Steam Iron NI-WL30VSK:

  • Kapasiti penghasilan wap hanya 10g per minit
  • Kapasiti tangki air kecil
  • Tiada auto-off

Info Panasonic 1550W Cordless Steam Iron NI-WL30VSK:

Kuasa : 1300 – 1550 w
Kapasiti penghasilan wap: 10g per minit
Wap tambahan (Boost):
Plat tapak: Silver titanium
Kapasiti tangki air: 120ml
Harga: RM 267.00

Electrolux 2400 watt UltimateCare 500 steam iron

Electrolux 2400 watt UltimateCare 500 steam iron
Mempunyai keseimbangan haba, wap dan tekanan yang sempurna, Electrolux 2400 watt UltimateCare 500 steam iron ini boleh digunakan dan panas sepenuhnya dalam masa 30 saat. Penggunaan material Glissium pada tapak platnya menjadikan seterika ini anti-calar, mudah diluncurkan dan mempunyai penghasilan wap yang sekata melalui lubang-lubang yang banyak. Terdapat empat mod yang telah di pra tetapkan pada seterika ini seperti linen, cotton, wool dan delicate yang secara automatiknya menghasilkan wap bergantung kepada fabrik yang ingin digosok. Apabila suhu terlalu rendah untuk menghasilkan wap, sistem anti-drip pada seterika ini akan membantu dalam menghentikan pembekalan air bagi mengelakkan sebarang kebocoran yang akan merosakkan pakaian. Penghasilan wap pada seterika ini adalah sebanyak 40g per minit dan wap tambahan (steam boost) pada kadar 160g. Cukup tinggi dan efisyen untuk menggosok baju dengan lebih cepat. Buat anda yang mencari seterika berwap yang mempunyai prestasi berbaloi dengan harganya, anda boleh dapatkan seterika ini denga harga cuma RM 169.00 sahaja.

Kelebihan Electrolux 2400 watt UltimateCare 500 steam iron:

  • Boleh digunakan seawal 30 saat
  • Tapak plat material Glissium
  • Empat mod pra tetap
  • Sistem anti-drip
  • Penghasilan wap 40g per minit

Kekurangan Electrolux 2400 watt UltimateCare 500 steam iron:

  • Kapasiti tangki air kecil
  • Tiada auto-off

Info Electrolux 2400 watt UltimateCare 500 steam iron:

Kuasa : 2400 w
Kapasiti penghasilan wap: 40g per minit
Wap tambahan (Boost): 160g
Plat tapak: Glissium
Kapasiti tangki air: 0,33 L
Harga: RM 169.00

Elba Steam Iron ESI-N1852(PP) – Dry / Spray/ Steam

Elba Steam Iron ESI-N1852(PP) - Dry / Spray/ Steam
Harganya murah tetapi berprestasi tinggi, Elba Steam Iron ESI-N1852(PP) adalah sebuah seterika berwap yang mempunyai tiga fungsi iaitu menggosok secara kering, secara semburan air ataupun wap. Mempunyai tangki air yang melekat pada seterika dan bukannya jenis mudah alih, anda hanya perlu mengisi air pada lubang yang telah disediakan. Plat tapak pada seterika ini menggunakan material yang anti melekat, jadi anda tidak perlu risau untuk menggosok sebarang jenis fabrik. Untuk pergerakan yang lebih maksimum, seterika ini menggunakan kabel power cord yang mampu dipusingkan sehingga 360 darjah, jadi ini tidak akan mengehadkan keupayaan seterika untuk menggosok baju pada sudut-sudut yang sukar. Bagi mengawal kepanasan, seterika ini juga dilengkapi dengan butang yang boleh mengawal suhu mengikut kehendak anda berserta dengan lampu indikator sebagai petunjuk kepada anda ketika menggosok baju. Dari segi keselamatan, seterika ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang terbaik kerana ia akan tertutup secara automatik apabila seterika terlebih panas.

Kelebihan Elba Steam Iron ESI-N1852(PP) – Dry / Spray/ Steam:

  • Harga murah
  • Tiga fungsi
  • Plat tapak anti lekat
  • Kabel power cord 360 darjah
  • Butang kawalan suhu
  • Perlindungan keselamatan

Kekurangan Elba Steam Iron ESI-N1852(PP) – Dry / Spray/ Steam:

  • Tiada anti-drip, mudah bocor

Info Elba Steam Iron ESI-N1852(PP) – Dry / Spray/ Steam:

Kuasa : 1830 – 2180 w
Kapasiti penghasilan wap:
Wap tambahan (Boost):
Plat tapak: Anti Lekat
Kapasiti tangki air:
Harga: RM 79.00

Penggunaan seterika berwap adalah perlu bagi memudahkan urusan anda untuk menggosok pakaian lebih-lebih lagi dalam keadaan anda perlu cepat untuk urusan harian anda. Seterika konvensional sentiasa menjadi masalah buat mereka yang mementingkan penampilan pada pemakaian. Kedutan akan lebih kelihatan ketara apabila seterika kurang panas, namun apabila ianya terlampau panas dikhuatiri akan merosakkan fabrik dan material yang digosok. Jadi jelaslah bawah solusi pada masalah ini adalah dengan menggantikan seterika konvensional dengan seterika berwap. Ianya lebih cepat, mudah dan berkesan. Pastinya tiada lagi kedutan kecil atau degil pada pakaian anda.

Dalam memilih seterika berwap, anda perlu menekankan aspek keselamatan dan kestabilan. Lakukan penilaian dan perbandingan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Tidak salah jika anda berbelanja lebih untuk mendapatkan seterika berwap yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti auto-off kerana seringkali terjadi apabila seseorang terlupa untuk menutup suis seterika setelah menggunakannya, ia membawa kepada perkara serius yang lain seperti litar pintas dan kebakaran.



Related posts