Penyelesaian Pemakanan Lebih Mudah: Beli Online Bekas Makan Pintar Automatik Di Malaysia
Selain menjadi peneman setia, haiwan peliharaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada kehidupan pemiliknya. Haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab, atau hamster terbukti memiliki banyak kelebihan jika dijaga dengan baik. Membela haiwan peliharaan dapat menyemai sifat bertanggungjawab dalam diri kerana haiwan peliharaan memerlukan perhatian dan penjagaan rapi daripada individu yang membelanya. Mengetahui cara asas penjagaan haiwan peliharaan yang betul termasuk jadual pemberian makan dan memiliki kawasan sekitar yang selesa adalah perkara utama yang perlu anda fikirkan sebelum mempunyai haiwan peliharaan. Justeru, dengan maklumat yang lengkap, anda akan lebih bersedia untuk memeliharanya.
Ini kerana, haiwan peliharaan adalah benda hidup yang mempunyai keperluan sama seperti benda hidup lain perlu diberi perhatian. Malah anda juga bertangungjawab terhadap haiwan tersebut terutamanya waktu makan, walaupun anda tiada di hadapan mereka. Contohnya terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan dalam tempoh yang lama kerana keluar berkerja, bercuti atau pulang ke kampung ketika hari perayaan. Namun dengan teknologi hari ini, semua perkara dan masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kewujudan lima bekas makan pintar automatik khas untuk binatang peliharaan seperti di bawah pastinya memberi kemudahan dan kelegaan kepada si pemilik atau mungkin bakal pemilik yang ingin memelihara haiwan comel. Jom semak bekas makan pintar automatik ini!
KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L
Sebagai pemilik haiwan peliharaan, memiliki bekas makanan pintar seperti KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L adalah sangat dicadangkan. Tidak perlu risau jika ingin meninggalkan haiwan kesayangan anda sendirian di rumah, kerana dengan KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L haiwan anda pasti tidak kelaparan. KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L boleh diakses melalui telefon pintar dari jauh atau hanya membuat tetapan automatik tempoh untuk haiwan anda makan tepat pada masanya. Dengan KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L boleh diprogramkan sehingga 10 hidangan setiap hari, dan setiap hidangan mempunyai 1 hingga 20 bahagian 0.4 oz.
Pengeluar bekas ini menyatakan kuantiti makanan yang lebih kecil pada frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L adalah lebih baik untuk kesihatan haiwan peliharaan. Kapasiti KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L boleh memenuhi keperluan makanan untuk haiwan seperti seekor kucing atau anjing kecil selama 20 hingga ke 30 hari. KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L direka dengan bentuk bebas sekatan dengan pengeluaran makanan pada sudut 40 darjah yang lancar.
Kelebihan KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L
- Salur makanan untuk maksimum 30 hari berterusan
- Mudah dibersihkan
- Material tahan lasak dan tahan karat
- Aturan masa boleh dilaras menggunakan peranti pintar
Kekurangan KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L
- Sukar ditemui dipasaran biasa
Spesifikasi KALADO Smart Automatic Cat Feeder 3.8L
Saiz/ Isipadu | 3.8L |
---|---|
Tempoh Jaminan | 1 tahun |
Harga | RM224.17 |
Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L
Xiaomi bukan sahaja mencipta kemudahan peranti untuk manusia, malah untuk kesenangan binatang peliharaan kalian. Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L dihasilkan dengan material tahan karat seberat 3kg sahaja. Melalui aplikasi Mijia, Mi Home atau Xiaomi Home pemilik boleh mengawal masa dan kuantiti makanan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, ketika waktu makan si comel kesayangan walaupun dari jauh. Selain menggunakan aplikasi, anda juga boleh menyediakan pelan tetapan secara automatik untuk menambah makanan. Ia lebih berguna jika anda seringkali terlupa atau sibuk dengan urusan di luar atau dalam rumah.
Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L hanya sesuai untuk makanan jenis kering beku atau pellet heterogen dengan diameter saiz 5mm ke 12mm sahaja. Sekiranya jumlah simpanan makanan pada Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L berkurangan, sistem lampu pemantau pada produk ini akan menyala dan memberi amaran pada pemilik. Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L boleh memenuhi keperluan makanan untuk haiwan seperti seekor kucing atau anjing kecil selama 15 hingga ke 20 hari.
Kelebihan Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L
- Salur makanan untuk maksimum 15 hingga 20 hari berterusan
- Tempat simpan makanan jenis kedap udara
- Material tahan lasak dan tahan karat
- Aturan masa boleh dilaras menggunakan peranti pintar
Kekurangan Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L
- Hanya untuk makanan kering sahaja
Spesifikasi Xiaomi Mijia Smart Pet Feeder Food Dispenser Automatic Feeding Machine 3.6L
Saiz/ Isipadu | 3.6L |
---|---|
Tempoh Jaminan | 12 bulan |
Harga | RM228.00 |
Aqara Smart Pet Feeder C1
Aqara Smart Pet Feeder C1 antara bekas makan pintar automatik untuk haiwan peliharaan yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lepas dan bakal berada di pasaran pelbagai negara. Dengan saiz 4 liter, Aqara Smart Pet Feeder C1 boleh memenuhi keperluan makanan untuk haiwan arnab, seperti seekor kucing atau anjing kecil sekitar 16 cawan hidangan. Beg desiccant yang disertakan pada Aqara Smart Pet Feeder C1 memastikan makanan kekal rangup dan bebas serangga perosak.
