5 Perkhidmatan Kiropraktik Terbaik & Bertauliah Di KL Dan Selangor

5 Perkhidmatan Kiropraktik Terbaik & Bertauliah Di KL Dan Selangor
Lain-lain


Mengangkat barang berat dengan posisi tidak betul, duduk terlalu lama, bersukan berat, wanita hamil atau terdapat kecederaan lama seperti akibat kemalangan boleh mengakibatkan seseorang mengalami kesakitan pada tulang belakang. Jika dibiarkan, boleh menjadi lebih teruk. Ramai sebenarnya mempunyai sikap tidak ‘kisah’ apabila berasa sakit di bahagian tulang belakang badan atau tengkuk terutama ketika sibuk menjalani rutin harian. Malah bagi mereka mengandaikan sakit di bahagian tersebut perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan sedangkan ia boleh mendatangkan kesan pada masa depan.

Hakikatnya, kedua-dua situasi itu antara simptom awal bagi masalah cakera tulang belakang yang teranjak atau tergelincir. Simptom awal boleh dirasai adalah sakit yang ketara pada tulang belakang. Sakit ini akan bertambah jika melakukan aktiviti dan berkurang apabila pesakit rehat.
Jika simptom itu masih berterusan, anda dinasihatkan terus mendapatkan rawatan sepatutnya seperti ke pusat perkhidmatan kiropraktik bertauliah. Pasti rasa lega bila tulang-tulang dibetulkan semula oleh pakar kiropraktik terlatih kembali ke tempat asal. Bunyik ‘kruk..kruk’ yang dihasilkan benar-benar terasa puas. Jika anda berada di Lembang Klang, ini 5 lokasi perkhidmatan kiropraktik terbaik dan bertauliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Axis Chiropractic

Axis Chiropractic
Jika terasa sakit belakang, lupakan ubat penahan sakit atau patch transdermal yang sering digunakan untuk sakit otot. Apa yang perlu anda lakukan adalah berkunjung ke Axis Chiropractic yang terletak Petaling Jaya, Selangor. Axis Chiropractic menyasarkan rawatan seratus peratus selamat, tanpa pembedahan, bebas dadah dan paling utama merawat sebaik mungkin punca utama masalah pelanggan.

Axis Chiropractic sudah beroperasi sejak tahun 2015 dan telah membantu lebih 10,000 pesakit daripada punca sakit otot akut kepada keadaan kronik seperti bahu beku, osteoarthritis dan cakera tergelincir. Sebelum menentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk setiap pesakit, di Axis Chiropractic mengambil pendekatan holistik dengan membuat diagnosis yang tepat terlebih dahulu.

Di Axis Chiropractic mengamalkan rawatan bersepadu moden dengan kualiti tertinggi seperti Chiropractic, terapi Gelombang Kejut Swiss Dolorclast®, Dry Needling, atau Soft Tissue Massage yang mampu merawat tendon, ligamen, kecederaan sukan dan banyak lagi. Selain itu, setiap pakar kiropraktik terlatih menjalani latihan berasaskan bukti selama bertahun-tahun untuk memberikan rawatan terbaik dengan ketepatan yang tepat.

Kelebihan Axis Chiropractic

  • Telah membantu lebih 10,000 orang pesakit
  • Menggunakan rawatan berkualiti tinggi tanpa pembedahan
  • Kemudahan kawasan parkir yang banyak
  • Menjadi pilihan ramai selebriti dan individu ternama

Kekurangan Axis Chiropractic

  • Pakej harga agak tinggi

Spesifikasi Axis Chiropractic

Info https://www.axischiropractic.com.my
https://www.facebook.com/axischiropractic.com.my/
Lokasi S12B Level 2, Centrepoint, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi 016-676 2910
Waktu Operasi Selasa – Jumaat: 10am – 8pm / Sabtu – Ahad: 10am – 6pm. Isnin Tutup
Harga Pakej Harga rawatan tertakluk kepada keputusan diagnosis pelanggan

ASAP Spine & Health

ASAP Spine & Health
Hampir sama dengan khidmat yang diberikan kebanyakkan kiropraktik yang terdapat di Malaysia, ASAP Spine & Health tetap ada keistimewaan tersendiri. Terletak di Puchong dan Kota Kemuning, Selangor, ASAP Spine & Health menawarkan khidmat rawatan sakit belakang bersama pakar bertauliah tanpa sebaran pembedahan, tiada ubat dan tiada suntikan. ASAP Spine & Health menerima semua golongan pesakit terdiri daripada bayi hingga warga emas yang akan melalui beberapa rawatan pemulihan khusus dan sesuai untuk pemulihan optimum setiap individu.

