Hebat & Terbaik! Ini 5 Motorsikal Berkuasa Tinggi Terbaru Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Hebat & Terbaik! Ini 5 Motorsikal Berkuasa Tinggi Terbaru Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia
Kereta dan motosikal


Trend menunggang motorsikal berkuasa tinggi semakin popular di banyak bandar termasuk Malaysia. Populariti jentera permotoran ini dilihat semakin menjadi kegiIaan apabila ramai yang mula berjinak-jinak menunggang dan memilikinya. Ini terbukti apabila di media sosial, ramai yang telah mula aktif beraksi di laluan-laluan tertentu. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat aktiviti konvoi atau perseorangan menjadikan aktiviti menunggang motorsikal jenis ini sebagai hobi sama ada bersama pasangan, rakan atau pun secara sendirian. Minat mendalam terhadap motorsikal berkuasa tinggi, mendorong individu tertentu berbelanja besar sehingga ratusan ribu ringgit untuk memiliki jentera dua tayar yang hebat ini.

Pemilihan jenis motorsikal berkuasa tinggi sebenarnya terpulang kepada individu, sama ada mahu membeli yang mahal atau murah. Jika diikutkan motorsikal berkuasa tinggi ini sebenarnya mempunyai banyak jenis dan fungsi yang tertentu. Setiap daripada jenama terrtentu itu ada kriterianya yang tersendiri, ada jenama yang hanya menghasilkan khusus untuk berlumba, laju, elegan dan ada yang untuk ditunggang secara santai. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa memiliki motorsikal berkuasa tinggi itu, ada banyak perincian yang perlu dilakukan selain mengikut kemampuan perbelanjaan. Jika bajet tidak menjadi masalah dan anda sedang mencari motorsikal berkuasa tinggi terbaru yang ada di pasaran Malaysia, ini cadangan terbaik dan hebat untuk dimiliki.

Honda CBR 150R

Honda CBR 150R
Honda CBR 150R menampilkan ciri lasak dengan lampu hadapan dwi-LED dan lampu nyalaan siang (DRL) untuk mudah dilihat pada siang atau malam hari. Honda CBR 150R datang dengan fork telesopik terbalik dengan brek cakera tunggal hadapan. Untuk prestasi, Honda CBR 150R didatangkan dengan DNA CBR ‘Total Control’ menerusi enjin 149.2cc sejukan cecair, DOHC, empat lejang silinder tunggal yang menjana 16 kuasa kuda (hp) pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000rpm.
Untuk kelancaran gear manual enam kelajuan, Honda CBR 150R juga dilengkapi klac Assist dan Slipper bagi tukaran gear lebih pantas serta responsif. Honda CBR 150R adalah jentera kapasiti rendah gaya perlumbaan didatangkan dengan sistem keselamatan terbaik dengan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan ABS untuk membrek. Honda CBR 150R mempunyai dua pilihan warna iaitu Mat Charcoal Grey Metalik dan Candy Scintillate Red.

Kelebihan produk

  • Penggunaan petrol efisien
  • Dilengkapi rim bersaiz 17 inci
  • Sesuai untuk perjalanan jarak jauh
  • Ada 2 pilihan warna iaitu Mat Charcoal Grey Metalik dan Candy Scintillate Red

Kekurangan produk

  • Reka bentuk seakan keluaran sebelum

Spesifikasi produk

Pasaran https://boonsiewhonda.com.my/bm/motorcycle-sport-cbr150r/
Mod Tunggangan Tidak dinyatakan
Enjin 150cc
Harga RM12,499.00

Triumph Trident 660

Triumph Trident 660
Triumph Trident 660 tampil dengan pelbagai kelebihan antaranya enjin tiga silinder sebaris menawarkan kuasa maksimum 80 kuasa kuda (hp) pada 10,250 rpm dan tork puncak pula 64Nm pada 6,250 rpm. Triumph Trident 660 diperkemaskan dengan teknologi terbaru mod tunggangan ‘Road’ serta ‘Rain’, kawalan cengkaman (traction control) boleh laras, pendikit (throttle) jenis ‘ride-by-wire’ serta panel meter pelbagai fungsi jenis TFT berwarna baharu dengan aksesori tambahan ‘My Triumph Connectivity System’.
Sistem ini boleh menyambungkan telefon pintar penunggang melalui Bluetooth dan memberikan fungsi pemaparan navigasi, pengawalan kamera GoPro, kawalan muzik, serta kawalan panggilan telefon yang dikawal melalui butang yang diletakkan pada handle bar. Triumph Trident 660 ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu dua warna standard terdiri daripada Crystal White dengan jalur grafik Diablo Red dan Jet Black serta Sapphire Black dengan grafik Aluminium Silver dan kemasan Diablo Red.

