Ini 5 Syarikat Insurans Motosikal Terpilih Di Malaysia. Lindungi Diri & Kenderaan Anda!

Ini 5 Syarikat Insurans Motosikal Terpilih Di Malaysia. Lindungi Diri & Kenderaan Anda!
Lain-lain


Kebanyakan pemilik motosikal hari ini jika ingin memperbaharui insurans, mereka akan terus pergi ke mana-mana ejen bertauliah dan beli. Seharusnya, ada beberapa perkara perlu diteliti sebelum membuat keputusan memilih syarikat insuran untuk melindungi diri serta kenderaan, contohnya kalian perlu terlebih dahulu menilai harga semasa kenderaan, kemudian berapa diskaun yang diterima dan seterusnya paling penting perlindungan apa yang dikehendaki.

Pemilik motosikal dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu manfaat yang ditawarkan setiap syarikat insurans sebelum mendapatkan perlindungan untuk kenderaan masing-masing. Ia bagi memastikan insurans yang dibeli menepati kehendak pelanggan kerana manfaat yang ditawarkan setiap syarikat adalah berbeza. Ini juga bagi mengelakkan pemilik motosikal menanggung kerugian sekiranya insurans yang dibeli tidak menawarkan perlindungan seperti yang dimahukan.

Pastikan setiap insurans yang dilanggan pemilik motosikal mempunyai tahap perlindungan mencukupi, bukan saja melindungi kenderaan dan menampung kos tuntutan mahal sekiranya berlaku kemalangan tetapi juga menawarkan mereka dengan ketenangan pikiran ketika memandu di jalan raya. Tidak perlu pening kepala, ini barisan lima syarikat insurans motosikal terpilih di Malaysia mempu melindungi diri anda juga kenderaan.

Takaful Malaysia

Takaful Malaysia
Takaful Malaysia mewujudkan Takaful myMotor sebuah pelan insuran motor, juga dikenali sebagai insurans kenderaan untuk kereta, trak, motosikal dan kenderaan lain atas jalan raya. Matlamat utama insurans motor adalah menyediakan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal atau kecederaan badan akibat pelanggaran trafik, termasuk liabiliti yang berpunca daripada kemalangan. Pelanggan hanya perlu mendaftar untuk pelan asas melalui portal jualan dalam talian atau aplikasi mudah alih.

Untuk insuran motosikal, Takaful Malaysia menyediakan perlindungan setahun untuk kehilangan atau kerosakan pada kenderaan dan tawaran perlindungan kemalangan peribadi percuma sehingga RM15,000 untuk pemandu dan penumpang. Ditawarkan secara dalam talian, pelan ini juga menyediakan program bantuan 24 jam untuk khidmat tunda kerosakan tanpa had.

Kelebihan produk

  • Program bantuan kerosakan tepi jalan 24jam 7hari seminggu
  • Tiada kos tambahan untuk pemandu tambahan
  • Cashback sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi percuma untuk penunggang,pemandu dan penumpang

Kekurangan produk

  • Jika memilih Third Party, tiada sebarang pampasan diberikan sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian motor

Spesifikasi produk

Capaian https://www.takaful-malaysia.com.my/products/general/Pages/gentakafulmymotor.aspx
Hubungi 1-300 88 252 385
Waktu Operasi 24 jam setiap hari
Harga Tidak dinyatakan

Allianz Malaysia

Allianz Malaysia
Allianz Malaysia menawarkan produk insurans iaitu Allianz Motorcycle Plus untuk motosikal berkapasiti enjin bawah 250cc merangkumi semua manfaat yang boleh dinikmati oleh pengguna. Manfaat yang ditawarkan Allianz Malaysia tidak memerlukan pelanggan untuk membayar kos tambahan kerana ia diberikan secara percuma. Allianz Motorcycle Plus akan melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal daripada kemalangan kematian dan kecederaan kepada penunggang dan pembonceng.

