Manjakan Kaki Dengan Urutan Sempurna: Ini 5 Mesin Urut Kaki Terlaris di Malaysia
Ramai individu yang bekerja dalam keadaan berdiri sepanjang hari, berjalan tanpa henti selain kerap menekan pedal brek apabila berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari antara punca kaki rasa terlalu sakit, lenguh, kejang dan sakit tumit. Tanpa mengira usia, setiap individu termasuk kanak-kanak hinggalah golongan berusia sering mengalami kesakitan pada kaki terutama sebelum tidur.