Kelebihan produk

  • Memiliki enjin tiga silinder sebaris
  • Boleh menyambungkan telefon pintar, Paparan navigasi, pengawalan kamera GoPro, kawalan muzik
  • Teknologi terbaru mod tunggangan ‘Road’ serta ‘Rain’
  • Hadir dengan 4 pilihan warna

Kekurangan produk

  • Aksesori quickshifter (untuk menukar gear tanpa menggunakan klac) dijual berasingan

Spesifikasi produk

Pasaran https://www.triumphmotorcycles.com.my/motorcycles/roadsters/trident/trident-660/
Mod Tunggangan Ada 2 mod iaitu ‘Road’ serta ‘Rain’ & pendikit (throttle) jenis ‘ride-by-wire’
Enjin 660cc triple engine (Euro 5 compliant)
Harga RM43,900.00

Suzuki Katana GSX-S1000S

Suzuki Katana GSX-S1000S
Suzuki Katana diperkenalkan pada 1981, dan kini hadir dengan rekaan futuristik baru iaitu Suzuki Katana GSX-S1000S. Bahagian hadapan Suzuki Katana GSX-S1000S masih dikekalkan signaturnya berpandukan bentuk ‘fairing’. Suzuki Katana GSX-S1000S dilengkapi lampu hadapan dua bahagian, lampu kedudukan dan lampu nyalaan siang (DRL) LED menjadikan pencahayaan lebih baik pada sebarang cuaca.
Suzuki Katana GSX-S1000S juga didatangkan dengan panel meter LCD digital sepenuhnya dengan pelbagai maklumat berkaitan boleh dilaras dengan mudah. Model ini dikuasakan enjin 999cc K5, empat silinder, sejukkan cecair, DOHC yang menjana 147 kuasa kuda (hp) pada 10,000 rpm dan tork 108Nm pada 9,500rpm. Ia juga datang dengan Sistem Bantuan Klac (SCAS) dan transmisi enam kelajuan bagi kelancaran pada sebarang tukaran gear. Suzuki Katana GSX-S1000S memiliki dua pilihan warna iaitu Metallic Mystic Silver dan Glass Sparkle Black.

Kelebihan produk

  • Datang dengan rim enam jejari bersaiz 17 inci
  • Sesuai untuk perjalanan dekat atau jauh
  • Mempunyai dengan panel meter LCD digital sepenuhnya
  • Ada 2 pilihan warna iaitu Metallic Mystic Silver dan Glass Sparkle Black

Kekurangan produk

  • Pelana pembonceng agak kecil
  • Perlu berhati-hati untuk memulas pendikit kerana agak responsif

Spesifikasi produk

Pasaran https://www.mudah.my/Katana+MotorSim-93751625.htm
Mod Tunggangan Tiada (Tetapi dilengkapi sistem Kawalan Cengkaman Termaju Suzuki 3 mod boleh ditukar pada pemegang)
Enjin 999cc K5
Harga RM77,989.00

BMW R 18

BMW R 18
BMW R 18 menggabungkan elemen moden, mewah dan vintaj diinspirasikan daripada jentera klasik terdahulu untuk tahun 2022 ini. Untuk kestabilan dan pengendalian, BMW R 18 direka menggunakan kerangka tiub keluli ‘loop’ berkembar dan tangki bahan api 24 liter. BMW R 18 dijana dengan enjin 1,802 cc dua silinder, empat lejang sejukan udara dan minyak yang menghamburkan 91 kuasa kuda (hp) pada 4,750rpm dan tork 158Nm pada 3,000rpm. Untuk kelancaran, BMW R 18 dipacu shaft dengan transmisi 6 kelajuan klac kering plat tunggal serta mampu mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 180km per jam.

