5 Bakeri Terbaik Dalam Pasaraya Kuala Lumpur Dan Selangor 2024: Kek Dan Pastri Wajib Dicuba
Kadang-kala, kita mahukan keselesaan membeli belah dan makan di satu tempat sahaja. Tidak kira sama ada anda mencari pakaian, barangan rumah, atau tempat makan, pasaraya adalah destinasi ideal yang menawarkan semua ini. Dengan pengunjung yang ramai, pasaraya seringkali menempatkan restoran dan bakeri menarik yang patut dicuba.
Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda kepada bakeri terbaik di pasaraya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika anda seorang penggemar kek yang ingin mencuba citarasa baru atau hanya ingin menikmati secangkir kopi bersama pastri segar, senarai bakeri kami merangkumi pilihan-pilihan yang terkenal dengan kualiti dan inovasi mereka. Temui bakeri yang bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis produk, tetapi juga memberikan pengalaman kulinari yang unik dan memuaskan.
Verrona Bread & Patisserie, Pavilion Damansara Heights
Jika anda seorang pencinta makanan yang sentiasa mencari pengalaman kulinari yang istimewa, Verrona Bread & Patisserie di Pavilion Damansara Heights adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses, hanya dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT Pusat Bandar Damansara, kedai ini menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri yang pasti memuaskan selera anda dengan rasa dan kualiti yang sukar ditandingi. Pastri dan kek popular seperti Millefeuille Toast, Belgian Chocolate Swiss Roll, Macaron Croissant, Uji Matcha Bombolini, dan Strawberry & Blueberry Danish anda mesti cuba.
Dengan kedudukan di tengah-tengah kawasan yang sibuk, Verrona Bread & Patisserie adalah tempat ideal untuk singgah selepas bershopping atau sebagai destinasi utama untuk menikmati hidangan manis dan enak semasa rehat tengah hari. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kek dan pastri berkualiti di Pavilion Damansara Heights!
Sebab Anda Perlu Mencuba Verrona Bread & Patisserie:
- Kualiti roti dan pastri yang menarik
- Rekaan kedai menarik
- Pilihan roti dan pastri yang sesuai dengan pelbagai citarasa
- Lokasi mudah diakses
- Bahan diimport dari Perancis
Sebab Anda Mungkin Akan Elak Verrona Bread & Patisserie:
- Tiada status Halal, hanya Pork Free
Info Verrona Bread & Patisserie:
Alamat: | Lot 1.07, Level 1, Pavilion Damansara Height, Jalan Damanlela, Damansara Town Centre, 50490 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Operasi: | Setiap hari, 10 pagi-10 malam |
No. Tel: | 019-894 8384 |
Instagram/Facebook/Website: | Instagram; laman web |
Yin’s Sourdough Bakery & Cafe, Mid Valley
Yin’s Sourdough Bakery & Cafe terkenal dengan kepakaran mereka dalam pembuatan roti sourdough. Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan bakeri berkualiti tinggi yang pasti memuaskan selera anda. Roti sourdough mereka dibuat menggunakan proses penapaian semula jadi yang memerlukan masa dan perhatian teliti, menghasilkan roti dengan kulit rangup dan isi lembut serta beraroma.
Yin’s Sourdough Bakery & Cafe di Mid Valley menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan segar dalam setiap produk mereka. Mereka memberi perhatian khusus kepada setiap detail dalam penyediaan, memastikan setiap hidangan bukan sahaja sedap tetapi juga berkhasiat.
Terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses, kedai ini adalah tempat ideal untuk singgah selepas bershopping atau semasa waktu rehat untuk menikmati hidangan bakeri yang berkualiti. Pastri dan kek popular seperti Sourdough Croissants , Fruity Danish, Lychee Rose Cake dan Matcha Cheesecake anda mesti cuba.
Sebab Anda Perlu Mencuba Yin’s Sourdough Bakery & Cafe:
- Kepakaran dalam roti sourdough
- Pilihan produk bakeri yang pelbagai
- Suasana kafe yang selesa
- Setiap hidangan bukan sahaja sedap tetapi juga berkhasiat
- Tidak menggunakan sebarang perasa tambahan dan pengawet
Sebab Anda Mungkin Akan Elak Yin’s Sourdough Bakery & Cafe
- Harga sesetengah menu agak mahal
Info Yin’s Sourdough Bakery & Cafe
Alamat: | Lot S-018&19, Level 2, North Court, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Operasi: | Setiap hari, 10 pagi-10 malam |
No. Tel: | 019-948 9883 |
Instagram/Facebook/Website: | Instagram, laman web |
Paris Baguette, Pavilion KL
Paris Baguette di Pavilion KL adalah destinasi menarik untuk pencinta roti dan pastri. Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis roti seperti baguette, croissant, dan pain au chocolat. Pastri seperti danish dan roti isi juga merupakan pilihan popular, memberikan anda rasa yang kaya dan tekstur yang sempurna. Untuk mereka yang mencari pilihan lebih sihat, Paris Baguette juga menawarkan roti gandum penuh dan pastri dengan bahan-bahan organik.
