Istimewa Ramadan – Grinders, Blenders Dan Mixer Yang Wajib Ada Di Dapur Anda
Memasak bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya apabila anda perlu membuat persediaan untuk berbuka atau sahur sepanjang Ramadan. Samada anda seorang tukang masak profesional atau seorang suri rumah yang memasak untuk keluarga, pastinya anda memerlukan persekitaran kondusif yang mampu mempengaruhi mood anda untuk menghasilkan masakan yang enak.
Selain daripada pemilihan bahan yang berkualiti daripada pasaran seperti, sayur-sayuran, rempah ratus dan beberapa bahan-bahan mentah, perkakas dapur juga turut memainkan peranan penting dalam memberikan kelancaran kepada proses memasak anda. Di antara perkakas dapur yang penting dan perlu ada di dapur anda ialah grinders (pengisar), blenders (pengisar) serta mixer (pengadun).
Perkakas-perkakas ini sangat membantu anda dalam menyediakan bahan-bahan sebelum anda mula memasak. Anda tidak perlu lagi menggunakan perkakas manual seperti lesung batu yang akan mengambil masa yang agak lama. Serta ianya sangat efisien dan memudahkan segala urusan memasak anda. Terdapat banyak jenama-jenama yang menawarkan grinders, blenders dan mixer dengan kelebihan masing-masing di pasaran. Tapi khas untuk anda yang sentiasa perlukan yang terbaik, kami senaraikan 5 model grinders, blenders dan mixer yang wajib ada di dapur ada.
Istimewa Ramadan 2023 – 5 Model Grinders, Blenders Dan Mixer Yang Wajib Ada Di Dapur Anda
Panasonic 700 W Glass Jug Blender MX-MG5351WSK
Panasonic bukanlah satu jenama yang asing di Malaysia. Sebagai sebuah jenama yang sinonim dengan perkakas elektrik, Panasonic juga tidak ketinggalan dalam menawarkan blender multifungsi yang sangat minimalis tetapi berprestasi tinggi. Selain daripada mengisar bahan-bahan mentah serta sayur-sayuran, pengisar ini juga mampu mengisar ais serta jus buah-buahan yang sihat menerusi dua jenis bekas kisaran iaitu menggunakan jag 2L dan mill. Dengan kuasa 700 W, bilah pengisar pada Panasonic 700 W Glass Jug Blender MX-MG5351WSK yang unik ini mampu mengisar makanan secara sekata walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Bentuk jag yang conical pula sangat membantu dalam peredaran bahan-bahan yang dikisar, tidak akan ada sisa makanan yang terkecuali kerana bahan-bahan yang terpercik ke dinding jag akan terus meluncur jatuh ke bilah pengisar. Penggunaan mill yang bermaterialkan kaca pula adalah untuk pengisaran bahan-bahan basah (sambal, cili boh) dan kering (rempah ratus, beras). Dengan bilah pengisar yang efektif, kelajuan pengisar juga boleh dikawal melalui mod kisaran yang telah ditetapkan termasuk mod mencuci pengisar setelah digunakan.
