Cuti-cuti Malaysia! Jom Travel Dan Tinggal Di 5 Pilihan Hotel Butik Paling Best Di Malaysia 2023
Selain melawati tempat-tempat menarik dan melakukan aktiviti kesukaan, tempat inapan memberi impak terbesar dalam sesebuah percutian itu. Tidak kiralah sama ada ianya percutian pendek seperti ‘staycation’ atau percutian panjang, lokasi tempat tinggal anda sangat mempengaruhi.
Tanpa anda sedari, media sosial telah mengubah cara kita mengembara, terutamanya apabila platform ini boleh mempengaruhi minda semua. Hari ini, semuanya tentang memburu lokasi yang sesuai untuk dipadankan dengan estetika anda. Terima kasih juga kepada media sosial dan dunia internet yang memudahkan untuk mencari butik hotel yang menarik untuk dikongsikan bersama. Berikut adalah beberapa pilihan butik hotel menarik di seluruh Malaysia untuk anda.
Hotel Kloe, Kuala Lumpur
Hotel butik ini bertempat di pusat bandar Kuala Lumpur dan dibuka pada Februari 2020. Hotel Kloe sejak itu menjadi pilihan untuk warga kota yang mahukan staycation pada hujung minggu. Apa yang menarik di sini adalah dekorasi dalamannya yang sedikit diberi suntikan industri namun masih mewah dan tampak modern. Ia mempunyai 80 bilik dan lima artist lofts atau loteng artis dengan konsep menarik. Loteng tersebut bertemakan muzik, taman, buku, makanan dan seni. Anda pasti tidak menyesal menetap di sini.
Kelebihan Hotel Kloe, Kuala Lumpur
- 80 pilihan bilik menarik dan 5 artist lofts atau loteng
- Aktiviti menarik di artist lofts seperti melukis
- Lokasi menarik di tengah bandaraya Kuala Lumpur
- Konsep dekorasi bilik unik
Kekurangan Hotel Kloe, Kuala Lumpur
- Tiada tab mandi untuk bilik biasa
Info Hotel Kloe, Kuala Lumpur
Alamat | 227, Jln Bukit Bintang, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Website | https://kloehotel.com/ |
Harga bilik bermula dari | RM 300 – 900++ |
The Dusun, Seremban
Sama ada untuk percutian honeymoon, mahupun berehat jauh dari hiruk pikuk kota raya, The Dusun adalah pilihan terbaik. The Dusun direka dengan konsep kayu secara hampir keseluruhannya dengan tema moden dan tradisional yang memberikan sentuhan unik serta semulajadi. Pemandangan hutan hujan tropika yang cukup menenangkan antara tarikan utama di sini. Sesuai sangat dengan anda yang mahukan ‘healing’ seketika. Apa yang menarik, The Dusun juga akan mengehadkan jumlah tetamu pada satu-satu masa demi menjaga privacy tetamunya. Disebabkan itu, anda hanya boleh menempah biliknya secara online, dan bukan walk-in.
Kelebihan The Dusun, Seremban
- Boleh melakukan aktiviti seperti jungle tracking
- Terdapat sungai dan air terjun berdekatan
- Konsep alam semulajadi
- Sangat menjaga privacy tetamu
- Jauh dari kota-raya
- 7 pilihan bilik berbeza
Kekurangan The Dusun, Seremban
- Tidak boleh walk-in
Info The Dusun, Seremban
Alamat | 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan |
---|---|
Website | https://thedusun.com.my/ |
Harga bilik bermula dari | RM 588- 1000++ |
Japamala Resort, Pulau Tioman
Siapa sangka terdapat sebuat resort indah yang sangat menjaga privasi anda di Pulau Tioman, iaitu Japamala Resort-By Samadhi. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini adalah Jungle trekking, scuba diving, boat excursion dan pelbagai lagi. Pilihan biliknya juga sangat eksklusif seperti Treetop Chalets, Seacliff Chalets, Beach Sarang, Luxe Treetop Sarang, Jungle Luxe Sarang, dan lain-lain lagi. Penjagaan yang baik telah diambil untuk meminimumkan sebarang kesan alam sekitar, dan tiada batu dialihkan dan tiada pokok yang ditebang semasa pembinaan Japamala Resort selama sepuluh tahun. Tentang makanan pula, anda tidak perlu risau kerana mereka menawarkan pilihan makanan asia dan juga Itali.
