Permainan Berbaloi! Ini 5 Pilihan Games Hebat Yang Mungkin Anda Terlepas Untuk 2022

Permainan dan hobi


Terdapat beberapa platform permainan di negara kita yang paling popular antaranya adalah desktop, konsol Sony PlayStation 4 (PS4) dan Microsoft XBOX (XBOX). Antara ketiga-tiga platform berkenaan, konsol PS4 boleh dikatakan paling popular memandangkan ia mudah untuk diuruskan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal seperti desktop dan ia menjadi pilihan utama kebanyakan kaki game pada waktu ini.

Genre permainan paling popular untuk ketiga-tiga platform ini pastinya jenis ‘Battle Royale’ dalam kalangan peminat game dan ia umpama pisang goreng panas apabila sentiasa menjadi pilihan juga rebutan. Ia juga adalah mod pilihan untuk kebanyakan pembangun permainan memandangkan genre terbabit tidak pernah mengecewakan jika ia dijual di pasaran. Untuk itu, ini antara judul permainan atau game paling popular, hebat serta berbaloi untuk dimiliki pada tahun 2022.

AC: Valhalla – Dawn of Ragnarok

Peminat sekuel permainan Assassin’s Creed (AC) pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki lanjutan kandungan daripada siri AC: Valhalla – Dawn of Ragnarok. Kandungan permainan ini telah dilancarkan pada 10 Mac 2022 lalu dan ia adalah pek lanjutan yang boleh dibeli secara berasingan dengan judul asas AC:Valhalla.

Pemain juga akan menerima pek khas iaitu ‘Twilight Pack’ yang mengandungi beberapa barangan termasuk senjata khas. Menyentuh berhubung kandungan lanjutan berkenaan, watak utama AC:Valhalla iaitu Eivor akan memainkan watak sebagai Odin iaitu Dewa Norse dan berdepan dengan musuh epik seperti Surtr.

Ini adalah kandungan lanjutan utama dalam tahun kedua siri AC:Valhalla berkenaan sekali gus membawa pemain ke dalam senario mitos Vikings. Sejak siri AC dilancarkan buat pertama kali pada 2007, siri berkenaan sudah dijual lebih 155 juta permainan di seluruh dunia sekali gus diiktiraf sebagai salah satu siri paling popular.

Kelebihan AC: Valhalla – Dawn of Ragnarok

  • Dunia baharu untuk diterokai begitu menarik
  • Kemahiran baharu yang dimiliki watak-watak
  • Sudut mitologi dimainkan dengan baik
  • Berbaloi untuk pemain solo

Kekurangan AC: Valhalla – Dawn of Ragnarok

  • Jalan cerita pendek

Spesifikasi AC: Valhalla – Dawn of Ragnarok

Penerbit: Ubisoft
Genre: Aksi, Pengembaraan
Bahasa: English
Platform Microsoft Windows, PlayStation 4, Playstation 5, Xbox One, Xbox Series S, Xbox Series X, Google Stadia, Amazon Luna

Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge

Siapa tidak tahu Teenage Mutant Ninja Turtles? Generasi 90an pasti tidak asing dengan animasi dan filem yang satu ini. Teenage Mutant Ninja Turtles kembali diadaptasi ke dalam game versi terbaru dengan judul ‘Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge’.

Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge dikembangkan oleh Tribute Games dan diterbitkan oleh Dotemu. Tribute Games merupakan juga merupakan pembangun bagi siri game popular Scott Pilgrim vs the World: The Game. Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge diinspirasikan dari arkad permainan yang diperkenalkan tahun 1991 iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles: Turtles In Time.

Dari mula permainan, gameplay hingga jalan cerita, Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge hampir sama dengan siri sebelumnya. Namun yang membezakan siri terkini dengan terdahulu adalah Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge boleh dimainkan sehingga empat orang player dengan format multiplayer co-op.

Gaya seni klasik pixelated 16-bit Teenage Mutant Ninja Turtles: Berlatar belakangkan Kota New York hingga Dimensi-X, Shredder’s Revenge pasti membuat para pemain terkenang siri lama yang penus nostalgia. Keempat-empat watak utama dalam game ini memilki kemampuan gerakan dan menyerang yang berbeza

Kelebihan Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge

  • Visual menarik
  • Audio yang cemerlang
  • Pertempuran pantas
  • Boleh dimainkan sehingga 4 orang pemain

Kekurangan Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge

  • Jalan cerita pendek

Spesifikasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge

Penerbit: H2 Interactive Co., Ltd.
Genre: Aksi
Bahasa: English, Chinese (Simplified), Chinese (Traditional), English, Korean
Platform PS4

Rider Republic

Bagi peminat sukan lasak dan adrenalin tinggi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba game Rider Republic yang menampilkan tema serta elemen sukan lasak pelbagai mod. Menerusi Riders Republic, pemain boleh mencuba apa saja sukan bermula daripada berbasikal menuruni jalan berbukit curam sehingga kepada luncur udara tanpa sebarang masalah.