Selain Pavilion KL, Paris Baguette mempunyai beberapa cawangan lain di lokasi seperti The Exchange TRX, 1 Utama (Old Wing), Pavilion Bukit Jalil, dan Genting Sky Avenue. Kunjungi salah satu lokasi ini untuk merasai kualiti pastri yang tidak boleh dilepaskan.
Sebab Anda Perlu Mencuba Paris Baguette:
- Banyak cawangan lain dan jenama agak popular
- Koleksi roti dan pastri yang baru dibakar setiap hari
- Menawarkan pelbagai kek dan hidangan manis yang memikat
- Pelbagai jenis sandwich dengan bahan-bahan segar
- Roti gandum penuh dan pastri dengan bahan-bahan organik
Sebab Anda Mungkin Akan Elak Paris Baguette:
- Bayaran parking agak mahal
Info Elak Paris Baguette:
Alamat: | Lot C03-03-00 Level 3, Kuala Lumpur, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpu |
---|---|
Waktu Operasi: | Setiap hari, 8 pagi-11malam |
No. Tel: | – |
Instagram/Facebook/Website: | Instagram, laman web |
Baked by Kenny Hills Bakers, TRX
Di Baked by Kenny Hills Bakers, anda boleh menikmati pelbagai jenis roti dan pastri klasik yang baru dibakar setiap hari. Dari croissant yang rangup hingga roti sourdough yang beraroma, setiap hidangan adalah hasil daripada teknik pembuatan yang halus dan bahan-bahan berkualiti tinggi. Roti mereka mempunyai tekstur yang sempurna dan rasa yang memuaskan.Kedai ini terkenal dengan koleksi kek yang tidak hanya enak tetapi juga cantik dari segi persembahan.
Anda boleh memilih dari pelbagai jenis kek seperti kek coklat, kek buah-buahan, dan kek keju. Untuk makan tengah hari atau snek yang lebih mengenyangkan, kedai ini menyediakan pelbagai sandwic dan roti isi. Anda boleh memilih dari sandwich yang diisi dengan bahan-bahan segar seperti daging, keju, dan sayur-sayuran, atau roti isi dengan pelbagai isian yang memuaskan selera.
Selain TRX, Baked by Kenny Hills Bakers mempunyai beberapa cawangan lain di lokasi seperti TTDI, KL East Mall, Desa Park City, Ampang, Bukit Tunku dan IOI City Mall. Kunjungi salah satu lokasi ini untuk merasai kualiti pastri yang tidak boleh dilepaskan.
Sebab Anda Perlu Mencuba Baked by Kenny Hills Bakers:
- Terdapat hidangan khas mengikut musim
- Menawarkan roti dan pastri yang menggunakan bahan-bahan organik dan sihat
- Pilihan hidangan sarapan pagi yang memuaskan
- Terkenal dengan koleksi kek menarik
Sebab Anda Mungkin Akan Elak Baked by Kenny Hills Bakers:
- Kapasiti tempat duduk terhad
- Kemudahan parkir mungkin menjadi isu untuk mereka yang tidak menggunakan pengangkutan awam untuk ke TRX
Info Baked by Kenny Hills Bakers:
Alamat: | C.DS, CCF Seibu TRX Department Store The Exchange Mall, 01, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Operasi: | Setiap hari, 10 pagi-10 malam |
No. Tel: | 03-3051 3201 |
Instagram/Facebook/Website: | Instagram, laman web |
Dimsusu Malaysia, IOI City Mall
Walaupun namanya agak mengelirukan, namun ia adalah sebuah kedai bakeri, bukan kedai dimsum tau! Dimsusu Malaysia menawarkan pelbagai pastri yang menarik seperti Beef Wellington, vanilla dan chocolate puff, signature baked tart, rose mochi puff dan rose pineapple puff. Terdapat lebih daripada 70 pilihan pastri di sini termasuklah Beef Wellington yang popular tu tau! Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Sebab Anda Perlu Mencuba Dimsusu Malaysia:
- Lebih 70 pilihan pastri
- Menggunakan bahan semulajadi
- Tarikan Rose Croissant dan ais krim croissant yang tiada di tempat lain
- Banyak promosi menarik dari masa ke masa
Sebab Anda Mungkin Akan Elak Dimsusu Malaysia:
- Tiada tempat untuk anda dine-in
Info Dimsusu Malaysia:
Alamat: | Dimsusu Malaysia, IOI City Mall |
---|---|
Waktu Operasi: | Setiap hari, 10 pagi-10malam |
No. Tel: | – |
Instagram/Facebook/Website: | Instagram, laman web |
Dengan pelbagai pilihan bakeri yang menarik di sekitar Lembah Klang, anda pasti akan menemui sesuatu yang sesuai dengan citarasa anda. Dari roti artisan hingga kek yang cantik, setiap bakeri menawarkan pengalaman makan yang memuaskan dan berkualiti tinggi.
Sesetengah pilihan ini tidak mempunyai status halal, namun ada yang menyatakan mereka menggunakan bahan-bahan dari sumber disahkan halal dan mempunyai tukang masak beragama Islam. Khas untuk para Muslim, semak terlebih dahulu status halal dan bahan-bahan yang digunakan sebelum menjamu selera okay! Selamat mencuba!