Allianz juga akan memberi elaun RM100 sehari selama 60 hari sekiranya penunggang atau pembonceng dimasukkan ke hospital akibat kemalangan. Selain itu, jika berlaku kematian terhadap penunggang atau pembonceng, RM10,000 akan diberikan. Allianz Motorcycle Plus juga memberikan perlindungan komprehensif untuk banjir, tanah runtuh, atau mana-mana bencana alam. Khidmat bantuan tepi jalan seperti trak tunda kecemasan untuk jarak 50 kilometer untuk dua hala, penghantaran minyak, bateri dan perkhidmatan tayar pancit tanpa kos tambahan juga termasuk dalam produk ini.

Kelebihan produk

  • Tidak memerlukan pelanggan untuk membayar kos tambahan
  • Elaun RM100 sehari selama 60 hari untuk hospital
  • Jika berlaku kematian penunggang atau pembonceng menerima RM10,000
  • Khidmat bantuan tepi jalan seperti trak tunda kecemasan untuk jarak 50km

Kekurangan produk

  • Pakej Third Party Only mendapat semua kelebihan kecuali bencana alam

Spesifikasi produk

Capaian https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/allianz-motorcycle-plus.html
Hubungi 1-300-22-5542
Waktu Operasi Buka setiap hari
Harga Pakej tertakluk kepada terma & syarat

Liberty Insurance

Liberty Insurance
Liberty Insurance sentiasa memastikan keselamatan pemegang polisi dan pengalaman perjalanan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Sebagai penyedia insurans dalam pasaran Malaysia lebih 44 tahun, Liberty Insurance memahami bahawa banyak faktor dipertimbangkan dari segi pemilihan polisi seperti kualiti perkhidmatan penyedia insurans. Liberty Insurance menghasilkan pakej insurans atau perkhidmatan selepas jualan terbaik, seperti mitigasi risiko dan menyediakan tuntutan tanpa kerumitan.

Untuk insurans motosikal yang terbaik, cuba pertimbangkan untuk mengambil polisi Liberty Insurance yang komprehensif yang memberikan perlindungan kepada motosikal jika hilang, kerosakan disebabkan kemalangan, kebakaran dan kecurian; kecederaan dan kematian pihak ketiga dan kehilangan dan kerosakan harta benda pihak ketiga. Jika membeli insurans motosikal Liberty, pelanggan boleh menghubungi Bantuan Tepi Jalan Kecemasan bila-bila masa setiap hari ketika kecemasan.

Kelebihan produk

  • Menyediakan tuntutan tanpa kerumitan.
  • Perlindungan kepada motosikal jika hilang
  • Membaiki kerosakan disebabkan kemalangan
  • Talian kecemasan 24 jam

Kekurangan produk

  • Cawangan ejen Liberty Insurance masih kurang

Spesifikasi produk

Capaian https://www.libertyinsurance.com.my/motor-insurance
Hubungi 1-300-888-990
Waktu Operasi 24 jam setiap hari
Harga Kos polisi berbeza

AIA Berhad

AIA Berhad
AIA Berhad memperkenalkan produk utamanya dikenali sebagai Family Drive, pelan insurans kenderaan (kereta atau motorsikal) yang memberikan perlindungan menyeluruh kepada semua penumpang, penunggang atau pembonceng. Family Drive adalah insurans kenderaan komprehensif yang memberi perlindungan asas terhadap kerugian serta kerosakan sendiri atau pihak ketiga dengan ciri unik direka khas untuk kelebihan setiap pelanggan. Antara kelebihan yang ditawarkan adalah perlindungan kemalangan diri dan setiap individu yang menaiki kenderaan diinsurankan secara automatik sehingga RM250,000, elaun kesulitan sebanyak RM600 jika kenderaan perlu dibaiki di bengkel dan fungsi simpanan melalui Diskaun Keluarga sebanyak lima peratus.

Selain itu, pemegang polisi juga boleh membuat perlindungan tambahan termasuk perlindungan nilai dipersetujui terhadap penyusutan nilai kenderaan, manfaat kos penambahbaikan untuk alat ganti asli dan bencana alam seperti banjir, ribut atau tanah runtuh. Family Drive juga ditawarkan dengan AIA Road Assist iaitu perkhidmatan nilai tambah seperti penggantian bateri atau tayar beroperasi 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu serta bantuan laporan polis. Pengecualian lebihan juga diberikan kepada pelanggan yang membaiki kenderaan mereka di bengkel panel AIA dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh AIA.

