Online Hijab Hunt: Ini 5 Tudung Trendy Dengan Kualiti Terbaik Sesuai Bajet Anda
Fesyen bertudung di Malaysia seakan tidak pernah berhenti, malah industri tudung juga terus berkembang. Lihat sahajalah masa kini, terdapat lambakkan jenama tudung dengan pelbagai gaya di pasaran. Hal ini menunjukkan permintaan untuk fesyen bertudung masih tinggi.
Tudung kini dianggap sebagai elemen penting untuk penampilan bergaya, dan dengan bajet yang berpatutan, pembelian tudung secara dalam talian menjadi lebih mudah dengan pelbagai pilihan pencarian dan pembelian, serta promosi dan penghantaran percuma yang menjadikan tudung terjangkau. Bentuk mungkin serupa, tetapi kualiti dan populariti tudung ditentukan oleh tona warna dan bahan fabrik yang digunakan oleh setiap jenama. Jika anda seorang gadis yang sentiasa berupaya memastikan penampilan harian anda bergaya, mari lihat pilihan tudung ini.
Alhumaira
Alhumaira dibuka pada tahun 2010, telah berada di barisan hadapan dalam industri fesyen Muslimah secara online di Malaysia sejak kedai blog pertamanya.Jenama ini menampilkan tudung yang sedia dipakai dengan harga yang berpatutan. Anda pasti tidak akan bosan kerana koleksi tudungnya dilancarkan secara berkala untuk memenuhi keperluan terkini fesyen muslimah.
Kelebihan Alhumaira:
- Material berkualiti
- Mudah digosok
- Pelbagai pilihan dari anak tudung, instant shawl ke selendang dengan pelbagai corak terkini
- Selesa dan tampak kemas dipakai
Kekurangan Alhumaira:
- Keluaran popular cepat habis
Info Alhumaira:
Website/ Media sosial: | https://alhumaira.com/ |
---|---|
Harga: | Harga bermula dari RM 19- RM 100 |
Carlanisa
Carlanisa memahami kepentingan hijab sebagai satu bentuk ekspresi diri. Jenama ini menggabungkan gaya tradisional dengan moden bagi mencipta kelainannya tersendiri. Antara koleksinya adalah ‘instant shawl seminit’ yang sesuai untuk anda yang mahu kelihatan bergaya dalam tempoh yang sangat pantas. Koleksi instant shawl dari Carlanisa ini sangat bagus untuk kegunaan rutin, pakaian pejabat malah ketika travel.
Kelebihan Carlanisa:
- Fabrik tidak panas
- Tidak mudah berkedut
- Mudah dipakai
- Sesuai untuk ketika travel atau kegunaan harian
- Warna dan fabrik dari kualiti terbaik
- Harga sangat murah
Kekurangan Carlanisa:
- Tidak banyak pilihan bercorak
Info Carlanisa:
Website/ Media sosial: | https://carlanisa.com/ |
---|---|
Harga: | Harga bermula dari RM 17.99 |
HAWWA by Fifarasol
Fifarasol ialah antara jenama fesyen Malaysia ditubuhkan sejak 2016 lagi. Boleh dikatakan gaya yang ditonjolkan menerusi jenama ini lebih lembut dan ekspresif, sesuai untuk wanita muslimah. Mereka mempunyai pereka tersendiri yang menjadikan semua koleksi ini sangat eksklusif. Tudung keluaran Fifarasol terdiri daripada tudung bawal atau ‘square shawl’. Menarik lagi, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
Kelebihan HAWWA by Fifarasol:
- Koleksi eksklusif dengan pereka fesyen tersendiri
- Mudah dipakai
- Sesuai untuk ketika travel atau kegunaan harian
- Warna dan fabrik dari kualiti terbaik
Kekurangan HAWWA by Fifarasol:
- Tidak mempunyai koleksi shawl/selendang
Info HAWWA by Fifarasol:
Website/ Media sosial: | https://www.fifarasol.com/collections/hawwa-scarves |
---|---|
Harga: | Harga bermula dari RM 29 |
Hermanas.my
Jenama Hermanas ini bermaksud sisters atau kakak dalam bahasa latin. Ha, unik tak? Maksudnya sesuailah untuk sisters di luar sana yang mahukan tudung trendy dan versatile. Jenama ini berpangkalan di Kota Damansara, Selangor dan boleh juga dibeli secara dalam talian. Bawal yang dikeluarkan diberi suntikan segar sesuai untuk jiwa muda, yang mahu kelihatan ayu dan cantik.
Kelebihan Hermanas.my:
- Jenama agak terkenal
- Material selesa dipakai
- Pelbagai corak moden dan terkini
Kekurangan Hermanas.my:
- Kurang pilihan tidak bercorak
Info Hermanas.my:
Website/ Media sosial: | https://www.hermanas.my/ |
---|---|
Harga: | Harga bermula dari RM 39 – RM 89 |
Hayda
Kalau anda peminat pelakon terkenal Puteri Sarah, pasti anda kenal jenama ini kan! Buka je website Hayda sudah terpampang muka aktres tersebut yang menjadi model bagi salah satu keluaran tudungnya. Apa yang menarik adalah, Hayda menawarkan pelbagai jenis tudung termasuk bawal chiffon printed, sauk printed, bawal cotton, bawal luna exclusive, dan shawl turban. Corak yang dikeluarkan juga menarik dan kelihatan cantik walaupun ianya tudung instant.
Kelebihan Hayda:
- Harga sangat berpatutan
- Jenama agak terkenal
- Material selesa dipakai
- Pelbagai corak moden dan terkini
Kekurangan Hayda:
- Banyak corak menarik kehabisan stok
Info Hayda:
Website/ Media sosial: | https://hayda.com.my/v1/ |
---|---|
Harga: | Harga bermula dari RM 25 – RM 40 |
Antara tips untuk menguasai gaya hijab melayu moden adalah dengan bereksperimentasi dengan warna yang berbeza untuk dipadankan dengan pakaian anda. Sesekali tampil dengan warna kontra, mampu menonjolkan diri anda. Namun pastikan koordinasi warna tersebut sesuai okay. Penggunaan aksesori seperti kerongsang dan pin juga boleh menambah keceriaan pada penampilan anda.
Jangan takut untuk memadankan gaya tudung Melayu tradisional dengan pakaian fesyen kontemporari untuk penampilan yang unik. Apa yang penting, adalah yakin dengan fesyen yang digayakan!