Lindungi Kulit Anda: 5 Sunscreen Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore Berhampiran

Lindungi Kulit Anda: 5 Sunscreen Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore Berhampiran
Fesyen


Kulit adalah antara bahagian terpenting pada tubuh badan kita. Ia berfungsi sebagai sebuah pertahanan awal untuk melindungi diri daripada sebarang jangkitan kuman, jangkitan penyakit, sinaran ultraungu serta sebarang pencemaran. Ini menunjukkan bahawa penjagaan kulit sangat penting, namun masih ramai yang tidak menyedari kepentingannya dan masih mengambil sikap sambil lewa.

Ramai menganggap pemakaian sunscreen pada kulit adalah satu pilihan dan tidak penting. Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen adalah salah satu cara terbaik dalam mengekalkan kesihatan kulit anda. Selain mengurangkan risiko kanser kulit dan melambatkan penuaan, ia juga berfungsi dalam memperbaiki pelindung semula jadi kulit anda. Samada kulit anda berminyak ataupun kering, anda perlu menggunakan sunscreen untuk melindunginya. Lambakan produk sunscreen di pasaran pasti mengelirukan anda untuk memilih yang terbaik. Buat anda yang masih mencari-cari sunscreen yang sesuai, jom kita lihat senarai lima sunscreen terbaik yang boleh didapati di drugstore berhampiran anda.

BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen

BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen
BIORE UV Perfect Milk Cool adalah sebuah sunscreen yang perlu anda cuba. Ia adalah sebuah produk yang ideal untuk kegunaan harian dan mempunyai perlindungan tinggi terhadap sinaran UVA dan UVB. Diformulasikan dengan sensasi sejuk yang menyegarkan untuk keselesaan kulit anda, produk ini datang dengan tekstur ringan dan berangin. Wajah anda akan nampak lebih semulajadi kerana produk ini cepat kering dan meresap dengan sangat pantas serta mampu melembutkan kulit anda. Ditambah pula dengan perlindungan SPF 50+ & PA ++++ yang sangat efisien, anda tidak perlu risau lagi walaupun anda terdedah kepada cahaya matahari hampir setiap hari.

Selain kalis peluh dan kalis air, produk ini juga boleh bertahan dalam keadaan yang lasak. Walaupun kulit anda bersentuhan, formula tahan lasaknya menjadikan ianya tetap kekal pada kulit untuk memberikan perlindungan UV yang berterusan. Gabungan formulasi Vitamin E dan estrak kuman beras berfungsi sebagai primer pelembap yang mampu melicinkan kulit yang tidak sekata serta mencegah kekeringan kulit. Yang paling penting, produk ini tidak melekit, mudah disapu dan dibasuh serta tidak meninggalkan tompok putih pada kulit anda apabila anda menggunakannya.

Kelebihan BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen:

  • Ringan dan tidak melekit
  • Perlindungan SPF 50+
  • Tahan lasak
  • Formulasi Vitamin E & Estrak Kuman Beras
  • Tidak meninggalkan tompok putih
  • Mudah disapu dan dibasuh

Kekurangan BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen:

  • Bungkusan kecil (25 ML)
  • Mempunyai alkohol

Info BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen:

Nama Produk: BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen
Jenama: BIORE
Pek Bungkusan: Tub plastik 25 ML
Harga: RM 13.80

EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++

EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++
Bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian, sunscreen keluaran negara Indonesia yang diberi nama EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++ ini juga sesuai untuk digunakan buat anda yang menggemari aktiviti outdoor yang lasak. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan cepat meresap serta sentiasa efisien dalam melindungi kulit anda dari pendedahan UV. Diformulasikan dengan Estrak Daun Anggur, bahan ini dikenali sebagai bahan anti-pencemaran yang mempunyai mekanisme kerja antioksidan. Teksturnya sangat ringan dan memberikan rasa segar pada kulit anda apabila anda menggunakannya. Dengan SPF 45 PA+++, ia memberikan perlindungan menyeluruh kepada kulit anda tanpa ada perlu risau walaupun dalam keadaan yang lasak. Sunscreen ini sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira kulit kering, kusam, normal dan berjerawat kerana ia telah diuji secara dermatologi. Selain itu, ia juga hipoalergenik kerana terbukti tidak akan mendatangkan sebarang reaksi alergi atau iritasi. Dengan bungkusan tub plastik 30 ML, anda boleh mendapatkan produk ini dengan harga RM 21.50 sahaja.

Kelebihan EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++:

  • Sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor
  • Tahan lasak
  • Tekstur lembut dan cepat meresap
  • Formulasi Ekstrak Daun Anggur (Anti-Pencemaran)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Hipoalergenik

Kekurangan EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++:

  • SPF yang rendah
  • Mempunyai alkohol

Info EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++:

Nama Produk: EMINA Sun Battle SPF 45 PA+++
Jenama: EMINA
Pek Bungkusan: 30 ML
Harga: RM 21.50

L’OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector

L'OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector
Lindungi kulit anda daripada penuaan dengan L’OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector. Ia adalah salah satu daripada koleksi Sunscreen L’oreal Paris. Sunscreen ini mengandungi SPF 50+ & PA ++++ yang mampu memberikan perlindungan maksimum daripada UVA, UVB dan Long Range UV. Selain itu, ia juga diformulasikan dengan Antioksidan Vitamin CG, sebuah kandungan optimal yang dapat merawat radikal bebas yang terbentuk daripada sinaran UV cahaya matahari ataupun asap rokok dari persekitaran.

