5 ‘Top Picks’ Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Anda

Peralatan mudah alih dan aksesori


Wireless mouse atau tetikus tanpa wayar semakin mendapat tempat di hati pengguna. Ianya mudah digunakan dan lebih praktikal jika anda berada di luar ofis atau rumah. Bayangkan jika terpaksa menyiapkan tugasan di luar, sudahlah tiada meja yang selesa, ruang yang ada diserabutkan dengan wajar tetikus anda. Kan pening tu? Penggunaan tetikus berwayar juga memerlukan penjagaan rapi agar wayarnya tidak putus atau rosak.

Zaman dah berubah, jom kita ‘upgrade’ tetikus yang ada. Terdapat dua jenis sambungan yang digunakan iaitu Bluetooth atau disambung menggunakan dongle USB. Ini antara pilihan tetikus tanpa wayar terbaik ada di pasaran:

Logitech Wireless Gaming Mouse G304 LightSpeed

Logitech Wireless Gaming Mouse G304 LightSpeed
Tetikus ini menggunakan HERO sensor iaitu sensor optik baru yang direka oleh Logitech G untuk kuasa 10 kali ganda kecekapan. G304 adalah tetikus permainan tanpa wayar LIGHTSPEED yang direka untuk prestasi serius dengan inovasi teknologi terkini. Jangka hayat baterinya juga adalah Ultra panjang dan mampu bertahan sehingga 250 jam. Tetikus ini sangat ringan dengan berat 99 gram dan direka dengan 6 butang yang boleh diprogramkan. Walaupun ia direka lebih kepada fungsi gaming, namun ia juga boleh digunakan sebagai tetikus untuk kegunaan biasa.

Kelebihan

  • Reka bentuk yang selesa dan anggun
  • Ciri tanpa wayar yang hebat
  • Mudah untuk digunakan
  • 6 butang boleh diprogramkan
  • Boleh berfungsi dari jarak 10 kaki

Kekurangan

  • Tiada sambungan Bluetooth
  • Memerlukan bateri AA

Spesifikasi

Bateri AA
Sambungan Dongle USB
Berat 99 g
Harga RM 140 – RM 200

Xiaomi Mi Portable Mouse

Xiaomi Mi Portable Mouse
Ramai yang inginkan reka bentuk tetikus yang kelihatan canggih dan premium kerana ianya lebih menarik. Xiaomi Mi Portable Mouse direka untuk tahan lasak kerana ia diperbuat daripada plastik premium dan juga aluminium. Lebih unik, tetikus ini mampu menyambung dua komputer serentak dengan menggunakan sambungan Bluetooth serta RF2.4G. Anda pasti tertarik kerana tetikus ini juga dilengkapi dengan sensor fotolistrik yang menerapkan teknologi laser canggih sehingga 1200 DPI yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan pejabat malah sesuai juga untuk gaming.

Kelebihan

  • Tahan lasak
  • Teknologi laser canggih
  • Ciri tanpa wayar yang hebat
  • Mudah untuk digunakan
  • Reka bentuk moden
  • Mempunyai bluetooth

Kekurangan

  • Memerlukan bateri AAA

Spesifikasi

Bateri AAA
Sambungan Bluetooth dan RF2.4G
Berat 77.5 g
Harga RM 60 – RM 85

HP Z3700 Wireless Mouse

HP Z3700 Wireless Mouse
Tetikus tanpa wayar HP mempunyai reka bentuk yang anggun dan kukuh. Ia telah direka bentuk dengan teknologi LED biru, yang membolehkan tetikus anda berfungsi pada permukaan yang lebih luas. Ia beroperasi pada bateri. Anda perlu memasangkan USB, menyambungkannya ke PC atau komputer riba anda, untuk menggunakan tetikus. Tetikus tanpa wayar HP, boleh berfungsi selama 16 bulan secara berterusan pada bateri AA. Ia telah direka untuk bekerja untuk jangka masa yang lebih lama. Ia datang dengan kelajuan optik, yang memberikan kelajuan dan ketepatan yang menakjubkan. Ia menyokong Windows 7, Windows 8, Windows 10, Mac OS 10.3 dan OS Chrome.

Kelebihan

  • Tahan lasak
  • Teknologi LED biru
  • Bateri tahan sehingga 16 bulan
  • Kelajuan optik
  • Mudah untuk digunakan
  • Reka bentuk moden
  • Mempunyai bluetooth

Kekurangan

  • Memerlukan bateri AA

Spesifikasi

Bateri AA
Sambungan Bluetooth
Berat 50 g
Harga RM 48 – RM 55

Lenovo 530 Wireless Mouse

Lenovo 530 Wireless Mouse
Tetikus tanpa wayar ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna comel untuk pengguna. Lenovo 530 Wireless Mouse membawakan optical sensor 1200 DPI dan pergerakan kursor amat lancar. Pasti sahaja ramai jatuh hati dengan rekaanya kompak dan ringan yang seberat hanya 65g. Menariknya, tetikus ini hanya menggunakan bateri AA tunggal dan mampu bertahan melebihi 12 bulan.

Kelebihan

  • Pilihan warna menarik
  • Sensor 1200 DPI
  • Bateri tahan sehingga 12 bulan
  • Mudah untuk digunakan
  • Reka bentuk moden

Kekurangan

  • Tiada Bluetooth

Spesifikasi

Bateri AA
Sambungan USB 2.4
Berat 65 g
Harga RM 39

Microsoft Bluetooth® Mobile Mouse 3600

Microsoft Bluetooth® Mobile Mouse 3600
Sesuai untuk anda yang bertangan kidal, tetikus tanpa wayar ini direka khas untuk kegunaan tangan kanan juga kiri. Microsoft Bluetooth® Mobile Mouse 3600 dilengkapi dengan BlueTrack Technology1 yang membolehkan anda menggunakannya di mana-mana sahaja, walaupun di atas bangku taman yang kasar atau permaidani ruang tamu. Baterinya juga mampu bertahan sehingga 12 bulan dan ia didatangkan dengan 3 pilihan warna. Antara fungsi menarik lainnya adalah, Roda skrol 4 hala untuk menavigasi ke atas, bawah, kiri dan kanan yang pasti memudahkan kerja anda.

Kelebihan

  • 3 Pilihan warna
  • Bateri tahan sehingga 12 bulan
  • Selesa digunakan tangan kanan juga kiri
  • Mudah untuk digunakan
  • Reka bentuk moden
  • Roda skrol 4 hala
  • Mempunyai bluetooth

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Bateri AA
Sambungan Bluetooth
Berat 63 g
Harga RM115 – RM 120

Tetikus tanpa wayar menggunakan bateri dan ianya adalah kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pengguna berbanding tetikus berwayar biasa. Tip menarik di sini, carilah tetikus tanpa wayar yang boleh berfungsi dengan bateri dalam tempoh yang lama.

Sesetengah tetikus mempunyai fungsi tambahan menarik, dan harga yang agak mahal. Kenal pasti tujuan kegunaan anda sebelum membeli agar ianya lebih berbaloi.



Related posts