Diperbuat daripada besi tahan karat, Aqara Smart Pet Feeder C1 mudah dibersihkan Aqara Smart Pet Feeder C1 memerlukan sambungan rangkaian Wi-Fi 2.4 gigahertz yang selamat untuk Hab M2/ M1S/ E1/M1S Gen2 dan Hab Kamera. Muat turun aplikasi Aqara Home, agar pemilik dapat mengawal Aqara Smart Pet Feeder C1 dari pelbagai destinasi walaupun berada ratusan batu jauhnya dari rumah atau melalui arahan suara dengan Siri, Alexa atau Google Assistant. Aqara Smart Pet Feeder C1 juga disokong dengan tetapan automatik serta kamera khas dan mikrofon untuk memantau sama ada haiwan peliharaan anda telah makan juga tahap kapasiti baki makanan dalam bekas yang masih ada.
Kelebihan Aqara Smart Pet Feeder C1
- Peranti sangat senyap
- Mudah dibersihkan
- Mudah akses dan konfigurasi
- Sandaran bateri tersedia sekiranya berlaku kegagalan kuasa
Kekurangan Aqara Smart Pet Feeder C1
- Pembesar suara mempunyai kelantangan rendah
Spesifikasi Aqara Smart Pet Feeder C1
Saiz/ Isipadu | 4L |
---|---|
Tempoh Jaminan | 1 Tahun |
Harga | RM499.00 |
LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder
Jika anda mempunyai lebih daripada seekor binatang peliharaan atau bersaiz besar, LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder dicadangkan kerana memiliki saiz bekas yang besar iaitu 6 liter. Dengan saiz yang lebih besar, LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder juga memberikan lebih keselesaan kepada haiwan yang memiliki badan yang agak besar untuk menjamu selera. Dengan tetapan kamera, mikrofon dan wifi, LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder boleh memantau sukatan makanan yang telah dijamah haiwan peliharaan kalian selain menyemak baki makanan yang masih tinggal. Selain itu, pemilik juga boleh berkomunikasi dengan si comel walaupun pada jarak jauh. Setiap hari, LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder mampu memberi makan sehingga 6 kali mengikut beberapa pilihan sukatan. LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder hanya sesuai untuk makanan jenis kering beku atau pellet heterogen dengan diameter saiz 8mm ke 15mm sahaja.
Kelebihan LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder
- Mudah dibersihkan
- Mangkuk boleh tanggal
- Mempunyai kunci keselamatan
- Sesuai untuk haiwan bersaiz besar atau banyak
Kekurangan LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder
- Untuk indoor sahaja
Spesifikasi LOKI 6L WIFI or HD Camera Automatic Pets Feeder
Saiz/ Isipadu | 6L |
---|---|
Tempoh Jaminan | Tidak dinyatakan |
Harga | RM298.00 |
7.5L WIFI + HD Camera Automatic Smart Food Dispenser Feeder with Android and IOS App Control
Jika saiz 6 liter masih tidak mencukupi, maka bekas makan pintar jenama 7.5L WIFI + HD Camera Automatic Smart Food Dispenser Feeder with Android and IOS App Control adalah dicadangkan. Bersaiz sebesar 7.5 liter, bekas pintar automatik ini dilengkapi dengan rakaman gambar dan video lebih jelas dengan kawalan suara yang lebih lantang dan kuat untuk memantau haiwan ketika waktu makan. 7.5L WIFI + HD Camera Automatic Smart Food Dispenser Feeder with Android and IOS App Control boleh diakses melalu telefon pintar dari jauh atau hanya membuat tetapan automatik tempoh untuk haiwan anda makan tepat pada masanya. Ia boleh diprogramkan dari telefon jenis android atau IOS sehingga 10 hidangan setiap hari dengan memenuhi keperluan makanan untuk haiwan selamat 7 ke 10 hari. Selain menggunakan aplikasi, anda juga boleh menyediakan pelan tetapan secara automatik untuk menambah makanan. Ia lebih berguna jika anda seringkali terlupa atau sibuk dengan urusan di luar rumah.
Kelebihan 7.5L WIFI + HD Camera Automatic Smart Food Dispenser Feeder with Android and IOS App Control
- Akses mudah kepada makanan
- Pemberian makanan yang fleksibel berdasarkan berat dan umur haiwan kesayangan
- Serangga sukar masuk
- Saiz besar
Kekurangan 7.5L WIFI + HD Camera Automatic Smart Food Dispenser Feeder with Android and IOS App Control
- Kamera hanya bahagian atas sahaja
Spesifikasi 7.5L WIFI + HD Camera Automatic Smart Food Dispenser Feeder with Android and IOS App Control
Saiz/ Isipadu | 7.5L |
---|---|
Tempoh Jaminan | 6 Bulan |
Harga | RM428.00 |
Binatang peliharaan adalah haiwan yang dijinakkan untuk dijadikan teman, perlindungan atau hiburan. Namun, sedarkah anda bahawa memiliki binatang peliharaan bermakna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan haiwan berkenaan dan bukan hanya sekadar memeliharanya sahaja? Sebagai pemilik, anda bertanggungjawab memastikan haiwan yang dibela cukup makan, sihat, bersih dan gembira. Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda mempertimbangkan untuk memiliki haiwan peliharaan. Pertimbangkan juga mengenai sejauh mana anda dapat memenuhi komitmen terhadap haiwan berkenaan. Perhatikan semula jadual harian anda dan fikirlah, adakah masih mempunyai masa yang cukup untuk memberi makan serta menjaga haiwan terbabit. Jika ada kekangan masa untuk memberikan makan, boleh dapatkan bekas makan pintar automatik khas untuk haiwan kesayangan hari ini!
Jangan sesekali abaikan atau buang haiwan peliharaan semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang ada. Nasib haiwan peliharaan yang dibuang atau diabaikan itu boleh menjadikan lebih buruk. Orang ramai perlu dididik supaya jangan sewenang-wenangnya membuang haiwan peliharaan mereka hanya semata-mata sudah tidak memerlukannya lagi.