Selamat Untuk Kulit Bayi. Ini 5 Krim Muka Dan Badan Sesuai Untuk Si Kecil Anda

Selamat Untuk Kulit Bayi. Ini 5 Krim Muka Dan Badan Sesuai Untuk Si Kecil Anda
Ibu dan anak


Bayi mudah terkesan dengan sentuhan yang merangkumi beberapa gerakan urutan ringkas dan mudah. Sentuhan seperti urutan boleh menjadi terapi kepada bayi yang mudah meragam. Urutan ringan di belakang badan bayi umpamanya membantu menjadikan si kecil itu tenang dan mudah diurus. Kebaikan lain mengurut bayi antaranya boleh tingkatkan kadar imun selain membantu perkembangan otot dan emosi mereka. Jika sentuhan itu dilakukan ibu bapa sendiri lagi mengeratkan hubungan antara meraka dan bayi.

Penggunaan krim atau losyen muka dan badan yang selamat dan selesa untuk si kecil adalah asas penting sebelum memulakan sesi urutan. Dengan penggunaan krim muka dan badan, sentuh dan urut manja bayi secara gosokan lembut, gerakan seolah-olah membuat pusingan pada permukaan kulit mereka. Percayalah, si kecil anda sangat menyukainya. Selain urutan, krim muka dan badan bayi juga digunakan sebagai pelembab dan rawatan untuk masalah ruam atau kerengsaan kulit si manja. Antara 5 krim muka dan badan untuk si kecil, selamat dan sesuai untuk kulit mereka seperti berikut.

Aveeno Baby Daily Moisture Lotion

Aveeno Baby Daily Moisture Lotion
Aveeno merupakan jenama penjagaan kulit bayi yang popular berasal dari Amerika. Aveeno Baby Daily Moisture Lotion dirumus khas untuk kegunaan pada bayi berkulit sensitif dan juga bayi baru lahir. Sesuai untuk sapuan di muka dan badan, Aveeno Baby Daily Moisture Lotion diformulasi dengan bahan semulajadi seperti oat dan emolien yang melembutkan kulit dan melegakan masalah ruam.
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion tidak berminyak mampu menyerap dengan cepat dan kulit kekal lembut dan tidak kering sehingga 24 jam. Aveeno Baby Daily Moisture Lotion disyorkan oleh pakar kanak-kanak kerana kandungannya bebas pewarna tiruan, bebas wangian dan tidak mengandungi paraben penyebab kerengsaan. Gunakan Aveeno Baby Daily Moisture Lotion secara konsisten setiap hari untuk mendapatkan hasil berpanjangan agar kulit si manja lembut dan sihat.

Kelebihan Aveeno Baby Daily Moisture Lotion:

  • Sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir
  • Serasi untuk kulit sensitif
  • Tidak mengandungi paraben, wangian dan pewarna tiruan
  • Disyorkan oleh pakar kanak-kanak

Kekurangan Aveeno Baby Daily Moisture Lotion:

  • Sukar untuk diperolehi di pasaran runcit biasa

Spesifikasi Aveeno Baby Daily Moisture Lotion:

Saiz: 227g
Kandungan: Air, Gliserin, Distearyldimonium Chloride, Petrolatum, Isopropyl Palmitate, Cetyl Alcohol, Dimethicone, Avena Sativa (Oat) Tepung Kernel, Asid Sitrik, Benzyl Alkohol, Allantoin, Natrium Klorida
Harga: RM40.29

Baby Carrie Lotion Nourishing

Baby Carrie Lotion Nourishing
Baby Carrie merupakan jenama peneraju pasaran di dunia yang dipercayai lebih dari 22 tahun. Ada pelbagai produk penjagaan bayi berada di bawah jenama ini antaranya Baby Carrie Lotion Nourishing yang dirumus khas untuk kulit halus bayi baru lahir. Baby Carrie Lotion Nourishing diperakui selamat untuk kegunaan si manja kerana 100 peratus kandungan adalah adunan bahan organik serta tumbuhan semulajadi seperti susu oat organik, susu badam, minyak kacang almond organik dan minyak gandum.