Di ASAP Spine & Health mengamalkan pendekatan kiropraktik jenis Metodologi Gonstead, terbukti sebagai salah satu pendekatan rawatan paling selamat, sistematik dan sangat berkesan. Ia mampu melegakan kesakitan, memulihkan pergerakan, meningkatkan kekuatan otot, mengoptimumkan prestasi sukan dan mencegah kecederaan semula. ASAP Spine & Health mengalu-alukan individu yang mengalami masalah seperti sciatica, sakit tangan/kaki, scoliosis, kebas/kesemutan, sakit leher/belakang, sakit pinggang, sakit sendi/arthritis, kecederaan sukan, cakera tergelincir, sakit kepala/migrain, panjang kaki tidak sekata, dan lain-lain rawatan pemulihan lain.

Kelebihan ASAP Spine & Health

  • Memiliki pakar bertauliah dan berpengalaman
  • Menggunakan kaedah rawatan Metodologi Gonstead
  • Hujung minggu beroperasi seperti biasa
  • Harga berpatutan

Kekurangan ASAP Spine & Health

  • Parkir agak sukar

Spesifikasi ASAP Spine & Health

Info https://www.asapchiropractic.com/
https://www.instagram.com/asapchiropractic/
Lokasi G-8, Jln Puteri 7/15, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Hubungi 014-928 2726
Waktu Operasi Jumaat – Rabu: 9.30am – 6pm. Khamis Tutup
Pakej Harga Harga tertakluk kepada keadaan pesakit

Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd

Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd
Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd menyediakan rawatan integratif terbaik tanpa suntikan dan pembedahan oleh ahli fisioterapi dan kiropraktor bertauliah terlatak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Di pusat khidmat kiropraktik Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd membantu setiap pelanggan menghilangkan kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui pendekatan menggabungkan fisioterapi dan kiropraktik berkala.

Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd memfokuskan pada kaedah rawatan Biomekanik, Gonstead dan Diversified yang betul dengan memperbaiki postur, penjajaran tulang belakang dan mengimbangi sistem saraf. Sebelum sesi rawatan bermula, setiap pesakit akan menjalani sesi penilaian tulang belakang termasuk satu siri otot, ujian dan pemeriksaan sendi, pemeriksaan neurologi dan ortopedik. Sebaik sahaja punca dikenalpasti, sesi kiropraktik dengan fisioterapi akan mula dijalankan dengan segera. Di Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd menerima pesakit untuk merawat masalah berkaitan dengan otot, ligamen, tendon, cakera tulang belakang, saraf, sendi, rawan dan meniskus.

Kelebihan Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd

  • Guna kaedah rawatan Biomekanik, Gonstead dan Diversified
  • Menggunakan rawatan terbaik tanpa pembedahan dan suntikan
  • Memiliki pakar bertauliah dan berpengalaman
  • Beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad

Kekurangan Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd

  • Kawasan pakir terhad

Spesifikasi Chiropractic Specialty Center Sdn Bhd

Info https://www.chiropracticspecialtycenter.com/chiropractor-kuala-lumpur/
https://www.facebook.com/chiropracticspecialtycenter/
Lokasi Plaza Damansara, 71, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Hubungi +603 2093 1000 / +60 17 269 1873
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 8am – 8pm / Sabtu – Ahad: 8am – 6pm
Harga Pakej Harga pengenalan serendah RM99.00

Chirozone Family Chiropractic

Chirozone Family Chiropractic
Chirozone Family Chiropractic merupakan pusat kiropraktik ditubuhkan untuk seisi keluarga. Di sini juga merupakan pusat rawatan khas dan pakar dalam merawat masalah sakit belakang terutama bagi ibu hamil, ibu selepas bersalin, bayi dan kanak-kanak. Chirozone Family Chiropractic juga menyediakan penjagaan kiropraktik profesional untuk semua peringkat umur termasuk orang dewasa dan warga emas bertempat di Solaris Mont Kiara. Chirozone Family Chiropractic telah mendapat beberapa penganugerahan tertinggi antaranya Best Chiropractic Services in Kuala Lumpur & Selangor 2021.

Ada beberapa rawatan kiropraktik istimewa yang disediakan di Chirozone Family Chiropractic berbeza dengan pusat kiropraktik lain, iaitu Chiropractic Adjustment, Prenatal Webster Chiropractic Adjustment, Postpartum Chiropractic Adjustment, Pediatric Chiropractic (bayi dan kanak-kanak), pusat pemulihan dah fisioterapi. Rawatan yang sediakan untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan anak dan bayi adalah berbeza daripada pelarasan kiropraktik biasa, ia amat selamat, lembut juga selesa.