Kelebihan Japamala Resort, Pulau Tioman
- Terletak di lokasi percutian menarik Pulau Tioman
- Pilihan bilik menarik dan unik
- Konsep alam semulajadi
- Banyak aktiviti seperti scuba diving dan jungle tracking
- Spa dengan produk 100% bahan semulajadi
Kekurangan Japamala Resort, Pulau Tioman
- Talian telefon dan internet agak terhad
Info Japamala Resort, Pulau Tioman
Info | Japamala Resort, Pulau Tioman: |
---|---|
Alamat | Kampung Lanting, 86800 Pulau Tioman, Malaysia |
Website | https://www.japamalaresorts.com/ |
Harga bilik bermula dari | RM 1200++ |
Bon Ton Antique Wooden Villas, Pulau Langkawi
Bon Ton Resort Langkawi ialah salah satu resort paling bergaya dan unik di pulau ini. Dengan lapan vila Melayu antik berbeza setiapnya, ia ibarat hotel butik kecil yang sempurna. Restoran Nam di Bon Ton dianggap sebagai salah satu yang terbaik di pulau Langkawi. Setiap vila mempunyai keistimewaan tersendiri dan direka eksklusif. Walaupun berkonsepkan kayu kayan, setiap vila ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan pengunjung.
Kelebihan Bon Ton Antique Wooden Villas, Pulau Langkawi
- 7-10 minit dari lapangan terbang Pulau Langkawi
- 8 pilihan vila dengan konsep berbeza
- Kedudukan berjarak untuk privasi
- Konsep melayu antik
- Sesuai untuk percutian bersama kawan atau keluarga
Kekurangan Bon Ton Antique Wooden Villas, Pulau Langkawi
- Mungkin mengeluarkan bunyi ketika berjalan kerana keseluruhan rumah diperbuat daripada kayu
Info Bon Ton Antique Wooden Villas, Pulau Langkawi
Alamat | Jalan Pantai Cenang Lot 1047 Langkawi, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Kedah |
---|---|
Website | https://bontonresort.com/ |
Harga bilik bermula dari | RM 400 – 1000++ |
M Boutique Hotel, Ipoh
Dari luar sahaja anda pasti terpesona dengan rekaan menarik hotel ini. Ia berkonsepkan suasana rustik dan eksentrik, sangat sesuai untuk sesiapa yang mahukan keselesaan dan gaya dalam percutian. Lain daripada yang lain, anda pasti terpegun dengan setiap keterperincian hotel ini saat melangkah ke ruangan lobinya. Seakan menggabungkan dua konsep berbeza di antara vintaj dan kontemporari sekaligus memberikan vibe seakan berada di luar negara. Hotel butik ini menawarkan 93 buah bilik dan setiap tingkat mempunyai tema dan suasananya tersendiri.
Kelebihan M Boutique Hotel, Ipoh
- Konsep unik rustik dan eksentrik
- Pelbagai tema bilik
- Ruangan dobi dibuka 24 jam untuk mencuci baju
- Lokasi strategik di bandar Ipoh
Kekurangan M Boutique Hotel, Ipoh
- Ruangan bilik air agak kecil and berhabuk
Info M Boutique Hotel, Ipoh
Alamat | 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak |
---|---|
Website | https://ipoh.mboutiquehotels.com/ |
Harga bilik bermula dari | RM 250 – 700++ |
Staycation kini semakin menjadi trend terutama buat warga kota yang mahukan percutian ringkas namun cukup bermakna. Pastinya banyak hotel-hotel serta rumah inap menawarkan pelbagai promosi dengan pakej menarik, apa yang perlu anda lakukan adalah ukur baju di badan sendiri. Semak bajet yang ada dan buatlah pilihan bijak. Tidak semestinya perlu jauh, destinasi berdekatan mungkin terbaik kerana tidak perlu membazirkan masa yang banyak untuk perjalanan anda.
Sebaiknya tempah awal bilik yang anda mahukan untuk mengelak daripada ianya penuh. Untuk percutian lebih menarik, buatlah itenari ringkas agar hari anda lebih terisi dan menghiburkan. Selamat bercuti.