Dengan Baby Carrie Lotion Nourishing, kulit bayi akan menerima kelembapan berpanjangan iaitu selama 48 jam selepas digunakan. Penggunaan Baby Carrie Lotion Nourishing juga secara tidak langsung membantu serta melindungi kulit bayi agar lebih lembut, tidak kering dan sel kulit lebih sihat. Baby Carrie Lotion Nourishing telah diuji oleh pakar dematologi dan ia terbukti bebas alkohol, paraben, dan pewarna tiruan.

Kelebihan Baby Carrie Lotion Nourishing:

  • Disahkan dan diuji oleh dermatologi sesuai untuk bayi baru lahir
  • Tekstur ringan, tidak melekit dan berminyak
  • Mudah merap dan kulit kekal lembap hingga 48 jam
  • Harga berpatutan

Kekurangan Baby Carrie Lotion Nourishing:

  • Pembungkusan produk Baby Carrie seakan sama. Elakkan tersalah membuat pembelian

Spesifikasi Baby Carrie Lotion Nourishing:

Saiz: 250ml
Kandungan: Air, Gliserin, Isopropyl Myristate, Cetanol, Cyclopentasiloxane, Myristyl Myristate, Hexadecanol, Octadecanol, Caprylic/Capric Triglyceride, Dimethicone, Cyclohexasiloxane, Carbomer, Ceteareth-20, BHT, Polysorbate Hydropothyl Acryrate, Xlatedidium Acetylxide Gum
Harga: RM10.92

Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion

Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion
Produk penjagaan kulit bayi ini merupakan buatan negara Itali dan terkenal dalam kalangan ibu bapa bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif sangat teruk. Diperkaya dengan Ekstrak Kapas, Vitamin E, dan Panthenol (Pro-vitamin B5), Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion membantu melembap kulit bayi dengan satu lapisan tambahan bagi mengurangkan keresahan akibat keadaan kulit yang sangat kering, bersisik, gatal dan eczema.

Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion boleh digunakan di seluruh kawasan kulit samada di muka dan juga tubuh badan bayi. 97 peratus kandungan dalam Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion merupakan bahan asli semulajadi untuk melindungi kulit sensitif bayi. Menggunakan teknologi terkini untuk merawat kulit bermasalah serta memberi kelembapan berkekalan, Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion dapat menenangkan, membantu dan melindungi bayi untuk keselesaan jangka masa lebih lama daripada losyen biasa.

Tidak mengandungi sebarang pewangi, sabun, paraben, DEET dan DDT yang boleh membahayakan kulit bayi, Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion selamat untuk kegunaan si kecil baru lahir. Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion bertekstur ringan, tidak berminyak dan cepat meresap diuji secara dermatologi di bawah kawalan pakar pediatrik.

Kelebihan Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion:

  • 97 peratus kandunganya adalah semulajadi
  • Sesuai untuk bayi berkulit sensitif dan mengalami kerengsaan yang teruk
  • Bebas pewangi, sabun, paraben, DEET dan DDT
  • Diperbuat daripada 100% botol plastik kitar semula

Kekurangan Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Chicco Sensitive Skin Baby Moments Light Body Lotion:

Saiz: 500ml
Kandungan: Natrium EDTA, air, Phenoxyethanol, Dietilheksil Karbonat, Mentega Shorea, Stenoptera, Ekstrak badam manis, Peg-100 stearat, Magnesium aluminium silikat, Propilena glikol, Asid sitrik, Gliseril stearate, Vinyl Isodecanote Crosspolymer, Xanthan Gum, Gliserin, Tocopheryl Acetate, Triethanolamine, Panthenol.
Harga: RM103.90

MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado

MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado
MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado diformulasikan dengan 97 peratus bahan semulajadi terpilih yang selamat untuk bayi terutama mengalami masalah kulit sensitif. Ia juga irumus untuk meminimumkan risiko tindak balas alahan. MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado mempunyai tahap pH yang seimbang dan selamat untuk digunakan pada kulit dan muka bayi.
MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado juga tidak mengandungi bahan DEET, DDT, paraben dan minyak mineral yang boleh membahayakan bayi. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado bersifat hipoalergenik dan kaya dengan khasiat anti-oksida daripada avocado perseose, minyak bunga matahari, vitamin E dan Gliserin berasaskan tumbuhan.
MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado meletakkan standard yang tinggi dalam penjagaan bayi untuk memastikan keselesaan dan kegembiraan si kecil comel berpanjangan.

