Cuti-cuti Malaysia! Jom Terjah Lokasi-Lokasi Percutian Menarik Untuk Anda Dan Keluarga

Cuti-cuti Malaysia! Jom Terjah Lokasi-Lokasi Percutian Menarik Untuk Anda Dan Keluarga
Gaya hidup


Konsep keseronokan bercuti ni sebenarnya berbeza mengikut setiap individu. Ada yang suka bercuti bersama keluarga, ada yang suka bersama rakan-rakan, ada juga yang suka bercuti secara solo. Apa yang penting, matlamat bercuti itu tercapai. Tiada guna kalau bercuti namun diri sendiri bermurung kan?

Perkara penting perlu anda lakukan sebelum bercuti adalah pastikan bajet yang anda ada bersesuaian dengan kos yang akan diperlukan untuk destinasi tersebut. Buat itenari agar hari anda lebih berisi dan tidak terasa kosong. Dan perkara paling penting, pastikan aspek kesihatan serta keselamatan terjaga. Yang tengah merancang lokasi percutian dalam masa terdekat ni, dan mencari lokasi menarik di sekitar Malaysia, jom lihat senarai ini.

Cuti-cuti Malaysia! Jom Terjah 5 Lokasi Percutian Menarik Untuk Anda Dan Keluarga Tahun 2023 Ini

Splash Mania, Banting

Splash Mania, Banting
Aktiviti air pasti lebih meriah di Splash Mania kerana taman tema air seluas 18 ekar ini menyediakan sehingga 39 gelongsor air.Taman tema air Splash Mania menjadi tarikan baharu di Banting, Selangor. Ia juga taman tema air bertemakan hutan hujan tropika yang besar di Asia. Terdapat tiga tarikan menarik untuk anda yang datang iaitu Shaka Waka, Wild Rush dan Atlantis VR. Gelongsor Atlantis VR ini dilengkapi dengan sokongan reality maya (VR Waterslide), pertama kali diperkenalkan di Malaysia.

Kelebihan Splash Mania, Banting

  • Kemudahan mesra keluarga
  • Terdapat bahagian kanak-kanak dan dewasa
  • Dijaga lifeguard terlatih
  • Ada aktiviti ekstrem dan santai
  • Terdapat 39 gelongsor air

Kekurangan Splash Mania, Banting

  • Harga tiket tanpa promosi agak mahal
  • Makanan minuman luar tidak dibenarkan masuk

Info Splash Mania, Banting

Alamat Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor
Harga tiket RM 125 (Dewasa), RM 95 (Kanak-kanak)
Website/Facebook/Instagram https://gamudaland.com.my/gamudacove/splashmania/

Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya
Jangan tidak tahu, Cruise Tasik Putrajaya sebenarnya sudah beroperasi sejak tahun 2003 lagi tau! Khas untuk anda yang gemarkan aktiviti santai dan mahu mencuci mata, ini adalah pilihan tepat. Cruise Tasik Putrajaya akan membawa anda menikmati pemandangan menarik daripada sudut pandang tasik ke 20 tarikan di Putrajaya. Antaranya Masjid Putrajaya, Istana Darul Ehsan, Jambatan Wawasan, Monumen Alaf Baru, Istana Kehakiman dan Jambatan Putra. Pengunjung boleh memilih mod pelayaran sama ada menaiki bot persiaran berhawa dingin bersama 70 penumpang lain atau perahu gondola yang menawarkan perjalanan yang lebih intim dan romantik yang didatangkan dalam kapasiti 4 atau 6 tempat duduk. Bagi yang memilih persiaran, Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan ‘Pengalaman Makan yang Berbeza’ di restoran bertaraf 5 bintang.