Kelebihan Chirozone Family Chiropractic

  • Pusat Kiropraktik utama untuk ibu hamil, wanita selepas bersalin dan bayi
  • Memiliki pakar bertauliah dan berpengalaman
  • Mendapat anugerah Pusat Kiropraktik Terbaik untuk tahun 2021
  • Fasiliti selesa, bersih dan selamat

Kekurangan Chirozone Family Chiropractic

  • Slot temujanji agak terhad

Spesifikasi Chirozone Family Chiropractic

Info www.chirozonekl.com
https://www.facebook.com/chirozone.kl/
Lokasi 11-1, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur
Hubungi 017-261 6842
Waktu Operasi Selasa – Ahad: 9am to 7pm. Isnin Tutup
Harga Pakej Harga serendah RM75.00 dan diskaun 50 peratus jika membawa ahli keluarga

Chiropractic Centre Petaling Jaya

Chiropractic Centre Petaling Jaya
Chiropractic Centre Petaling Jaya merupakan antara pusat perkhidmatan kiropraktik perintis terawal wujud di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Tan Sri Datuk Paduka Saleha ditubuhkan sekitar tahun 1996 sebagai projek khidmat masyarat. Namun selepas mendapat permintaan ramai, Chiropractic Centre Petaling Jaya diwujudkan untuk menampung kos dan menyediakan rawatan tulang belakang dan struktur badan lain dengan lebih efektif dan menyeluruh. Chiropractic Centre Petaling Jaya mengamalkan kaedah rawatan tanpa preskripsi ubat dan pembedahan.

Semua pengamal kiropraktik di Chiropractic Centre Petaling Jaya berkelayakan, berdaftar secara profesional dan berpengalaman. Setiap pesakit yang mendapat rawatan di sini menggunakan pendekatan pelbagai disiplin, selain dapat mengakses Kiropraktik, Fisioterapi dan Penjagaan Podiatri, semuanya di bawah satu bumbung. Chiropractic Centre Petaling Jaya juga adalah klinik pertama di Malaysia yang menawarkan pendekatan Bio-mekanikal untuk menguruskan pesakit dengan masalah kesihatan Neuro-Musculo Skeletal. Dek kerana itu, Chiropractic Centre Petaling Jaya juga sering menerima beberapa pengiktirafan antaranya menerima Anugerah 10 Pusat Kiropraktik Terbaik di Malaysia dan Pusat Kiropraktik Keseluruhan Terbaik Malaysia 2021.

Kelebihan Chiropractic Centre Petaling Jaya

  • Pusat perkhidmatan kiropraktik perintis terawal Malaysia
  • Memiliki pakar bertauliah dan berpengalaman
  • Klinik pertama menggunakan rawatan Bio-mekanikal
  • Menerima Anugerah 10 Pusat Kiropraktik Terbaik di Malaysia & Pusat Kiropraktik Keseluruhan Terbaik Malaysia 2021

Kekurangan Chiropractic Centre Petaling Jaya

  • Slot temujanji terhad

Spesifikasi Chiropractic Centre Petaling Jaya

Info http://www.pjchiropractic.com/
https://www.facebook.com/pjchiropractic/
Lokasi 2nd Floor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, No. 16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi 010-818 0208
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 9am- 6pm / Sabtu: 9am-1pm. Ahad tutup
Harga Pakej Tidak dinyatakan

Tulang belakang terdiri daripada 33 tulang yang diasingkan oleh cakera. Cakera itu kolagen yang lembut dan dikelilingi tisu bergentian yang kuat. Tugas cakera untuk membenarkan pergerakan kepada tulang belakang selain sebagai penyerap hentakan bagi memastikan badan selamat daripada hentakan kuat ketika melakukan aktiviti harian. Oleh itu rawatan kiropraktik antara alternatif iaitu dengan manipulasi kembali tulang belakang. Ia juga cara yang disyorkan doktor untuk rawatan pesakit cakera teranjak. Walau bagaimanapun perlu diingatkan untuk berhati-hati ketika memiliki pusat khidmat kiropraktik, kerana jika tersalah ‘sentuhan’ berpotensi menjadi lebih teruk.

Masalah cakera teranjak dan sakit pada tulang belakang juga leher tidak hanya berlaku kepada warga emas tetapi mereka yang baru berusia 25 tahun juga boleh mengalaminya disebabkan pekerjaan berat, kehamilan, kemalangan, kecederaan sukan atau berat badan melampau.



Related posts