Kelebihan Panasonic 700 W Glass Jug Blender MX-MG5351WSK
- Jenama yang terkenal
- Dua mod kisaran, jag dan mill
- Mampu mengisar bahan-bahan secara sekata walaupun sedikit
- Kelajuan bilah pengisar boleh dikawal
Kekurangan Panasonic 700 W Glass Jug Blender MX-MG5351WSK
- Tiada aksesori tambahan
- Tiada program preset
Spesifikasi Panasonic 700 W Glass Jug Blender MX-MG5351WSK
Nama Pengisar | Panasonic 700 W Glass Jug Blender MX-MG5351WSK |
---|---|
Kapasiti | 2 L |
Berat | 3.3 Kg |
Saiz | 186 mm x 425 mm x 200 mm |
Harga | RM 239.00 |
Breville BCG200 The Coffee & Spice Grinder
Breville BCG200 adalah sebuah pengisar khusus untuk mengisar biji kopi dan herba serta rempah ratus. Pengisar kecil yang serba ringkas ini mempunyai bekas bahan kisar yang mudah alih serta senang dicuci. Bekas bahan kisar yang berkapasiti 75 gram ini pula bermaterialkan stainless steel dengan tujuan untuk meminimalkan pencampuran perasa pada bahan-bahan yang dikisar bersama. Ini adalah sangat penting dalam mengekalkan kesegaran pada biji kopi, herba serta rempah ratus yang dikisar. Bersaiz kecil dengan kuasa 200 watt, ia mengisar dengan ketajaman bilah stainless steel dengan penggunaan kuasa dari 220 hingga 240 volts. Cara menggunakan pengisar ini juga sangat mudah menggunakan konsep press & release, anda hanya perlu menekan butang apabila hendak mengisar dan melepaskan butang apabila selesai. Kecil, padat dan minimalis, Breville BCG200 The Coffee & Spice Grinder cukup sesuai untuk anda yang cintakan kopi, herba dan rempah ratus
Kelebihan Breville BCG200 The Coffee & Spice Grinder
- Minimalis
- Khas untuk pecinta kopi, herba dan rempah ratus
- Material stainless steel
- Butang konsep press & release
Kekurangan Breville BCG200 The Coffee & Spice Grinder
- Tiada aksesori tambahan
- Tiada program preset
- Kapasiti kecil
- Khusus untuk kopi, herba serta ratus sahaja
Spesifikasi Breville BCG200 The Coffee & Spice Grinder
Nama Pengisar | Breville BCG200 The Coffee & Spice Grinder |
---|---|
Kapasiti | 75 gram |
Saiz | 117 mm x 117 mm x 201 mm |
Harga | RM 249.00 |
Mini Blender Garlic Chopper
Mini blender garlic chopper adalah sebuah pengisar mudah alih serbaguna bersaiz kecil, menggunakan kuasa bateri dan berupaya untuk mengisar bahan-bahan seperti bawang putih, halia, lada, sayur-sayuran, buah-buahan serta daging dalam kuantiti yang sedikit. Dengan kapasiti 250 ml bagi sekali kisaran, ia mempunyai 3 bilah pengisar yang tajam untuk mengisar dengan lebih cepat dan efektif. Pengisar ini juga mampu untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda kerana ia dikuasakan dengan bateri 1300mAh. Dengan sekali pengecasan bateri pengisar ini mampu bertahan selama 2 hingga 4 minggu bergantung kepada cara dan kekerapan penggunaan anda. Dari segi keselamatan pula pengisar ini diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat seperti ABS berkualiti tinggi, PP, PC, food-grade cup body serta plastik tanpa toksik menjadikan ianya selamat untuk digunakan. Tidak seperti pengisar lain yang menggunakan konsep press & release serta preset, cara penggunaan pengisar ini sangat mudah. Anda hanya perlu tekan pada butang untuk mula mengisar dan lepaskan, tekan semula butang tersebut untuk menghentikannya. Mudah dan efektif kan? Dan yang paling menarik, tidak perlu risau tentang tempat simpanan kerana pengisar ini boleh disimpan, dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja.
Kelebihan Mini Blender Garlic Chopper
- Bersaiz kecil, mudah alih dan mudah disimpan
- Menggunakan bateri yang tahan lama
- Cara penggunaan yang sangat mudah
- Material daripada bahan-bahan yang selamat
Kekurangan Mini Blender Garlic Chopper
- Tiada aksesori tambahan
- Tiada program preset
- Kapasiti terlalu kecil, hanya 250ml
Spesifikasi Mini Blender Garlic Chopper
Nama Pengisar | Mini Blender Garlic Chopper |
---|---|
Kapasiti | 250 ml |
Berat | 263 gram |
Saiz | 9 cm x 9 cm x 12 cm |
Harga | RM 14.50 |
Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender
Untuk kualiti mengisar yang maksimum, Tefal menawarkan sebuah model pengisar tangan yang mempunyai 16 mod kelajuan serta teknologi bilah pengisar yang unik dinamakan sebagai Optitouch. Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender berpotensi untuk mengisar dengan lebih efektif bersesuaian dengan segala jenis tekstur bahan-bahan yang dikisar. Dengan reka bentuk yang ergonomik, ia memberikan lebih keselesaan kepada tangan anda yang memegang dan lebih mudah untuk anda memastikan pengisaran yang sekata dan sempurna. Teknologi Activflow pada pengisar ini menampilkan penggunaan 4 bilah pengisar yang besar dibahagikan kepada dua jenis, 2 bilah lurus dan 2 bilah yang melengkung untuk prestasi pengisaran yang lebih optimum. Selain itu, bahagian bilahnya turut dilengkapi dengan anti-splash guard iaitu pelindung untuk mengelakkan daripada sisa-sisa makanan yang dikisar terpercik daripada bekas yang berkapasiti 800 ml ataupun chopper yang berkapasiti 500 ml.