Kelebihan Cruise Tasik Putrajaya

  • Harga tiket berpatutan
  • Terdapat pakej makan malam di Cruise
  • Cruise akan melalui lokasi tarikan pelancongan di sekitar Putrajaya

Kekurangan Cruise Tasik Putrajaya

  • Aktiviti santai mungkin kurang diminati kanak-kanak

Info Cruise Tasik Putrajaya

Alamat Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, 62000, Putrajaya
Harga tiket RM 30 (Dewasa), RM 20 (Kanak-kanak)
Website/Facebook/Instagram https://www.cruisetasikputrajaya.com/index.html

Partybox360, Lalaport KL

Partybox360, Lalaport KL
Tidak tahu di mana untuk berehat selepas hari minggu yang panjang dan sibuk? Jom ke PartyBox 360 untuk menikmati banyak permainan interaktif bersama keluarga dan rakan anda! PartyBox 360 mempunyai lebih 30 permainan interaktif yang menarik dan banyak aktiviti lain, menjadikannya tempat melepak terbaik di Kuala Lumpur. Ia terletak di Pusat LaLaport Bukit Bintang dan mempunyai tiga bahagian iaitu dewan VS, Rage Room dan Escape Game.

Kelebihan Partybox360, Lalaport KL

  • Pilihan tepat untuk bonding bersama keluarga
  • Sesuai untuk keluarga dan rakan
  • Pelbagai permainan interaktif

Kekurangan Partybox360, Lalaport KL

  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlukan bimbingan penjaga

Info Partybox360, Lalaport KL

Alamat Mitsui Shopping Park Lalaport KL (BBCC L2-11b, 2, Jln Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga tiket RM 38 – RM 60
Website/Facebook/Instagram https://partybox360.com/

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang
Siapa kata pergi Pulau Pinang untuk makanan sahaja. Sejak ianya dibuka pada pertengahan tahun 2013, lokasi ini mula mendapat perhatian dan tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Antara tarikan menarik di sini adalah sebuah gelongsor air yang terpanjang iaitu lebih dari 1 km. Taman tema ini berkonsepkan suasana kampung yang pasti akan mengimbau kembali kenangan anda sewaktu kanak-kanak. Escape Theme Park Penang mempunyai kira-kira 40 tarikan menarik yang mesti anda cuba. Antaranya seperti rumah pokok yang disediakan untuk sewaan para pengunjung. Ia sangat sesuai dijadikan tempat untuk berehat seketika setelah penat melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Kelebihan Escape Theme Park Penang

  • Sesuai untuk keluarga dan rakan
  • Pelbagai permainan interaktif
  • Terdapat aktiviti lasak dan juga permainan air
  • Kira-kira 40 tarikan aktiviti/permainan menarik

Kekurangan Escape Theme Park Penang

  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlukan bimbingan penjaga
  • Harga tiket agak mahal

Info Escape Theme Park Penang

Alamat 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia
Harga tiket RM 111- RM 167
Website/Facebook/Instagram https://www.escape.my/

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia
Lego di mana-mana! Itulah yang dapat diungkapkan sebaik sahaja anda melangkah ke sini. Legoland merupakan taman tema antarabangsa yang pertama di Malaysia dan Asia, dan juga yang ke-6 di seluruh dunia. Mula beroperasi pada awal tahun 2012, kini taman tema ini mempunyai lebih dari 40 permainan, permainan interaktif, dan tarikan lain merangkumi kawasan berukuran 76 ekar. Antara tarikan menarik adalah permainan roller coaster, kawasan permainan indoor, aktiviti memandu untuk kanak-kanak dan pelbagai jenis aktiviti air yang menyeronokkan.

Kelebihan Legoland Malaysia

  • Popular di Malaysia dan antarabangsa
  • Segalanya berkonsepkan lego
  • Sesuai untuk keluarga dan rakan
  • Terdapat aktiviti lasak dan juga permainan air

Kekurangan Legoland Malaysia

  • Harga tiket agak mahal

Info Legoland Malaysia

Alamat 7, Jln Legoland, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Harga tiket RM 169 – 339
Website/Facebook/Instagram https://www.legoland.com.my/

Mungkin ianya biasa untuk orang dewasa, namun bagi kanak-kanak, percutian ini merupakan suatu perkara yang menyeronokkan. Masa yang anda luangkan bersama anak-anak ini pastinya akan menjadi memori yang indah buat mereka. Jadi jangan tunggu lagi, jom cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tersayang!

Dalam keseronokkan bercuti, sebagai ibu bapa atau penjaga, jangan sesekali anda leka dengan keselamatan kanak-kanak di taman tema. Selamat bercuti!



Related posts