Senyuman Bersama Suguhan Aiskrim Terbaik: Eksplorasi 5 Varian Terhangat di Malaysia

Senyuman Bersama Suguhan Aiskrim Terbaik: Eksplorasi 5 Varian Terhangat di Malaysia
Gaya hidup


Perasaan sedih, stress dan tekanan boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental. Disebabkan itu, ramai yang mencadangkan agar mengambil ‘makanan yang memberikan keselesaan’ atau comfort food seperti aiskrim agar dapat meredakan sedikit perubahan fisiologi akibat daripada cabaran hidup yang dihadapi.

Pengambilan aiskrim ketika fasa ‘tidak gembira’ mampu memberi senyuman dengan perasaan nostalgik, keseronokan, peningkatan emosi, dan nilai sentimental kepada seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia merawat emosi negatif dengan memakan aiskrim sekali gus bakal memberi kepuasan segera walaupun untuk sementara.

Ketika ini, terdapat pelbagai jenama dan perisa aiskrim yang ditawarkan kepada peminat aiskrim. Pastinya perisa yang dekat dengan rakyat Malaysia seperti NESTLÉ®️ Nestle Boba Brown Sugar Ice Cream, Magnum Matcha Crumble Ice Cream, Polar Cherry Blossom Ice Cream, Wall’s Ovaltine Dark Choc Crunchy dan NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream sentiasa menjadi pilihan agar senyuman dapat terukir dengan gembira. Jom sebarkan senyuman di Malaysia dengan merasai lima perisa aiskrim baharu yang terhangat di pasaran.

NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream

NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream
Bagi peminat Boba, Nestle memperkenalkan aiskrim khas untuk kalian yang begitu istimewa untuk dinikmati seisi keluarga. NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream, aiskrim penuh berkrim dengan sos gula perang digabungkan bersama boba kenyal yang pastinya ‘meletup-letup’ di dalam ruang mulut. Setiap gigitan dan suapan NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream pasti meninggalkan senyuman yang terindah di bibir dek kelazatan dan kenikmatan rasa yang diberikan. NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream memiliki gabungan tekstur lembut berkrim dengan warna kuning pastel diselangi gula perang serta boba warna gelap.
Rasanya yang lazat serta unik seakan pemanis mulut ‘cendol’ premium! Disediakan dalam bekas tube kedap udara bersaiz 750ml, dari jauh NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream mudah untuk dikenali kerana warna kuning yang menarik perhatian. Mendapat pengiktirafan Halal, NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream dihasilkan mengikut standard piawai pemakanan yang dikawal seliar dan teratur. Bagi mereka yang memang menitikberatkan kualiti makanan yang terbaik memang wajib cuba NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream. Sudah pastilah ini merupakan satu gabungan yang cukup sempurna.

Kelebihan NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream:

  • Rasa gula perang penuh berkrim
  • Gabungan boba yang kenyal
  • Bekas aiskrim yang menarik dan berwarna ceria
  • Diiktiraf Halal

Kekurangan NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream:

  • Gula perang agak manis

Spesifikasi NESTLÉ®️ Boba Brown Sugar Ice Cream:

Isipadu/ Berat: 750ml
Kandungan: Tidak Dinyatakan
Harga: RM11.99

Magnum Matcha Crumble Ice Cream

Magnum Matcha Crumble Ice Cream
Peminat aiskrim ‘kayangan’ Magnum pasti teruja untuk mencuba pelbagai variasi rasa Magnum baharu yang terhangat, antaranya Magnum Matcha Crumble Ice Cream. Magnum Matcha Crumble Ice Cream disaluti coklat Belgium dengan kepingan biskut shortbread yang rangup. Gabungan luar biasa ini menawarkan simfoni tekstur dan perisa yang benar-benar meningkatkan pengalaman menikmati aiskrim. Magnum Matcha Crumble Ice Cream dihasilkan menggunakan bahan-bahan terbaik dan premium.
Setiap batang Magnum Matcha Crumble Ice Cream terkandung glesitin soya, susu, kacang tanah, telur dan bijirin. Ia telah mendapat inspirasi daripada budaya Timur iaitu negara Jepun yang unik sering mengamalkan penggunaan teh hijau dalam rutin harian pemakanan juga minuman. Penghasilan Magnum Matcha Crumble Ice Cream melalui tahap kualiti, inovasi dan mutu kawalan yang dikawal selia dengan ketat juga bersih untuk menjamin hasil yang terbaik. Magnum Matcha Crumble Ice Cream turut dijual dalam pek bersaiz sebenar dan pek bersaiz mini.