Kelebihan produk

  • Perlindungan asas terhadap kerugian serta kerosakan sendiri atau pihak ketiga
  • Elaun kesulitan sebanyak RM600 diberikan untuk kenderaan perlu dibaiki di bengkel
  • Kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh AIA untuk bengkel panel AIA
  • Perlindungan kemalangan diri dan setiap individu yang menaiki kenderaan diinsurankan secara automatik sehingga RM250,000

Kekurangan produk

  • Kurang popular dalam kalangan pengguna motorsikal

Spesifikasi produk

Capaian https://www.aia.com.my/en/our-products/motor-insurance/family-drive.html
Hubungi 1-300-88-1899
Waktu Operasi 24 jam setiap hari
Harga Tidak dinyatakan

eTiQa Insurance & Takaful

eTiQa Insurance & Takaful
eTiQa Insurance & Takaful salah satu syarikat insurans dan takaful terbaik dan terkemuka di ASEAN yang merupakan sebahagian daripada kumpulan perbankan Malaysia, Maybank. eTiQa Insurance & Takaful menawarkan pelbagai pilihan produk antaranya insurans untuk kenderaan samada kereta atau motorsikal. Bagi perlindungan diri dan kenderaan, eTiQa Insurance & Takaful menawarkan dua pelan perlindungan iaitu produk patuh syariah, Takaful Kereta atau Etiqa Takaful Car Insurance dan insurans Kereta Komprehensif. Kedua-dua pelan ini menawarkan perlindungan daripada sebarang risiko kecurian, kerugian, kebakaran atau kerosakan kenderaan. eTiQa Insurance & Takaful menawarkan pelan perlindungan yang komprehensif dengan tawaran harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan dan kehendak peribadi individu. Ia merangkumi pelbagai jenis insurans antaranya pelan insurans kemalangan termasuk kecurian, kebakaran dan kerosakan harta benda.

Kelebihan produk

  • Perlindungan untuk motosikal sekiranya berlaku kemalangan, kematian, kebakaran & kecurian
  • Pelan komprehensif untuk kehilangan atau kerosakan pada motosikal
  • Harga berpatutan
  • Menjadi pilihan ramai pengguna motosikal

Kekurangan produk

  • Jenama menjadi sasaran scammer

Spesifikasi produk

Capaian https://www.etiqa.com.my/v2/insurans-takaful-motosikal/insurans-komprehensif-motosikal
Hubungi 1-300-13-8888
Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00am ke 5.00pm. Tutup pada hari Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
Harga Tertakluk kepada tempoh dan jenis motosikal

Secara amnya, sebelum membeli apa-apa jenis insurans motosikal, pemilik mesti memahami pelbagai jenis polisi dan perlindungan yang ditawarkan. Walaupun pemilik mungkin menjimatkan sedikit wang dengan perlindungan paling asas, adalah terbaik untuk menilai dan memilih berdasarkan keperluan dan keadaan mereka. Salah satu cara untuk benar-benar memahami perkara yang anda perlukan ialah membaca Helaian Pendedahan Produk polisi untuk mengetahui perkara yang disertakan dan dikecualikan. Lebih baik lagi, Jangan lupa dapatkan penerangan dan info tepat daripada ejen berdaftar juga daripada laman sesawang setiap syarikat insuran.

Sebelum mendapatkan insuran untuk melindungi diri dan kenderaan, setiap pemilik motosikal perlu bertanya kepada penjual insurans tentang kelebihan produk sesuatu syarikat itu. Kebanyakan orang ambil sahaja insurans sebab ingin memperbaharui cukai jalan. Akan datang, apabila sesuatu berlaku, pemilik pasti risau kerana ada setengah syarikat insurans tidak ‘cover’ contohnya banjir dan sebagainya.



Related posts