Kelebihan MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado:

  • Diformulasikan 97% bahan semulajadi sesuai untuk kulit sensitif
  • Memiliki tahap pH seimbang
  • Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi
  • Bersifat hipoalergenik dan kaya dengan khasiat anti-oksida

Kekurangan MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado:

  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi MUSTELA Hydra Bebe Body Lotion with Organically Farmed Avocado:

Saiz: 300ml
Kandungan: Aqua (Air), Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), Gliserin, Polyglyceryl-6 Distearate, Cetyl Alcohol, 1,2-Hexanediol, Cera Alba (Beeswax), Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Parfum (Fragrance), Caprylyl Glycol, Sodium Stearoyl Glutamate, Polyglyceryl-3 Beeswax, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 60, Sorbitan Stearate, Asid Sitrik, Ekstrak Buah Persea Gratissima (Avocado)
Harga: RM73.15

PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion

PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion
PIGEON jenama yang sinonim dengan bayi memperkenalkan produk losyen yang tersendiri iaitu PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion. PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion dirumus dengan 90 peratus bahan semulajadi, bebas daripada paraben, alkohol, pewarna tiruan, SLS dan SLES. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang dipilih dengan teliti direka untuk menyuburkan, memulihkan dan memperbaharui kulit bayi yang halus dan sensitif tanpa merengsakannya. PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion hadir dengan tekstur ringan, tidak melekit, mudah meresap dan melembapkan kulit selama 24 jam. Tinggi dengan gliserin iaitu pelembap yang berasal dari sayuran, PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion berupaya menghidratkan kulit secara mendalam dengan minyak zaitun, minyak argan, vitamin dan asid lemak penting. Diuji secara dermatologi, PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion terbukti selamat untuk bayi baru lahir.

Kelebihan PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion:

  • Harga berpatutan
  • Melembapkan kulit selama 24 jam
  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • -Bebas daripada paraben, alkohol, pewarna tiruan, SLS

Kekurangan PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion:

  • Harga pembelian terus di pasaran lebih mahal berbanding atas talian

Spesifikasi PIGEON Natural Botanical Baby Milky Lotion:

Saiz: 200ml
Kandungan: Air (Aqua), Gliserin, Isopropil Palmitat, Cetearyl Alcohol, Dimethicone, Glyceryl Stearate, Phenoxyethanol, Octyldodeceth-20, Ethylhexylglycerin, Olea Europaea (Olive) Minyak Buah, Peg-40 Stearate, Parfum, Xanthan Cl-3-30 Akrilat Crosspolimer, Ceteareth-20, Tocopheryl Acetate, Natrium Hidroksida, Disodium Edta, Minyak Kernel Argania Spinosa, Butylene Glycol, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita.
Harga: RM16.00

Penggunaan krim atau losyen muka dan badan bayi dipercayai bukan hanya dapat membantu merawat ruam, malah boleh melembapkan kulit bayi dan menenangkan bayi melalui sentuhan. Dalam pada itu, dengan penggunaan krim daripada jenama yang diperakui juga mempunyai khasiat untuk merawat ruam pada bayi. krim muka dan badan bebas paraben dan bahan kimia umpamanya bukan sahaja bagus untuk kulit, malah tidak memberi tindak balas buruk pada kulit si manja. Selain itu itu juga ia bermanfaat untuk mengurangkan ruam pada kulit bayi, caranya mudah iaitu hanya sapukan dan biarkan kering. Manakal krim jenis perubatan pula adalah ubat moden yang biasa digunakan untuk merawat ruam.

Namun, jika menggunakan krim atau losyen muka dan badan, elakkan daripada terkena bahagian mata atau termasuk dalam mulut bayi. Jika masalah ini terjadi, segera bersihkan kawasan yang terlibat dengan cara mengelap lembut menggunakan kain bersih dan sedikit air. Jika mengalami gejala serius, segera bawa ke klinik atau hospital yang terdekat.



Related posts