Kelebihan Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender
- 16 mod kelajuan bersesuaian dengan semua jenis tekstur
- Ergonomik
- Teknologi Activflow utk pengisaran yang sekata dan sempurna
- Anti-splash guard
Kekurangan Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender
- Tiada program preset
Spesifikasi Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender
Nama Pengisar | Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender |
---|---|
Kapasiti | 800 ml |
Berat | 200 gram |
Harga | RM 219.00 |
Simplus Meat Grinder Food Processor Blender Mincer
Jika anda mencari pengisar yang berkapasiti besar dan boleh mengisar bahan-bahan dalam kuantiti yang banyak. Pengisar inilah yang anda cari. Berkapasiti 2 L, Simplus Meat Grinder Food Processor Blender Mincer ini mampu mengisar 1kg daging dalam satu masa yang sama. Dikuasakan dengan motor 300W, pengisar ini mempunyai 4 bilah pengisar stainless steel berbentuk S yang diperbuat daripada material yang selamat. Ia mempunyai 2 mod kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut jenis bahan yang anda kisar iaitu mod perlahan untuk bahan-bahan yang lembut dan mod laju untuk bahan-bahan yang keras. Material bagi bekas kisaran bagi pengisar ini adalah sangat tebal iaitu mangkuk kaca berketebalan 7mm yang mudah dibasuh. Apa yang menarik bagi pengisar ini ialah ia turut mementingkan faktor keselamatan pengguna, ia akan dimatikan secara automatik sekiranya panas akibat penggunaan yang terlampau lama dan melebihi had. Keseluruhan material bagi pengisar ini diperbuat daripada bahan-bahan selamat yang mengikuti piawaian material food-grade, jadi tiada masalah untuk anda menyediakan makanan untuk anak dan bayi kecil melalui pengisar ini.
Kelebihan Simplus Meat Grinder Food Processor Blender Mincer
- Kapasiti besar
- Mempunyai 4 bilah pengisar
- Dua mod pengisar
- Mangkuk kaca setebal 7mm
- Pengisar dimatikan secara automatik sekiranya terlampau panas
Kekurangan Simplus Meat Grinder Food Processor Blender Mincer
- Tiada aksesori tambahan
- Jenama kurang dikenali
Spesifikasi Simplus Meat Grinder Food Processor Blender Mincer
Nama Pengisar | Tefal HB8338 Optitouch 16 Speed Control Hand Blender |
---|---|
Kapasiti | 2 L |
Berat | 2.1 Kg |
Saiz | 31 cm x 21 cm x 16 cm |
Harga | RM 59.00 |
Penggunaan pengisar dan pengadun adalah sangat sinonim dengan masakan. Ia sangat membantu dalam menjimatkan masa dan mempercepatkan proses memasak anda. Terdapat pelbagai jenis pengisar yang ditawarkan di pasaran dengan rangkaian harga dan kelebihan tersendiri. Ada yang ringkas dan minimalis, ada juga yang lebih berteknologi malah ada yang menawarkan aksesori tambahan. Berjenama atau tidak, murah atau mahal, kesesuaian dan keselesaan itu hanya dapat dirasai oleh anda sendiri sebagai pengguna.
Apa yang penting, ciri-ciri keselamatan juga perlu diambil kira. Ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan kecil atau serius terjadi ketika anda sedang memasak. Amatlah penting untuk anda mengambil tahu serba sedikit berkenaan dengan material dan komponen-komponen elektrik yang ada pada pengisar sebelum anda membuat pembelian.