Kemasan Matte, Dewy atau Shimmer? Ini Bedak Compact Terbaik Untuk Solekan Lebih ‘Flawless’

Kemasan Matte, Dewy atau Shimmer? Ini Bedak Compact Terbaik Untuk Solekan Lebih ‘Flawless’
Fesyen


Bedak compact atau pressed powder adalah antara produk solekan asas yang perlu ada bersama anda pada setiap masa. Bedaknya lebih mampat agar ianya mudah digunakan ketika anda berada di luar. Tidak kira walau bagaimana hebatnya teknik solekan anda, namun jika anda berada di luar rumah, terdedah kepada cahaya matahari, kelembapan udara yang tidak menentu, kulit wajah akan berpeluh dan menjadi berminyak. Ia akhirnya akan merosakkan solekan jika tidak di touch up dengan segera.

Cara paling cepat, mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan bedak compact untuk mengekalkan atau memperbaiki solekan tersebut. Sesetengah bedak compact dihasilkan dengan pelbagai jenis formulasi terbaik agar solekan tampak lebih sempurna dan tahan lama. Sama ada kemasan matte, dewy atau shimmer? Pilihan di tangan anda. Jom lihat senarai terbaik bedak compact yang ada di pasaran ini.

Kemasan Matte, Dewy atau Shimmer? 5 Bedak Compact Terbaik Untuk Solekan Lebih ‘Flawless’

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder
Bedak compact Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder ini diformulasikan dengan serbuk mikro halus super mewah dengan zarah nano lembut yang mengaburkan garis dan ketidaksempurnaan untuk kulit tanpa cela dengan mudah. Teknologi yang digunakan menjadikan bedak ini sungguh ringan membenarkan kulit anda bernafas dengan mudah namun masih memberikan kemasan terbaik pada wajah anda. Kandungan Rose wax dan minyak badam bertujuan melembabkan kulit sepanjang hari agar solekan kekal sempurna dan tidak bercapuk.

Kelebihan Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder:

  • Bedak yang sangat halus dan ringan pada kulit
  • Jenama popular
  • Tidak menjadikan solekan bercapuk
  • Tahan sepanjang hari
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder:

  • Tidak banyak shade
  • Harga mahal

Info Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder:

Jenama: Charlotte Tilbury
Saiz: 8g
Jumlah shade: 4
Harga: RM232++

Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder

Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder
Bedak compact dari Bobbi Brown ini adalah antara yang terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit cepat berminyak. Ianya juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu memberi perlindungan sempurna agar kulit tampak lebih sekata dan matte. Produk ini diperkaya dengan vitamin E untuk memulihkan kulit, meratakan tona tidak sekata sambil meningkatkan seri semulajadi pada kulit wajah anda. Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder ini bebas daripada bahan seperti paraben, formaldehid, bahan-bahan yang berasal dari haiwan dan triclosan. Ianya mudah dibawa ke mana sahaja dan bertahan lama pada kulit.

Kelebihan Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder:

  • Mudah di blend
  • Ringan dan memudahkan kulit bernafas
  • Mampu bertahan sepanjang hari
  • Jenama popular
  • Tidak menjadikan solekan bercapuk
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder:

  • Harga mahal

Info Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder:

Jenama: Bobbi Brown
Saiz: 11g
Jumlah shade: 11
Harga: RM207++

NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder

NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder
Formulasi mewah ini digunakan secara sekata, mudah untuk di blend menjadikan solekan anda seakan natural. Teknologi fotokromatik menjadikan kulit dan solekan anda kelihatan sempurna di hadapan cahaya dan kamera. Light Reflecting Complex™ eksklusif NARS mengoptimumkan pantulan cahaya pada kulit dan mencipta kesan fokus lembut dengan memudarkan garis-garis halus, kedutan dan pori-pori secara optik. Menarik lagi, serbuk mineral mikrofine revolusioner dimuatkan dengan Gliserin dan Vitamin E antioksidan adalah untuk membantu melindungi daripada kekeringan, memastikan kulit anda selesa dan mengawal kilauan sepanjang hari.

Kelebihan NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder:

  • Jenama popular dan diminati ramai
  • Formulasi Light Reflecting Complex™ eksklusif NARS
  • Mudah di blend
  • Ringan dan memudahkan kulit bernafas
  • Mampu bertahan sepanjang hari
  • Tidak menjadikan solekan bercapuk
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder:

  • 1 shade sahaja

Info NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder:

Jenama: NARS
Saiz: 10g
Jumlah shade: 1
Harga: RM170

Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder SPF20

Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder SPF20
Bedak compact Laura Mercier ini bertekstur ringan dan bebas minyak mengaburkan garis antara kulit sebenar dan solekan. Ianya bersifat kalis air, ringan, serta sesuai dipakai sepanjang hari. Khas untuk anda yang mudah berpeluh dan kulit berminyak, produk dari Laura Mercier ini adalah antara yang terbaik. Ia juga diformulasikan dengan SPF20 melindungi kulit dari sinaran UV matahari.

Kelebihan Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder SPF20:

  • Menjadikan solekan lebih sempurna
  • Mempunyai SPF20
  • Mudah di blend
  • Ringan dan memudahkan kulit bernafas
  • Mampu bertahan sepanjang hari
  • Tidak menjadikan solekan bercapuk

Kekurangan Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder SPF20:

  • Kurang coverage

Info Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder SPF20:

Jenama: Laura Mercier
Saiz: 9.2g
Jumlah shade: 6
Harga: RM210

Chanel Les Beiges Powder

Chanel Les Beiges Powder
Chanel Les Beiges Powder ini diformulasikan dengan pelbagai ramuan terbaik agar solekan anda kekal sempurna sepanjang hari. Ia mengandungi formula yang menampilkan ekstrak bunga mawar putih dan ekstrak bunga kapas, kedua-duanya terkenal dengan kesan menenangkannya, serta bahan tahan lama yang lain, untuk solekan yang kekal dari pagi hingga petang.Teksturnya juga ringan dan memudahkan kulit anda bernafas walau dengan solekan.

Kelebihan Chanel Les Beiges Powder:

  • Rekaan elegan
  • Ringan dan memudahkan kulit bernafas
  • Pelbagai ramuan terbaik seperti ekstrak bunga mawar putih
  • Mampu bertahan sepanjang hari
  • Tidak menjadikan solekan bercapuk

Kekurangan Chanel Les Beiges Powder:

  • Harga mahal

Info Chanel Les Beiges Powder:

Jenama: Chanel
Saiz: 12g
Jumlah shade: 7
Harga: RM220

Untuk memperoleh riasan wajah yang sempurna, adalah penting untuk memilih alas bedak dan alas asas yang sesuai. Sebelum memilih alas bedak atau alas asas, pastikan untuk mengetahui jenis kulit anda untuk memilih formula yang tepat. Alas bedak lebih cocok untuk kulit berminyak, manakala alas asas lebih sesuai untuk kulit kering. Bagi mencapai hasil riasan yang lebih tahan lama, anda boleh menggunakan bedak penahan minyak dan menyapu bedak pada zona-zona berminyak sahaja. Setelah itu, sapukan alas asas menggunakan jari atau kuas dan pastikan ia diaplikasikan secara merata. Dengan menggunakan tips ini, anda akan memperoleh riasan yang flawless dan tahan lama sepanjang hari.

Jika anda ingin mencuba produk dengan jenama yang baru, pastikan anda tahu warna kulit ‘undertone’ terlebih dahulu. Kerana pemilihan warna atau shade yang betul akan menyerlahkan lagi solekan dan seri wajah anda.



Related posts