Klasik Dan Wangian Signature! Ini 5 Pilihan Minyak Wangi ‘Best Seller’ Untuk Wanita

Klasik Dan Wangian Signature! Ini 5 Pilihan Minyak Wangi ‘Best Seller’ Untuk Wanita
Fesyen


Mencari bauan atau wangian khas anda adalah seperti mencari pasangan yang sempurna. Ianya bukan mudah kerana wangian tersebut sebenarnya akan menjadi sebahagian daripada identiti anda. Dalam banyak-banyak jenama yang ada di pasaran, yang manakah wangian idaman hati anda? Untuk membantu anda mencari wangian terbaik, di bawah ini adalah 5 pilihan minyak wangi dengan bauan klasik dan signature paling popular di pasaran.

YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum

YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum
Ada yang mengklasifikasikan bauan YSL Black Opium ini sebagai bauan yang menggoda dan mewah. Ia merupakan wangian yang mampu meningkatkan personaliti diri anda. Dengan sedikit aroma kopi digabungkan dengan vanilla serta gabungan bunga melengkapkan wangian ini sehingga ianya antara wangian popular di pasaran sekarang. YSL Black Opium pastinya mampu membuatkan si dia lebih terpikat dengan anda. Ia juga sesuai dipakai untuk ke majlis atau waktu malam.

Kelebihan YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum

  • Sesuai untuk ke majlis-majlis istimewa
  • Bauan mewah dan menggoda
  • Pilihan popular di Malaysia

Kekurangan YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum

  • Bau agak overpowering

Info YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum

Jenama Yves Saint Laurent
Saiz 90ml
Jenis Minyak Wangi EDP
Harga RM 550

Chloe Vanilla Planifolia

Chloe Vanilla Planifolia
Dengan menggunakan pelbagai jenis bunga semula jadi ini, House of Chloé telah bekerjasama dengan pewangi terkenal untuk mencipta barisan Atelier des Fleurs. Koleksi asal sembilan minyak wangi telah diperluaskan untuk memperkenalkan tiga wangian baharu termasuk bauan vanila ini. Orkid planifolia dari mana ia berasal adalah bunga kuning dan putih yang cantik, dihadirkan dengan bauan lembut menjadikan gabungan ini begitu unik. Botol minyak wangi Chole Vanilla Planifolia ini juga sangat mewah pastinya kelihatan cantik di atas meja solek anda.

Kelebihan Chloe Vanilla Planifolia

  • Bauan bunga dan vanilla
  • Memberi mood ceria dan tenang
  • Botol cantik dan unik

Kekurangan Chloe Vanilla Planifolia

  • Wangian tiruan ditemui di pasaran

Info Chloe Vanilla Planifolia

Jenama Chloé
Saiz 150ml
Jenis Minyak Wangi EDP
Harga RM 978

Chanel N°5 Eau de Parfum

Chanel N°5 Eau de Parfum
N°5 merupakan wangian yang cukup klasik. Ia diinspirasikan daripada aroma bunga-bungaan dengan gabungan bunga utama iaitu violet, jasmine dan lily of the valey serta sedikit suntikan vanilla. Bauannya sungguh feminine dan lembut tetapi segar. Jenama ini sungguh popular dan merupakan antara minyak wangi terlaris di pasaran. Ia juga didatangkan dengan botol ikoniknya.

Kelebihan Chanel N°5 Eau de Parfum

  • Diinspirasikan daripada gabungan pelbagai jenis bunga
  • Wangian tahan lama
  • Jenama mewah dan popular
  • Botol ikonik

Kekurangan Chanel N°5 Eau de Parfum

  • Jika anda mencari bau yang unik, ini mungkin bukan untuk anda

Info Chanel N°5 Eau de Parfum

Jenama Chanel
Saiz 100ml
Jenis Minyak Wangi EDP
Harga RM 680

J’adore Parfum D’eau

J'adore Parfum D'eau
Wangian jenama terkenal worldwide, tapi tiada alkohol? Ha, itulah antara keunikan J’adore Parfum D’eau, iaitu teknologi pembuatan wangian berasaskan air. Ianya bukan proses yang mudah kerana setiap aspek pembuatan dilakukan dengan asas air tanpa sebarang alkohol dalam formulanya. Bauannya pula sungguh segar dengan suntikan bauan floral Chinese Magnolia, Sambac Jasmine digabungkan bersama mawar dan honeysuckle segar. Apa yang menarik, baunya tahan lama.

Kelebihan J’adore Parfum D’eau

  • Tanpa alkohol
  • Jenama popular antarabangsa
  • Bauan bunga segar
  • Tahan lama

Kekurangan J’adore Parfum D’eau

  • Jika anda mencari bau yang unik, ini mungkin bukan untuk anda

Info J’adore Parfum D’eau

Jenama Dior
Saiz 100ml
Jenis Minyak Wangi EDP
Harga RM 750

Jo Malone English Pear & Freesia Cologne

Jo Malone English Pear & Freesia Cologne
Walaupun sudah agak lama berada di pasaran, bauan ini masih menjadi buruan ramai wanita di luar sana. Jenama Jo Malone yang diasaskan oleh wanita warga British telah menghasilkan pelbagai bauan atau haruman ikonik dengan aroma yang pelbagai. Bauan ikonik English Pear & Freesia ini juga ditampilkan dengan cologne, lilin beraroma dan pembersih badan dan tangan. Ianya adalah suntikan aroma buah-buahan dan bunga yang menyegarkan.

Kelebihan Jo Malone English Pear & Freesia Cologne

  • Sesuai untuk wangian harian
  • Bauan segar bunga dan buah
  • Jenama popular

Kekurangan Jo Malone English Pear & Freesia Cologne

  • Harga mahal untuk cologne

Info Jo Malone English Pear & Freesia Cologne

Jenama Jo Malone
Saiz 100ml
Jenis Minyak Wangi Cologne
Harga RM 610

Pasti ada yang perasa terdapat beberapa kategori minyak wangi di pasaran kan? Seperti parfum, Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Cologne (EDC). Untuk yang belum tahu, minyak wangi boleh dikategorikan kepada lima kod dan setiap produk ini menawarkan kepekatan yang berbeza. Oleh sebab itu, anda akan dapati minyak wangi yang mempunyai kepekatan yang tinggi mempunyai bau yang lebih kuat serta tahan lebih lama.

Minyak wangi pilihan penulis adalah J’adore Parfum D’eau kerana ianya dihasilkan tanpa alkohol selain mampu bertahan lebih lama terutama pada fabrik atau pakaian.



Related posts