Kelebihan Magnum Matcha Crumble Ice Cream

  • Disaluti coklat Belgium premium
  • Hadir dengan kepingan biskut shortbread rangup
  • Bahan utama, teh hijau terbaik
  • Melalui tahap kualiti, inovasi dan mutu kawalan ketat dan bersih

Kekurangan Magnum Matcha Crumble Ice Cream:

  • Tidak sesuai untuk individu alergik soya, tenusu dan kekacang

Spesifikasi Magnum Matcha Crumble Ice Cream:

Isipadu/ Berat: 70g
Kandungan: Coklat (Gula, Mentega Koko, Jisim Koko, Tepung Susu Penuh, Lemak Susu, Lesitin Soya, Perisa), Gula, Pepejal Susu (Susu Tepung, Serbuk Whey), Minyak Kelapa, Maltodekstrin, Penstabil (Gam Kacang Belalang, Guar Gum, Karagenan), Pengemulsi (Mono dan digliserida asid lemak), Perisa, Pewarna.Magnum Mini Matcha Bahan: Coklat (Gula, Mentega Koko, Jisim Koko, Susu Tepung Penuh, Lemak Susu, Lesitin Soya, Perisa), Gula, Pepejal Susu ( Tepung Susu Skim, Serbuk Whey), Minyak Kelapa, Maltodekstrin, Serbuk Teh Matcha, Sirap Glukosa, Penstabil ( Gum Kacang Belalang, Guar Gum, Karagenan), Pengemulsi (Mono dan digliserida asid lemak), Pewarna, Perisa.
Harga: RM5.50

POLAR Cherry Blossom Ice Cream

POLAR Cherry Blossom Ice Cream
POLAR jenama aiskrim dengan harga berpatutan tampil dengan idea menarik untuk pelanggan setianya. Kali ini, ia hadir dalam bentuk aiskrim mewah yang digelar sebagai POLAR Cherry Blossom Ice Cream. POLAR Cherry Blossom Ice Cream merupakan aiskrim premium disalut dengan coklat putih dan badam berkualiti tinggi menjadi pilihan seisi keluarga sekaligus membangkitkan keceriaan bersama. Paling menarik, POLAR Cherry Blossom Ice Cream telah mengekalkan rasa asli dari Jepun untuk memenuhi citarasa ramai. POLAR Cherry Blossom Ice Cream memberikan gabungan tekstur yang unik dan rasa enak bila dinikmati. Nyata kelainannya menghadirkan kegembiraan dan keceriaan.
Diperbuat daripada bahan premium yang sebenar memberikan satu rasa yang sangat mengasyikkan! Selain dijual secara berasingan per batang, POLAR Cherry Blossom Ice Cream turut boleh didapati dalam pek khas menawarkan para penggemar aiskrim sehingga 26 batang setiap pek untuk dibawa pulang dengan cermat. POLAR Cherry Blossom Ice Cream boleh dinikmati dalam apa jua keraian tampil dengan warna ikonik merah jambu kekal dalam spektrum premium yang dinaik taraf bagi menonjolkan kepimpinan jenama tersebut dalam perisa-perisa berinovatif dan pengalaman yang mengujakan.

Kelebihan POLAR Cherry Blossom Ice Cream:

  • Disalut coklat putih dan badam berkualiti tinggi dan premium
  • Mengekalkan rasa asli dari Jepun
  • Harga berpatutan
  • Mendapat pengiktirafan Halal

Kekurangan POLAR Cherry Blossom Ice Cream:

  • Tidak sesuai untuk individu alergik soya, tenusu dan kekacang

Spesifikasi POLAR Cherry Blossom Ice Cream:

Isipadu/ Berat: 80ml
Kandungan: Air, Salutan Coklat Putih Dengan Badam Panggang, Gula, Susu Tepung, Olein Inti Sawit, Sirap Glukosa, Lemak Sayuran dan Garam
Harga: RM3.20

Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy

Wall's Ovaltine Dark Chocolate Crunchy
Sejuk diikmati serta lazat dirasai, itulah sensasi gandingan Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy. Wall’s dan Ovaltine telah bekerjasama sekali lagi untuk melancarkan Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy. Sebelum ini mereka telah melancarkan siri Wall’s Ovaltine Crunchy Pop pada tahun 2021 dan telah mendapat permintaan yang tinggi. Kali ini, Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy sekali lagi telah menakluk dunia aiskrim di Malaysia dengan rasa salutan coklat hitam gabungan bersama malt putih dan kepingan Ovaltine yang rangup.
Jangan ketinggalan untuk menikmati Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy baharu dengan kelazatan kombinasi aiskrim berperisa mewah untuk dinikmati bersama. Dengan setiap gigitan Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy, anda bakal dikejutkan dengan curahan campuran sos coklat hitam bersama vanila yang terletak di bahagian dalam dasarnya. Tidak hairanlah jika aiskrim Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy ini menjadi pilihan ramai. Setiap perisa memberi pengalaman yang berbeza dan lazat sekaligus memuaskan deria rasa. Memang syok! Sekali makan, mesti nak lagi.

Kelebihan Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy:

  • Dihasilkan dengan coklat hitam premium
  • Mudah ditemui di pasaran
  • Harga berpatutan
  • Memiliki pensijilan Halal

Kekurangan Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy:

  • Perlu simpan beku di bawah -18˚C

Spesifikasi Wall’s Ovaltine Dark Chocolate Crunchy:

Isipadu/ Berat: 72g
Kandungan: Tidak Dinyatakan
Harga: RM4.00

NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream

NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream
Nescafe antara minuman kegemaran ramai dan boleh dikatakan, ia merupakan perasa minuman ekslusif. Hari ini kebanyakan daripada minuman jenama terkenal telah diinovasi menjadi aiskrim, tidak ketinggalan Nescafe telah pun melancarkan produk terbaru berupa aiskrim. Gabungan rasa NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream cukup sempurna, lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama rakan-rakan peminat kopi tegar yang lain. Segar terasa, tak sedar sekelip mata habis dimakan sekelip mata. NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengubah mood seseorang itu menjadi lebih baik.
Keseimbangan sempurna NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream yang lembut bersama krim vanila sangat lazat dengan tekstur mewah, lembut dan halus. Menggunakan kacang Arabika, NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream disaluti ganache lembut. Pada bahagian dalamnya pula terdapat kelazatan seimbang antara aiskrim vanilla dan kopi Nescafé Gold. Cara terbaik untuk menikmati NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream adalah dengan menggigit setiap lapisan bersama. Salutan kopi di bahagian luar akan cair dalam mulut bersama dengan aiskrim di bahagian dalam untuk mendapatkan rasa yang luar biasa. Lebih kopi, lebih nikmat!

Kelebihan NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream:

  • Khas untuk peminat kopi
  • Menggunakan kacang Arabika premium
  • Bertekstur lembut dan halus
  • Mudah ditemui di pasaran

Kekurangan NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream:

  • Sentiasa simpan suhu beku di bawah -20°C

Spesifikasi NESCAFÉ GOLD Cappuccino Ice Cream:

Isipadu/ Berat: 85ml
Kandungan: Lemak dan Minyak Sayuran (Kelapa, Canola, Palma), Gula Perang dan Gula, Susu Pepejal (Susu Lembu), Sirap Glukosa, Buah-buahan dan Pekatan Tumbuhan (Safflower, Spirulina, Lobak, Epal, Blackcurrant), Serbuk Kopi Segera, Pengemulsi (Lecithin Soya), Penstabil, Perasa, Gluten, Kacang Tanah, Kacang Pokok dan Telur
Harga: RM4.90

Aiskrim antara pencuci mulut kesukaan ramai apatah lagi ketika dinikmati dalam pelbagai keadaan. Selain rasanya yang enak untuk membangkitkan mood yang gembira, aiskrim juga dijadikan ‘ubat’ penyembuh untuk kesakitan. Lazimnya, orang dewasa dan kanak-kanak tidak terkecuali mengalami masalah ulser yang boleh menyebabkan radang atau susah makan. Jadi untuk legakan daripada kesakitan dan mengurangkan luka, memakan aiskrim seperti di atas boleh mengurangkan tekanan pada bahagian terjejas kerana fungsi aiskrim yang sejuk.

Di sebalik keenakannya, rasa dingin aiskrim juga mungkin boleh mencetuskan sensasi yang mengundang kepada rasa ngilu pada gigi dan sakit di kepala. Namun anda tidak perlu bimbang kerana itu reaksi saraf terhadap sifat dingin aiskrim yang normal.



Related posts