Rider Republic menggunakan latar tempat sebenar iaitu landskap taman negara Amerika Syarikat antaranya di Bryce Canyon, Yosemite Valley, Zion, Canyonlands, Mammoth Mountain dan Grand Teton. Pemain juga boleh bersama-sama dengan rakan di dalam mod Multiplayer antaranya Mass Race, Versus, Tricks Battle dan Free for All. Riders Republic ini juga menampilkan konsep karier kepada pemain untuk menempa nama dalam pelbagai disiplin sukan lasak dan setiap perlumbaan yang dimenangi akan menerima hadiah naik taraf perkakas sukan. Ia juga bukan sekadar mod perlumbaan malah pemain boleh melakukan ‘tricks’ ketika berlumba dan semakin bahaya aksi yang dilakukan, pemain akan menerima markah yang tinggi.

Kelebihan produk

  • Ciri sosial yang menyeronokkan
  • Skil berbasikal, ski dan papan luncur hebat
  • Lokasi sebenar yang sangat terperinci
  • Boleh melakukan ‘tricks’ untuk mengumpul mata

Kekurangan produk

  • Isu teknikal sama belum diperbetulkan

Spesifikasi produk

Penerbit: Ubisoft
Genre: Sukan, Aksi – Open World
Bahasa: FULL (Audio + Menus + Subtitles): English, French, German | TEXT ONLY (Menus + Subtitles): English, French, Italian, German, Spanish, Polish, Russian, Portuguese (Brazilian), Japanese, Korean, Traditional Chinese, Simplified Chinese
Platform PC Windows, PS4, PS5, Google Stadia, Xbox One, Xbox Series X & Xbox Series S

Far Cry 6

Far Cry 6 membawa tema perjuangan, revolusi menentang kekejaman dan inovasi persenjataan. Latar tempat untuk sekuel baharu Far Cry ini menggunakan negara kepulauan fiksyen yang diinspirasikan daripada Cuba yang terdiri daripada beberapa pecahan daerah di sekitar Yara.

Untuk menyukarkan pemain, setiap bentuk inovasi persenjataan memerlukan bahan khusus dan ia boleh didapati di sekitar kepulauan Yara. Far Cry 6 yang menampilkan konsep dunia terbuka juga bijak mengambil peluang eksplorasi berkenaan serta menambah beberapa ciri kesukaran untuk memberi keterujaan kepada pemain.

Pemain boleh menunggang kuda, menaiki helikopter dan kapal terbang sehingga kepada kereta yang dimodifikasi lengkap dengan senjata termasuk kereta kebal. Setiap pemilihan berkenaan mampu memberi kelebihan kepada corak permainan dan paling utama adalah Far Cry 6 boleh dimainkan secara bersama atau ‘Co-Op’ dengan rakan.

Kelebihan Far Cry 6

  • Banyak pilihan senjata
  • Menampilkan konsep dunia terbuka
  • Naratif penceritaan yang baik
  • Kesan grafik berada pada tahap tersendiri

Kekurangan Far Cry 6

  • Dialog berulang apabila bergerak dengan watak lain

Spesifikasi Far Cry 6

Penerbit: Ubisoft
Genre: Aksi-pengembaraan
Bahasa:
Platform Luna, Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Stadia, Xbox One, Xbox Series X/S

Monster Hunter World

Permainan Monster Hunter World ini menampilkan konsep pengembaraan dan boleh dianggap game yang sesuai dimainkan sepanjang zaman. Ia menduduki carta muat turun paling tinggi memandangkan PS4 menawarkan judul berkenaan secara percuma kepada pemilik akses PSPlus. Permainan berkenaan menampilkan konsep RPG atau Role Playing Games dengan pemandangan pemain perspektif ketiga dan ia adalah sebuah judul pengembaraan.

Sesuai dengan judul Monster Hunter World, pemain akan memburu raksasa berlainan kelas serta keupayaan dan anda pasti merasakan ia satu judul permainan yang sangat menyeronokkan. Pemain Monster Hunter World perlu meluangkan masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menewaskan raksasa berdasarkan kepada keupayaan senjata yang dipakai oleh karakter pemain.

Kelebihan Monster Hunter World

  • Berpuluh-puluh raksasa baru yang hebat
  • Perburuan paling mencabar
  • Latar belakang dunia raksasa yang menarik

Kekurangan Monster Hunter World

  • Beberapa gangguan masih belum diperbaiki

Spesifikasi Monster Hunter World

Penerbit: Capcom
Genre: Aksi (Role-Playing Games)
Bahasa: English, Chinese (Simplified), Chinese (Traditional), English, Korean
Platform PlayStation®4, Xbox One, PC (Steam)

Hujung minggu atau waktu senggang adalah masa paling sesuai untuk ‘kaki games’ menghabiskan masa berjam-jam untuk bermain sebarang judul permainan kegemaran atau memuat turun judul baharu untuk menghabiskan masa.

Peminat game juga ditawarkan dengan beberapa jenis perkhidmatan antaranya adalah XBOX Game Pass yang menawarkan ratusan judul serta genre permainan atau game kegemaran masing-masing. Ia menggunakan kaedah pembayaran bulanan dengan kadar mampu milik dan pengguna diberikan akses menyeluruh untuk memuat turun mana-mana permainan yang dihajati.



Related posts