Selain itu, sunscreen ini juga dilengkapi dengan Apricot Pigment yang meresap secara optimal dengan kulit, sehingga mampu mencerahkan kulit yang kusam dan membuat warna kulit lebih sekata dan bercahaya. Sunscreen ini sesuai dengan kulit yang mempunyai tona tidak sekata. Teksturnya yang tidak berminyak lebih menyegarkan kulit anda dan mengelakkan anda daripada rasa terganggu. Selain itu, produk yang boleh didapati dalam pek bungkusan 50ML ini juga tidak melekit, tidak berkilat dan tidak akan meninggalkan tompok-tompok putih apabila anda menggunakannya.

Kelebihan L’OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector:

  • Mengandungi SPF 50+ & PA ++++
  • Formulasi Antioksidan Vitamin CG
  • Formulasi Apricot Pigment
  • Sesuai dengan kulit tona tidak sekata
  • Pek bungkusan besar (50ML)

Kekurangan L’OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector:

  • Harga agak mahal
  • Mempunyai alkohol

Info L’OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector:

Nama Produk: L’OREAL UV Defender Correct & Protect UV Serum Protector
Jenama: L’OREAL
Pek Bungkusan: 50 ML
Harga: RM 62.10

NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++

NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++
Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50+ PA+++ with Helioplex™ ini merupakan salah satu sunscreen pilihan kerana ianya mudah meresap, tidak melekit dan mempunyai tekstur yang ringan. Sunscreen ini diformulasikan dengan Helioplex yang berfungsi untuk melindungi kulit anda secara menyeluruh serta melawan sinaran UVA dan UVB. Sunscreen yang boleh didapati dalam tub plastik berkapasiti 88 ml ini kalis air sehingga 80 minit, jadi anda tidak perlu risau jika anda berpeluh atau terkena air akibat aktiviti outdoor. Teksturnya yang tidak berminyak juga menjadikan sunscreen ini sgt sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat serta kulit sensitif kerana ia tidak akan menutupi lubang pori-pori.

Berbeza dengan sesetengah sunscreen, produk ini tidak mempunyai sebarang bau-bauan bagi mengelakkan sebarang reaksi alergi atau iritasi pada kulit yang sensitif. Dan ia juga diyakini kerana telah diuji terlebih dahulu secara dermatologi. Dengan kapasiti kandungan yang besar dan banyak, anda boleh mendapatkan sunscreen ini dengan harga dari RM 39.90 sahaja. Sangat berbaloi untuk anda miliki.

Kelebihan NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++:

  • Mengandungi SPF 50+ & PA ++++
  • Formulasi Helioplex
  • Kapasiti tub plastik 88ML
  • Tidak berminyak, tidak melekit dan meresap cepat
  • Tidak akan menutupi lubang pori-pori
  • Diuji secara dermatologi

Kekurangan NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++:

  • Mempunyai alkohol

Info NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++:

Nama Produk: NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++
Jenama: NEUTROGENA
Pek Bungkusan: 88 ML
Harga: RM 39.90

WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++

WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++
Produk sunscreen keluaran WARDAH yang diberi nama WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++ ini sememangnya terkenal kerana bebas dari alkohol dan disahkan halal. Ia mempunyai tekstur seperti losyen yang ringan dan tidak melekit. Ia diformulasi dengan teknologi Aquafused yang melepaskan kandungan air secara perlahan ke dalam kulit anda menjadikan kulit muka anda terasa segar sentiasa seperti air dan mengelakkan kulit anda daripada terhidrasi. Dengan SPF 50, sunscreen ini memberikan perlindungan maksimum kepada kulit anda dari sinaran cahaya UVA, UVB dan juga Bluelight. Selain itu, terdapat juga kandungan bahan lain seperti bisabol yang dikenali sebagai anti-penuaan serta mampu meredakan kemerahan pada kulit akibat iritasi dan juga alergi. Sunscreen ini juga mampu melindungi kulit anda daripada ancaman radikal bebas daripada persekitaran anda yang terbuka selain tidak akan menyumbat liang pori-pori menjadikan ianya sesuai untuk digunakan pada kulit yang berminyak dan berjerawat. Ia juga diyakini selamat untuk apa sahaja jenis kulit kerana ia terbukti telah diuji secara dermatologi.

Kelebihan WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++:

  • Mengandungi SPF 50+ & PA ++++
  • Teknologi Aquafused
  • Kandungan bisabol; anti-penuaan
  • Tidak berminyak dan tidak melekit
  • Tidak akan menutupi lubang pori-pori
  • Tiada alkohol
  • Diuji secara dermatologi

Kekurangan WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++:

  • Bungkusan kecil (30 ML)

Info WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++:

Nama Produk: WARDAH UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 & PA ++++
Jenama: WARDAH
Pek Bungkusan: tub plastik 30 ML
Harga: RM 18.00

Cuaca panas yang tidak menentu ketika ini sangat membimbangkan. Kulit anda memerlukan perlindungan yang maksimum kerana ia terdedah secara terus dengan sinaran UV cahaya matahari. Jadikan penggunaan sunscreen wajib untuk anda. Jangan memandang perkara ini dengan menganggap ia hanyalah pilihan. Pilih Sunscreen yang mempunyai tahap perlindungan tertinggi daripada sinaran UV cahaya matahari. Ia mestilah mudah diserap dan mempunyai SPF lebih daripada 30 ke atas.

Yang paling penting, anda perlu menyemak kandungan bahan yang digunakan pada produk sunscreen sebelum anda membuat pilihan. Kenali dahulu jenis kulit anda, samada kering, berminyak atau berjerawat. Memilih sunscreen yang salah akan menyebabkan kulit anda lebih mudah terdedah dengan iritasi dan alergi.



Related posts