Jentera ini dipadankan dengan cermin pelindung angin dan kokpit baru 4m bulat analog dan digital TFT baru bersaiz 10.25 inci. Ia membolehkan ketersambungan kepada telefon pintar menerusi aplikasi BMW Motorrad Connected untuk fungsi navigasi, panggilan telefon, radio atau media lain. Sesuai sebagai jentera untuk perjalanan jauh, ia dilengkapi dengan tiga mod tunggangan iaitu Rain, Roll dan Rock sebagai ciri standard dengan Kawalan Kestabilan Automatik, Kawalan Tork ‘Drag’ Enjin (MSR) dan tambahan kepada opsyen dengan bantuan mengundur dan fungsi Kawalan Permulaan Bukit.

Kelebihan produk

  • Sesuai untuk perjalanan jarak jauh jika membawa pembonceng
  • Mempunyai sistem bunyi Marshall dengan 4 pembesar suara
  • Mampu mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 180 km per jam
  • Bolehkan ketersambungan kepada telefon pintar, fungsi navigasi, radio atau media lain

Kekurangan produk

  • Harga seperti sebuah kereta baru

Spesifikasi produk

Pasaran https://www.bmw-motorrad.com.my/en/models/heritage/r18.html
Mod Tunggangan 3 mod tunggangan iaitu Rock, Roll dan Rain.
Enjin 1800cc
Harga RM90,816.00

Ducati Multistrada V4

Ducati Multistrada V4
Akhirnya Ducati Multistrada V4 tiba di pasaran Malaysia tahun ini setelah diperkenalkan November 2021 lalu. Kelebihan utama pada Ducati Multistrada V4 adalah enjin V4 Granturismo, yang berkapasiti 1,158 cc yang menghambur 170 kuasa kuda (hp) pada 10,500 rpm dan tork 125 Nm pada 8,750 rpm. Ducati Multistrada V4 dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, datang dengan tangki bahan api 22 liter.
Untuk bahagian kokpit, Ducati Multistrada V4 tampil dengan skrin TFT-LCD 5 inci warna penuh dan lampu menggunakan unit LED bersama lampu nyalaan siang (DRL). Pelbagai teknologi canggih dipasang pada Ducati Multistrada V4 termasuk sistem Cornering ABS Bosch-Brembo 10.3ME, Traction Control, Wheelie Control dan Vehicle Hold Control. Ducati Connect System boleh disambungkan dengan telefon pintar, memaparkan peta navigasi dan mendengar muzik. Tempat khas meletakkan telefon disediakan atas tangki dan datang sekali dengan pengecas USB.

Kelebihan produk

  • Tampil dengan skrin TFT-LCD 5 inci LED bersama lampu nyalaan siang (DRL)
  • Angkup brek hadapan Brembo Stylema empat piston
  • Suspensi ditambah dengan sistem elektronik Ducati Skyhook
  • Boleh disambungkan dengan telefon pintar, navigasi dan muzik.

Kekurangan produk

  • Terdapat 1 sahaja warna disediakan iaitu Ducati Red.

Spesifikasi produk

Pasaran https://www.ducati.com/ww/en/bikes/multistrada/multistrada-v4
Mod Tunggangan 4 mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban dan Enduro
Enjin 1158cc
Harga RM135,900.00

Jika ada duit lebih tidak salah untuk laburkan pada jentera motorsikal berkuasa tinggi yang lebih berkualiti dan hebat demi kepuasan diri. Jadi, tidak kiralah sama ada anda seorang penunggang yang mula berjinak dengan motosikal berkapasiti tinggi, mahupun seorang penunggang yang berpengalaman, model yang serba baharu akan memberikan anda lebih kepuasan yang sepenuhnya daripada segi prestasi enjin, teknologi terbaru, pengendalian yang lincah, serta kelajuan yang diingini.

Aspek keselamatan janganlah diketepikan, selitkan juga perbelanjaan tambahan seperti helmet berkualiti, atau pakaian lengkap khas kerana ia lebih selesa untuk tunggangan. Aktiviti menunggang motorsikal berkuasa tinggi bukan sahaja terbukti dapat meningkatkan kesihatan fizikal, tetapi juga memberi kesan positif terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan subjektif.



Related posts